Rabu, 2 Februari 2011

KESAH ISTERI TAKUT SUAMI

Alkesah tersebutlah kesah ini berlaku di Sri Lanka tempat aku khuruj 40 hari baru ini. Wanita ini mempunyai seorang suami yg amat bengis dan garang, selalu memukul isterinya walaupun kesalahan yg paling kecil sekalipun termasuklah semasa makan. Pendek kata jika semasa makan, makanan tak sedap ka atau kurang masin ka atau apa sahaja yg tidak kena degan seleranya, pasti penampar akan hinggap di pipi lembutnya, bukan setakat makan sahaja malah apa sahaja kekurangan pada pandangan suaminya yang berlaku di dalam rumah pasti samada penampar atau penyepak yang akan hinggap pada dirinya.Keadaan ini membuatkan dia sedih. Adat disini siisteri tidak boleh balik ke rumah ibubapanya tanpa kebenaran suami ataupun melarikan diri kerana akan memalukan keluarga.. Tinggal dia berseorangan diri di rumah dalam keadaan sedih dan berdoa kpad allah semoga allah memberi petunjuk kepada suaminya. Kampong tempat mereka tinggal itu memanglah tempat yang kuat usaha 5 amal dan usaha masturat, wanita ini memang pernah dengar tentang usaha dakwah tabligh ini dari kawan-kawan isteri karkun jirannya.

Suaru hari jemaah khususi telah datang ke rumahnya, suaminya menyuruh isterinya memberitahu yang dia tidak ada di rumah(macam cerita pak belalang), sambil memberitahu suaminya tidak ada di rumah tetapi tangan nya memberi isyarat suaminya ada di belakang rumah, jemaah ini terus pergi kebelakang dan berjumpa dengan suaminya, pendek cerita, suaminya azam bersetuju untuk ikut keluar 3 hari bersama.

Sampai masa yang dijanji suaminya keluar 3 hari, semasa keluar banyaklah yang dia pelajari, Cuma masak sahaja yang dia belum buat, jadi pada hari ke 3 terakhir, dia fikir kalau dia tidak mengangkat tangan untuk masak nanti orang lain kata dia tidak pandai masak dan dia akan malu, jadi dia pun mengangkat tangan untuk khidmat pada hari itu. Maka dia telah diputuskan untuk masak.

Perkara pertama untuk masak kena beli bahan mentah, kemudian cari kayu api dan memasak.Beras pula kena tampi untuk asingkan beras dan batu kerana masa itu beras masih mengguna kaedah lama yang banyak bercampur dengan baru semasa proses menjemur padi, kemudian menyediakan bahan mentah dan memasak, semua pekerjaan ini tidak pernah dilakukan dirumahnya.apabila makanan siap dimasak dan siap dihidang untuk makan, semasa makan dia perasan yang masakannya itu banyak kekurangan dalam mutu kesedapan makanan, pertama batu masih ada didalam nasi bila makan ahli jemaah tergigit batu yang menyebabkan sakit gigi, kedua kuahnya kurang rasa masin dan masamnya. Siapa pun tidak berkata apa-apa Cuma didalam hatinya menunggu sahaja apakah kutukan yang akan diterimanya (saperti yang dibuat kepada isterinya) daripada kawan-kawannya yang sedang makan, sehinggalah habis makan dia lihat wajah kawan-kawannya senyum dan selamba sahaja makan tanpa memberi sebarang komen. Waktu ini dia teringat akan isterinya, jika berlaku sedikit kekurangan dalam makanan pasti dia akan menampar isterinya, air matanya mula mengalir menyesal mengenangkan isterinya yang polos yang berkhidmat kepadanya dengan iklas tetapi selalu kena pukul dan langsung tidak mendapat penghargaan dan kasih sayang daripadanya . Masa 3 hari sudah tamat mereka pun pulang ke rumah masing-masing dan dia berazam untuk keluar 40 hari. Bila sampai di rumah terus memberi salam, pada masa itu isterinya sedang memasak kari, oleh kerana takut kepada suaminya apa pula yang dia bakal akan kena, penampar atau penumbuk, dia sudah terlupa memasuk garam dalam kari tersebut, setelah menyambut dan mencium tangan suaminya dia pun menghidangkan makanan, setelah makanan siap dihidang dia menjemput suaminya untuk makan dan dia sendiri tidak makan dan masuk kedalam bilik kerana takut, seketika kemudian dia mendengar suaminya memanggilnya dan dia datang sambil terketar-ketar meminta ampun kepada suaminya bahawa dia terlupa untuk masukkan garam dalam kari, sambil tunduk menunggu habuan yang akan dia dapat dari suaminya, tiba-tiba suaminya bersuara “abanglah yang sepatutnya meminta maaf kepada kamu yang selama ini tidak pernah berterima kasih dan bersyukur atas khidmat kamu”, lalu dia menceritakan perihal yang berlaku ketika dia berkhidmat semasa keluar 3 hari . Isterinya bersyukur kepada allah atas nikmat keatas mereka berdua, berkasih sayang dan dikurniakan anak, sejak itu mereka telah banyak berkorban untuk agama allah dan istiqomah dalam menjalankan usaha agama allah swt.

4 ulasan:

  1. subhanallah..
    air mataku bergenang.. huhu
    moga Allah beri hidayat pd seluruh alam..amin..

    BalasPadam
  2. betul-betul lah saudara anak ayah yg berbahgia

    BalasPadam
  3. Semoga semua isteri sanggup berbakti kepada suaminya seperti wanita ini dan semoga sema suami sudi pula menghargai isteri permata hatinya....Ya Allah indahnya hidup jika saling menyintai-Mu..

    BalasPadam
  4. mashaAllah, hebat depa kurban....
    patut usaha maju di sana...

    p/s:Jemput ke blog saya,semoga saya dapat kongsi dengan cikgu artikel berkaitan doa vs orang zalim di blog saya.

    BalasPadam