musa kola kedah
Ahad, 16 Oktober 2016
Rabu, 20 April 2016
MEWAT INDIA
Assalamualaikum. Bismillahirrohmanirrohiim
Kehidupan adalah suatu perjalanan yang mana dihujungnya adalah satu kematian yang pasti.Setiap perjalanan akan mempunyai tujuan atau maksud atau cita- cita yang akan memberi kejayaan kepadanya. Bila berbicara tentang kejayaan maka pastilah ianya melibatkan di dunia yang fana ini dan di alam akhirat yang kekal abadi, Sudah pastilah ianya melibatkan agama. Untuk mendapat agama maka usaha keatas agama perlu dijalankan. Usaha agama pula mestilah dengan mengikut cara rasulullah saw dan para sahabat r.hum. Setelah sekian lama berlalu manusia telah meninggalkan usaha agama cara nabi saw sehinggalah lahirnya sorang mujaddid zaman ini iaitu hazrat Maulana Muhammad Ilyas rah. Yang telah menghidup kembali usaha agama dengan cara rasulallah saw dan para sahabat r.hum bermula disatu tempat yang terpencil di benua India yang penduduknya orang-orang miskin iaitulah MEWAT. Usaha agama ini dikenali diseluruh dunia dengan usaha Dakwah dan Tabligh.
Tabligh dan Mewat adalah cukup sinonim. Bagi mereka yang pernah datang ke India dalam khuruj 4 bulan pasti sekali berharap akan dihantar ke daerah Mewat untuk belajar dan melihat sendiri bagaimana usaha dan keadaan orang mewati menjalankan usaha dakwah dan tabligh. Tetapi bukan semuanya dapat peluang untuk kesana.
Alhamdulillah saya adalah antara orang yang diberi allah peluang untuk belajar usaha di Mewat. 1982 waktu saya keluar 4 bulan bersama –sama dengan pelajar luar Negara dan juga sahabat dari Negara Eropah yang baharu memeluk agama islam kami telah di.hantar ke mewat selama 10 hari di musim sejuk pada bulan November. Ini saya nak citer pengalaman masa itulah secara ringkas apa apa yang saya masih ingat, bukan sonang dah 34 tahun berlalu.
Jemaah kami lebih kurang berbelas orang tak ingat bilangannya terdiri daripada orang Malaysia, brunai, India, Muallaf dari Afrika dan Eropah, saya adalah orang yang paling muda dalam Jemaah tersebut. Amer Jemaah ialah Maulana Zahirudin mukimin Nizamudin yang telah memberi masa seumur hidupnya di Markas Nizamudin, dia berasal dari Mewat. Kami bertolak dengan menaiki bas awam diwaktu pagi. Dalam bas memang padat macam tin sadin. Tetapi satu pelajaran yang saya dapat semasa didalam bas ialah, apabila amer Jemaah meminta seorang yang sedang duduk dikerusi meminta dia bangun dengan mengatakan ini adalah mehman (tetamu) sambil menunjuk padaku, biar saya duduk walaupun saya amat muda waktu itu dan bertenaga dia pula sudah agak berumur. Dengar sahaja perkataan MEHMAN terus dia bangun dan menyuruh aku duduk ditempatnya. Satu Pengajaran bagiku. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam kami sampai distesen bas terakhir setelah melalui kawasan berbukit dengan jalannya yang kecil dan berlubang lubang. Amat memenatkan badan tetapi teringat yang sahabat r.hum membuat usaha korban nyawa maka keletihan dan kepenatan hilang dengan perasaan manis dan indahnya di Jalan allah swt. Kami bertukar kenderaan pula dengan menaiki lori pula melalui jalan yang lebih teru dari jalan bas tadi, saya tak ingat berapa lama masa diambil untuk sampai ke distinasi seterusnya. Sekali lagi kami bertukar pengangkutan, dari bas naik lori dan kemudian pula menaiki kereta Unta. Satu papan berlantai yang mempunyai 4 roda ditarik oleh seekor unta, kami dan barang barang dimuat dalam kereta unta itulah. Kami melalui kawasan berdebu dan melalui kawasan pertanian mereka, apabila sahaja kami lalui semua mereka yang ada diladang berhampiran jalan yang kami lalui berhenti kerja dan datang kepada kami untuk bersalaman. Apabila kenderaan kami hamper dengan masjid ramai kanak kanak berlari datang menyambut kami berebut rebut membawa barangan kami ke masjid. Aku lihat keadaan kanak kanak ini disegi pakaian dan keadaan mereka orang putih sebut dirty dengan pakaian penuh dengan debu dan rambut kusut melekit, tetapi mempunyai sifat memuliakan tetamu dan bersifat suka berkhidmat.Allahuakbar satu lagi pengajaran. Sampai sahaja dimasjid kami solat asar, selepas solat orang tempatan telah menghampar saprah sepanjang lebar masjid (masjidnya kecil xmacam masjid d Malaysia), aku lihat dari hujung ke hujung penuh dengan buah-buahan dan makanan saperti kueh tempatan mereka, AllHUAKBAR, Sifat ikram yang aku kena belajar dan amalkan.
Keadaan masjid dimewat ni diperbuat daripada tanah, ada dua bahagian, bahagian hadapannya berbumbung dan berdinding digunakan untuk solat magrib, isyak dan subuh dimusim sejuk, bahagian kedua dibelakang tidak berbumbung hanya berdinding sahaja digunakan untuk solat zohor dan asar pada musim sejuk.Setiap masjidnya mempunyai madrasah tahfiz alquran utk kanak kanak dikampong tersebut belajar hafaz al quran. Boleh dikatakan setiap rumah dimewat mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak hafiz alquran dan alim, sebagaimana kita di Malaysia setiap rumah ada anak yang mengambil UPSR/SRP/LCE/PT3/SPM/MCE. Masjidnya menggunakan telaga sebagai punca air, keadaan telaganya takat airnya amat dalam. Untuk menyedok air perlukan kepakaran dan tenaga, Jadi setiap masjid yang kami pergi sudah siap ada pelajar yang berkhidmat untuk kami mengambil air untuk kami mandi dan membasuh, tetapi seingat aku ,aku tidak pernah membasuh sekalipun dimewat kerana setiap kali nak membasuh pelajar ini berebut rebut mengambil untuk membasuhnya. Ada juga masjid yang kami pergi telaganya kering`, jadi bagaimana hendak mendapat punca airnya,untuk kami berwuduk dan beristinjak, Allahuakbar ini pengalaman yang tidak dapat aku lupakan hingga sekarang dan mungkin akupun tak dapat amalkan. Bila kami sampai dimasjid tersebut air sudah penuh didalam bekas untuk wuduk dan dalam buyung untuk minuman yang mana airnya dingin walaupun tak sedingin air watercooler yang ada ditempat kita tetapi dingin dan nyaman. Aku tak kesah dari mana air itu dating tetapi apabila hamper magrib air telah berkurangan, itu pun aku tak kesah, tetapi apabila masa bayan magrib berlalu aku jengok diluar tempat bekas air disimpan, MASYAALLAH aku tengok kaum wanita sambil menjunjung buyung air di atas kepala mengisi air dalam bekas tersebut, entah dari mana dan sejauh mana mereka datang membawa air untuk Jemaah gunakan, allahuakbar mengalir air mataku mengenangkan pengorbanan kaum wanita ini untuk agama allah swt. Masa itu aku belum berkahwin lagi dan tersedik dihatiku memohon kepada allah jadikan bakal isteriku seorang yang sanggup membuat pengorbanan saperti para sahabiah r,hum. Tandas tiada dalam masjid, untuk buang air kena pergi kekawasan jungle iaitu hutan. Aku sangka hutannya saperti hutan kita tapi aku terasa nak buang maka aku isi air dalam lota iaitu sejenis bekas isi air saperti cerek tetapi tidak bertudung. Maka aku pergilah cari jungle yang aku sangka saperti hutan kita, rupanya satu kawasan rumput setinggi lutut kita sahaja, bila duduk mencangkung untuk melepas maka terlindunglah kawasan private tapi kepala dan badan kita dapat dilihat orang. Hentam sahajalah.Lama lama aku dah terbiiasa dengan keadaan tersebut hilanglah segan.
Usaha ziarah sama saperti biasa, dibuat selepas asar dan bayan selepas magrib. Bayan yang dibuat dalam bahasa inggeris dan terjemahannya siap dalam setengah jam tetapi yang buat taskil ialah amersab sendiri. Dalam taskil inilah Jemaah siap dibentuk 4 bulan dan 40 hari. Yang menakjubkan ialah pada masa itu sebuk musim tanaman ,taskil dibuat untuk setiap keluarga dimana jika bapa tidak dapat keluar diganti dengan anaknya, begitulah sebaliknya.Setiap masjid begitulah keadaannya, kekadang sampai aku terlelap sambil duduk.seab itulah sebelum kami bertolak dari nizamudin Hadraji Maulana Inamul hasan Rah. Berkata mewat adalah kawasan subur dimana kamu akan mendapat Jemaah tunai. Disini juga mereka akan berebut rebut membuat tawaran kepada amersab untuk memberi makanan kepada Jemaah kami , tetapi amersab akan terima tawaran daripada orang yang memberi masa 4 bulan didahulukan.
Cara mereka menjamu juga masyaallah hebat, Kita berjalan kerumah mereka kekadang ada dekat ada yang jauh, rumah mereka ada 3 bahagian yang diperbuat dari tanah, satu untuk tempat tidur mereka, rumah kedua untuk menjamu tetamu dan yang ketiga untuk ternakan mereka. APABILA MEREKA MENGHIDANG MAKANAN MEREKA AKAN MENGHIDANG semua makanan yang mereka masak tanpa meninggal sedikitpun untuk keluarga mereka makan, apabila bercakap cakap ketika sedang makan mereka akan bertanya orang india apa yang kami cakapkan samada makanan tidak sedap atau apa yang kurang tentang makanan mereka. Kami akan makan tetapi kami akan meninggalkan baki makanan sebab kami tahu keluarga ini akan memakan bekas bekas atau sisa sisa yang tidak habis kami makan untuk tujuan berkat dari Jemaah. Yang aku masih ingat waktu itu dimasjid yang pertama kami sampai, hari pertama dan pagi wsoknya sebelum subuh selepas solat tahajud kami dijamu dengan garam chai (teh panas) bersama dengan sejenis makanan iaitu macam bihun dimasukkan kedalam susu lembu yang manis dan dicampur dengan badam, cukup sedap dan aku jumpa Cuma di mewat sahaja. Selepas subuh kami tunggulah untuk sarapan pagi tak mai mai, tunggu punya tunggu hari semakin tinggi makanan belum datang perut pula semakin rancak berkeroncong, akhirnya saat yang ditunggu sudah tiba iaitu masa betul betul pertengahan anatar makan pagi dan tengahari di kumpul sekali. Jadinya makan pagi dan tengahari diambil sekali sahaja, aduuuss laparnya aku, maklumlah aku masih muda badan sedang naik, tidak apa dalam tabligh no komen dan complain mana yang ada makan, banyak pun habis dan sedikit pun mencukupi yang penting syukur diatas nikmat kurniaan allah swt dan semuanya soodaap. Itulah bila kami mula makan memang tuan rumah puas gila lihat kami makan banyak dan menyelerakan tanpa bersuara, sebabnya pikiaqlah sendiri nooo. Disini kedai tiada dikampong hanya ada dikawasan pekan, pernah kami minta untuk masak sendiri, amersab menyuruh kami pergi kekedai untuk membeli barang, kami pergi membeli untuk masak tetapi tuan kedai tidak mahu menjualatau memberi kepada kami barangan kerana kami mehman menjadi tanggungjawab mereka melayan kami.berbalik kesah makan, tiba waktu makan malam pula dah lah taskil yang dibuat hamper satu jam kemudian solat isyak lepas tu berjalan lagi untuk makan malam, bila sampai dirumah allhuakbar lihat makanannya penuh diatas saprah, hari hari siang malam nasi beriani yang banyak minyak, tak kesah kami belasah semuanya maklumlah dgn mujahadah nak sampai waktu makan tuu, jadi tuan rumah senyum sampai telinga tengok kami makan dengan berseleranya. Tapi aku waktu makan malam inilah aku buat rancangan, besuk pagi aku tahu tak ada makanan utk makan pagi jadi malam tu aku ambil dua biji roti capati aku masuk dalam kocek baju jubbah aku untuk sarapan besuk pagi. Perbuatan aku dilihat oleh geng melayu dalam Jemaah, masa tu kami ada seorang dari KL seorang dari Melaka dan seorang mualaf cina dari kelantan dan 2 orang dari Brunai yang mana sekarang kedua duanya menjadi syura Brunai, mereka ini baru habis belajar di England. Pernah diawal tahun milinium aku keluar di Brunai dan berjumpa dengan mereka tapi mereka sudah lupa dan tidak kenal, maklumlah factor usia menyebabkan seseorang akan lupa. Berbalik kesah capati tadi mereka memarahi aku kerana memalukan jika dilihat oleh tuan rumah, aku cakap tak kesah dian Nampak atau tidak pokoknya makanan ini bukan aku curi tapi hak kita, dan satu lagi aku cakap pada mereka besuk kamu lihat aku makan roti ini, Besuk pagi roti memang menjadi keras tapi tak mengapa ada garam chai Cuma ambil roti celup dalam chai dan makan dengan enaknya, tapi kita dijalan allah swt, allah letakkan sifat ikram pada diri kita walaupun kita lapar kita tetap makan bersama sama, yang marah semalam hari ini baru mereka tahu hakikat lapar. Begitulah halnya setiap masjid di Mewat yang kami buat usaha. Tapi yang aku tidak boleh lupa ialah seorang maulana yang menjadi mudir disebuah madrasah disalah satu masjid di Mewat namanya Maulana Israel, aku Tanya mengapa Israel jawabnya Israel ini adalah nama sebenar nabi Yaakub a.s walahuaklam. Itulah serba ringkas ceritaku kali ini, sebenarnya banyak lagi tapi aku sudah lupa dan lagipun aku malas nak menaip maklum lah dah tinggal lama blog ini, ini pun mengambil masa 3 hari untuk siap dan setelah siap aku terus terbitkan tanpa membuat permurnian tentang bahasa dan ejaan, Harap Maaf
Rabu, 16 Mac 2016
Isnin, 18 Mei 2015
REZEKI DI JALAN ALLAH
Rezeki seseorang dan juga sekalian makhluk telah ditetapkan oleh Allah swt sebelum terciptanya alam ini. Orang yang keluar di Jalan Allah swt berjihad kerana menengakkan agama allah swt adalah menjadi jaminan allah swt bagi mereka dan keluarga yang mereka tinggalkan dirumah. Sebagaiaman suatu kesah dalam satu Jemaah para sahabat seramai 300 para sahabat r. hum yg diketuai oleh Abu Ubaidah r.hu kearah persisiran pantai, selama 15 hari perjalanan mereka perbekalan mereka yg merupakan buah tamar. Setelah beberapa hari bekalan buah tamar telah pun habis, seorang sahabat sayyidina Qais r.hu telah membeli untu-untu tunggangan dalam Jemaah tersebut yang mana bayarannya akan dibayar setelah pulang ke Madinah , unta-unta ini disembelih sebanyak 3 ekor setiap hari sebagai makanan mereka. Selama 3 hari perkara ini berjalan sebelum amir Jemaah telah menahan perkara ini kerana takut mereka kehabisan binatang tunggangan dan ini akan mendatangkan masalah kepada mereka. Selepas itu semua buah tamar yang berbaki pada setiap orang dikumpulkan, dan setiap hari hanya diberi setiap orang sebiji tamar untuk makanan, lama kelamaan buah tamar ini pun habis dan mereka diambang kebuluran, hinggakan mereka telah mengambil daun daun dan dibasahkan dengan air untuk dimakan. Hinggakan mulut mereka luka luka. Biasanya Allah swt akan memberi kemudahan selepas setiap kesusahan dan kesempitan. Selepas segala kesabaran mereka Allah swt telah mengurniakan kepada mereka seekor ikan yang besar datang dari laut ke panatai kepada mereka, ikan ini dinamakan Anbar, mereka(300 orang) telah memakan ikan Anbar ini selama 18 hari,.Baki ikan ini telah dibawa pulang ke Madinah dan baginda nabi saw memakan ikan anbar ini. Besar bulatan lubang biji mata ikan ini ialah sama dengan ketinggian seorang dewasa berdiri didalam rongga mata ikan sambil tangannya mengangkat dan memegang bulatan yang diatas kepalanya, bayangkan besarnya ikan ini. 300 orang para sahabat r.hum telah makan selama 18 hari dan belum lagi habis dan bakinya dibawa pulang ke Madinah Subhanallah. Rasulallah saw juga makan ikan tersebut setelah mendengar cerita bagaimana mujahadah mereka.
Tapi cerita yang aku nak tulis ini adalah pengalaman aku semasa berada di jalan allah swt, banyak cerita yang seumpanya cerita ini tapi cukuplah satu @ dua cerita sahaja.
Cerita pertama, Ketika aku berada di Makkah al mukarramah, setiap hari aku pergi solat subuh bersama isteri di masjidil haram, kemudian selepas subuh kami balik ke hotel, setelah bersarapan dan berehat sekejap aku mula pula pergi ke masjid haram berseorangan kerana isteriku dia bergerak bersama kakak ipar dan abang aku, ini kerana aku berjalan lambat macam kura-kura, samada utk tawaf atau solat dhuha selepas itu aku akan iktikaf dalam masjid sehinggalah waktu isyak baharulah aku pulang ke hotel beginilah rutin aku selama di makkah setiap hari. Makanan harian aku tengahari dan malam hanyalah air zam zam dan buah kurma dan apa sahaja yang allah takdirkan utk aku makan. Keluar waktu pagi pulang waktu malam, jadi aku tidak kenal langsung dimana kedai jualan jubbah, atar atau capati atau apa apa makanan yang dijual disana kerana aku langsung tidak pernah singgah dimana mana kedai pun. Beginilah keadaan aku tanpa mengalami apa apa masalah setiap hari, Allah swt selalunya ingin melihat hambanya tawajuh kepadaNya, maka Dia akan mengadakan bagi hambanya suatu ujian. Ceritanya begini, pada suatu petang sudah hampir dengan magrib keadaan dalam masjid kelihatan budak budak remaja membuat khidmat membentang saprah plastic panjang untuk diletakkan makanan bagi berbuka puasa, orang yang berpuasa akan datang duduk disitu untuk berbuka puasa, banyak saprah yang dibentangkan.Waktu itulah perut aku terasa begitu lapar sangat, buah kurma sudah habis dalam simpanan aku, kelaparan aku semakin bertambah tambah, makanan yang dihidang ada tidak berapa jauh daripada aku, untuk pergi meminta terasa malunya. Jadi apa yang boleh aku buat hanyalah berdoa kpd allah bagi menyelesaikan masalah kelaparan yang aku alami. Nun disebelah hadapan kanan aku lebih kurang berjarak sepuluh saf daripada tempat aku duduk kelihat seorang sedang membahagi bahagikan makanan iaitu roti, keju dan tamar, aku lihat seorang pakcik tubuhnya agak kecil , dia meminta dan diberi kemudian minta lagi diberi kemudian minta lagi dan diberi sehingga beberapa kali, dalam hati aku mengatakan banyaknya pakcik ni makan tetapi orang yang memberi tetap memberi tanpa berkata apa apa. Selepas itu pakcik itu beredar berjalan kearah kiri , aku memerhati gelagatnya, dia terus berjalan dan berjalan bila sahaja sampai betul betul dengan kedudukan aku dia membuat pusingan 90 darjah betul betul dengan aku dan berjalan dalam jarak 10 saf, aku hanya memerhati sahaja, tiba tiba dia sampai betul betul dihadapan aku dan tidak berkata sepatah pun terus dihulurnya makanan tadi semuanya kepada aku dan terus berlalu dari situ, aku mengambil dan mengucap jazakallahhukhair, Aku bersyukur kepada Allah swt dan berazam selepas ini apa sahaja yang kita hendak terlebih dahulu berdoa kepada allah kemudian baharulah kita berusaha. Dengan bertawakal kpd allah disaat tiada sesuatu kepada kita, maka allah akan penuhi hajat kita, subhanallah.
Peristiwa yang ke dua,
Peristiwa ini berlaku semasa aku sedang khuruj 40 hari di Thailand, Sebenarnya peristiwa yang aku nak ceritakan ini sering berlaku kepadaku dan kepada mereka yang sedang keluar khuruj dijalan allah swt, begini ceritanya, Disuatu pagi selepas makan pagi disebuah masjid di daerah Satun Selatan Thailand, aku keluar untuk berwuduk, selepas berwuduk tetiba terbang seekor burung ayam – ayam dihadapan aku, agak besar burung ini. Bila sahaja aku terlihat burung ini terus hatiku terlintas dan berkata dalam hatiku, “alangkah sedapnya burung ayam ayam ini digoreng dan dibuat masak asam manis saperti masakan allahyarhamah ibu aku”. Selepas itu aku masuk ke dalam masjid untuk meneruskan amalan Jemaah. Dipendekkan cerita bila sampai masa makan tengah hari makanan disedia dan dihidangkan kepada kami oleh orang tempatan. Baru mula hendak makan datang seorang jiran masjid dengan membawa semangkuk makanan untuk menjamu kami seramai 8 orang dari markas Jitra, tetapi semua sahabat sahabatku menolak makanan tersebut, Jadi rezeki akulah makanan tu habis aku bedal , Subhanallah, kau orang mahu tahu apa makanan tersebut. Makanan tersebut ialah masak goring asam manis burung ayam ayam yang aku terlintas dihatiku pagi tadi, betul betul rasanya saperti masakan ibuku, Allahu, subhanallah, masya Allah, Allah telah memenuhi keinginanku, ini baharu didunia dimana keinginan orang yang keluar di jalan allah , Allah swt telah tunaikan, Semoga Allah menunaikan juga hajatku untuk syurgaNya kelak. Selepas makan aku berbual dengan pakcik yang menghantar masakan tadi. Aku Tanya dimana dia mendapat burung ayam-ayam tadi. Dicerikan kepadaku pagi tadi ketika dia sedang berbual dengan isterinya tetiba seekor burung ayam ayam masuk kedalam rumahnya melalui tingkap dan jatuh betul betul dihadapannya dan terus ditangkapnya dengan mudah, selepas itu isterinya berkata eloklah burung ini menjadi rezeki Jemaah Malaysia (kami lah) yang ada di masjid. Isterinyalah yang mencadangkan masakan goring masam manis. Aku tidak berkata apa apa kepadanyasekadar berterima kaseh tetapi didalam hatiku memuji allah swt yang telah menunaikan keinginanku kerana teringat akan masakan ibuku yang telah kembali kerahmatullah (semoga allah merahmati ibuku). Sebenarnya banyak kesah sebegini yang pernah aku lalui dan merasai sepanjang aku khuruj di jalan Allah swt, kerana ini adalah janji allah bagi mereka yang korban diri dan harta di jalan allah swt bahawa allah akan memelihara mereka didunia dan akhirat.
Selasa, 31 Mac 2015
PERJALANAN MAHABBAH DAN TAZKIRAH KE VIETNAM
Alhamdulillah Syukur kepada allah swt kerana telah memberi peluang kepada saya berserta tiga lagi sahabat bersama isteri masing – masing telah dihantar untuk membuat usaha silaturrahim, mahabbah dan tazkirah bersama saudara – saudara islam kita di bumi Vietnam. Jemaah kami seramai empat pasang suami isteri. Saya telah di putuskan menjadi ketua @ khadam Jemaah ini. Kebiasan dalam mana-mana Jemaah sebelum keluar kemana mana Negara terutama Jemaah ke Negara jauh dan juga Jemaah suami isteri ini banyak dugaan yang allah letakkan untuk menguji sejauh mana kemampuan dan ketahanan jiwa kita dan bagaimana kaedah untuk kita selesaikan masalah tersebut. Diantara empat orang kami ini, dua orang pesara guru dan dua orang masih bekerja, aku tak perlu mohon cuti sebab dah cuti, seorang lagi perlu menunggu untuk kelulusan cuti daripda ketua pejabatnya, Alhamdulillah dua minggu sebelum bertolak baru dapat cuti. Ujian yang aku rasa begitu mencabar untuk Jemaah ini ialah apabila salah seorang daripada ahli Jemaah ini kena serangan jantung yg teruk di rumahnya sehingga dia dibawa oleh ambulan ke hospital. Dia terpaksa berada di hospital selama tiga minggu. Ini menyebabkan ahli Jemaah sudah naik risau memikirkan hal sahabat kami ini. Tarikh untuk bertolak ke Vietnam lagi tiga minggu Alhamdulillah dalam masa tiga minggu itulah kami telah mengadakan mesyuarat didalam Wad di hospital sultanah Bahiyah alor setar, Semua perkara kami selesaikan disitu diantaranya, set masak, set kitab taalim, jumlah perbelanjaan yang nak dibawa, kenderaan untuk ke Seri Petaling bagi tujuan bayan hidayat.Cuma satu sahaja yang belum diputuskan iaitu tarikh untuk bertolak ke Seri Petaling kerana ia bergantung kepada keadaan sahabat yang sakit, bila nak discharge dari wad.
Alhamdulillah saudara kami ini dapat selesai rawatannya pada 20.11.15, maka pada 21 nov kami berangkat ke seri Petaling dan pada 22 Nov. kami diberi bayan hidayat di sebuah rumah di Seri Petaling bersama Jemaah ke Acheh dan Johor. Kasihan sahabat kita ni dalam keadaan badan masih lemah dan kepala masih tak stabil bersemangat untuk khuruj dijalan allah untuk mencari redza allah swt, walaupun ada dikalangan keluarganya meminta tangguh sekejap, biar sehat betul baru keluar pergi.Tapi katanya masa sudah tiba baginya untuk keluar ke jalan allah swt, kematian adalah tetapan allah swt, dimana dan bila itu adalah hak allah yang menetapkannya bukan kerja kita, kerja kita adalah untuk membuat kebaikan membina iman dan amal sendiri supaya sempurna dan mengajak orang lain juga supaya berusaha memperbaiki iman dan amal sendiri.
Kami diputuskan oleh Syura Malaysia untuk berusaha selama 10 hari di kawasan Puncak Alam, Selangor. Tetapi sebelum ke PA , kami diambil selama 2 hari oleh saudara kita di Kota Damansara, disini kami berusaha di flat, rumah Zulkhairi, pasangan muda baru seorang anak masih kecil, Alhamdulillah isterinya baharu pengalaman masturat 3 hari tetapi bersemangat dan berazam untuk keluar 40 hari.. Setelah dua hari baru kami jemput ke Puncak Alam. Ramai rakan rakan disini mereka telah banyak memberi nusrah kepada kami. Rumah yang menerima kami disini, rumah pertama Iwan (Imran), rumah kedua saudara Shukri dan yang ketiga Dr. Azman pensyarah UiTM. Ketiga tiga tuan rumah ini dan juga rakan rakan lain amatlah baik dan banyak ikram jemaah kami.
Saat untuk berangkat ke Vietnam telah tiba, tarikh dan masa kami akan sampai di Ho Chin Minh telah kami beritahu kepada saudara kita disan. Pada 1 disember 2014 kami menaiki pesawat MAS ke HCM, Vietnam. Kami bertolak jam 2.45 petang dan sampai di HCM jam 6ptg, Sampai disana sudah ada sahabat kita menunggu di lapangan terbang, ia telah menjemput kami dengan menaiki dua buah teksi. Orang islam disini kebanyakkannya tiada mempunyai kereta, begitu juga orang orang Vietnam kecuali orang yang betul-betul kaya dengan perniagaan. Disini kebanyakkannya menunggang motosikal, Dijalanraya dipenuhi dengan penunggang motosikal. Dari pagi di Kuala Lumpur hingga ke HCM keadaan kami teramatlah letih, jadi dalam teksi kami terbayang bagaimana rumah pertama yang kami akan duduk, selesa atau pun tidak, ditambah perut kami juga lapar, apa makanan yang menjadi rezeki kami malam ini. Setelah lebih kurang 25 minit melalaui jalanraya yang sesak dengan motosikal dan sampai disatu lorong yg kecil tetapi mempunya bangunan sepanjang jalannya dan berhenti di
depan pintu sebuah hotel, bukannya rumah. Memanglah kami telah diberitahu di Vietnam kita kena tidor di hotel bukan di rumah saperti di tempat tempat lain. Malam itu ramai isteri isteri rakan seusaha di HCM datang meraikankan isteri kami didalam bilik hotel dengan membawa pelbagai jenis makanan dan buah-buahan tempatan yg begitu sedap rasanya. Oleh kerana bilik hotel kecil maka mereka terpaksa menunggu giliran di lobi hotel untuk berjumpa isteri kami. Mereka begitu berharap dapat duduk lama bersama isteri kami tetapi oleh kerana keadaan isteri kami terlalu letih disebabkan seharian dalam perjalanan maka mereka memendekkan pertemuan tersebut. Malam itu aku telah pergi ke markas HCM yang terletak berdekatan dengan hotel untuk bermesyuarat route kami selama sebulan kami di Vietnam.
Keesokan pagi kami akan bertolak ke tempat yang pertama iaitu Chau Duc 300km dari HCM dengan menyewa sebuah van dengan kadar sewa 2.5 juta Dong (lebih kurang RM420). Perjalanan mengambil masa hamper lapan jam hanya sekali berhenti sahaja untuk mengisi minyak, ini kerana jalanraya dikawasan Bandar, jalannya lebar tetapi dikawasan luar Bandar jalannya kecil, had laju tidak melebihi 80km dan dalam Bandar pula 50km. Chau Duc ini sebuah Bandar di tebing sungai Mekong dimana terdapat pulau-pulau kecil didalam sungai Mekong.Pendudujnya ramai dan padat merupakan kawasan peliharaan ikan air tawar terbesar di Vet6, Penduduk Vet6 ada 100 juta orang, orang islam 70 ribu orang dan terdapat 65 buah masjid dan surau . Chau Duc adalah salah satu kawasan yang banyak orang-orang islam dari keturunan melayu champa, wajah mereka sama dengan wajah –wajah orang melayu kita. Mereka bertutur dalam Bahasa Cham dan Viet6. Bahasa Cham banyak juga mempunyai persamaan dengan bahasa melayu. Macam biasalah tempat yang kami tuju ialah hotel untuk penginapan. Setelah menyimpan beg dalam hotel, kami mula bergerak ke masjid dan wanita pula bergerak kerumah yang telah dimesyuaratkan untuk taklim taklum., Masjid pertama ialah masjid Jamiul Azhar Chau Duc, sementara wanita pula dirumah HJ Salleh, Kaedah usaha disini ialah pada siang hari selepas solat sunat israq kami akan bergerak ke masjid dan isteri kami ke rumah. Segala program wanita, orang lelaki akan mesyuarat di masjid, program yang kita buat adalah umum saperti ditempat kita, Pagi kita mulakan taklim selama 1jam setengah atau dua jam bergantung kepada masa kami sampai kerumah dari hotel, Ada hotel yang jauh dari masjid dan rumah, ada juga hotel diseberang sini dimana masjid dan rumah diseberang sana sungai mekong pergi dengan menaiki boat mengambil masa sejam. Ada tempat yang kami membonceng motosikal menyeberang sungai melalui jambatan dan juga feri dari tebing ke pulau dalam sungai Mekong. Dalam Jemaah kami aku dan seorang lagi boleh mununggang motosikal jadi kami sendiri membonceng isteri kami dari hotel kerumah taklim, yang dua lagi tidak berani menunggang kerana factor mata dan tak pernah menunggang di Malaysia, lagi pula mereka memandu sebelah kiri, berbeza dengan kita sebelah kanan,kekadang aku juga tersilap masuk jalan sebelah kanan,mereka berdua in terpaksa kena mencari 4 buah motosikal dua untuk bawa lelaki dan dua wanita untuk bawa isteri mereka. Tetapi wanita di Vet6 ini cekap dan berani menunggang motosikal. Bayan umum masturat di seluruh vet6 ini mereka mengikut tertib Thailand iaitu bayan selepas solat zohor, zohor jam 1200 tgh ,
Bayan pula dibuat jam 2 ptg hingga 3.00 ptg, Asar pula jam 3.10 ptg, selepas solat asar pula isteri kami ini sibuk melayan wanita wanita yang datang, Jumlah wanita yang datang setiap hari selalunya cukup banyak hingga mencapai seratus orang, habis melayan tetamu yang datang ini ahli Jemaah siap untuk solat magrib, selepas magrib sibuk pula dengan program muzakarah termasuk wanita yang ada bersama hingga isyak, selepas isyak makan malam dan selepas makan buat persiapan untuk pulang ke hotel. Tugas memasak pula kami putuskan mengikut keadaan tempat, jika dimasjid ada kemudahan tempat memasak maka kami orang lelaki akan masak jika tidak ada kemudahan maka isteri akan masak dirumah, Seboleh-bolehnya kami lelaki ingin memasak setiap hari tetapi apakan daya sesetengah masjid tiada kemudahan tempat memasak, kami kasihan untuk memutuskan isteri kami memasak kerana masa mereka begitu padat dan sebuk dengan program dan ikram wanita tempatan sehingga tiada masa untuk rehat, keadaan ini lah usaha masturat menjadi asabab hidayat tersebar keseluruh alam, inilah mujahadah usaha masturat yang mana jika kita tidak pernah merasai bagaimana mujahadahnya mereka yang keluar dijalan allah swt. Sebab itulah bila kita keluar masturat pertolongan allah datang kepada kita dengan cepat dan menjadi asbab ramai wanita dan lelaki mendapat hidayat daripada usaha ini. Dikawasan Chau Duc ini kami berusaha di empat halkah, iaitu , rumah Hj Salleh di Masjid Jamiul Azhar, halkah ke dua di rumah Hj Ghazali di Kg Pok Thon surau Al Wustho, halkah ketiga Di Pulau Ba Surau ArRahim rumah Nurri, halkah ke empat diPUlau Ba rumah Hj Yusuf, Selama 11 hari dikawasan ini bermakna setiap hari kami terpaksa berulang alik dari hotel ke masjid dan wanita pula dari hotel ke rumah. Memanglah meletihkan tetapi semua penat leleh danletih jerih ini allah gantikan dengan hidayat, memang tertib usaha agama allah swt cara nabi saw memerlukan pengorbanan diri dan harta. Jarak hotel jauh daripada masjid,ada yang kena menyeberang sungai Mekong melalui pulau pulau kecil menggunakan boat memakan masa sejam perjalan sehala. Untuk route ini kami kena bertolak keseberang sana dari hotel selepas solat subuh, setelah membuat program dirumah dan masjid kami terpaksa pulang ke hotel selepas asar kerana mengejar masa untuk solat magrib pula di hotel. Allah sahaja yang mengetahui keadaan kami, itu jika nak dibandingkan dengan pengorbanan para sahanat nabi saw tidak akan sama walaupun dengan debu yang melekat dikaki kuda para sahant r.hum. ada juga perjalanan dari hotel ke tempat kami berusaha dengan menaiki motosikal mengambil masa setengah jam, ada juga dengan menaiki beca dimana dalam satu peristiwa beca yg dinaiki oleh salah satu pasangan telah terbalik kebelakang umpama kuda liar mengangkat kedua dua kaki hadapannya mengakibatkan penunggangnya jatuh, begitulah pasangan suami isteri ini telah jatuh kedua duanya kebelakang, Alhamdulillah mereka dalam pemeliharaan akllah swt selamat, ini lah yang akan menjadi asbab hidayat untuk seluruh umat, begitu jugalah dengan bot semasa di pengkalan ada isteri kita nak terjetuh dalam sungai Mekong tapi allah selamatkan. Kami bermesyuarat penggunaan boat dan beca kami tak akan naik lagi sebagai pengangkutan. Memang pada awalnya orang tempatan cadangkan supaya kami berulang menaiki motosikal, tetapi kami yang menolak kerana ada diantara kami tidak boleh menunggang motosikal dan ada juga yang tidak biasa langsung seumur hidup menaiki motosikal kerana biasa naik kereta di Malaysia..
Usaha dikawasan sini Alhamdulillah walaupun mereka baharu dengan usaha masturat tetapi sambutan mereka amat menggalakkan, kehadiran dalam bayan mencecah 100 orang, Wanita mereka amat suka dan amat mesra sekali dengan ahlia ahlia kami , setiap kali mereka datang mereka membawa pelbagai kueh mueh dan buah-buahan. Ramai yang ingin keluar Jemaah masturat tetapi tiada orang yang berkelayakkan untuk membawa mereka keluar 3 hari, selama 11 hari kami berusaha dikawasan ini seramai 12 pasang telah keluar tunai bersama kami 3 hari, sepasang keluar 10 hari dan sepasang keluar sebulan bersama kami menjadi penterjemah kepada Jemaah kami sebab suami isteri ini boleh bertutur dalam bahasa melayu dengan fasih. Yang ajibnya setiap suami yang keluar adalah hasil ajakan isteri masing masing. Sebab itulah usaha agama dikalangan wanita amatlah penting kerana merekalah penggerak untuk suami keluar ke jalan allah swt.. Dihari kami berpindah kekawasan lain ramai orang tempatan datang lelaki dan wanita memberi selamat jalan dengan linangan air mata kerana begitu terharu dengan perpisahan kerana agama allah swt.
Route yang kedua Tay Ninh lebih kurang 400km dari Chau Duc, kami menyewa van sebanyak 3.5 juta Dong, kawasannya terletak sempadan dengan Kemboja, kawasan pedalaman merupakan petempatan orang Kemboja yang lari semasa pemerintahan PolPot di Kemboja, mereka mendapat perlindungan daripada kerajaan Vet6 dengan memberi tanah untuk diusakan, Alhamdulillah dikawasan ini terdapat 12 buah kampong dimana timbalan ketua pentadbiran agama bagi 12 kampong ini mempunyai fikir risau untuk membawa masyarakat disini mentaati perintah allah swt dan sunah nabi saw. Disini tiada hotel, hotelnya ada bibandar dan jauh dari tempat kami tinggal. Dengan rasa tanggung jawab beliau telah menjadi penjamin untuk kami dengan pihal keselamatan Vet6 supaya kami dapat tinggal di masjid dan wanita dapat tinggal dirumahnya di kampong Su Yai selama 3 hari. Rumanya dihadapan masjid tempat kami tinggal. Kampong ini adalah petempatan orang orang Kemboja, pekerjaan mereka petani, mereka menanam getah, ubi kayu untuk dijadikan tepung, usaha disini amatlah baik, hidup 5 amal masjid, Usaha wanita tidak semaju di ChauDuc kerana kebanyakkan wanita disini bekerja diladang bersama suami mereka sebagai buruh lading, tetapi walaupun sebuk banyak juga daripada wanita mereka datang ke program yang dijalankan dirumah . Disini kami masak di masjid. Disini juga kita dapat 3 pasang yang ikut kita iaitu Tuan Imam masjid dan timbalan Hakim(ketua kampong) dan seorang dari HCM iaitu seorang ustaz dapat bercakap melayu merupakan syura Vet6, ia keluar 10 hari.. kwasan ini sama saperti di Kemboja, jalannya tanah merah dan berdebu, masjid yang kami tinggal itu sentiasa kena bersihkan, jika tidak lantainya berdebu dengan tanah merah.
Selepas itu berpindah ke kampong lain pula menghala kesempadan Kemboja, kawasan pedalaman, nama kampong Cha Aih, tiada hotel disini jauh dipedalaman, Tuan Hakim sendiri yang mengambil tanggung jawab untuk menjadi penjamin kepada pihak keselamatan dan kami tinggal dirumah imam masjid dan ustaz disitu selama 3 hari., Disini tempat baharu, tidak ramai wanita yang datang kerana mereka bekerja diladang, masa mereka dari pagi hingga kepetang di ladang, dimasjid ini ada madrasah dimana ustaznya belajar di Terangganu. Untuk membeli barang keperluan masak kami terpaksa menaiki motosikal meredah jalan berdebu dan naik jalan bertar lebih kurang sejam perjalanan baru sampai pasar. Jadi urusan pasar kena keluar awal jika tidak kesian kpada isteri kita yang kena masak nanti lambat pula makan. Disini kami dapat mengajak 2 pasang iaitu Tuan Hakim(ketua kampong) dan ayah ustaz tuan raumah untuk ikut kami 3 hari kekampong sebelah.
Rumah ketiga dikampong ini ialah kampong Than Binh dekat dengan sempadan Kemboja, Disini imam masjid menjadi penjamin kami, kami sampai hari jumaat sebelum solat jumaat, khutbah dalam bahasa mereka, dan aku disuruh untuk menjadi imam solat jumaat, apalagi aku naiklah sebab tuan syura mereka yang suruh aku menjadi imam, begitulah juga dengan masjid yang lepas lepas, kerap juga aku disuruh menjadi imam solat subuh dan isyak.. Disini ahli kami tinggal dirumah ustaz, Selama 3 hari kami berusaha dikawasn ini, penyertaan wanita setiap hari hanya dalam lingkungan belasan orang sahaja, ini kerana banyak wanita disini yang sudah berkahwin telah pergi bekerja di Arab Saudi, yang lain lain terlibat dengan usaha lading bersama dengan suami. mereka ini kebanyakkannya berkahwin dalam usia muda belasan tahun sahaja. Apabila mereka pergi ke Negara Arab anak mereka ditinggalkan bersama suami, Kemudian dalam satu jarak masa isteri isteri ini pulang kekampong mereka meminta cerai dari suami mereka dan pergi lagi ke Arab.. Kaum lelaki tidak boleh berbuat apa apa kerana suara wanita lebih didengari dikalangan kaum lelaki, Inilah yang menjadi kebimbingan mereka, tetapi bagi isteri yang suami mereka melibat diri dengan usaha agama Allah swt isteri mereka terpelihara dari perkara ini. sebab itulah apabila isteri mengajak suami untuk keluar 3 hari, tanpa banyak bicara terus sahaja mengikut keluar,
Route seterusnya ialah menghala ke utara iaitu Kan Ker Ba (lo Hat ) arah ke Hanoi 300 km perjalanan dengan menyewa van 2.5 juta dong. Kawasan ini merupakan perkampongan orang islam dengan sebuah masjid dan 2 buah surau. Malam perhimpunan mingguan dibuat dimasjid untuk mengumpulkan rakan seusaha setiap malam jumaat dengan bilangan yang iktikaf tidak sampai sepuluh orang. Ketiga tiga masjid dan surau ini hidup usaha 5 amal dan mereka keluar 3 hari setiap bulan dalam jarak yang jauh beratus kilometer, kekadang mereka silang antara masjid dan surau mereka sahaja. Di sini Hj tarmizi telah memberi jaminan dan ahkia kami tinggal dirumahnya selama 6 hari semetara lelaki pula membuat usaha di masjid selama 3 hari dan surau 3 hari. . Usaha ziarah disini sama dengan tempat kita di Malaysia, nusrah orang tempatan amat menggalakkan, siang malam mereka datang, libat diri dalam program, bermesra , membawa pelbagai jenis makanan dan buah buahan, pendek kata disini mereka amatlah mesra dengan kami baik lelaki dimasjid dan juga wanita dirumah. Tetapi usaha kita dapat buat diwaktu siang hari, di sebelah malam kita habiskan masa dalam masjid, tiada khususi larut malam atau teh Tarik lewat malam, orang-orang Vetnam ini tidak kira lelaki atau pun perempuan mereka ini rajin bekerja terutama perniagaan dan perladangan. Badan mereka tidak gemuk atau boroi, menunjukkan orang yg suka bekerja.Kami pulanh ke HCM sehari sebelum pulang ke Malaysia. Pada 30 Disember kami berangkat pulang ke KL dan terus ke route seterusnya ke Puncak Alam Fasa Satu rumah Sheikh Sulaman seorang pensyarah bahagian pemakanan di UniSel, beliau ini pasangan baharu berkahwin dan pertama kali menerima Jemaah dan baharu sebulan pindah kesitu setelah berkahwin.
Kesimpulan yang dapat aku buat ketika berusaha sepuluh hari di Puncak Alam dan 2 hari di Kota Damansara, amatlah meninggalkan yang baik dihati kami, walaupun tidak semeriah nusroh saperti di Vetnam tetapi ia tetap mengembirakan kami, kerana cara nusroh orang kita tidak sama dengan cara orang luar, Nusroh orang kita dia tahu cara dan gayanya, orang lelaki datang nusroh tepat pada masa dan tikanya begitu juga dengan wanitanya walaupun sedikit tetapi memahami Jemaah.
Suasana di Vet6 pula merupakan suasana dan perkara baharu bagi kami, mujahadahnya, pengangkutannya, makanannya dan suasana rumahnya amatlah berbeza, kalau kat KL rumahnya nyaman tetapi disini agak mujahadah, tetapi ahli Jemaah kami sudah biasa keluar masturat 2 bln dan 40 hari banyak kali dan banyak Negara , jadi itu semua tidak jadi masalah bagi mereka. Masyarakat islam disini amat baik , lemah lembut dan cepat mesra, sementara orang bukan islam pun baik dengan orang islam, mereka hidup dengan harmoni hormat menghormati satu sama lain, makanannya pun sedap banyak buah-buahan. Memang aku berazam hendak keluar lagi di Veitnam jika Allah hantar lagi, SEmuga allah memberi hidayat kpd seluruh umat nabi saw hingga hari kiamat, mati dalam iman dan dapat selamat daripada azab allah swt. Aamiiin.
MAAF GAMBAR GAMBAR YANG DIAMBIL DI VIETNAM TIDAK DAPAT DI MASUKKAN KERANAN KEBODOHAN PENULIS. HARAP MAAF
Ahad, 22 Februari 2015
TOLONG SAYA
ASSALAMUALAIKUM KPD SAHABAT SEMUA. SAYA NAK MINTA SIKIT TUNJUK AJAR DARI SAHABAT SEMUA.SOALANNYA SAYA TELAH PUN MEMBUAT CATATAN DALAM MEMO
SMARTPHONE. CATATAN INI SAYA NAK PINDAHKAN KEDALAM KOTAK BLOGGER UNTUK DI JADIKAN CATATAN BLOGGER. MASALAHNYA SAYA TIDAK TAHU BAGAIMANA CARA UNTUK MEMBUATNYA. TOLONG SAYA. TERIMA KASEH
Rabu, 11 Jun 2014
PENGALAMAN HARI PERTAMA IKUT JEMAAH TABLIGH
Suatu hari dipetang khamis kami pelajar asrama sebuah
sekolah di utara tanah air dibenarkan pulang kekampong untuk cuti hujung minggu Jumaat dan sabtu. Aku
menaiki bas untuk pulang ke kampong. Setelah lebih kurang 20 minit perjalanan
dari sekolah untuk pulang tetiba mata aku terpandang sekumpulan orang lelaki
seramai lima hingga enam orang berpakaian solat ada berkopiah putih dan ada yang berserban, mereka berjalan
berdua-duan dan jarak antara mereka
tidak terlalu dekat macam jarak antara dua saf solat, sambil menunduk pandangan
kebawah mereka berjalan dari rumah ke rumah. Aku dapat melihat dengan jelas
gelagat mereka kerana bas yang aku naiki
itu berhenti untuk menurun dan mengambil
penumpang betul-betul ditempat mereka
berjalan . Bila sahaja aku melihat mereka ini terus ingatan aku mengimbau
kembali disuatu masa dahulu sekitar tahun 1970, dimana waktu itu aku pernah
melihat pergerakan sekumpulan orang yang berjalan serupa mereka, tetapi mereka
itu orang berketurunan India. Waktu itu aku masih ingat mereka ini berjalan
dari rumah ke rumah memberi salam untuk berjumpa dengan orang lelaki tuan
rumah, dan bercakap dengan menggunakan bahasa India yang aku tidak faham tetapi
mereka menggunakan khidmat seorang
penterjemah ke bahasa melayu tetapi berbangsa india juga.. Di masjid pula
selepas solat magrib salah seorang daripada mereka bangun untuk memberi ceramah
sambil berdiri dalam bahasa india dan diterjemah ke bahasa melayu, yang aku
ingat waktu itu dia berceramah banyak menceritakan kesah nabi dan sahabat nabi
termasuk nabi yang dahulu-dahulu, waktu itu aku hanya seronok mendengar
cerita-cerita nabi tetapi tidak faham akan maksud ceramahnya, diakhir ceramah
yang masih aku ingat penceramah ini meminta semua yang hadzir member nama untuk
empat bulan tetapi aku pun tak faham apakah maksud dan tujuan empat bulan yang
diminta, ramai juga ahli jemaah yang bangun member nama dan termasuk aku
sendiri bila bapa aku menyuruh bangun member i nama, kata bapaku berkat mem
beri nama kepada mereka kerana mereka ini orang-orang alim. Itulah ingatan aku
waktu itu tentang mereka ini, tetiba sahaja kakiku terasa bergerak dan hatiku
terasa teringin turun dari bas untuk menyertai mereka, tetapi hasrat hatiku
terhalang dengan pemikiranku yang menghalang aku dari turun dari bas dengan
alasan aku sudah membayar tambang bas untuk pulang lagi pun aku pelajar sekolah
mana da wang yang banyak, Waktu itu hatiku bertekad minggu hadapan hari khamis
aku pasti akan datang ke masjid tersebut.
Alhamdulillah minggu hadapan hari khamis Allah swt telah
mengkabulkan niat aku untuk datang ke malam perhimpunan di masjid itu, Aku
telah pergi ke masjid tersebut selepas zohor dengan berjalan kaki bersama
seorang kawan sekolahku. Sebelum asar kami sampai di masjid. Selepas solat asar
dibacakan hadis fazael amal, hadis dibaca tidaklah lama dalam sepuluh minit
sahaja kemudian bacaan pun tamat. Jemaah asar tidak berapa ramai, Selepas itu
aku lihat orang mula datang hingga jam lebih kurang 5.30 petang orang mula berkumpul dalam lingkungan sepuluh
orang dan bukan orang kampong itu, aku difahamkan mereka ini datang dari
kampong yg dberdekatan dan yang jauh hingga berbelas batu. kami dijamu minuman teh
hingga pukul enam petang kami berkumpul semula didalam masjid. Setelah berkumpul
seorang daripada mereka mula memberi penerangan,katanya adab ziarah, aku pun
tidak tahu ziarah itu apa dan bagaimana, Aku mendengar penceramah ini memberi penerangan yang begitu
terperinci tentang tatacara membuat ziarah adab-adab dan kelebihan-kelebihannya,
Aku mendengard dengan teliti setiap pata-patah perkataan daripadanya dan faham.
Setelah selesai dia memberi penerangan dia mula bertanya kepada semua ahli
jemaah yang seramai sepuluh orang itu, siapa yang hendak menjadi penunjuk jalan
angkat tangan, aku terus mengangkat tangan tanda aku setuju untuk jadi penunjuk
jalan, aku melihat mereka senyum kepada aku, diputuskan orang lain , selepas
itu jurubicara, aku juga angkat tangan, tapi mereka putus orang lain, selepas
itu amer jemaah juga ditanya dan aku juga yang mengangkat tangan untuk jadi,
tetapi yang baiknya mereka tidak marah kepada aku atau memberi komen apa-apa
kepada aku. Hari itu aku diputuskan duduk dalam ceramah hinggalah jemaah itu
pulang. Selepas solat magrib diadakan pula ceramah penerangan hingga isyak ,
lepas isyak aku dan kawanku berktikaf dimasjid, makan malam pakcik-pakcik yang datang
itu dengan mesranya menjamu kami makan makanan yang mereka bawa dari rumah,
makan dalam talam alangkah sedapnya masakan kampong masa itu,hingga sekarang
akau masih imgat pakcik-pakcik ini tetapi semuanya telah meninggal dunia,
mereka buat dakwah hingga akhir hayat, daripada masa itu aku mula datang ke
markas sehingga markas telah berubah tempat beberapa kali hingga mereka
hampir meninggal, mereka masih membawa nasi dan lauk serta ulaman bersama
sambal yang sama tetap mereka memanggil aku makan bersama mereka, semuga allah
tempatkan roh pakcik-pakcik dalam syurga Nya.
Minggu hadapan aku dating lagi, maka kali ini aku diberi
kesempatan untuk keluar ziarah yang pertama didalam sejarah hidup aku. Aku
diputus sebagai makmum dalam jemaah, Maka kami berjalan dari sebuah rumah ke sebuah rumah dan tuan-tuan rumah
semuanya member respon yang baik, tiba-tiba sampai kesebuah rumah apabila
penunjuk jalan member salam keluarlah seorang dalam lingkungan 40an umurnya,
Dia memanggil kami naik kerumahnya, rumahnya tinggi dan kecil, jadi penunjuk
jalan menolak dengan baik. Apa lagi
selepas pelawaannya ditolak terus dia melenting katanya “Hangpa ingat aku ni
orang yahudi ka, rumah aku takmau naik, bawa bumbung rumah aku pun hangpa tak
duduk” dia marah-marah, tetapi dengan lemah lembut juru bicara
mententeramkannya dan memberi penerangan kepadanya seterusnya mengajak dia datang
ke masjid.
Alhamdulillah inilah pengalaman aku keluar
ziarah dan permulaan allah memberI hidayah kepadaku untuk menjalankan kerja
dakwah dan Tabligh, peristiwa ini berlaku disekitar pertengahan tahun 1970an
Langgan:
Catatan (Atom)