Khamis, 5 Mei 2011

SATU MASALAH


Jika Ahli Nujum Hj Bakhil memberi 4 masalah kepada Ahli Nujum Negara Pak Belalang. Saya nak memberi satu masalah yang mudah untuk sahabat semua menjawabnya.

Soalannya

Jika disebut sekali bermaksud saya

Jika disebut dua kali bermaksud benda

Jika disebut tiga kali bermaksud benda saya

Jika disebut empat kali bermaksud benda-benda

Jika disebut Lima kali bermaksud benda-benda saya

Soalan ini selalu saya soal pelajar sekolah menengah yang mengikuti program motivasi di sekolah-sekolah yang menjemout saya di sekitar Alor Setar,saya harap sahabt blogger semua dapat memberi jawapannya.

Apakah jawapannya dan buktikan jawapan anda.

12 ulasan:

  1. soalan yg pelik???
    sat kene tingok air jampi dulu....

    BalasPadam
  2. bila saudara musa mahu beri jawapan ni...dah tak sabar nak tau...kita semua tak boleh jawab cikgu...hehe

    BalasPadam
  3. salam saudara saya ziarah, anak pendang,ismadi dan idah, sabar dulu nanti bila sampai masa saya akn beri jawapannya, kalau dalam sesi motivasi pun diakhir ceramah baru saya habaq jawapannya, jangan maraaaah haaa

    BalasPadam
  4. Assalamu'alaikum Haji,

    Entri baru dah keluar, jadi boleh la kot isytihar jawapan teka teki ni. Lama dah kami ni tertanya-tanya.

    BalasPadam
  5. bila ku renung dalam2 rupanya jawapannya ku jumpa di dalam quran dan hadis..
    jawapannya ialah.....kasi cikgu musa jawab dulu..

    BalasPadam
  6. akuhuduh, jawapannya dah hampir dah tu

    BalasPadam
  7. agak sukar soalannya..
    bila la agaknya nak dapat jawapan ni.. (",)

    BalasPadam
  8. Ishak , akuhuduh, Fuad, idah, ismadi, Ziarah76, anak pendang nanti jawapannya saya masuk dalam blog anda semua insyallah.

    BalasPadam
  9. olo...nak tahu gk..

    saya tnye kawan saya pon dia tak tahu gk...

    BalasPadam
  10. jawapannya "KU"
    Jika disebut sekali bermaksud saya - KU

    Jika disebut dua kali bermaksud benda-KUKU

    Jika disebut tiga kali bermaksud benda saya-KUKU KU

    Jika disebut empat kali bermaksud benda-benda- KUKU KUKU

    Jika disebut Lima kali bermaksud benda-benda saya - KUKU KUKU KU

    BalasPadam