Ahad, 15 April 2012

KARGUZARI MASTURAT AUSTRALIA

Bismillahirrohmanirrohim

“Jika tuan-tuan datang ke Australia, sama saperti tuan-tuan pergi keseluruh dunia” ini adalah satu pernyataan yang pertama kami dengar apabila kami sampai di Australia. Kami sampai di Lapangan terbang Melbourne jam 8 pagi waktu Australia, kami telah di istiqbal oleh saudara kita orang Melayu dan Pakistan. Abu Bakar asal Kota Kinabalu dan Syed Zafarudin berasal dari Singapura (besuk beliau akan berangkat ke China untuk 40 hari tetapi masih sempat khidmat kami). Cuaca di sini amat sejuk walaupun musim panas kerana angin sejuk daripada kutub selatan yang dingin,suhunya adakalanya dibawah 10 darjah celcius. Tempat pertama kami dihantar adalah Preston markas awal di Melbourne selama 2 hari, masturat di rumah Abu Bakar, beliau juga akan berangkat ke China Jemaah 40h kedua selepas kami berada 2 hari dirumahnya, hebatkan pengorbanan mereka untuk agama, kebiasaan kita kalau nak keluar 40H atau 4B, 2 atau 3 hari sebelum keluar mestilah duduk kat rumah aje buat persiapan, macam-macamlah persiapannya. Teringat Dulu masa kami keluar masturat kat Phuket juga, seorang daripada orang tanggungjawab mereka telah berkhidmat kepada Jemaah kami 2 hari berturut-turut sehingga pada hari kedua dia masih lagi memasak untuk Jemaah kami diwaktu pagi hingga jam 10 pagi, lepas tu bergegas pulang kerana jam 12 tengahari penerbangannya bersama isteri ke Makkah untuk menunaikan farzu haji, hebat korbanan mereka. Berbalik kesah Australia, bila kami pertama kali solat Zohor di Masjid Preston, saya jadi hairan kerana pertamanya ramai orang datang berjemaah dan ada juga wanita. Kedua saya lihat berbagai jenis warna kulit manusia yang datang dari berbagai Negara dan bangsa, semua mereka datang sambil menyebarkan Salam, dikalangan orang Islam yang datang ke Masjid amalan Salam adalah menjadi kebiasaan bagi mereka ketika bertemu dan berpisah. Setiap masjid yang kami pergi semuanya hidup solat Jemaah 5 waktu, Jemaah terdiri daripada orang tua, dewasa dan kanak-kanak, yang paling menakjubkan saya adalah orang tua dan dewasa tidak pernah marah kepada kanak-kanak didalam masjid walaupun mereka bising dan berlari dalam masjid bahkan mereka juga bermesra dan joke dengan kanak-kanak. Setelah 2 hari di Preston baharulah kami faham tentang pernyataan diatas, bahawa di Australia semua bangsa seluruh dunia datang ke sini untuk mencari rezeki, ada diantara mereka yang mendapat kerakyatan Australia dan ada juga sebagai penduduk tetap. Disini gaji amat lumayan dan duitnya mahal.

Islam mula bertapak di Australia semenjak 160 tahun dahulu, apabila kerajaan Australia mahu membina landasan keretapi merentasi Benua Australia yang berpadang Pasir. Mereka telah membawa 10 ribu orang lelaki Afghanistan bersama unta-unta Afghanistan bagi tujuan mengangkut peralatan landasan keretapi merentasi padang pasir(semua unta yang ada di Australia sekarang adalah keturunan unta afghan). Mereka ini ada juga terdiri daripada Alim dan juga hafiz Quran , Dalam membuat landasan ini mereka telah membina masjid –masjid ditempat dimana mereka berkerja, mereka juga telah berkahwin dengan wanita-wanita tempatan termasuk wanita orang asli. Diseluruh Australia mereka telah membina 70 buah masjid yang teguh. Mereka ini beramal dengan perintah Allah bersungguh-sungguh bersama isteri-isteri mereka yang baharu memeluk islam, yang alim mengajar ilmu dan alquran kepada anak-anak mereka, tetapi kualiti ilmu tidak sama saperti yang mereka pelajari di Afghanistan, sampai kepada cucu mereka agama semakin berkurang, ada dikalangan mereka yang meninggal dunia dan meninggalkan anak dan isteri yang kurang kekuatan iman,semasa mereka hidup bersama isteri dan anak-anak dakwah tidak dijalankan, akhir sekali sampai diperingkat cucu sudah ada yang murtad mengikut agama datuk nenek sebelah ibu mereka, dan cicit mereka boleh dikatakan hampir kebanyakkannya telah bertukar agama yang tinggal hanya sebutan nama keluarga mereka saperti “Khan” dihadapannya MIcheal Khan, John Khan dan sebagainya. Sekarang daripada 70 buah masjid yang tinggal hanya 2 masjid sahaja, satu di Adelaide dan satu lagi di Alice Spring kedua-dua masjid ini adal 5 amal dakwah, di Adelaide kami buat usaha selama 4 hari di Masjid Afghanistan ini.

Description: C:\Documents and Settings\admin\My Documents\My Pictures\ausrtalia\Image055.jpg

Description: C:\Documents and Settings\admin\My Documents\My Pictures\ausrtalia\Image054.jpg

Diatas adalah masjid Afghanistan yang hidup 5 amal dan setiap bulan mereka keluarkan 2 atau 3 jemaah 3 hari setiap bulan

Semasa di Adelaide masih terdapat seorang wanita cucu mereka berumur hampir atau sudah 100 tahun yang mana anak cucunya semua telah pun kembali ke agama kristian, dan dia sendiri pun sudah lupa akan amalan islam kecuali beliau pernah melihat tasbih yang di berikan kepadanya oleh karkun kita, kami tidak sempat berjumpa dengannya kerana jauh di pedalaman dikawasan Ladang.

Usaha nabi saw di Australia bermula apabila Jemaah daripada IPB datang kesini dan mula memberi fikir dan risau nabi saw kepada pendatang arab yang amat banyak. Pendatang ini datang untuk mencari rezeki dan sebahagiannya melarikan diri dari suasana Negara mereka yang kurang aman. Mengikut mereka orang yang mula berusaha di Melbourne ialah Syeikh Mokhtar(Syura dan Amer Australia) dan abangnya Syeikh Mahmod (bapa mertua Abu Bakar KK) Mereka berdua ini mula berusaha dikalangan pendatang dan pelajar-pelajar dari seluruh dunia termasuk orang Melayu Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand.

Berbeza dengan pendatang Afghanistan, mereka datang dengan maksud yang sama untuk mencari rezeki tetapi golongan kedua ini telah menukarkan maksud mereka daripada mencari rezeki kepada usaha nabi saw dengan menjalankan usaha dakwah, kesannya agama telah tersebar, ramai orang islam kembali kepada islam, wanita sudah ramai yang menutup aurat dan banyak juga yang memakai jilbab, ramai orang Australia telah memeluk islam setiap hari dan sudah ada yang menjadi fikir man dan korban untuk agama nabi saw.

Secara ringkas saya beri karguzari usaha kami selama 2 bulan di Australia. Keputusan Nizamudin untuk Jemaah kami berusaha di Melbourne dan Sydney dua tempat yang paling maju usaha di Australia. Di Melbourne kami buat usaha di rumah orang India, Bangladesh, Pakistan, Malaysia, Indonesia,Singapura, Bosnia, Turki, Australia,Arab, Fiji, Burma. Orang India ,Bangladesh dan Pakistan yang buat usaha disini bukan macam bangla dinegara kita yang berkerja di pasaraya atau buruh, atau macam Pakistan jual karpet atau India yang kerja di restoran nasi kandar, tetapi mereka ini adalah golongan Profesional saperti Doktor, Jurutera, Saintis, Akauntan. Orang bangla lah yang paling ramai buat usaha di Australia, mana-mana markas kami pergi merekalah yang paling ramai nusroh, sama saperti nusroh mereka di Bangla, India atau Pakistan, Tidak kalah juga dengan orang Melayu, mereka nusroh kami paling banyak, Di Melbourne nama saperti, Abu Bakar, Aminudin Dandenong, Khairul Azizul Pelajar PhD bersama isterinya, Syed Zafarudin, Nurul Islam pelajar Kedoktoran, Nazri pelajar PhD, Hj Ismail, Hj Sulaiman(Jadikan garaj rumahnya sebagai surau bagi kawasannya dan hidup 5 amal dakwah), Maulana Safarudin.

Setiap rumah yang masturat kami usaha selama 2 hari, Nusrohnya amatlah hebat sekali, mereka datang dalam waktu pagi, lepas zohor pulang kecuali yang dimesyuarat kemudian datang ramai selepas asar untuk program bayan lelaki, waktu malam masih lagi ada yang belum pulang. Selama 2 hari setiap rumah mereka datang dan ada diantara mereka yang mengikut kami dari satu rumah ke rumah yang lain. Ada juga jiran tuan rumah beragama kristian yang datang melihat Jemaah dan berbual-berbual tentang maksud kedatangan kami, masa inilah peluang untuk Jemaah dakwah mereka, biasanya ada juga mereka memeluk islam(berlaku kepada Jemaah lain) Jarak rumah mereka dengan tempat masturat ada yang dekat dan ada yang jauh. Ada yang setengah jam, sejam perjalanan untuk ketempat masturat. Masjid tempat iktikaf lelaki dengan rumah masturat pula kebanyakkannya jauh ada yang 20 minit perjalanan menaiki kereta, kebanyakkannya kena menaiki kereta, untuk program kami terpaksa gunakan telipon bimbit yang dimesyuaratkan penggunaannya khas untuk kegunaan Jemaah sahaja. Nusroh makan minum ni Allhuakbar, macam-macam jenis makanan mengikut bangsa yang datang, makanan IPB biasalah kita makan, ini makanan bosnia, Turki, Arab, Afrika semua kami bedal, pendek kata kami di layan saperti VVIP

Untuk pindah tempat ke tempat lain sama lah saperti kita, mereka datang mengambil, tidak kira dekat atau jauh. Di Melbourne kami dihantar ke Adelaide jaraknya 900 km, Adelaide adalah dibawah markas Melbourne, kami buat usaha di Adelaide selama 7 hari. Perjalanan dari Melbourne ke Adelaide 900 km. Kami dihantar menaiki 3 buah kereta oleh saudara orang Bangladesh morhalah markas masjid Fawkner, tempat pertama di Murry bridge (Mari Brig) dikawasan perkelahan terkenal kawasan Sungai Murry-Darling,kalau tak salah ingatan saya dahulu semasa sekolah rendah tahun 60an ada belajar dalam Pelajaran Kejadian Alam(Geografi) tentang sungai Murry-darling sekarang dengan izin Allah dapat lihat sendiri dengan keluar di jalan Allh swt. Disepanjang perjalanan kami melalui kawasan ladang yang luas, kawasan lintasan kanggaro dan Koala Bear, kita hanya akan berjumpa pekan kecil dalam 100 km atau lebih, disini kita akan berhenti untuk kadho hajat, kami berhenti solat dan makan dikawasan rehat atau “Park”, kawasannya cantik dan bersih tandas awamnya amat bersih, terdapat berbagai jenis burung saperti kakak tua yang berbagai warna terbang bebas tanpa gangguan dari manusia.Di Adelaide kami berusaha di tiga halkah sebuah rumah setiap halkah, disini masturat tinggal di rumah Dr.Bangla, Sri lanka dan Bangla juga, 3 buah rumah, tetapi yang nusroh semua bang sa termasuk Melayu, arab, Perancis, Iugur, Aussie, Fiji dan banyak lagi saya tak ingat. Kami banyak usaha kepada student Malaysia dan juga orang Melayu yang tinggal disini. Disini kami diberi sebuah kereta bersama GPS untuk mencari alamat rumah orang Islam bagi tujuan khususi, jadi GPS itulah menjadi rahaba kami sepanjang seminggu disini pada sebelah pagi tetapi selepas asar dan malam mereka datang untuk nusroh buat gast dan sebagainya.Disini fikir man orang Malaysia Mahmod MB orang Penang, cakapnya pun masih pekat Penang sudah lebih 20 tahun di Australia. Hari ketujuh kami pulang Ke Melbourne menaiki 2 buah kereta, perjalanan 900 km dihantar oleh seorang kacukan Iugur dan Afghan dan sebuah lagi kami yang pandu sendiri, kami tidak keluar apa-apa perbelanjaan pun walaupun kami telah kumpulkan wang untuk minyak petrol tetapi mereka tak mahu mengambilnya begitu juga semasa dari Melbourne juga mereka tidak mahu menerima wang kami. Di Ade;aide kami taskil Jemaah lelaki tunai 40 hari , kembali ke Melbourne semula selama seminggu usaha taskil semula orang yang beri nama untuk keluar 40 hari dan 10 hari masturat, satu Jemaah 40 hari masturat ke china dan 10 hari tempatan dapat dikeluarkan dan beberapa orang ke India 40 hari masturat.

Route seterusnya ke Sydney,jaraknya 1000km dari Melbourne. Kami menaiki kapalterbang murah seorang AU60 dollar bersamaanRM192, masa penerbangan lebih kurang 45 minit, lapangan terbang Sydney terletak di tepi laut memang cantik tempatnya. Bandar Sydney merupakan Bandar dikawasan Pelabuhan yang indah. Usaha disini lebih maju daripada Melbourne, kami sempat menghadiri Ijtimak Sydney bersama Camberra dihadiri 2 ribu orang dibuat di masjid Rootyhill mereka mengeluarkan 23 orang 4 bulan ke IPB, 10 jemaah 40h dalam negeri, 2 jemaah 2 bulan satu ke Greek dan satu ke Indonesia dan 11 jemaah 10 hari. Di Australia Jemaah 40 hari dihantar keseluruh dunia mengikut bangsa, contohnya orang Bosnia mereka bentuk Jemaah mereka sendiri untuk keluar 40 hari di Bosnia sebab orang dari Negara tidak boleh atau susah untuk masuk, negeri Turki orand turki, Iugur oarng Iugur dan sebagainya , Keistimewaan untuk pergi keseluruh dunia hanya Allah beri kepada orang yang memegang paspot Malaysia sahaja, jadi orang Melayu kita di Australia dapat pergi keseluruh dunia dengan mudah untuk buat usaha ugama, banyak bangsa lain saperti Fiji, india ,Pakistan mereka cemburu dengan orang Malaysia kerana mudah untuk pergi seluruh dunia tetapi kita lah yang tidak tahu atau tak mahu menggunakan kelebihan ini untuk keseluruh dunia buat usaha agama nabi saw. Kami usah selama 2 minggu di Sydney dan dihantar kebeberapa halkah mereka tetapi tidak habis kerana kami diminta untuk usaha di Camberra ibu Negara Australia selama 10 hari. Disini usaha dijalankan serupa dengan di Melbourne,Jemaah kami digunakan sepenuhnya. Sydney tempatnya cantik, barang makanan dan sewa rumahnya lebih mahal, semua orang dalam keadaan sebuk mencari rezeki, tetapi bagi orang yang buat usaha agama mereka masih lagi mempunyai masa untuk nusroh Jemaah dan buat usaha tempatan, tetapi kami lihat disegi bandaraya dan kesebukan kota, Kuala Lumpur lebih sebuk lagi dengan kesesakan traffic berjam-jam, Jalan raya KL lebih baik daripada Sydney tetapi KL ramai orang asing yang pada pandangan saya kurang memepunyai pengetahuan sivik berbanding dengan orang asing di Australia yang mempunya kesedaran sivik yang tinggi dan diamalkan.

Perjalanan kami ke Camberra dari Sydney menaiki 2 buah kereta, orang Arab Mesir bertaraf OKU, hebatnya mereka orang kurang upaya pun sanggup menghantar kami sejauh 300km, Allahuakbar,( selama 2 bulan di Australia 4 orang Oku telah nusroh Jemaah kami bersama diri dan kenderaan mereka, seoarng Mesdir seorangBangla Seoarang Melayu Malaysia dan seorang Indonesia) dan bangla sebuah kereta, usaha di Camberra baru hendak bermula, fikirmannya orang bangla yang dah lama tinggal di sana ada antarannya berkahwin dengan wanita Australia cakap mereka pun saperti Australia, disini ada 2 buah masjid yang ada solat jumaat, sebuah masjid yang terdapat dikawasan Elit Embassy seluruh dunia, semua Duta Negara luar tinggal disini . Masjidnya betul-betul terletak dihadapan Pejabat Duta Malaysia, pada hari Jumaat selepas solat Jumaat kami berpeluang berjumpa dengan ramai orang Islam yang berada di Camberra dan juga Duta-duta Negara Islam termasuk saudara dari Malaysia dan Indonesia. Kawasan ini namanya Yarralumla, Di Camberra kami berusaha di 3 buah rumah , satu orang Pakistan dan sebuah lagi Bangla, usaha untuk orang Melayu disini tiada walaupun ramai orang Melayu Malaysia, Indonesia dan singapura. Camberra merupakan Bandar bebas daripada kilang, tiada sebuah kilang pun ada disini, kawasannya banyak tumbuh-tumbuhan, nama-nama tempat banyak menggunakan nama aborigin. Kami pulang ke Melbourne untuk pulang ke Malaysia, dari Sydney ke Melbourne jaraknya 700km, kami dihantar oleh orang Arab Mesir dari Sydney yang mula-mula hantar kami dari Sydney ke Camberra dan juga sanggup datang lagi dari Sydney ke Camberra untuk menghantar kami ke Melbourne . Seoarang lagi kacukan Italy dan Pakistan kelahiran England saya naik kereta nya dan sepasang lagi. 4 pasang lagi naika kereta arab.

Kesimpulannya, Jemaah perlu dihantar lagi dengan banyak ke sini, terutama orang Malaysia, kerana mengikut karguzari orang tempatan yang nusroh dan pemerhatian kami mereka amat suka dengan orang Malaysia kerana lemah lembut, senyuman, tak banyak komen, banyak ikram. Usaha disini berbeza dengan tempat kita, kena banyak berhati-hati mesti ikut mesyuarat orang tempatan, keadaan orang Islam disini jika tiada hubungan dengan masjid mereka akan jauh dari agama, pernah semasa di Melbourne saya pergi khususi orang Melayu Kelantan namanya Khalid berkahwin dengan orang Australia, tinggal di ladang bersama isterinya, jauh temaptnya perjalanan dari temapt kami di Dandenong Melbourne hampir sejam, sayang namanya pun sudah bertukar menjadi Michel, apa boleh buat kita hanya berdoa kepada Allah suatu hari nanti dia akan kembali kepada Allah. Gast atau ziarah pula tak sama dengan kita , rumah orang Islam terletak jauh dari masjid, gast kena menaiki kereta kadang-kadan satu gast jumpa sebuah rumah sahaja,dan bercakap masuk kedalam rumahnya macam disini kita buat khususi, cakap 6 sifat terperinci dan terus taskil ke masjid, pernah semasa di Adelaide saya pergi gast bersama mahmodMB berjumpa orang Johor tak sempat pulang ke masjid untuk solat magrib sebab jauh, terpaksa azan dirumahnya dan ajak dia bersama solat berjemaah dirumahnya. Orang Australia mempunyai akhlak yang baik, mereka menghormati orang lain, menjaga hak orang lain, mementingkan kebersihan, Negara mereka kata orang putih “clean and Tidy” tiada sampah dijalanan, tidak membunuh binatang, walaupun untuk dimakan, macam-macam jenis burung terdapat disini, kakak tua berbagai warna, burung-burung bayan, itek air, pendek kata bermacam-macam burung, mereka memberi makanan kepada burung-burung liar, ikan pula jika memancing tidak boleh mengambil ikan yang kurang daripada saiz yang ditetapkan dan bilangannya pun ada hadnya. Cuma mereka perlu iman sahaja yang tiada kepada mereka tetapi ada pada kita yang mesti kita bawa kepada mereka. Tiada kecurian di pasaraya, kita boleh tinggal telipon di masjid untuk beberapa hari Insyaallah tiada hilang. Tiada juga rasuah, Mereka haus kepada hidayat, pernah dsatu ketika seorang wanita Italy datang kepada saya dan menyatakan minatnya kepada Islam dan ingin meminjam sebuah AlQurana untuk rujukan, setelah berbual beberapa ketika saya minta dia tunggu untuk jumpa Imam masjid untuk meminjam Quran sebab sya orang luar tak boleh mengambilnya, oleh kerana masa lama dia pun pergi dan berjanji untuk datang bila ada masa. Insyaallah saya berazam 3 tahun akan datang untuk keluar masturat 2 bulan Negara jauh lagi, amiin.

Description: C:\Documents and Settings\admin\My Documents\My Pictures\ausrtalia\Image045.jpg

Masjid di Adelaide dikawasan ladang kuda dihadapan dan ladang gandum d sebelah belakang

Description: C:\Documents and Settings\admin\My Documents\My Pictures\ausrtalia\Image000.jpg

Masjid Preston

Description: C:\Documents and Settings\admin\My Documents\My Pictures\ausrtalia\Image002.jpg

Masjid Fawkner markas Melbourne,Cuma ada malam shabguzari sahaja, mesyuarat markas di masjid lain

Description: C:\Documents and Settings\admin\My Documents\My Pictures\ausrtalia\Image069.jpg

Di Melbourne, dulu gereja kini menjadi masjid ada 5 amal sempurna

Description: C:\Documents and Settings\admin\My Documents\My Pictures\ausrtalia\Image192.jpg

Kontena yang dijadikan musalla sementara diatas sebidang tanah yang dibeli untuk dibina masjid di Camberra

10 ulasan:

  1. Salam,
    Cikgu, gmbrnya tak kluar. Tak dpt la tengok.
    Suka baca krkuzari org korban ni. Ana satu je yg kurang tahan...kalau kat jln raya org hon kereta sana sini taktau punca mmg rasa nk pecah kpala. Contoh kat india. Tp kat australia tak mcm tu kot.
    Ckgu, tringin nk ziarah rmh ckgu. Dlu blk tak sempat nk pi. Baru ni blk pantang bsalin takdan nk pi jgk. InsyaAllah prtghn thn ni kalau ada rzki nk jmpa ahlia ckgu, nk bwk anak dara ana yg sorg ni, baru umur 3 bln stgh.Lmbt nk dpt bby ni ckgu, 9 thn. Kalau jd, nnti suami sy calling2 org msjd.InsyaAllah.

    BalasPadam
  2. Salam hj,
    Gambar nyer tak kluar, takdpt tengok.
    Jarak jauh sungguh.
    Masya-Allah semoga Allah terima pengorbanan tuan haji dan isteri serta keluarga.

    BalasPadam
  3. Assalamu'alaikum,

    Alhamdulillah sekian lama menunggu akhirnya sudi juga haji berkongsi pengalaman dengan kami.. MasyaAllah.. Jauh-jauh jaraknya haji travel. Merintis jalan-jalan hidayat.. Karkun Australia pun boleh tahan juga sifat korbannya. Jeles saya dengar. Semoga hidayat Allah mencurah-curah turun di sana berkat usaha haji suami isteri serta jemaah.

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum
    ALIAAZUAN isteri saya sangat gembira mendengar nak mai rumah, nanti habaq kat che abang bawitau saya awal sikit, 30 Mei cuti sekolah nak keluar masturat 10 hari,Ulasan Australia, disini kereta tak bunyi hon macam India, kalau dia bunyi hon kat kita maknanya macam dia maki kita la, tetapi jarang berlaku, mereka suka memberi laluan kepada orang lain dahulu.macam bercakap dengan depa kalau nak apa-apa ka, nak tanya ka walau macammana lembut cakap pun kalau tak ada perkataan "Please" dibelakang , kita dikira kurang sopan la kalau bahasa kita "kurang ajar" la.

    Ismadi, Terima kaseh, semasa anta datang dengan hj lamit 40 hari di Jitra saya sudah keluar masturat 2 bulan, sampai salam saya padanya.

    Ziarah76 , Ameen, maaf la orang tua tak reti nak upload gambar, nantijika ada kesempatan saya nak masuk gambar minta tolong menantu

    Ishak Zaini, Semua yang berlaku dengan kehendak allah jua berkat doa anta jua, semoga Allah terima kita, anak sudah besar dah ka, tentu umu gembira dengan cahaya mata yng menambah kasih sayang anda sekeluarga

    BalasPadam
  5. a'kum... hujung nie saya mmg azam nak kuar masturat ipb. dah belas taun azam, tapi kerna saya buat usaha kuat sangat atas masturat maka nampaknya saya sorang jer kot pergi nizamuddin. huhuhu

    BalasPadam
  6. mashallah..satu laporan dakwah yg menakjudkan...
    saya ada kenalan (karkun) di Australia,kami berkenalan semasa satu tasykil di India...tetapi sekarang sudah tidak berhubung....

    BalasPadam
  7. Akuhuduh takpa tak boleh keluaq swbb ada musyakah sbb banyak usaha atas masturat insyaallah satu hari nanti pastiallah akan kabul niat anta.
    Anak pendang insyaalla di hari alkhirat pasti akn berjumpa kembali
    kawan lama tu

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah... Seronok sangat dengar.
    Saya juga punya ibu dan bapa saudara yg baru keluar masturat ke Australia tahun lepas...
    Doakan suatu hari nanti Allah pilih saya pula ke sana... :-)

    Moga Allah kasih.

    BalasPadam
  9. salam.
    alhamdulillah, bila saya dtg sini (canberra) feb 2012, ramai karkun suka n puji jemaah msia..

    BalasPadam