Ahad, 19 Ogos 2012

AIDIL FITRI

Assalamualaikum selamat hari raya adil fitri maaf zahir batin semoga kita semua mendapat rahmat dan keampunan Dari Allah swt semoga dapat berjumpa ramadhon al mubarak tahun hadapan dari Saya yg daif musa dan keluarga

Rabu, 23 Mei 2012

PENGALAMAN KELUAR 40 HARI DIKAWASAN "ORANG MAKAN ORANG"

PENGALAMAN KELUAR 40 HARI DIKAWASAN "ORANG MAKAN ORANG" PART 1

Kesah ini merupakan terbitan kedua yang ku ulangi untuk tatapanku dan sahabat sakelian semoga beroleh manfaat darinya, ASALNYA DALAM 3 PART KITA KU JADIKAN SATU
Assalamualaikum ini cerita semasa saya keluar 40 hari dikawasan orang makan orang. Masa tu saya masih student kat UPM Serdang tahun 1983. Karguzarinya begini masa tu kalau nak keluar 4B @ 40H jika tidak musim istimak yg diadakan 3 kali setahun kami akan kumpul kat masjid India markas KL . Begitulah dengan jemaah kami campur dari KL, Melaka lagi saya tak ingat ada 6 orang.Jemaah kami diputus oleh syura keluar di Medan Indonesia. Masa itu hanya orang yg kahwin sahaja yg dibenar keluar di Indonesia. Tapi Allah telah pilih saya yang masih bujang untuk keluar di sana. Bila dah bentuk jamaah dan kumpul mula bermesyuarat, perkara pertama kami mesyuarat ialah penerbangan, set taalim dan set taam. Tiket dan set Taalim kita beli kat KL, tapi set Taam beli kat Medan. Pendek cerita sampai di Markas Medan Masjid India Jalan Gajah dekat dgn Pasar, kami mesyuarat kumpul wang beli set taam. Jemaah ni semua orang dah kerja saya sahaja student ,saya bawa RMnya cukup-cukup sahaja. satu minggu kat Medan kami di hantar kesatu tempat baru, mengikut syura Medan, kami adalah jemaah pertama yang masuk kesitu. Sebelum berangkat Amer Medan karguzari tempat tersebut adalah kawasan Batak makan orang, banyak tawakkal dengan Allah. Kami bertolak pagi hari, menaiki bas menaiki bukit, jalannya langsung tidak elok dan merbahaya dipenuhi dengan gaung dan sekitar jalannya juga ada "Rampok Lompat"(perompak yang merompak bas, ia tunggu diatas pokok pada selekoh merbahaya, kemudian apabila bas tiba untuk belok bas akan perlahankan kelajuannya, perompak itu akan lompat diatas bumbung bas yang ada barang2, dibunuhnya penjaga barang dan dibuangnya barang2 ditepi jalan yag sedia menunggu kekawan perompaknya untuk mengambil barang-barang tersebut.) Perjalanan kami amatlah meletihkan tetapi dapat melihat pemandangan kejadian Allah yang cantik dimana kami melewati kawasan Batak,iaitu Kawasan Kebun Jahe, BerasTagi dan Danau Toba. Danau Toba cukup indah dimana ditengah Danau terdapat sebuah pualau yg dinamakan pulau Somasir, pemandangan airnya biru amat cantik, disitu berkumpulnya tourist seluruh dunia menikmati keindahan ciptaan Allah tetapi tidak kenal Allah pencipta keindahan itu. Bas kami penuh sesak tanpa econd tapi semuanya menjadi asbab hidayat, sampai distesyen bas kami terpaksa jalan kaki, kemudian sampai satu pos kami naik pula kuda padi yg kecil tapi pikul barang sahaja, kami kena mendaki bukit yang tinggi. cuacanya amat dingin, minyak masaknya 24jam beku, jadi kami berjalan dengan mendaki bukit dalam keadaan perut yang lapar, masa tu teringatlah perjuangan sahabat yang mendaki gunung menurun lurah dan merentasi padang pasir,hutan belantara dan meredah lautan, jadi kita punya pengorbanan sikit sahaja, itu Allah amat suka dan cinta pada sesiapa yg korbankan harta dan dirinya semata mata harap redza Alaah dan hidayah Allah untuk ummat nabi saw. Tempat yang kami kena usaha namanya PASI, kami sampai waktu malam, selesai solat kami khususi dulu, amersab putus saya dan seorang orang Melaka (nama dah lupa bekas banduan yang dah bertaubat nasuha), khususi pak polisi, disitu kami adalah jemaah pertama yg usaha disitu jadi banyaklah soalan yg bukan2, akhir sekali dia mahu halau kami balik ke Medan, saya hanya zikir sahaja, yg bercakap orang Melaka kerana ia tua dari saya, berlakulah soaljawab akhirnya dengan kehendak Allah dia benarkan kami usaha disitu selama 2 minggu, ini semua adalah dengan kehendak Allah jua, dalam keadaan letih kami pulang lagi dengan berjalan agak jauh juga dari Masjid. Malam itu tiada orang tempatan yang tahu kami ada disitu. Pagi besoknya subuh adalah seorang @ dua orang tempatan datang solat, mereka apabila melihat kami terkejut beruk ,kerana tidak kenal siapa kami, tanpa bicara kami bersalaman dengan mereka kemudian solat, lepas solat bayan subuh (jadi bayan Taaruf) lepas habis mereka pun bertanya kami, ..................................... inyaallah akan bersambung lain tahun kesah orang makan orang part 2


PENGALAMAN KELUAR 40 HARI DIKAWASAN "ORANG MAKAN ORANG" PART 2
.... Selepas solat subuh kami terus ikram 2 orang tempatan yang solat bersama kami. Kami terangkan maksud kerja dakwah nabi saw. Kami bertanya ehwal orng-orang tempatan, mereka pun mula menceritakan kepada kami ehwal mereka. Mula-mula mereka bertanya kami adakah kami pernah dengar dan tahu ada orang makan orang di Indonesia. Kami mengiyakan pertanyaan mereka. Sebenarnya puak kamilah yang makan orang, iaitu puak BATAK PAK-PAK, Puak inilah yang menghuni dikawasan Pasi yang kami nak usahakan usaha nabi saw kepada mereka. Menyambung cerita lagi kata mereka. bilangan orang Islam di Pasi ini adalah 30%, yang lainnya kristian dan tidak ada agama atau menyembah pokok atau batu atau roh. Tahap agama amat rendah samada ilmu dan juga amal agama, Ustaz tidak datang mengajar kerana sukar untuk mencari ustaz. Untuk mendapat ustaz terpaksa mencari wang yang banyak ini kerana terpaksa mendapat ustaz dari Medan, Ongkos untuk diberi pada ustaz amat tinggi mengikut demand dari ustaz itu sendiri, kemudian kena guna mobil untuk ambil dan hantar ustaz, mereka enggak mahu naik bas. Orang Pasi tidak ada wang , jadi bolehlah kita bayangkan bagaimana tahap ilmu dan amal mereka, dan betapa hari ini orang menggunakan agama untuk mencari manfaat dunia. Kami usaha selama 3 hari dimasjid ini yang menjadi masjid daerah kawasan Pasi. Hari pertama saya kena khidmat taam, bila pergi sahaja ke pasar besar Pasi , masyaallah suasana dalam pasar macam dalam kuil, kiri kanan gambar patung yang seram, matanya terbeliak, gigi siong(taring)keluar, pendek kata jika tak usaha atas agama memanglah suasana seram dimana tempat syaitan duduk disitu, tapi nabi saw telah ajar kita doa masuk pasar dan kita cuma amal saja dengan yakin. Ikan basah dak ada, cuma ada telur, ikan lengat yang tidak dibuang perut (X boleh makan), sayuran amat murah dan pisang bunga satu tandan cuma 200Rp sahaja (20 sen). selama 3 hari itu ada seorang tempatan yang berminat dengan usaha nabi saw, namanya Dermawan, dia setiap hari bersama kita, jadi amersab suruh kita semua ikramnya agar dapat ambil usaha nabi saw. Jadi kita guna dia untuk khususi seluruh rumah yang ada disitu, tetapi orang tempatan tidak berapa berminat dan mereka tidak datang ke masjid , ini disebabkan kelemahan kami juga kurang tawajjuh dan doa. hari keempat melalui dermawan ini ia cadangkan satu masjid lagi yang terletak di puncak tanah tinggi Pasi tapi kena buat perjalanan yang jauh, ia merupakan kampong kecil dimana semua penduduknya Islam dan kerja mereka menanam kopi yang terbaik diIndonesia, Kami jadi teruja dan bersemangat untuk pergi berusaha disana, jadi disinilah tempat sebenarnya kami betul-betul usaha yang mana kami memang teringat bagaimana sahabat usaha di zaman jahiliah dahulu. INSYAALLAH BERSAMBUNG LAGI DILAIN TAHUN
Dicatat oleh musa di 12:03 PG Description: http://img2.blogblog.com/img/icon18_edit_allbkg.gif 

PENGALAMAN KELUAR 40 HARI DIKAWASAN "ORANG MAKAN ORANG" PART AKHIR
Maka kami dengan perasaan yang membara bertolak dari masjid bandar Pasi ke kampong dipuncak gunung dengan berjalan kaki yang jaraknya agak jauh. Apabila sampai dikampong yang kami tujui itu yang mula2 menyambut kedatangan kami ialah sebuah gereja yang diperbuat daripada papan dan kayu, kemudian sekolah tadika mubaligh kristian kemudian baru jumpa rumah orang kampong, berjalan lagi baru jumpa masjid , juga diperbuatdaripada kayu dan papan yang agak lama.
Sampai dimasjid kami mesyuarat dan terus menghantar jemaah khususi door to door, Alhamdulillah bila sahaja jumpa orang kampong yang diajak terus datang ke masjid terus duduk dalam taklim, pada hari pertama sahaja dah suku masjid orang kampong datang, jemaah sudah jadi gelabah sebab mereka ni taknak balik rumah, makan yg dimasak hanya cukup untuk jemaah atau lebih sedikit. jadi orang khidmat tambah lagi masak makanan, semua makan tengah hari di masjid, lepas makan pun mereka juga tidak mahu pulang , rupa-rupanya mereka ini berminat dengan agama sebab apabila kita terangkan pada mereka akan kelebihan amal agama ni mereka seronok nak belajar dan beramal, kami kena korbanlah tidur buat beberapa halkah untuk mengajar asas solat seperti cara solat dan bacaan dalam solat, kebanyakkan mereka tidak tahu bersolat, yang tahu pun banyak yang salah dalam melakukan ketertiban solat dan juga dalam bacaan mereka. Halkah ini berjalan sampai asar. Lepas asar beri kelebihan dakwah dan ajak untuk keluar ziarah umumi rumah ke rumah, semua orang tempatan angkat tangan nak ikut, masyaallah hebat sungguh puak yang dahulunya makan orang kini telah mengangkat tangan dengan sungguh2 untuk buat kerja nabi saw. lepas minum petang terus buat adab ziarah cara rasul saw, lepas tu tanya siapa yang nak jadi penunjuk jalan semua angkat tangan setelah mendengar kelebihan, begitu juga dengan jurucakap dan juga ameer jemaah, semua angkat tangan. Apabila ziarah dalam kampong bermula ramailah yang diajak terus datang masjid untuk mendengar takril atau ceramah iman di masjid hinggalah kemagrib. Waktu solat magrib, masjid dah separuh lebih penuh termasuk wanita dan kanak2. antara mereka ada yg tidak solat magrib. Waktu bayan lepas magrib semuanya dudukdengar bayan, apabila taskil dibuat untuk keluar jalan allah , semua angkat tangan termasuk wanita dan kanak2. Lepas isyak semua ahli jemaah kumpulkan orang yang beri nama untuk iktilat. Malam tu kami terpaksa mentaakhirkan makan malam kerana makanan sudah tak cukup dan kita terpaksa melayan mereka yang kehausan agama, jadi kitalah kena ajar mereka. Pendek cerita kami makan malam lewat dan terus tidur, teramatlah letih satu hari tak rehat tapi seronok kerana dapat tiru macam sahabat nabi saw..

Pendek ceter besuk subuh ramai yang datang solat subuh, lepas bayan subuh pesan kepada mereka datang jam 8 pagi, sempatlah kami makan pagi, sebelum jam 8 pagi mereka dah sampai siap bawa petai, jering dan ulaman untuk jemaah makan, lepas mesyuarat kami bentuk jemaah khususi untuk pergi semua rumah-rumah dikampong tu.Kami tinggal disitu saya tak ingat berapa hari tapi lebih dari 4 hari, setiap hari kami tak pernah tidur siang kerana mengajar mereka solat. Dalam masa tu semua rumah kami tak tinggal semua kami ziarah dan jumpa penghuninya dan semua mereka datang ke masjid. 11 orang telah azam untuk keluar 40 hari di Medan. Mereka kurang wang perbelanjaan untuk keluar 40hari tapi kami mesyuareat dengan dengan cara membeli ayam, beras dan apa sahaja yang jemaah boleh guna, semua makanan yg kami beli itu pun untuk ikram mereka makan,kerana mereka bersama kami dari pagi sampai malam dan makan bersama kami. Masa khususi saya teringat sampai sekarang bila saya dan seorang tempatan khususi sebuah rumah yang jauh terpencil dari kampong, rumahnya amat kecil dan uzur, bila saya sampai dan rahbar memberi salam, saya lihat seorang lelaki separuh umur membuka pintu, setelah diterangkan saya ini bapak dari Malaysia dalam dialek batak yg saya tak faham, maka dia terus meluru pada saya dan memelok saya sambil menangis dan ia berkata "bapa selama ini tiada seorang pun yang sudi datang kerumah saya kerana kemiskinan saya tapi hari ini saya syukur kerana bapak dari Malaysia datang jumpa saya dirumah yang buruk ini" itulah kurang lebih dialognya pada saya. Saya terangkan maksud kedatangan kami, tanpa banyak soal dia terus salin pakaian terus ikut kami ke masjid, dia merupakan orang yang terakhir kami jumpa. Selama beberapa hari kami di situ hubungan kami dengan penduduk kampong rupanya dah mesra , tak kira lelaki wanita dan kanak-kanak. Mereka cukup gembira selama kami berada disitu, mereka melayan kami, berhasrat untuk memberi makan pada kami tapi mereka miskin, yang mereka mampu beri kami makan ialah Petai dan jering dan ulaman , ubi kayu itu saja tapi mereka ikhlas ikram kami.

Masa untuk kami pulang keMedan dah tiba, pada pagi hari yang kami nak berangkat ke Medan membawa jemaah tunai 40 hari keMedan seramai 11 orang menjadi kenyataan, semua penduduk datang ke masjid lelaki perempuan dan kanak2, setelah berkumpul amersab sendiri telah beri bayan hidayat dan adab perjalanan pada jemaah. Disinilah suasan sedih dan pilu menyelubungi penduduk tempatan dan ahli jemaah, semuanya menagis dan apabila amersab mula berdoa semua orang tanpa segan silu menangis berhamburan air mata sungguh2 termasuk kanak2. Apabila habis doa kami turun dari masjid untuk balik ke Medan semua penduduk berbaris untuk bersalam (wanita tidak salam dengan kami kerana amersab dah terangkan pada mereka tak boleh salam dengan lelaki bukan muhram) dengan tangisan berpanjangan. Selesai salam kami pun berjalan sehinggalah sampai ke sekolah tadika mubaligh kristian. Sampai sahaja kami disitu, kanak2 tadika dah siap berbaris menyambut dan bersalaman dengan kami sambil menangis, kami apalagi lihat saja kanak kanak tadika ini menangis terus saja menagis lagi kerana belas kasiahan pada mereka ya g haus pada agama, jadi kami doa semuga 11 orang yng ikit kami tunai 40hari akan menjadi aset untuk usaha agama disitu.

Setahun selepas itu di malam markas Masjid India Kuala Lumpur ada bayan daripada jemaah 4 bulan dari Indonesia, selepas bayan taskil dibuat dihadapan termasuklah ahli jemaah mereka, takdir Allah dihadapan saya ada seorang ahli jemaah tersebut, dia pun sebuk taskil kiri kanan depan belakang, bila ditoleh kebelakang, saya tunduk kepala kerana akan ditaskil, terkejut saya apabila dia peluk saya dan sambil menyebut nama saya "Pak musa" bila saya pandang rupanya dia adalah salah seorang dari yang 11 orang keluar 40 hari dulu, sekarang sedang keluar 4 bulan di Malaysia. Dia beri karguzari masjid tempatnya itu telah jadi morhalah yang kuat dan kerja amat maju, sebulan sekali mereka turun ke Medan untuk keluar 3hari, 11 orang dulu tu menjadi tonggak kerja disana.

Begitulah bila usaha atas agama dibuat sungguh-sungguh puak yang dahulunya tak kenal agama dan makan orang lagi, boleh jadi dae yang ikhlas pada Allah, semuga Allah terima kita dan seluruh umat nabi saw untuk buat korbanan diri dan harta atas agama Allah swt.
Dicatat oleh musa di 9:03 PG Description: http://img2.blogblog.com/img/icon18_edit_allbkg.gif 


Tahun 2011 Jun saya telah keluar selama 15 hari jemaah masturat di Aceh dimana kami berjumpa Dermawan dan seorang lagi yang mengikut bersama kami pertama kali selama 10 hari tika itu, nmanya Tengku Roji dia menjadi Syura Aceh dan orang yang banyak usaha dan korban  Markas Aceh sekarang adalah binaan datuknya, dia telah mengingat semula saya yang dah banyak sudah lupa, sudah 30 tahun

Ahad, 15 April 2012

KARGUZARI MASTURAT AUSTRALIA

Bismillahirrohmanirrohim

“Jika tuan-tuan datang ke Australia, sama saperti tuan-tuan pergi keseluruh dunia” ini adalah satu pernyataan yang pertama kami dengar apabila kami sampai di Australia. Kami sampai di Lapangan terbang Melbourne jam 8 pagi waktu Australia, kami telah di istiqbal oleh saudara kita orang Melayu dan Pakistan. Abu Bakar asal Kota Kinabalu dan Syed Zafarudin berasal dari Singapura (besuk beliau akan berangkat ke China untuk 40 hari tetapi masih sempat khidmat kami). Cuaca di sini amat sejuk walaupun musim panas kerana angin sejuk daripada kutub selatan yang dingin,suhunya adakalanya dibawah 10 darjah celcius. Tempat pertama kami dihantar adalah Preston markas awal di Melbourne selama 2 hari, masturat di rumah Abu Bakar, beliau juga akan berangkat ke China Jemaah 40h kedua selepas kami berada 2 hari dirumahnya, hebatkan pengorbanan mereka untuk agama, kebiasaan kita kalau nak keluar 40H atau 4B, 2 atau 3 hari sebelum keluar mestilah duduk kat rumah aje buat persiapan, macam-macamlah persiapannya. Teringat Dulu masa kami keluar masturat kat Phuket juga, seorang daripada orang tanggungjawab mereka telah berkhidmat kepada Jemaah kami 2 hari berturut-turut sehingga pada hari kedua dia masih lagi memasak untuk Jemaah kami diwaktu pagi hingga jam 10 pagi, lepas tu bergegas pulang kerana jam 12 tengahari penerbangannya bersama isteri ke Makkah untuk menunaikan farzu haji, hebat korbanan mereka. Berbalik kesah Australia, bila kami pertama kali solat Zohor di Masjid Preston, saya jadi hairan kerana pertamanya ramai orang datang berjemaah dan ada juga wanita. Kedua saya lihat berbagai jenis warna kulit manusia yang datang dari berbagai Negara dan bangsa, semua mereka datang sambil menyebarkan Salam, dikalangan orang Islam yang datang ke Masjid amalan Salam adalah menjadi kebiasaan bagi mereka ketika bertemu dan berpisah. Setiap masjid yang kami pergi semuanya hidup solat Jemaah 5 waktu, Jemaah terdiri daripada orang tua, dewasa dan kanak-kanak, yang paling menakjubkan saya adalah orang tua dan dewasa tidak pernah marah kepada kanak-kanak didalam masjid walaupun mereka bising dan berlari dalam masjid bahkan mereka juga bermesra dan joke dengan kanak-kanak. Setelah 2 hari di Preston baharulah kami faham tentang pernyataan diatas, bahawa di Australia semua bangsa seluruh dunia datang ke sini untuk mencari rezeki, ada diantara mereka yang mendapat kerakyatan Australia dan ada juga sebagai penduduk tetap. Disini gaji amat lumayan dan duitnya mahal.

Islam mula bertapak di Australia semenjak 160 tahun dahulu, apabila kerajaan Australia mahu membina landasan keretapi merentasi Benua Australia yang berpadang Pasir. Mereka telah membawa 10 ribu orang lelaki Afghanistan bersama unta-unta Afghanistan bagi tujuan mengangkut peralatan landasan keretapi merentasi padang pasir(semua unta yang ada di Australia sekarang adalah keturunan unta afghan). Mereka ini ada juga terdiri daripada Alim dan juga hafiz Quran , Dalam membuat landasan ini mereka telah membina masjid –masjid ditempat dimana mereka berkerja, mereka juga telah berkahwin dengan wanita-wanita tempatan termasuk wanita orang asli. Diseluruh Australia mereka telah membina 70 buah masjid yang teguh. Mereka ini beramal dengan perintah Allah bersungguh-sungguh bersama isteri-isteri mereka yang baharu memeluk islam, yang alim mengajar ilmu dan alquran kepada anak-anak mereka, tetapi kualiti ilmu tidak sama saperti yang mereka pelajari di Afghanistan, sampai kepada cucu mereka agama semakin berkurang, ada dikalangan mereka yang meninggal dunia dan meninggalkan anak dan isteri yang kurang kekuatan iman,semasa mereka hidup bersama isteri dan anak-anak dakwah tidak dijalankan, akhir sekali sampai diperingkat cucu sudah ada yang murtad mengikut agama datuk nenek sebelah ibu mereka, dan cicit mereka boleh dikatakan hampir kebanyakkannya telah bertukar agama yang tinggal hanya sebutan nama keluarga mereka saperti “Khan” dihadapannya MIcheal Khan, John Khan dan sebagainya. Sekarang daripada 70 buah masjid yang tinggal hanya 2 masjid sahaja, satu di Adelaide dan satu lagi di Alice Spring kedua-dua masjid ini adal 5 amal dakwah, di Adelaide kami buat usaha selama 4 hari di Masjid Afghanistan ini.

Description: C:\Documents and Settings\admin\My Documents\My Pictures\ausrtalia\Image055.jpg

Description: C:\Documents and Settings\admin\My Documents\My Pictures\ausrtalia\Image054.jpg

Diatas adalah masjid Afghanistan yang hidup 5 amal dan setiap bulan mereka keluarkan 2 atau 3 jemaah 3 hari setiap bulan

Semasa di Adelaide masih terdapat seorang wanita cucu mereka berumur hampir atau sudah 100 tahun yang mana anak cucunya semua telah pun kembali ke agama kristian, dan dia sendiri pun sudah lupa akan amalan islam kecuali beliau pernah melihat tasbih yang di berikan kepadanya oleh karkun kita, kami tidak sempat berjumpa dengannya kerana jauh di pedalaman dikawasan Ladang.

Usaha nabi saw di Australia bermula apabila Jemaah daripada IPB datang kesini dan mula memberi fikir dan risau nabi saw kepada pendatang arab yang amat banyak. Pendatang ini datang untuk mencari rezeki dan sebahagiannya melarikan diri dari suasana Negara mereka yang kurang aman. Mengikut mereka orang yang mula berusaha di Melbourne ialah Syeikh Mokhtar(Syura dan Amer Australia) dan abangnya Syeikh Mahmod (bapa mertua Abu Bakar KK) Mereka berdua ini mula berusaha dikalangan pendatang dan pelajar-pelajar dari seluruh dunia termasuk orang Melayu Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand.

Berbeza dengan pendatang Afghanistan, mereka datang dengan maksud yang sama untuk mencari rezeki tetapi golongan kedua ini telah menukarkan maksud mereka daripada mencari rezeki kepada usaha nabi saw dengan menjalankan usaha dakwah, kesannya agama telah tersebar, ramai orang islam kembali kepada islam, wanita sudah ramai yang menutup aurat dan banyak juga yang memakai jilbab, ramai orang Australia telah memeluk islam setiap hari dan sudah ada yang menjadi fikir man dan korban untuk agama nabi saw.

Secara ringkas saya beri karguzari usaha kami selama 2 bulan di Australia. Keputusan Nizamudin untuk Jemaah kami berusaha di Melbourne dan Sydney dua tempat yang paling maju usaha di Australia. Di Melbourne kami buat usaha di rumah orang India, Bangladesh, Pakistan, Malaysia, Indonesia,Singapura, Bosnia, Turki, Australia,Arab, Fiji, Burma. Orang India ,Bangladesh dan Pakistan yang buat usaha disini bukan macam bangla dinegara kita yang berkerja di pasaraya atau buruh, atau macam Pakistan jual karpet atau India yang kerja di restoran nasi kandar, tetapi mereka ini adalah golongan Profesional saperti Doktor, Jurutera, Saintis, Akauntan. Orang bangla lah yang paling ramai buat usaha di Australia, mana-mana markas kami pergi merekalah yang paling ramai nusroh, sama saperti nusroh mereka di Bangla, India atau Pakistan, Tidak kalah juga dengan orang Melayu, mereka nusroh kami paling banyak, Di Melbourne nama saperti, Abu Bakar, Aminudin Dandenong, Khairul Azizul Pelajar PhD bersama isterinya, Syed Zafarudin, Nurul Islam pelajar Kedoktoran, Nazri pelajar PhD, Hj Ismail, Hj Sulaiman(Jadikan garaj rumahnya sebagai surau bagi kawasannya dan hidup 5 amal dakwah), Maulana Safarudin.

Setiap rumah yang masturat kami usaha selama 2 hari, Nusrohnya amatlah hebat sekali, mereka datang dalam waktu pagi, lepas zohor pulang kecuali yang dimesyuarat kemudian datang ramai selepas asar untuk program bayan lelaki, waktu malam masih lagi ada yang belum pulang. Selama 2 hari setiap rumah mereka datang dan ada diantara mereka yang mengikut kami dari satu rumah ke rumah yang lain. Ada juga jiran tuan rumah beragama kristian yang datang melihat Jemaah dan berbual-berbual tentang maksud kedatangan kami, masa inilah peluang untuk Jemaah dakwah mereka, biasanya ada juga mereka memeluk islam(berlaku kepada Jemaah lain) Jarak rumah mereka dengan tempat masturat ada yang dekat dan ada yang jauh. Ada yang setengah jam, sejam perjalanan untuk ketempat masturat. Masjid tempat iktikaf lelaki dengan rumah masturat pula kebanyakkannya jauh ada yang 20 minit perjalanan menaiki kereta, kebanyakkannya kena menaiki kereta, untuk program kami terpaksa gunakan telipon bimbit yang dimesyuaratkan penggunaannya khas untuk kegunaan Jemaah sahaja. Nusroh makan minum ni Allhuakbar, macam-macam jenis makanan mengikut bangsa yang datang, makanan IPB biasalah kita makan, ini makanan bosnia, Turki, Arab, Afrika semua kami bedal, pendek kata kami di layan saperti VVIP

Untuk pindah tempat ke tempat lain sama lah saperti kita, mereka datang mengambil, tidak kira dekat atau jauh. Di Melbourne kami dihantar ke Adelaide jaraknya 900 km, Adelaide adalah dibawah markas Melbourne, kami buat usaha di Adelaide selama 7 hari. Perjalanan dari Melbourne ke Adelaide 900 km. Kami dihantar menaiki 3 buah kereta oleh saudara orang Bangladesh morhalah markas masjid Fawkner, tempat pertama di Murry bridge (Mari Brig) dikawasan perkelahan terkenal kawasan Sungai Murry-Darling,kalau tak salah ingatan saya dahulu semasa sekolah rendah tahun 60an ada belajar dalam Pelajaran Kejadian Alam(Geografi) tentang sungai Murry-darling sekarang dengan izin Allah dapat lihat sendiri dengan keluar di jalan Allh swt. Disepanjang perjalanan kami melalui kawasan ladang yang luas, kawasan lintasan kanggaro dan Koala Bear, kita hanya akan berjumpa pekan kecil dalam 100 km atau lebih, disini kita akan berhenti untuk kadho hajat, kami berhenti solat dan makan dikawasan rehat atau “Park”, kawasannya cantik dan bersih tandas awamnya amat bersih, terdapat berbagai jenis burung saperti kakak tua yang berbagai warna terbang bebas tanpa gangguan dari manusia.Di Adelaide kami berusaha di tiga halkah sebuah rumah setiap halkah, disini masturat tinggal di rumah Dr.Bangla, Sri lanka dan Bangla juga, 3 buah rumah, tetapi yang nusroh semua bang sa termasuk Melayu, arab, Perancis, Iugur, Aussie, Fiji dan banyak lagi saya tak ingat. Kami banyak usaha kepada student Malaysia dan juga orang Melayu yang tinggal disini. Disini kami diberi sebuah kereta bersama GPS untuk mencari alamat rumah orang Islam bagi tujuan khususi, jadi GPS itulah menjadi rahaba kami sepanjang seminggu disini pada sebelah pagi tetapi selepas asar dan malam mereka datang untuk nusroh buat gast dan sebagainya.Disini fikir man orang Malaysia Mahmod MB orang Penang, cakapnya pun masih pekat Penang sudah lebih 20 tahun di Australia. Hari ketujuh kami pulang Ke Melbourne menaiki 2 buah kereta, perjalanan 900 km dihantar oleh seorang kacukan Iugur dan Afghan dan sebuah lagi kami yang pandu sendiri, kami tidak keluar apa-apa perbelanjaan pun walaupun kami telah kumpulkan wang untuk minyak petrol tetapi mereka tak mahu mengambilnya begitu juga semasa dari Melbourne juga mereka tidak mahu menerima wang kami. Di Ade;aide kami taskil Jemaah lelaki tunai 40 hari , kembali ke Melbourne semula selama seminggu usaha taskil semula orang yang beri nama untuk keluar 40 hari dan 10 hari masturat, satu Jemaah 40 hari masturat ke china dan 10 hari tempatan dapat dikeluarkan dan beberapa orang ke India 40 hari masturat.

Route seterusnya ke Sydney,jaraknya 1000km dari Melbourne. Kami menaiki kapalterbang murah seorang AU60 dollar bersamaanRM192, masa penerbangan lebih kurang 45 minit, lapangan terbang Sydney terletak di tepi laut memang cantik tempatnya. Bandar Sydney merupakan Bandar dikawasan Pelabuhan yang indah. Usaha disini lebih maju daripada Melbourne, kami sempat menghadiri Ijtimak Sydney bersama Camberra dihadiri 2 ribu orang dibuat di masjid Rootyhill mereka mengeluarkan 23 orang 4 bulan ke IPB, 10 jemaah 40h dalam negeri, 2 jemaah 2 bulan satu ke Greek dan satu ke Indonesia dan 11 jemaah 10 hari. Di Australia Jemaah 40 hari dihantar keseluruh dunia mengikut bangsa, contohnya orang Bosnia mereka bentuk Jemaah mereka sendiri untuk keluar 40 hari di Bosnia sebab orang dari Negara tidak boleh atau susah untuk masuk, negeri Turki orand turki, Iugur oarng Iugur dan sebagainya , Keistimewaan untuk pergi keseluruh dunia hanya Allah beri kepada orang yang memegang paspot Malaysia sahaja, jadi orang Melayu kita di Australia dapat pergi keseluruh dunia dengan mudah untuk buat usaha ugama, banyak bangsa lain saperti Fiji, india ,Pakistan mereka cemburu dengan orang Malaysia kerana mudah untuk pergi seluruh dunia tetapi kita lah yang tidak tahu atau tak mahu menggunakan kelebihan ini untuk keseluruh dunia buat usaha agama nabi saw. Kami usah selama 2 minggu di Sydney dan dihantar kebeberapa halkah mereka tetapi tidak habis kerana kami diminta untuk usaha di Camberra ibu Negara Australia selama 10 hari. Disini usaha dijalankan serupa dengan di Melbourne,Jemaah kami digunakan sepenuhnya. Sydney tempatnya cantik, barang makanan dan sewa rumahnya lebih mahal, semua orang dalam keadaan sebuk mencari rezeki, tetapi bagi orang yang buat usaha agama mereka masih lagi mempunyai masa untuk nusroh Jemaah dan buat usaha tempatan, tetapi kami lihat disegi bandaraya dan kesebukan kota, Kuala Lumpur lebih sebuk lagi dengan kesesakan traffic berjam-jam, Jalan raya KL lebih baik daripada Sydney tetapi KL ramai orang asing yang pada pandangan saya kurang memepunyai pengetahuan sivik berbanding dengan orang asing di Australia yang mempunya kesedaran sivik yang tinggi dan diamalkan.

Perjalanan kami ke Camberra dari Sydney menaiki 2 buah kereta, orang Arab Mesir bertaraf OKU, hebatnya mereka orang kurang upaya pun sanggup menghantar kami sejauh 300km, Allahuakbar,( selama 2 bulan di Australia 4 orang Oku telah nusroh Jemaah kami bersama diri dan kenderaan mereka, seoarng Mesdir seorangBangla Seoarang Melayu Malaysia dan seorang Indonesia) dan bangla sebuah kereta, usaha di Camberra baru hendak bermula, fikirmannya orang bangla yang dah lama tinggal di sana ada antarannya berkahwin dengan wanita Australia cakap mereka pun saperti Australia, disini ada 2 buah masjid yang ada solat jumaat, sebuah masjid yang terdapat dikawasan Elit Embassy seluruh dunia, semua Duta Negara luar tinggal disini . Masjidnya betul-betul terletak dihadapan Pejabat Duta Malaysia, pada hari Jumaat selepas solat Jumaat kami berpeluang berjumpa dengan ramai orang Islam yang berada di Camberra dan juga Duta-duta Negara Islam termasuk saudara dari Malaysia dan Indonesia. Kawasan ini namanya Yarralumla, Di Camberra kami berusaha di 3 buah rumah , satu orang Pakistan dan sebuah lagi Bangla, usaha untuk orang Melayu disini tiada walaupun ramai orang Melayu Malaysia, Indonesia dan singapura. Camberra merupakan Bandar bebas daripada kilang, tiada sebuah kilang pun ada disini, kawasannya banyak tumbuh-tumbuhan, nama-nama tempat banyak menggunakan nama aborigin. Kami pulang ke Melbourne untuk pulang ke Malaysia, dari Sydney ke Melbourne jaraknya 700km, kami dihantar oleh orang Arab Mesir dari Sydney yang mula-mula hantar kami dari Sydney ke Camberra dan juga sanggup datang lagi dari Sydney ke Camberra untuk menghantar kami ke Melbourne . Seoarang lagi kacukan Italy dan Pakistan kelahiran England saya naik kereta nya dan sepasang lagi. 4 pasang lagi naika kereta arab.

Kesimpulannya, Jemaah perlu dihantar lagi dengan banyak ke sini, terutama orang Malaysia, kerana mengikut karguzari orang tempatan yang nusroh dan pemerhatian kami mereka amat suka dengan orang Malaysia kerana lemah lembut, senyuman, tak banyak komen, banyak ikram. Usaha disini berbeza dengan tempat kita, kena banyak berhati-hati mesti ikut mesyuarat orang tempatan, keadaan orang Islam disini jika tiada hubungan dengan masjid mereka akan jauh dari agama, pernah semasa di Melbourne saya pergi khususi orang Melayu Kelantan namanya Khalid berkahwin dengan orang Australia, tinggal di ladang bersama isterinya, jauh temaptnya perjalanan dari temapt kami di Dandenong Melbourne hampir sejam, sayang namanya pun sudah bertukar menjadi Michel, apa boleh buat kita hanya berdoa kepada Allah suatu hari nanti dia akan kembali kepada Allah. Gast atau ziarah pula tak sama dengan kita , rumah orang Islam terletak jauh dari masjid, gast kena menaiki kereta kadang-kadan satu gast jumpa sebuah rumah sahaja,dan bercakap masuk kedalam rumahnya macam disini kita buat khususi, cakap 6 sifat terperinci dan terus taskil ke masjid, pernah semasa di Adelaide saya pergi gast bersama mahmodMB berjumpa orang Johor tak sempat pulang ke masjid untuk solat magrib sebab jauh, terpaksa azan dirumahnya dan ajak dia bersama solat berjemaah dirumahnya. Orang Australia mempunyai akhlak yang baik, mereka menghormati orang lain, menjaga hak orang lain, mementingkan kebersihan, Negara mereka kata orang putih “clean and Tidy” tiada sampah dijalanan, tidak membunuh binatang, walaupun untuk dimakan, macam-macam jenis burung terdapat disini, kakak tua berbagai warna, burung-burung bayan, itek air, pendek kata bermacam-macam burung, mereka memberi makanan kepada burung-burung liar, ikan pula jika memancing tidak boleh mengambil ikan yang kurang daripada saiz yang ditetapkan dan bilangannya pun ada hadnya. Cuma mereka perlu iman sahaja yang tiada kepada mereka tetapi ada pada kita yang mesti kita bawa kepada mereka. Tiada kecurian di pasaraya, kita boleh tinggal telipon di masjid untuk beberapa hari Insyaallah tiada hilang. Tiada juga rasuah, Mereka haus kepada hidayat, pernah dsatu ketika seorang wanita Italy datang kepada saya dan menyatakan minatnya kepada Islam dan ingin meminjam sebuah AlQurana untuk rujukan, setelah berbual beberapa ketika saya minta dia tunggu untuk jumpa Imam masjid untuk meminjam Quran sebab sya orang luar tak boleh mengambilnya, oleh kerana masa lama dia pun pergi dan berjanji untuk datang bila ada masa. Insyaallah saya berazam 3 tahun akan datang untuk keluar masturat 2 bulan Negara jauh lagi, amiin.

Description: C:\Documents and Settings\admin\My Documents\My Pictures\ausrtalia\Image045.jpg

Masjid di Adelaide dikawasan ladang kuda dihadapan dan ladang gandum d sebelah belakang

Description: C:\Documents and Settings\admin\My Documents\My Pictures\ausrtalia\Image000.jpg

Masjid Preston

Description: C:\Documents and Settings\admin\My Documents\My Pictures\ausrtalia\Image002.jpg

Masjid Fawkner markas Melbourne,Cuma ada malam shabguzari sahaja, mesyuarat markas di masjid lain

Description: C:\Documents and Settings\admin\My Documents\My Pictures\ausrtalia\Image069.jpg

Di Melbourne, dulu gereja kini menjadi masjid ada 5 amal sempurna

Description: C:\Documents and Settings\admin\My Documents\My Pictures\ausrtalia\Image192.jpg

Kontena yang dijadikan musalla sementara diatas sebidang tanah yang dibeli untuk dibina masjid di Camberra