Sabtu, 16 Julai 2011

KELEBIHAN WANITA

بسم الله الرحمن الرحيم

Saya baru membaca kesah seorang isteri yang mana sahabat lamanya sepasang suami dan isteri semasa dialam persekolahan dahulu telah membuat teguran melalui ruangan chat di internet.Kata lelaki kawan lamanya ini bahawa dia kini telah tudtup likup menampak mata sahaja dan memang tak berkenanlah kepada tabligh ini. Isteri ini setelah meminta izin daripada suaminya telah menjawab soalan-soalan yang agak sensetif yang telah dikemukakan dengan begitu baik dan akhirnya pasangan kawannya ini dapat menerima pula dengan mengakui kebenaran jawapan nya. Sebenarnya bila sahaja saya membaca kesah ini, saya teringat bagaimana tinggi dan hebatnya pengorbanan wanita melebihi lelaki. Kata-kata ini bukanlah daripada saya tetapi diucapkan oleh Mufti Zainal Abidin Rah. yang membuat usaha sezaman dengan Maulana Muhammad Alias Rah. Semasa Ijtimak di Cenderong Balai tahun 1990 (jika tak silap) Katanya wanitalah yang paling banyak menanggung susah dan menahan perasaan apabila suaminya keluar berjihad di jalan Allah swt.Merekalah yang menjaga anak-anak ,harta benda suami, menahan segala tohmahan dan cercaan daripada keluarga yang tidak faham usaha agama ini, kekadang menjadi bahan ejekan pula dari kawan-kawan sekampong, wanita-wanita ini jika mereka tidak mempunyai kesabaran dan tawakal kepada Allah dan diatas janji-janji Allah harus mereka berada didalam tekanan perasaan selalu. Sebab itulah kata Mufti wanita mempunyai iman yang kuat dan teguh jika mereka bersabar diatas semua ini. Saya nyatakan ini sebab melalui pengalaman sendiri, Kami berkahwin tahun 1984 dan pada tahun yang sama juga selepas kahwin terus keluar masturat 3 hari dan 15 hari, kemudian cukup nisab saya keluar pula 40 hari, tinggalkan isteri dikampong(rumah emak saya dan mertua berdekatan sekampong), masih belajar kat UPM, , belum habis belajar sudah ada seorang anak, Dah tamat belajar tiada ada pekerjaan tetap, hidup susah, rumah sewa, pendapatan sedikit RM180 sebulan, sewa rumah RM80, bakinya untuk belanja makan bersama 2 orang anak, usaha agama diteruskan, 3hari, 40 hari istiqomah keluarMasa inilah isteri memerlukan kesabaran, bila saya pulang dari keluar 40hari macam-macam citer lah apa yang keluarga(bukan adik,abang kakak sendiri atau ipar) tetapi keluarga terdekatlah yang banyak main peranan. Disinilah saya lihat bagaimana tabahnya hati mereka menghadapi semua ini, kekadang saya sendiri merasa kesedihan itu, masa itulah saya peluk isteri dengan perasaan penuh kasih sayang dan penuh hiba kerana mengenangkan kesabarannya menerima dugaan tanpa kehadiran saya, Sekarang kami telah tua semua dugaan itu hanya tinggal kenangan sahaja, tiada lagi orang mencemuh ketika saya khuruj tetapi dugaan datang dalam bentuk lain pula Allhuakbar. Allahhussomad padaNya sahajalah tempat kita mengadu. Sebab itulah ganjaran pun tinggi Allah kurniakan kepada wanita ini dengan memberi syurga 500 tahun terlebih dahulu memasuki syurga daripada suami mereka, supaya dapat berdandan dan menunggu suami mereka. Hebatlah wanita , didunia mereka taat dan didalam syurga pun masih setia menunggu, bukan sekejap tetapi masa yang panjang 500 tahun, Jadi saya menyeru kepada isteri saya dan kepada semua isteri-isteri Dae bersabarlah kamu sesungguhnya syurga balasannya untuk kamu, Insyaallah

16 ulasan:

  1. Salam tuan, alhamdulillah dan terima kasih pada suami2 menghargai pengorbanan isteri2 semasa suami khuruj. Suami saya sedang keluar 2 bulan sekarang dan saya pula sedang pregnant 7 bulan, ada komplikasi risiko melahirkan anak awal, doktor dah nasihat tak boleh buat kerja berat2 tapi nak buat macammana dah sendirian begini terpaksa lah hadapi semuanya, nak minta bantuan family susah sikit sebab dalam family saya, suami seorang sahaja yang terlibat dengan usaha ini. Wassalam.

    BalasPadam
  2. Assalamu'alaikum.

    Satu targhib untuk kaum ibu yang amat menyentuh hati. Kenyataannya memang begitu, apabila suami keluar di jalan Allah, sang isteri di rumah yang lebih menanggung mujahadahnya.

    Semoga kisah ini dapat membakar semangat wanita untuk sabar dan tahammul dalam memempuh kesusahan dalam menjalankan usaha agama. Sesungguhnya mujahadah itu pahit, kerana syurga itu manis..

    BalasPadam
  3. salam,kami yg muda2 nie belum tawen nie lagi bahaya..susah ke senang nk cari pasangan hidup yg betul memahami kita dan usaha yg kita buat.

    Wanita mereka memang buat kurban besaq utk agama,
    saya juga sedih baru2 nie ada satu ahlia kpd karkun di sg Petani dtg jumpa saya,katanya suaminya keluar x tggalkan apa,shgga kluarga sblah pompuan ini nk heret ke mahkamah..

    Mana2 karkun yg si suami sedang keluar,tolong la bawa ahlia p ziarah isteri si karkun yg sedang kelaur,kita hiburkan mereka,kita apa yg perlu di bantu...

    semoga Allah amek kerja dari kita semua..

    BalasPadam
  4. tamsilan yg biasa kita dengar: 'kalau ada dua belah kepak baru lah burung boleh terbang...'

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum,tuan,baru2 nie juga saya ade jugak dipancung oleh seorang blogger (lelaki) sama2 juga terlibat dalam usaha katanya,marina nie baru2 nak belajar mendalami usaha,ade juga tercalar dihati,tapi suami bagi semangat,jangan diambil pusing katanya (suami)kita buat usaha nie atas FIKIR dan RISAU....tuan doakan saya dan suami ye...:)

    BalasPadam
  6. salam.....
    terima kasih tuan haji..
    kisah ni sgt menginsafkan..

    benar.. besar sungguh pengorbanan seorang insan bernama isteri dalam mengharungi onak dan duri.. lebih2 lagi dalam memperjuangkan agama.. moga mereka beroleh kebaikan yg berkekalan..

    rasa nak menangis pun ada sekarang ni..

    BalasPadam
  7. Ummu Wafi ~ Itulah dinamakan pengorbanan yang menyebabkan Allah pandang kita dengan pandangan kerahimanNya.Allah suka lihat hambanya menanggung kesusahan demi agamanya, setiap susah payah kita Allah akan ganjarinya dan Allah berbangga dihadapan malaikatnya. Isteri saya dahulu mengandung 9 kali, 7 melahir anak hidup dan 2 kali menglami keguguran, Daripada 7 kelahiran, 5 oarng dilahirkan ketika saya khuruj, ini semua taqdir Allah, ia berlaku semasa cuti sekolah nisab saya keluar 40 hari, isteri sayalah yang mendesak saya supaya khuruj dan katanya "apa-apa masalah biarlah dia hadapi sendiri, abang banyakkan doa untuk Zai",2 kali keguguran pula satu daripanya saya sedang keluar 3 hari, selepas 3 hari baharulah saya bawanya ke hospital.Allah lah yang mengatur semuanya.

    Ishak ~ Sebab itulah sebagai suami, kita mestilah selalu melihat keoada kebaikan, susah payah, dan perasaan mereka ketika ditinggalkan berseorang menjaga anak-anak dan harta benda kita semasa kita khuruj di jalan Allah swt. Jika perasaan ini ada dalam setiap hati suami baharulah kita dapat hidup dengan bahagia dan apa-apa kesalahan atau silap faham isteri dapat dimaafkan dengan penuh kaseh sayang.

    Anak Pendang ~ Dulu saya semasa baharu seminggu
    bertunang, pertunangan kami diputuskan kerana kata mereka saya "gila".Denganperasaan malu dan marah ibubapa saya memcari wanita lainuntuk pengganti, jika dapat hari ini besuk kahwin, begitulah tekad mereka. Tapi bagi saya selamba aje, bangun malam selepas tahajud nangis doa pada Allah "Wahai Allah jika wanita ini baik untuk aku dan agama aku, jadilah ia sebagai isteriku, jika tidak engkau gantilah dengan wanita lain yang lebih baik daripanya"Selepas seminggu Alhamdulillah Allah kabul doa saya mereka datang untukmhubung semula. Itulah isteri saya sekarang, cantik,memahami suami dan senang didampingi. Jadi Anta doalah macam saya doa insyaalah akan dapat isteri baik.

    Ziarah76 ~ Ialah nak masuk syurga pun bersama-sama.

    Marina Ali ~ Sebab itulah kita selalu kena muzakarah dengan suami dan selalu menghadiri taklim dan keluar masturat, baharulah kita akan dapt kekuatan.

    Fuad ~ Nabi sendiri memandang tinggi pengorbanan wanita, kita juga kena kenang dan memberi sanjungan kepada pengorbanan mereka sebagaimana Allah sampaikan salam kepada Khadijah r ha, diatas pengorbanannya

    BalasPadam
  8. benar tuan haji,
    jadi isteri karkun ni kena banyak2 sabar, tabah dan redha....

    BalasPadam
  9. Norsha sebab ganjarannya sangat tinggi disisi Allah

    BalasPadam
  10. takot pula saya baca..

    ganjaran besar dan pengorbanan pon kne besar jugak..

    takot pas kawen xleh jadi isteri solehah.. tak leh jadi penggalak suami buat kerja agama..

    takooottt

    BalasPadam
  11. ahlia teeeetttt....kat dunia kerja besar gaji besar, gaji pengarah tak sama gaji PAR begitulah akhirat lagi banyak korban lagi banyak ganjarannya, tak ape, dulu kan biasa dgn makcikkan x de ape-ape yg berlaku, sihat aje senang hati. jgn takut buat korbanan

    BalasPadam
  12. insyaAllah,,,moga di kurniakan insan yg faham n ingin berjuang bersama2,insyaAllha,,,

    BalasPadam
  13. Salam
    Suka baca kisah cikgu musa dlu. Dapat jadi panduan utk kami. Mohon doa cikgu agar sy n suami dapat istiqamah dlm usaha ni

    BalasPadam
  14. Salam
    Anak pendang, betul cakap cikgu musa. Sy dlu dr remaja dah jatuh cinta dgn usaha ni n azam nak suami karkun. Asbabnya adik sy karkun, kg sy kuat buat usaha ni.... Sy suka bila adik citer pasal usaha ni. Alhamdulillah ALLAH perkenan doa sy n sy dapat suami karkun.... Kena byk2 doa.

    BalasPadam
  15. Salam
    Kak marina, mmg sy akui ada karkun yg suka pancung. Tp kita yg dengar ni kena sabar la. Suamu sy slalu pesan, nak buat usaha ni kna jadi spt bunga. Bunga semua org suka. Kena sukakan hati org dlu baru dakwah. Jgn pancung nnt org x suka terus lari dr agama n makin jauh

    BalasPadam
  16. Ws
    Buat abu Zarim, amin moga allah terima

    Zaujah Shamsul Setiap niat yang baik pasti allah akan terima kita

    BalasPadam