Sabtu, 17 Mei 2014

KESAH LIMA ORANG PEMUDA KAMPONG
Bismillahirrohmanirrohim
Sudah lama tak membuka blog ini, walaupun ada keinginan untuk menulis tetapi semuanya yg berlaku adalah dengan kehendak allah, walaupun sudah dicuba beberapa kali tetapi tidak berhasil, Alhamdulillah kali ini saya cuba untuk membawa satu kesah lima orang pemuda di satu kampong nelayan yang telah berazam untuk menghidupkan usaha ditempat mereka diperkampungan nelayan disuatu tempat di negeri Kedah. Ku namakan mereka sebagai M, N, MN, R dan J. Umur mereka ini diantara 18 th dan 23 th. M daMN student di U, N bekerja sebagai pembantu warung membancuh air, J pula penjual ikan sementara R pula lepasan SPM pembantu menjual ayam di pasar basah disitu. Antara mereka M dan N telah mendapat usaha tabligh ini sekitar akhir 70an dan yang lainnya awal 80an, M masa itu sudah 2 kali keluar 4 bulan, jalan kaki dan IPB, sementara N, J dan MN baru sekali keluar 40 hari dan R pula beberapa kali 3 hari. Sejarah mereka berlima mendapat hidayah atas usaha ini berbeza tempat dan masa. M mendapat usaha di tempat dia belajar disebuah sekolah menengah pada akhir 70an, yang terletak jauh dari kampong, N pula mendapat usaha semasa beliau bekerja di sebuah kantin sekolah persendirian juga sekitar akhir 70an di Bandar yang berdekatan dengan kampong, sekolah ini milik seorang rakan seusaha, HN pula mendapat usaha di UKM setelah belajar di awal tahun 80an, sementara J dan N mereka berada di kampong dan mendapat usaha hasil daripada jemaah yang masuk berusaha ditempat kami diawal tahun 80an.
     Segalanya telah bermula di sebuah surau yang baru dibina, surau ini agak sederhana besarnya, waktu itu ramai pemuda dan remaja sekolah menengah yang menunaikan solat berjemaah disitu temasuklah lima  pemuda ini. Keadaan kampong nelayan masa itu bukanlah satu suasana yang baik, masyarakat nelayan banyak yang tidak mengerjakan solat mereka pergi ke laut waktu petang dan pulang besok paginya, sementara pemudanya pula banyak yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan menjadi kawasan hitam dadah, anak-anak tidak mendapat didikan agama yang sempurna lantaran bapa selalu tiada di rumah kerana ke laut. Lantaran memikir perkara ini 5 sahabat ini mula terbentuk fikir risau dihati mereka untuk menyelamatkan umat daripada kemerosotan yang lebih parah, langkah pertama bersama dengan  hari pembukaan  surau tersebut amalan Taalim terus dimulakan selepas solat asar. Sambutan dari ahli jemaah amat membanggakan, boleh dikatakan pada hari pertama itu semua ahli jemaah duduk mendengar bacaan kitab taalim fazilat SALAT terjemahan Hafiz Yaakub dari Pulau Pinang, yang banyak menggunakan bahasa Indonesia. Ini bermula pada tahun 1983, selepas taalim di adakan mesyuarat harian dimana boleh dikatakan semua remaja dan beberapa orang tua duduk dalam mesyuarat harian tersebut. Dalam mesyuarat dibentangkan fikir bagaimana anak anak muda yang masih belum solat dapat datang ke surau untuk solat, setiap hari dalam mesyuarat harian orang tua tua memberi pandangan siapa yang perlu jumpa dan orang muda yang belum pernah keluar 3 hari pun sama sama mengambil bahagian dalam usaha khususi pintu ke pintu, masa ini usaha dijalankan asar hingga isyak dan antara mereka ada yang memberi masa asar hingga isyrak pagi besok. Melihat sambutan dari remaja begitu baik maka 5 bersahabat ini telah melangkah satu langkah lagi kehadapan dengan menghidupkan usaha ziarah. Setelah dimesyuarat maka diputuskan ziarah dibuat selepas asar pada hari selasa. Semasa mesyuarat disentuh juga tentang usia 5 pemuda ini yang muda bagaimana untuk berjumpa dengan orang yang lebih tua dikampong itu, tetapi itu semua tidak menjadi halangan kepada mereka.  Sejarah mereka berlima dalam membuat khususi kerja tempatan  berbagai tohmahan yang mereka dapat terutama M, sebab M ini tidak bekerja tetap, pernah M semasa membuat khususi berjumpa dengan R ditempat kerjanya untuk memberitahu satu keputusan mesyuarat telah dihalau oleh tuake tempat R bekerja seperti menghalau seekor kambing sambil mengeluarkan kata kata kesat, ada juga M ini semasa keluar 4 bulan jalankaki dalam negeri dikatakan oleh orang kampong pergi meminta sedekah, dan yang paling M tak dapat lupakan ialah setelah seminggu usia pertunangannya terpaksa diputuskan pertunangan tersebut kerana dikatakan M seorang gila, tetapi M tidak pernah menjawab dan menangis kepada sesiapa pun hatta kepda keluarganya sendiri diatas tragedy ini kerana nabi saw juga dikatakan gila. Di siang hari, ibubapa M kerana malu diatas perkara ini telah keluar setiap hari untuk mencari calon isteri, jika ada yang berkenan, niat mereka, hari ini dapat calon, besuk terus kahwin. Berkahwin masa dulu tidak susah macam sekarang tak perlu mengikuti kursus,tak perlu ujian AIDS.Setiap ibubapa wanita yang dilamar suka  untuk berbesan dengan keluarga M tetapi malangnya semuanya sudah pun bertunang. Berbeza pula halnya dengan M, setiap malam beliau bangun malam menadah tangan kepada allah dengan satu permintaan “Wahai allah jika gadis ini baik untuk aku dan membantu aku dalam urusan agama aku maka jadilah dia sebagai isteri ku, jika tidak maka carilah ganti yang lebih baik dari dia” itulah rintihan M kepada Rabnya setiap malam. Mengambil masa hanya seminggu ibubapa gadis itu datang dan menghubung semula pertunangan yang sudah putus. Sementara N,J dan R mereka mempunyai pekerjaan tetap, MN pula menolong menjalankan perniagaan bapanya.
Ziarah yang pertama sekali dijalankan pada hari selasa 1983 terukir sejarah di Pekan tersebut, dimana M sebagai mutakallim, J sebagai dalil penunjuk jalan, MN sebagai amer jemaah dan R sebagai makmum di surau N memberi takrir kepada remaja yang mengambil bahagian dalam khususi setiap hari , selepas solat magrib, bayan yang pertama di adakan dimana M memberi bayan, boleh dikatakan semua jemaah duduk dalam bayan. Habis bayan taskil dibuat untuk keluar 3 hari yang pertama pada bulan tersebut, Alhamdulillah hasil usaha bulan pertama lebih kurang 20 orang telah memberi nama untuk keluar 3 hari. Akan aku cerita kemudian bagaimana 5 orang pemuda ini berusaha untuk keluar 3 hari selepas ini.
Bulan pertama mereka berusaha di morhalah mereka sudah ada 20 orang memberi nama untuk keluar. Satu masalah pula iaitu untuk menyediakan set taam sendiri untuk keluar 3 hari. 5 pemuda ini membuat keputusan dalam mesyuarat mereka iaitu setiap orang menyumbangkan apa peralatan yang mampu, taskil dibuat siapa yang bersedia menyediakan periuk, belanga, talam, pisau, cawan dan lain-lain barang, Alhamdulillah sebelum keluar 3 hari set taam yang tak berapa lengkap telah ada. Set taam ini telah dilengkapkan dari masa ke sama oleh 5 pemuda ini hasil daripada wang titik perlu sendiri, setiap orang amat menyayangi set taam ini dan amat menjaganya dengan baik, siap diguna set taam ini disimpan dirumah J.
Alhamdulillah mereka keluar 3 hari secara istiqamah setiap bulan dan jumlah yang keluar dalam lingkungan 20 rang setiap bulan. Jadi karkun dari masjid lain pula tertarik dengan jemaah ini dan suka ikut keluar bersama. Jemaah ini pada mulanya tiada orang tua-tua yang ikut keluar, segalanya berubah apabila hasil ziarah kedua yang dibuat dikawasan jiran telah menarik orang tua2 keluar 3 hari dan seterusnya keluar 40 hari. Mereka menjalankan ziarah kedua bersungguh sungguh dengan cara memberi masa dua jam setengah setiap hari ditempat gash ke2 hasil daripada mesyuarat harian mereka. Pada masa itu boleh dikatakan setiap surau atau masjid yang mereka menjalankan ziarah kedua pasti ada yang keluar tunai 3 hari, ini disebabkan follow up mereka setiap hari di tempat tersebut. Akhir sekali jumlah yang keluar 3 hari di morhalah mereka mencecah hampir 50 orang, kebanyakkan mereka adalah nelayan muda, untuk keluar 3 hari mereka kena sesuaikan dengan masa cuti nelayan. Nalayan ini akan bercuti panjang 4 atau 5 hari dalam sebulan iaitu semasa bulan mengambang pada 13,14, 15, 16,17 haribulan hijrah, ini kerana bot pukat jerut zaman itu tidak ada peralatan canggih untuk mengesan ikan, hanya menggunakan kaedah manual iaitu dengan cara memanjat tiang bot dan melihat sendiri riak ikan di permukaan laut, dengan cara ini mereka mengetahui jenis ikan dan anggaran jumlah ikan banyak atau sedikit. Tetapi bila bulan mengambang riak ikan di air ini tidak akan kelihatan. Jadi masa ini lah mereka bercuti dan mendapat wang hasil tangkapan sebulan , masa inilah mereka dapat keluar 3 hari.
Apabila jemaah 40 hari dari luar yang datang berusaha di morhallah ini, semua akan memberi nusroh, dan yang pastinya ikan segar yang baharu naik dari tangkapan di laut akan diberi kepada jemaah dengan jumlah yang banyak setiap hari mereka berada, hingga jemaah  tak habis makan.
Cara mereka keluar 3 hari pada masa itu, kebanyakkannya menaiki bas awam untuk ketempat keluar 3 hari kecuali dua atau tiga orang yang ada motosikal. Amer jemaah bergilir-gilir antara mereka semetara bayan kerap kalinya oleh M dan N,mutakallim pula ditambah dengan J dan MN, R pula dia suka jadi rahabar/dalil semasa gash. Taam pula mesti 3 orang dan yang paling pakar memasak ialah N, Orang nelayan mereka makan banyak ikan, Kuah gulai kena masak dua kali kerana sekali masak untuk 20 orang sekali makan tengahari 2 kilo ikan temenung atau pelaling kata orang Pahang. Apa tidaknya sekali jemput isi ikan sebelah ikan akan habis, hingga seorang tu dia bekerja hospital sebagai MA dan pertama kali keluar 3 hari dengan jemaah ini terkejut melihat cara mereka makan ikan, tetapi dia suka ikut jemaah ini keluar 3 hari setiap bulan walaupun dia dari morhalah yang jauh dari tempat ini. Walaupun muda  tetapi orang2 dewasa dan orang dari morhalah lain suka ikut dengan jemaah ini. Seorang bekas pengikut dari satu jemaah lain, dia istiqomah keluar 3 hari dengan jemaah ini, dan katanya “saya tak mau ikut jemaah orang lain sebab jadi payah tapi dengan hampa takpa, makan pun sedap puas makan” sebenar dia ni baran tak boleh silap sikit, tapi geng ini pandai ikram dia, sekarang dia ada 5 orang anak semuanya alim dan hafiz ada yg keluar setahun. Yang MA tadi pula kata “ aku takut tengok depa makan ikan banyak tapi seronok keluar dengan depa, lagi pun kata apa pun, depa tak marah”, sekarang dia sudah pencen dan keluar 4 bulan setiap tahun.
Begitu gigih mereka berusaha, berbagai bagai ujian mereka terima dalam usaha untuk menghidupkan usaha nabi saw, ditambah pula surau itu menjadi rebutan antara dua parti politik tanahair yang begitu taksub, hingga beberapa kali Pengerusi surau memberitahu J supaya memberitahu kawan-kawan supaya berhenti daripada menjalankan dakwah disitu, J telah membawa perkara ini didalm mesyuarat mereka, keputusan diambil supaya mereka teruskan usaha, tetapi ini M tidak puas hati dengan cara pengerusi surau membuat penilaian tentang jemaah dan ingin berjumpa dengan pengerusi sendiri, hasrat M ini dihalang oleh J, tetapi mereka pun sudah mengenali akan peeangai M, jika dia cakap hendap berjumpa pasti dia akan berjumpa kalau tidak dia tidak akan sedang duduk. Maka pada suatu hari selepas solat  M lihat tuan pengerusi ada bersolat asar maka habis sahaja doa terus M meluru  dan member salam terus bertanya tentang saranannya. Maka berlakulah soal jawab antara M dan pengerusi, memang benar katanya “ surau kita sudah pecah 3 golongan PAS, UMNO dan TABLIGH, berhentilah dakwah”. Apa yang dijawab oleh M kpda pengerusi, “Tn Haji sebelum bercakap selidik dahulu apa yang kami buat, ini tuan Hj tak pernah duduk langsung dalam program kami, cuba sekali duduk dalam Taklim selepas solat asar dengar hadis apa yang kami baca, lepas magrib duduk dalam bayan,apa yang kami cakap, baru boleh buat penilaian, INSYA ALLAH kami sekali-kali tidak akan berhenti membuat usaha ini sehingga hari kiamat”. Mendengar kata-kata M sebegitu maka Tuan pengerusi tidak memberi apa –apa respond dan terus berlalu. Pendek kata bermacam-macam lagi dugaan yang mereka dapat tetapi mereka bersabar dan membuat usaha dengan penuh kesabaran.
Masa berlalu dan usia semakin meningkat, maka setiap orang mula memikir untuk mencari pasangan hidup. Alhamdulillah yang mendahului kahwin ialah N, pasangannya asal Pahang tetapi menetap di Kedah, N bekerja bancuh air juga. Kemudian diikuti oleh M pada masa itu M masih belajar di UPM, pasangannya baharu tamat SPM, M ini mendapat ujian yang agak berat juga, apabila tamat pengajian dia tidak mendapat pekerjaan tetap hingga mendapat anak ketiga baharulah dia menjawat jawatan tetap, iaitu setelah 5 tahun tamat pengajian. Jika nak dicerita susah payah M bersama isterinya amatlah panjang dan agak sedih tetapi kecekalan dan ketabahan isterinya bersuamikan lelaki miskin yang menjadi dae kerja nabi saw sangat-sangat menuntut kepada kesabaran. Sepanjang 5 tahun itu M telah membawa isterinya keluar jemaah masturat sebanyak 2 kali 15 hari dan banyak kali 3 hari masturat . Selepas itu MN pula mengakhiri zaman bujangnya , MN ni tak banyak kesahnya sebab dia under control oleh keluarga, dia tidak lama berusaha disitu kerana berpindah ke kampong bapanya di Bandar lain. Yang tinggal J dan R, J ini jodohnya lambat, M lah yang menjadi teman dia untuk merisik,  3@4 orang juga yg dilihat tetapi tiada jodoh, akhir sekali mendapat jodoh di seberang sempadan. Sementara R pula, sepupunya seorang guru suka padanya dan akhir sekali mereka berkahwin. Kelima –lima pemuda ini telah mengakhiri zaman bujang mereka dan membawa haluan hidup baharu masing-masing.
M telah mendapat kerja sebagai guru di Bentong Pahang.
N pula tetap dengan kerjanya tukang masak hingga sekarang, Cuma sekarang ini dia berulang ke Kuala Lumpur kerja masak disana.
M dan N ini sudah banyak dah cucu. M pun sudah uzur selalu keluar masuk hospital, moga allah member afiat kepadanya untuk korban dijalan allah swt.
J sudah tak berniaga ikan lagi tetapi menjadi pemandu Teksi sendiri dan kekadang berniaga besi buruk menggunakan lori sendiri.
MN pula menjadi guru IT di sekolah
R pula menjadi tauke perniagaan ayam yang dibeli dari taukenya dahulu. Pagi hantar isteri kesekolah , tengahari pula jemput isteri pulang .

Daripada lima orang pemuda ini hanya MN dan R sahaja yang tidak keluar 4 bln. Masa ini hanya M yang diberi oleh Allah istiqomah 3 hari setiap bulan lelaki dan masturat serta 40 hari lelaki dan masturat setiap tahun, MN ada keluar 40 hari tetapi ada juga yg off kerana keuzuran, R pula setelah kahwin sekali dua keluar 40 hari, kemudian sudah tidak  keluar tapi istiqomah 3 hari dan usaha tempatan, N pula selalu berulang alik ke KL lama dah tidak keluar 40 hari, tetapi sekarang sudah berjinak semula tetapi belum lagi keluar tiga hari.
Yang paling sedih ialah J, dengan kesibukan kerja 2@3 jenis pekerjaan langsung tidak keluar, walaupun untuk nusrah jemaah.
Setelah mereka ini kahwin dan apa yang telah terjadi, usaha di Bandar ini telah disambung oleh mereka daripada generasi ke2.
Setelah lima tahun M berada di Perantauan dan pulang ke Morhalahnya, perkara pertama yang dia sedih ialah tiada lagi ziarah pertama dibuat disitu, maknanya sudah mati Cuma yang ada hanyalah amalan taklim, malu kepada Pengerusi surau yang dikatanya dahulu “akan buat usaha sehingga kiamat” tetapi sekarang usaha  sudah pun mati, Tuan pengerusi pun sudah lama meninggal dunia. Kesedihan kedua ialah tentang set taam yang mereka sayangi hasil peluh sendiri, apabila ditanya jawapannya set taam tersebut telah hilang, iaitu apabila ditanya bagaimana boleh hilang, generasi ini telah bawa untuk keluar 40 hari, tetapi semasa tamat tempuh 40 hari, mereka lawan mengharap antara sama lain untuk membawanya, akhir sekali tertinggal di stesen bas tempat mereka keluar, inilah contoh apabila tiada pengorbanan maka tiada rasa sayang padanya. M pun telah berpindah tempat baharu dan membuat usaha ditempat baharunya, R pun sudah pindah rumah sendiri N pun pindah jauh dari situ dan J pun sudah pindah maka surau itu sekarang tiada apa usaha dijalankan hingga suatu ketika dahulu apabila Pengerusinya dipegang oleh orang politik, dia telah menghalau jemaah yang masuk buat usaha di situ, tetapi akhirnya dia sendiri allah telah menghalaunya dari jawatan tersebut dengan cara yang amat memalukan melibatkan wang. Sekarang surau ini dapat menerima jemaah seperti biasa.
 Sekarang siapakah yang akan memulakan usaha disitu semula seperti 30 tahun yang lalu? Semuga allah mengampun dosa kami dan seluruh umat nabi saw kerana tidak bersungguh membuat usaha atas hidayah.

  

3 ulasan:

  1. Subhanallah, besar pengorbanan yang mereka lakukan, walau bagaimanapun hidayah ini milik mutlak Allah SWT, moga Allah SWT satukan mereka berlima di syurgaNYA. Amin...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin, N telah memberi nama untuk keluar 40 hari ke Nizamudin 15 syaaban ini semoga allah terima dia. setelah sekian lama menyepi

      Padam
  2. salam.minta izin copy semua tulisan cikgu,

    BalasPadam