Ahad, 10 April 2011

SELAMAT BERTEMU KEMBALI

ASSALAMUALAIKUM

Baru-baru ini dengan Takdir Allah saya telah dipertemukan dengan saudara ZIARAH76 di markas Jitra tika itu saya sedang memberi targhib kepada pelajar-pelajar sekolah, madrasah dan IPT termasuk pelajar dari luar Negara, sementara Ziarah76 membuat terjemahan kepada pelajar luar Negara dari Somalia, Thailand, Kosovo, Mali, China, Sri Lanka dan banyak Negara lagi yang belajar di INSANIAH dan YAYASAN AL BUKHARI. Selepas sahaja selesai targhib saya berbual-bual dengan pelajar-pelajar tersebut termasuklah Ziarah76 yang belum saya kenali, kami sama-sama tidak mengenali antara satu sama lain. Semasa berbual itulah saya bertanya dia dari morhalah mana, sebab saya belum pernah melihatnya sebelum ini. Bila diberitahu Morhalah Alor Malai saya mula mengagak yang beliu adalah Ziarah76, tepat sekali tekaan saya, sebab sebelum ini dalam blog saya dia ada menyatakan dia akan bertukar tempat kerja ke Alor Setar. Bila dah bersua muka terasa dihati perasaan muhabbah walaupun selama ini hanya melalui skrin maya sahaja. Satu soalan yang dilontar oleh Ziarah76 kepada saya, “mengapa tak mahu menulis di blog lagi”, “sajaaa” jawapanku ringkas, dia mendesak saya sebab mengapa saya berhenti, jadi desakan seoarang sahabat yang mulia tidak boleh dihampakan, saya beritahulah, sebenarnya saya dah tua hampir pencen cucu dah banyak orang, sudah ada yang bersekolah, lagipun selalu sahaja sakit, kerap masuk hospital tahun 2011 sahaja sudah 2 kali masuk hospital HSBAS. Jadi memanglah malas nak menulis, tetapi semua N3 terbaru blog rakan-rakan blogger yang saya link, semuanya saya baca Cuma tak buat komen sahaja. Ziarah76 desak saya supaya menulis semula sebab katanya dalam sahabat blogger ada dua, tiga orang sahaja orang lama (umuq lebih 50 tahun), katanya lagi tulislah pengalaman-pengalaman dan nasehat yang ada untuk orang-orang muda. Macam saya ini apalah sangat pengalaman yang ada , nak beri nasehat pun tidaklah pandai, bak kata orang hendak melukis orang sedang senyum,tetapi bila sudah siap melukis Nampak saperti orang menangis pula. Begitulah dengan nasehat, kekadang kita sangka nasehat yang kita beri itu dapat mententeramkan hati saudara kita tetapi yang terjadi sebaliknya, ia menambahkan duka dan menghiris perasaan orang pula, itulah perkara yang paling saya takuti dalam perkara memberi nasehat.

Sambung Ziarah76 lagi, dia telah berpindah sebulan dah dan selalu menghadiri taklim mingguan masturat tetapi tidak melihat saya datang, pertanyaan ini adalah sekadar mengetahui sebab sahaja bukan hendak lihat kelemahan saya yang memang tersangat lemah dalam usaha agama. Saya beritahunya bulan mac adalah bulan hospital, mula-mula cucu saya berumur 7 tahun sakit , masuk hospital selama 10 hari dibawah ENT, setiap hari saya dan isteri berulang ke hospital HSBAS, selepas cucu keluar hospital selang 2@3 hari ibunya pula masuk hospital sakit nak bersalin, saya dan isteri juga berulang setiap hari selama 4 hari tapi tak juga bersalin, sehingga rencana ini ditulis ia belum bersalin lagi, masa udah sampai. Selepas 4 hari keluar hospital, selang 2@3 hari, giliran saya pula masuk hospital. Jadi sebab itulah bulan mac langsung saya tidak pergi taklim masturat. Besuk hari Jumaat memanglah kami dah merancang untuk pergi taklim.

Taklim mingguan jumaat besuk ada bayan oleh jemaah Sri Lanka, sebelum pergi saya sudah beritahu kepada isteri, semasa taklim nanti jika lihat ada ahlia baru, bertanya khabarlah kerana dia pasti ahlia ziarah76. Sebenarnya dia datang lebih awal dari saya sebab rumahnya adalah satu morhalah dengan rumah taklim masturat, sementara rumah saya jauh lebih kurang 18 km. apabila program bayan tamat, dia pun datanglah bersama anak-anaknya, selalunya di rumah taklim setiap minggu ada makan-makan selepas habis program, makanan kekadang tuan rumah masak, kekadang orang lain yang masak tetapi setiap hari ada makananlah. Masa makan itulah saya taskil untuk keluaq 3 hari masturat pada 29, 30 april dan 1 May dirumah AKUHUDUH rakan blogger kita di Taiping, Insyaallah katanya jika jemaah ini sempurna dibentuk dia akan nusrah sebab mak Labu (panggilan orang Kedah untuk wanita yang sarat mengandung) sudah hampir bersalin. Semasa pulang saya bertanya ahlia adakah dia berjumpa orang baru, isteri bercerita, dia yang mula bertanya “dik ini ahlia ziarah76 ka” terus dia menjawab “kakak ini ahlia Musa Kola Kedah ka” lepas tu mereka rabung lah bersembang. Rabung maknamya berbual tanpa kekok atau malu antara satu sama lain.

Di Markas Jitra baru-baru ini saya berjumpa dengan AL ALORSTARI, kami sebenarnya tinggal sekampong dan ada hubungan keluarga jugak, tapu sekarang dia tinggal di Negori 9. ANAK PENDANG pun selalu saya nampak kat markas tapi dari jauh saja, dia kenal saya dan saya juga kenal dia, tetapi tak pernah bersembang, sebab di markas saya duduk jauh darinya, lagi pun saya kalau sudah duduk memang saya tak akan bangun lagi sebab tak sehat, maaf ye anak Pendang, lani anta di Kulim kan, nanti bila kahwin nanti jemputlah saya sekeluarga.

Bagitulah hubungan silaturrahim yang terjalin melalui ruangan blog ini, walaupun tak pernah berjumpa tetapi kita mempunyai perasaan kasih saying antara satu sama lain. Akuhuduh insyaallah tunggu kami akan pergi 3h rumah anta, doakan untuk jemaah kami 6 pasang akan he Acheh pada 27 May ini selama 15 hari Masturat.

11 ulasan:

  1. Assalamu'alaikum.

    Selamat kembali cikgu Musa. Benar kata Abang Shah Ziarah76, Kami amat merindui nasihat dari orang lama macam cikgu.

    Apapun. Memang meriah betul kisah di atas. Bagai nak menitik air mata membacanya. Inilah namanya bertemu dan berpisah semata-mata kerana Allah.

    Kami doakan moga Allah kurniakan kesihatan yang baik buat cikgu sekeluarga. As-alullahal 'azim, robbil 'arsyil 'azim, ayyasyfiyak.

    BalasPadam
  2. salam cikgu musa,sebenarnya ,saya brother ziarah76 pun baru saja berjumpa,itu dengan takdir Allah,kami berjumpa,di masjid daerah pendang,masa jemaah ulama ikram dari patani dtg...
    saya kahwin??lambat lagi kot???
    nanti awal mei ada jemaah masturat cikgu osman dari lokstaq,mai keluar di kulim.dekat dngn rumah sewa sy la tu,

    doakan sy,40 hari 1 mei 2011...bersma student politeknik kulim...setakat la ada 33 org nama dah...

    BalasPadam
  3. cam meriah jer nak mai nih..rase cam nak pasang lampu raya lak...lit lap lit lap....huhuhu.
    abdul mutalib politek tak ajak ker cikgu..

    saya nak suruh ahlia saya masak nasi dagang laa..sb dio org terengganu...

    nie bulan 6 nih cuti sekolah saya sanggup ambik takaza jemaah masturat lagi..cepat booking..

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum, rasanya gembiralah sangat hati ini bila tuan2 yang mulia Ishak, anak pendang dan Akuhuduh memberi respon N3 ini juga kepada sahabat yg lain yg membaca N3 ini saya ucap terima kasih.Untuk akuhuduh saya baru balik dari mesyuarat markas, syura dah putus jemaah saya 3h akan kerumah anta tolong hubungi saya 0135864011 sms alamat anta, tapi kalau ikut alamat kat blog tu susah nak cari, sampai simpang neraka

    BalasPadam
  5. salam.

    Sdikit keliru, adakah Ckgu Musa & Tokwan org yg sama?

    InsyaAllah nnti blk Jitra nak mintak suami gi jmpa ckgu Musa & Ziarah76 kat mrks, bersilaturrahmi..
    Kg halaman ana dkt2 situ jgk..dkt msjd baru Jitra, tepi jln.

    BalasPadam
  6. Ws aliaazuan kalau rasa sama, samalah kut,bolehlah saya jumpa dgn azuan nanti tentunyalah gembira,kat markas tanya cikgu musa kola kedah insyaallah org kenallah sebab saya sorang saja nama musa kat markas tu

    BalasPadam
  7. Saya jemput cikgu untuk memberikan pendapat,pandangan,komentar dan info tambahan di atas tulisan terbaru di blog saya berkaitan “Dakwaan makam Sahabat Nabi Saw ada di Malaysia”.Sekian,Terima Kasih.

    BalasPadam
  8. Assalamu'alaikum.

    maaf terlambat mengomen, kebelakangan ini sibuk sikit sampai blog sendiri pun saya tak jengok dan dah lama bersawang takde posting baru.

    syukur alhamdulillah dapat bertemu juga Hj Musa Kola Kedah. Dulu masa mula2 mai tertanya2 jugak siapakah gerangan buzroq tn hj musa. Boleh lah saya belajar2 ambik fikir dgn orang2 lama spt tn hj.

    Semoga Allah berikan kesihatan dan keselamatan kepada Tn Hj sekeluarga.

    insya-Allah nanti jumpa... takaza student pun banyak nampaknya musim cuti nanti.

    BalasPadam
  9. WS utk anak pendang saya dah komen sebelum anta pelawa tapi isinya tak bernas lat sbb saya x pandai apapun N3 anta amatlah baik semuga plhak yg berkaitan akan dapat mengkajinya dgn teliti.
    Untuk Ziarah76 terpma kaseh, semoga allah terima doa. Insyaallah pd 21 Aprpl nanti Kuala Kedah akan keluaq jemaah bersama 20 org pelajar tingkatan 5, jadi perlukan orng lama dlam usaha student untuk bimbimg mereka, anta adalah orang yg munaseb untuk berada dgn jemaah ini insyaallah

    BalasPadam
  10. Assalamu'alaikum Haji Musa..
    Salam perkenalan.. (",)

    Rasa terhibur membaca coretan di atas.. Tak tahu lah kenapa..

    Terima kasih atas perkongsian.. Betapa kami orang-orang muda sangat dahagakan ilmu dan perkongsian pengalaman dari Haji Musa..
    Kami budak baru belajar, salah silap harap perbetulkan..(",)

    Semoga Allah swt balas pengorbanan Haji Musa dengan balasan syurgaNya.. Amiin Ya Rabbal 'alamin..

    BalasPadam
  11. Ws Tuan Fuad Ansori salam pengenalan, sebenaqnya saya ni tak ada apa2, nasehat yg saya tulis pun saya dengar dari org tua2, saya ni tak reti apa pun, semoga allah terima kita semua sebagai umat nabi saw yg buat kerja nabi saw

    BalasPadam