Assalamualaikum warohmatullohiwabarokatuh
Tajuk ini telah dikupas dengan panjang lebar oleh Pensyarah tetapi kupasannya memang banyak yang saya dah lupa, tetapi isinya masih saya ingat hingga sekarang . Kata pensyarah tersebut tajuk ini telah dibuat kajian oleh seorang ahli sikologi Mesir, kajiannya hanya keatas kaum wanita sahaja. Kesimpulannya isi penting atau hasil kajian akan saya tulis mengikut yang asal tetapi kupasanya adalah daripada saya sendiri atau apa-apa yang masih saya ingat.
Kata ahli sikologi Mesir ini tahap kehidupan wanita bermula daripada ia lahir ke dunia hingga ia menjadi kanak-kanak, remaja, dewasa hingga tua terbahagi kepada beberapa fasa umur berdasarkan kelakuan dan perubahan tingkah laku, bagi saya apa yang saya hendak katakan semua fasa-fasa ini kemungkinan ada terdapat kepada kita atau pun tidak ada, kerana ia hanya satu kajian.
Fasa pertama
SEJAK LAHIR HINGGA KEUSIA 7 TAHUN
Pada usia ini kanak-kanak perempuan sifatnya adalah suka berdamping atau bergantung dengan ibubapa mereka atau orang yang menjaga mereka berbanding dengan anak lelaki. Jika kita bersiar-siar anak perempuan suka berpegangan tangan dengan ibubapa atau orang dewasa , tetapi anak lelaki suka lepas bebas berjalan dan berlari tidak mahu dipegang, Pada usia ini anak perempuan mudah diajar dan tidak nakal, mereka suka membuat pekerjaan meniru perbuatan emak mereka.
Fasa kedua
DARI UMUR 8 TAHUN HINGGA 17 TAHUN
Peringkat umur ini kanak-kanak perempuan mempunyai satu sifat semula jadi iaitu “ingin mendapat perhatian orang lain”. Jika kita teliti diperingkat awal umur 8 hingga 12 tahun mereka sudah mula pandai bersiap diri atau bersolek menggunakan alat solek ibu atau kakak mereka, mereka sudah pandai memilih pakaian yang sesuai, masa ini kekadang pakaian yang kita cadangkan atau kita beli mereka tidak suka memakai kerana pada fikiran mereka tidak mendatangkan tarikan orang lain kepada mereka terutamanya oleh kaum lelaki, mereka suka dipuji. Mereka tidak lagi bermain dengan kanak-kanak dibawah umur mereka, bahan bacaan mereka selain daripada buku pelajar adalah majalah tentang wanita. Bila sahaja umur mereka mencecah 13 tahun mula masuk alam remaja maka sifat-sifat ini semakin menebal.waktu ini lah mereka mula mencari pasangan lelaki, samada ibubapa sedar atau tidak anak-anak ini sudah ada perasaan terhadap lelaki. Mereka akan membuat hubungan melalui media yang mudah, sekarang ada bermacam macam alat komunikasi yang canggih yang ibubapa telah sediakan, saperti internet dan alat kelui, Peringkat umur ini juga mereka akan menggunakan alat solek lebih kerap lagi dan yang berjenama supaya dapat menunjukkan kepada rakan sebaya (peer group), tuntutan untuk mendapatkan pakaian dan alat solek berjenama inilah menyebabkan remaja terjerumus dalam masalah social yang dahsyat. Lebih teruk lagi jika remaja ini belajar di sekolah berasrama, mereka ini akan terikut-ikut dengan trend peer group mereka, iaitu cara make-up dan pakaian berjenama yang biasa dipakai oleh anak orang kaya menjadi ikutan, yang miskin pun yang datang dari kampong juga tidak terlepas daripada sifat ini, mereka ini (anak miskin) berlagak saperti anak orang kaya juga, Peringkat umur ini juga sifat malu kepada “kekurangan” yang ada kepada mereka amatlah tebal. Sebolehnya mereka tidak mahu menunjukkan “kekurangan” ini kepada orang lain walau pun teman sebiliknya, jika boleh bohong, mereka akan berbohong bagi menutup kekurangan mereka. Jika anak orang kaya datang menjemput anak mereka menaiki kereta mewah, bagi remaja yang”kekurangan” ini mereka malu jika dijemput oleh ibubapa mereka menaiki kereta lama, dan kalau moto kapcai atau bas lagi lah mereka malu bahkan dilarang pula supaya jangan datang dan biarlah mereka pulang sendiri, nanti malu jika diketahui mereka ini “kekurangan”. Bagi remaja yang tinggal dirumah pula, masa mereka banyak dihabiskan untuk melaram di depan cermin, lihat wajah , lihat jerawat dan bermacam-macam lagi yang dilihatnya dan berangn-agan mejadi dirinya sempurna, agar semua lelaki suka padanya.Pada tahap umur ini remaja perempuaan tidak memilih lelaki yang akan menjadi pasangan kekasih mereka atau “cinta monyat” asalkan lelaki tersebut ada duit atau dapat menolong menangani masalah mereka apa saja. Peringkat ini ibubapa harus peka dengan perubahan anak-anak.
Fasa ke tiga
DARI UMUR 18 HINGGA 27 TAHUN
Fasa ini wanita sudah sampai tahap kematangan, mereka sudah pandai memilih dan membezakan pasangan mereka. Peringkat ini mereka berada di pusat pengajian tinggi dan memasuki alam pekerjaan dan alam perkahwinan. Sewaktu mereka berada di IPT dan juga di alam pekerjaan, mereka mempunyai “keegoan” sendiri, cara make-up dan berpakaian mereka serta tingkah laku mereka sudah berubah sejak mereka masuk IPT keegoan ini bertambah bila bila dialam pekerjaan. Tahap ini jika ada lelaki yang suka kepada mereka, mereka akan memilih yang sesuai dengan kedudukan mereka, Peringkat umur ini mereka sukar untuk menerima arahan-arahan, terutama arahan datang dari orang yang jawatannya sama dengannya walaupun lebih senior daripadanya, kekadang arahan ketua pun masih mereka memberontak. Peringkat umur ini dalam kontek rumah tangga mereka akan
Fasa ke empat
DARI UMUR 27 TAHUN HINGGA 37 TAHUN
Tahap ini dikenali sebagai fasa “bimbang” tentang Fisiologi mereka.
Pada peringkat ini kaum wanita kebanyakkanya sudah mempunyai beberapa orang anak. Keadaan ini menyebabkan bentuk badan mereka berubah kepada kegemukan. Tahap ini dikatakan mereka kembali melihat cermin kali kedua. Bagi yang berwang mereka akan menghabiskan wang untuk kembali mencantikkan wajah dan bentuk tubuh badan mereka. Peringkat ini mereka takut sekiranya suami mereka “dingin” dengan keadaan mereka dan mencari yang lain. Mereka juga takut sekiranya kawan-kawan sekerja akan menegur mereka “awak gemuklah” atau pun jika mereka berkerjaya bersama orang ramai, mereka menjadi malu dengan keadaan tersebut. Jika kita lihat cara pakaian wanita ditahap umur ini, semuanya cantik dan mahal serta berjenama mengalahkan wanita difasa ketiga, mereka juga suka dipuji, saperti “cantiklah hari ini” ‘mahalnya beg tangan ni, dimana beli” atau “sukalah saya lihat awak hari ini”. Masakan mereka pun , mereka akan memasak makanan yang berjenama, yang jarang dimasak waktu muda dulu, tujuannya untuk mendapat perhatian suami Jadi pada tahap ini para suami mesti selalulah memuji isteri, tentang pakainnya, bentuk badannya juga masakannya. Puji aje apa keadaan pun kerana kebaikan dan kebahgian itu akan datang kepada kita juga, JANGAN tidak puji kerana ia merbahaya.
Fasa ke
BERUMUR ANTARA 37 HINGGA 47 TAHUN
Peringkat ini dipanggil zaman “BERLETER” . Lelaki pun ada yang suka berleter, tetapi ianya sinonim dengan kaum Hawa. Berleter ini tak perlu di pelajari , apabila sampai masa dan umurnya dengan sendiri ia datang. Pantang silap sikit dengan kehendaknya maka ia akan bereleter, masalah yang sering dileter ialah, anak-anak dan suami membuat sepah barang dalam rumah, makan tak pandai basuh pinggan, leter anak dan suami bangun tidor lewat, pakaian kotor, suami balik jauh malam.
Fasa ke enam
BERUMUR 47 TAHUN KE ATAS
Peringkat umur ini dipanggil peringkat sensitive atau perasa, suka diam diri jika ada masalah yang datang, peringkat ini suda ada menantu dan banyak orang cucu, Banyaklah perkara yang selalu mendatangkan sensetifnya, kebanyakkannya dari anak menantunya lah, disebabkan perkataan yang dikeluarkan atau layanan kepadanya. Diperingkat ini mereka perlu banyak diikram atau dilayan dengan baik, jika tidak mereka suka tinggal dirumah mereka sendiri berseorangan walaupun sudah ketiadaan suami.
Itulah 6 fasa bagi kaum wanita, bagi saya kaum lelaki pula, mereka akan berusaha mendapat keselesaan atau kekayaan atau apa sahaja keuntungan dunia ini baik disegi jasmani, harta atau pangkat hanya sampai umur 40 tahun. Pada tahap umur 40 tahun kebanyak orang lelaki sudah mencapai tahap yang establish dalam kehidupan mereka berkeluarga . Selepas umur 40 tahun mereka sudah tak kisah lagi tentang fisiologi tubuh badan mereka, gemuk ka, perut boroi ka depa tak kesah yang pentingnya mereka berusaha atas satu perkara sahaja iaitu menjadi “kuat”, sebabnya kalau harta banyak pun, pangkat tinggi pun tapi tak “kuat” dah tak jadi apa.