Dari Abu Bakrah r.a bahawa rasulullah saw (disuatu musim haji pada sepuluh Zulhijjah, di Mina diakhir khutbahnya) baginda telah bersabda. "Tidakkah aku telah sampaikan kepada kamu hukum-hukum Allah". (Sahabatnya telah berkata), kami telah menjawab , "ya engkau telah sampaikan", Baginda telah bersabda, Ya Allah saksilah (Pengakuan mereka ini ) kemudian baginda telah bersabda. "Orang-orang yang ada di sini hendaklah menyampaikan kepada mereka yang tiada di sini. Kerana kadangkala orang-orang yang disampaikan perkara agama ini, mereka mengingatinya lebih daripada orang yang menyampainya".
Hadith riwayat Bukhari.
Keterangan : Dalam hadith ini ditekankan bahawaseseorang itu jangan menghadkan firman Allah swt dan sabdaan Rasulnya kepada dirinya sendiri, bahkan dia hendaklah menyampaikannya kepada orang lain, kerana mungkin orang itu lebih mampu mengingatinya
Petikan daripada Muntakhab Al Hadis susunan Hazrat Maulana Muhammad Yusuf Al Khandahlawi
dakwah utk saya dan seluruh umat
BalasPadam