Ahad, 16 Oktober 2016

Rabu, 20 April 2016

MEWAT INDIA

Assalamualaikum. Bismillahirrohmanirrohiim Kehidupan adalah suatu perjalanan yang mana dihujungnya adalah satu kematian yang pasti.Setiap perjalanan akan mempunyai tujuan atau maksud atau cita- cita yang akan memberi kejayaan kepadanya. Bila berbicara tentang kejayaan maka pastilah ianya melibatkan di dunia yang fana ini dan di alam akhirat yang kekal abadi, Sudah pastilah ianya melibatkan agama. Untuk mendapat agama maka usaha keatas agama perlu dijalankan. Usaha agama pula mestilah dengan mengikut cara rasulullah saw dan para sahabat r.hum. Setelah sekian lama berlalu manusia telah meninggalkan usaha agama cara nabi saw sehinggalah lahirnya sorang mujaddid zaman ini iaitu hazrat Maulana Muhammad Ilyas rah. Yang telah menghidup kembali usaha agama dengan cara rasulallah saw dan para sahabat r.hum bermula disatu tempat yang terpencil di benua India yang penduduknya orang-orang miskin iaitulah MEWAT. Usaha agama ini dikenali diseluruh dunia dengan usaha Dakwah dan Tabligh. Tabligh dan Mewat adalah cukup sinonim. Bagi mereka yang pernah datang ke India dalam khuruj 4 bulan pasti sekali berharap akan dihantar ke daerah Mewat untuk belajar dan melihat sendiri bagaimana usaha dan keadaan orang mewati menjalankan usaha dakwah dan tabligh. Tetapi bukan semuanya dapat peluang untuk kesana. Alhamdulillah saya adalah antara orang yang diberi allah peluang untuk belajar usaha di Mewat. 1982 waktu saya keluar 4 bulan bersama –sama dengan pelajar luar Negara dan juga sahabat dari Negara Eropah yang baharu memeluk agama islam kami telah di.hantar ke mewat selama 10 hari di musim sejuk pada bulan November. Ini saya nak citer pengalaman masa itulah secara ringkas apa apa yang saya masih ingat, bukan sonang dah 34 tahun berlalu. Jemaah kami lebih kurang berbelas orang tak ingat bilangannya terdiri daripada orang Malaysia, brunai, India, Muallaf dari Afrika dan Eropah, saya adalah orang yang paling muda dalam Jemaah tersebut. Amer Jemaah ialah Maulana Zahirudin mukimin Nizamudin yang telah memberi masa seumur hidupnya di Markas Nizamudin, dia berasal dari Mewat. Kami bertolak dengan menaiki bas awam diwaktu pagi. Dalam bas memang padat macam tin sadin. Tetapi satu pelajaran yang saya dapat semasa didalam bas ialah, apabila amer Jemaah meminta seorang yang sedang duduk dikerusi meminta dia bangun dengan mengatakan ini adalah mehman (tetamu) sambil menunjuk padaku, biar saya duduk walaupun saya amat muda waktu itu dan bertenaga dia pula sudah agak berumur. Dengar sahaja perkataan MEHMAN terus dia bangun dan menyuruh aku duduk ditempatnya. Satu Pengajaran bagiku. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam kami sampai distesen bas terakhir setelah melalui kawasan berbukit dengan jalannya yang kecil dan berlubang lubang. Amat memenatkan badan tetapi teringat yang sahabat r.hum membuat usaha korban nyawa maka keletihan dan kepenatan hilang dengan perasaan manis dan indahnya di Jalan allah swt. Kami bertukar kenderaan pula dengan menaiki lori pula melalui jalan yang lebih teru dari jalan bas tadi, saya tak ingat berapa lama masa diambil untuk sampai ke distinasi seterusnya. Sekali lagi kami bertukar pengangkutan, dari bas naik lori dan kemudian pula menaiki kereta Unta. Satu papan berlantai yang mempunyai 4 roda ditarik oleh seekor unta, kami dan barang barang dimuat dalam kereta unta itulah. Kami melalui kawasan berdebu dan melalui kawasan pertanian mereka, apabila sahaja kami lalui semua mereka yang ada diladang berhampiran jalan yang kami lalui berhenti kerja dan datang kepada kami untuk bersalaman. Apabila kenderaan kami hamper dengan masjid ramai kanak kanak berlari datang menyambut kami berebut rebut membawa barangan kami ke masjid. Aku lihat keadaan kanak kanak ini disegi pakaian dan keadaan mereka orang putih sebut dirty dengan pakaian penuh dengan debu dan rambut kusut melekit, tetapi mempunyai sifat memuliakan tetamu dan bersifat suka berkhidmat.Allahuakbar satu lagi pengajaran. Sampai sahaja dimasjid kami solat asar, selepas solat orang tempatan telah menghampar saprah sepanjang lebar masjid (masjidnya kecil xmacam masjid d Malaysia), aku lihat dari hujung ke hujung penuh dengan buah-buahan dan makanan saperti kueh tempatan mereka, AllHUAKBAR, Sifat ikram yang aku kena belajar dan amalkan. Keadaan masjid dimewat ni diperbuat daripada tanah, ada dua bahagian, bahagian hadapannya berbumbung dan berdinding digunakan untuk solat magrib, isyak dan subuh dimusim sejuk, bahagian kedua dibelakang tidak berbumbung hanya berdinding sahaja digunakan untuk solat zohor dan asar pada musim sejuk.Setiap masjidnya mempunyai madrasah tahfiz alquran utk kanak kanak dikampong tersebut belajar hafaz al quran. Boleh dikatakan setiap rumah dimewat mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak hafiz alquran dan alim, sebagaimana kita di Malaysia setiap rumah ada anak yang mengambil UPSR/SRP/LCE/PT3/SPM/MCE. Masjidnya menggunakan telaga sebagai punca air, keadaan telaganya takat airnya amat dalam. Untuk menyedok air perlukan kepakaran dan tenaga, Jadi setiap masjid yang kami pergi sudah siap ada pelajar yang berkhidmat untuk kami mengambil air untuk kami mandi dan membasuh, tetapi seingat aku ,aku tidak pernah membasuh sekalipun dimewat kerana setiap kali nak membasuh pelajar ini berebut rebut mengambil untuk membasuhnya. Ada juga masjid yang kami pergi telaganya kering`, jadi bagaimana hendak mendapat punca airnya,untuk kami berwuduk dan beristinjak, Allahuakbar ini pengalaman yang tidak dapat aku lupakan hingga sekarang dan mungkin akupun tak dapat amalkan. Bila kami sampai dimasjid tersebut air sudah penuh didalam bekas untuk wuduk dan dalam buyung untuk minuman yang mana airnya dingin walaupun tak sedingin air watercooler yang ada ditempat kita tetapi dingin dan nyaman. Aku tak kesah dari mana air itu dating tetapi apabila hamper magrib air telah berkurangan, itu pun aku tak kesah, tetapi apabila masa bayan magrib berlalu aku jengok diluar tempat bekas air disimpan, MASYAALLAH aku tengok kaum wanita sambil menjunjung buyung air di atas kepala mengisi air dalam bekas tersebut, entah dari mana dan sejauh mana mereka datang membawa air untuk Jemaah gunakan, allahuakbar mengalir air mataku mengenangkan pengorbanan kaum wanita ini untuk agama allah swt. Masa itu aku belum berkahwin lagi dan tersedik dihatiku memohon kepada allah jadikan bakal isteriku seorang yang sanggup membuat pengorbanan saperti para sahabiah r,hum. Tandas tiada dalam masjid, untuk buang air kena pergi kekawasan jungle iaitu hutan. Aku sangka hutannya saperti hutan kita tapi aku terasa nak buang maka aku isi air dalam lota iaitu sejenis bekas isi air saperti cerek tetapi tidak bertudung. Maka aku pergilah cari jungle yang aku sangka saperti hutan kita, rupanya satu kawasan rumput setinggi lutut kita sahaja, bila duduk mencangkung untuk melepas maka terlindunglah kawasan private tapi kepala dan badan kita dapat dilihat orang. Hentam sahajalah.Lama lama aku dah terbiiasa dengan keadaan tersebut hilanglah segan. Usaha ziarah sama saperti biasa, dibuat selepas asar dan bayan selepas magrib. Bayan yang dibuat dalam bahasa inggeris dan terjemahannya siap dalam setengah jam tetapi yang buat taskil ialah amersab sendiri. Dalam taskil inilah Jemaah siap dibentuk 4 bulan dan 40 hari. Yang menakjubkan ialah pada masa itu sebuk musim tanaman ,taskil dibuat untuk setiap keluarga dimana jika bapa tidak dapat keluar diganti dengan anaknya, begitulah sebaliknya.Setiap masjid begitulah keadaannya, kekadang sampai aku terlelap sambil duduk.seab itulah sebelum kami bertolak dari nizamudin Hadraji Maulana Inamul hasan Rah. Berkata mewat adalah kawasan subur dimana kamu akan mendapat Jemaah tunai. Disini juga mereka akan berebut rebut membuat tawaran kepada amersab untuk memberi makanan kepada Jemaah kami , tetapi amersab akan terima tawaran daripada orang yang memberi masa 4 bulan didahulukan. Cara mereka menjamu juga masyaallah hebat, Kita berjalan kerumah mereka kekadang ada dekat ada yang jauh, rumah mereka ada 3 bahagian yang diperbuat dari tanah, satu untuk tempat tidur mereka, rumah kedua untuk menjamu tetamu dan yang ketiga untuk ternakan mereka. APABILA MEREKA MENGHIDANG MAKANAN MEREKA AKAN MENGHIDANG semua makanan yang mereka masak tanpa meninggal sedikitpun untuk keluarga mereka makan, apabila bercakap cakap ketika sedang makan mereka akan bertanya orang india apa yang kami cakapkan samada makanan tidak sedap atau apa yang kurang tentang makanan mereka. Kami akan makan tetapi kami akan meninggalkan baki makanan sebab kami tahu keluarga ini akan memakan bekas bekas atau sisa sisa yang tidak habis kami makan untuk tujuan berkat dari Jemaah. Yang aku masih ingat waktu itu dimasjid yang pertama kami sampai, hari pertama dan pagi wsoknya sebelum subuh selepas solat tahajud kami dijamu dengan garam chai (teh panas) bersama dengan sejenis makanan iaitu macam bihun dimasukkan kedalam susu lembu yang manis dan dicampur dengan badam, cukup sedap dan aku jumpa Cuma di mewat sahaja. Selepas subuh kami tunggulah untuk sarapan pagi tak mai mai, tunggu punya tunggu hari semakin tinggi makanan belum datang perut pula semakin rancak berkeroncong, akhirnya saat yang ditunggu sudah tiba iaitu masa betul betul pertengahan anatar makan pagi dan tengahari di kumpul sekali. Jadinya makan pagi dan tengahari diambil sekali sahaja, aduuuss laparnya aku, maklumlah aku masih muda badan sedang naik, tidak apa dalam tabligh no komen dan complain mana yang ada makan, banyak pun habis dan sedikit pun mencukupi yang penting syukur diatas nikmat kurniaan allah swt dan semuanya soodaap. Itulah bila kami mula makan memang tuan rumah puas gila lihat kami makan banyak dan menyelerakan tanpa bersuara, sebabnya pikiaqlah sendiri nooo. Disini kedai tiada dikampong hanya ada dikawasan pekan, pernah kami minta untuk masak sendiri, amersab menyuruh kami pergi kekedai untuk membeli barang, kami pergi membeli untuk masak tetapi tuan kedai tidak mahu menjualatau memberi kepada kami barangan kerana kami mehman menjadi tanggungjawab mereka melayan kami.berbalik kesah makan, tiba waktu makan malam pula dah lah taskil yang dibuat hamper satu jam kemudian solat isyak lepas tu berjalan lagi untuk makan malam, bila sampai dirumah allhuakbar lihat makanannya penuh diatas saprah, hari hari siang malam nasi beriani yang banyak minyak, tak kesah kami belasah semuanya maklumlah dgn mujahadah nak sampai waktu makan tuu, jadi tuan rumah senyum sampai telinga tengok kami makan dengan berseleranya. Tapi aku waktu makan malam inilah aku buat rancangan, besuk pagi aku tahu tak ada makanan utk makan pagi jadi malam tu aku ambil dua biji roti capati aku masuk dalam kocek baju jubbah aku untuk sarapan besuk pagi. Perbuatan aku dilihat oleh geng melayu dalam Jemaah, masa tu kami ada seorang dari KL seorang dari Melaka dan seorang mualaf cina dari kelantan dan 2 orang dari Brunai yang mana sekarang kedua duanya menjadi syura Brunai, mereka ini baru habis belajar di England. Pernah diawal tahun milinium aku keluar di Brunai dan berjumpa dengan mereka tapi mereka sudah lupa dan tidak kenal, maklumlah factor usia menyebabkan seseorang akan lupa. Berbalik kesah capati tadi mereka memarahi aku kerana memalukan jika dilihat oleh tuan rumah, aku cakap tak kesah dian Nampak atau tidak pokoknya makanan ini bukan aku curi tapi hak kita, dan satu lagi aku cakap pada mereka besuk kamu lihat aku makan roti ini, Besuk pagi roti memang menjadi keras tapi tak mengapa ada garam chai Cuma ambil roti celup dalam chai dan makan dengan enaknya, tapi kita dijalan allah swt, allah letakkan sifat ikram pada diri kita walaupun kita lapar kita tetap makan bersama sama, yang marah semalam hari ini baru mereka tahu hakikat lapar. Begitulah halnya setiap masjid di Mewat yang kami buat usaha. Tapi yang aku tidak boleh lupa ialah seorang maulana yang menjadi mudir disebuah madrasah disalah satu masjid di Mewat namanya Maulana Israel, aku Tanya mengapa Israel jawabnya Israel ini adalah nama sebenar nabi Yaakub a.s walahuaklam. Itulah serba ringkas ceritaku kali ini, sebenarnya banyak lagi tapi aku sudah lupa dan lagipun aku malas nak menaip maklum lah dah tinggal lama blog ini, ini pun mengambil masa 3 hari untuk siap dan setelah siap aku terus terbitkan tanpa membuat permurnian tentang bahasa dan ejaan, Harap Maaf

Rabu, 16 Mac 2016

Assalamualaikum semuga semua sahabat sekalian memperoehi kesihatan dan afiat daripada allah swt. Sudah lama saya tidak membuka dan menulis blog. Tak tahu bila pula nakmemulakan dengan ceruta baharu daripada pengalaman yang masih ada dalam kotak kenangan hidup saya bersama jemaah tabligh

Isnin, 18 Mei 2015

REZEKI DI JALAN ALLAH

Rezeki seseorang dan juga sekalian makhluk telah ditetapkan oleh Allah swt sebelum terciptanya alam ini. Orang yang keluar di Jalan Allah swt berjihad kerana menengakkan agama allah swt adalah menjadi jaminan allah swt bagi mereka dan keluarga yang mereka tinggalkan dirumah. Sebagaiaman suatu kesah dalam satu Jemaah para sahabat seramai 300 para sahabat r. hum yg diketuai oleh Abu Ubaidah r.hu kearah persisiran pantai, selama 15 hari perjalanan mereka perbekalan mereka yg merupakan buah tamar. Setelah beberapa hari bekalan buah tamar telah pun habis, seorang sahabat sayyidina Qais r.hu telah membeli untu-untu tunggangan dalam Jemaah tersebut yang mana bayarannya akan dibayar setelah pulang ke Madinah , unta-unta ini disembelih sebanyak 3 ekor setiap hari sebagai makanan mereka. Selama 3 hari perkara ini berjalan sebelum amir Jemaah telah menahan perkara ini kerana takut mereka kehabisan binatang tunggangan dan ini akan mendatangkan masalah kepada mereka. Selepas itu semua buah tamar yang berbaki pada setiap orang dikumpulkan, dan setiap hari hanya diberi setiap orang sebiji tamar untuk makanan, lama kelamaan buah tamar ini pun habis dan mereka diambang kebuluran, hinggakan mereka telah mengambil daun daun dan dibasahkan dengan air untuk dimakan. Hinggakan mulut mereka luka luka. Biasanya Allah swt akan memberi kemudahan selepas setiap kesusahan dan kesempitan. Selepas segala kesabaran mereka Allah swt telah mengurniakan kepada mereka seekor ikan yang besar datang dari laut ke panatai kepada mereka, ikan ini dinamakan Anbar, mereka(300 orang) telah memakan ikan Anbar ini selama 18 hari,.Baki ikan ini telah dibawa pulang ke Madinah dan baginda nabi saw memakan ikan anbar ini. Besar bulatan lubang biji mata ikan ini ialah sama dengan ketinggian seorang dewasa berdiri didalam rongga mata ikan sambil tangannya mengangkat dan memegang bulatan yang diatas kepalanya, bayangkan besarnya ikan ini. 300 orang para sahabat r.hum telah makan selama 18 hari dan belum lagi habis dan bakinya dibawa pulang ke Madinah Subhanallah. Rasulallah saw juga makan ikan tersebut setelah mendengar cerita bagaimana mujahadah mereka. Tapi cerita yang aku nak tulis ini adalah pengalaman aku semasa berada di jalan allah swt, banyak cerita yang seumpanya cerita ini tapi cukuplah satu @ dua cerita sahaja. Cerita pertama, Ketika aku berada di Makkah al mukarramah, setiap hari aku pergi solat subuh bersama isteri di masjidil haram, kemudian selepas subuh kami balik ke hotel, setelah bersarapan dan berehat sekejap aku mula pula pergi ke masjid haram berseorangan kerana isteriku dia bergerak bersama kakak ipar dan abang aku, ini kerana aku berjalan lambat macam kura-kura, samada utk tawaf atau solat dhuha selepas itu aku akan iktikaf dalam masjid sehinggalah waktu isyak baharulah aku pulang ke hotel beginilah rutin aku selama di makkah setiap hari. Makanan harian aku tengahari dan malam hanyalah air zam zam dan buah kurma dan apa sahaja yang allah takdirkan utk aku makan. Keluar waktu pagi pulang waktu malam, jadi aku tidak kenal langsung dimana kedai jualan jubbah, atar atau capati atau apa apa makanan yang dijual disana kerana aku langsung tidak pernah singgah dimana mana kedai pun. Beginilah keadaan aku tanpa mengalami apa apa masalah setiap hari, Allah swt selalunya ingin melihat hambanya tawajuh kepadaNya, maka Dia akan mengadakan bagi hambanya suatu ujian. Ceritanya begini, pada suatu petang sudah hampir dengan magrib keadaan dalam masjid kelihatan budak budak remaja membuat khidmat membentang saprah plastic panjang untuk diletakkan makanan bagi berbuka puasa, orang yang berpuasa akan datang duduk disitu untuk berbuka puasa, banyak saprah yang dibentangkan.Waktu itulah perut aku terasa begitu lapar sangat, buah kurma sudah habis dalam simpanan aku, kelaparan aku semakin bertambah tambah, makanan yang dihidang ada tidak berapa jauh daripada aku, untuk pergi meminta terasa malunya. Jadi apa yang boleh aku buat hanyalah berdoa kpd allah bagi menyelesaikan masalah kelaparan yang aku alami. Nun disebelah hadapan kanan aku lebih kurang berjarak sepuluh saf daripada tempat aku duduk kelihat seorang sedang membahagi bahagikan makanan iaitu roti, keju dan tamar, aku lihat seorang pakcik tubuhnya agak kecil , dia meminta dan diberi kemudian minta lagi diberi kemudian minta lagi dan diberi sehingga beberapa kali, dalam hati aku mengatakan banyaknya pakcik ni makan tetapi orang yang memberi tetap memberi tanpa berkata apa apa. Selepas itu pakcik itu beredar berjalan kearah kiri , aku memerhati gelagatnya, dia terus berjalan dan berjalan bila sahaja sampai betul betul dengan kedudukan aku dia membuat pusingan 90 darjah betul betul dengan aku dan berjalan dalam jarak 10 saf, aku hanya memerhati sahaja, tiba tiba dia sampai betul betul dihadapan aku dan tidak berkata sepatah pun terus dihulurnya makanan tadi semuanya kepada aku dan terus berlalu dari situ, aku mengambil dan mengucap jazakallahhukhair, Aku bersyukur kepada Allah swt dan berazam selepas ini apa sahaja yang kita hendak terlebih dahulu berdoa kepada allah kemudian baharulah kita berusaha. Dengan bertawakal kpd allah disaat tiada sesuatu kepada kita, maka allah akan penuhi hajat kita, subhanallah. Peristiwa yang ke dua, Peristiwa ini berlaku semasa aku sedang khuruj 40 hari di Thailand, Sebenarnya peristiwa yang aku nak ceritakan ini sering berlaku kepadaku dan kepada mereka yang sedang keluar khuruj dijalan allah swt, begini ceritanya, Disuatu pagi selepas makan pagi disebuah masjid di daerah Satun Selatan Thailand, aku keluar untuk berwuduk, selepas berwuduk tetiba terbang seekor burung ayam – ayam dihadapan aku, agak besar burung ini. Bila sahaja aku terlihat burung ini terus hatiku terlintas dan berkata dalam hatiku, “alangkah sedapnya burung ayam ayam ini digoreng dan dibuat masak asam manis saperti masakan allahyarhamah ibu aku”. Selepas itu aku masuk ke dalam masjid untuk meneruskan amalan Jemaah. Dipendekkan cerita bila sampai masa makan tengah hari makanan disedia dan dihidangkan kepada kami oleh orang tempatan. Baru mula hendak makan datang seorang jiran masjid dengan membawa semangkuk makanan untuk menjamu kami seramai 8 orang dari markas Jitra, tetapi semua sahabat sahabatku menolak makanan tersebut, Jadi rezeki akulah makanan tu habis aku bedal , Subhanallah, kau orang mahu tahu apa makanan tersebut. Makanan tersebut ialah masak goring asam manis burung ayam ayam yang aku terlintas dihatiku pagi tadi, betul betul rasanya saperti masakan ibuku, Allahu, subhanallah, masya Allah, Allah telah memenuhi keinginanku, ini baharu didunia dimana keinginan orang yang keluar di jalan allah , Allah swt telah tunaikan, Semoga Allah menunaikan juga hajatku untuk syurgaNya kelak. Selepas makan aku berbual dengan pakcik yang menghantar masakan tadi. Aku Tanya dimana dia mendapat burung ayam-ayam tadi. Dicerikan kepadaku pagi tadi ketika dia sedang berbual dengan isterinya tetiba seekor burung ayam ayam masuk kedalam rumahnya melalui tingkap dan jatuh betul betul dihadapannya dan terus ditangkapnya dengan mudah, selepas itu isterinya berkata eloklah burung ini menjadi rezeki Jemaah Malaysia (kami lah) yang ada di masjid. Isterinyalah yang mencadangkan masakan goring masam manis. Aku tidak berkata apa apa kepadanyasekadar berterima kaseh tetapi didalam hatiku memuji allah swt yang telah menunaikan keinginanku kerana teringat akan masakan ibuku yang telah kembali kerahmatullah (semoga allah merahmati ibuku). Sebenarnya banyak kesah sebegini yang pernah aku lalui dan merasai sepanjang aku khuruj di jalan Allah swt, kerana ini adalah janji allah bagi mereka yang korban diri dan harta di jalan allah swt bahawa allah akan memelihara mereka didunia dan akhirat.

Selasa, 31 Mac 2015

PERJALANAN MAHABBAH DAN TAZKIRAH KE VIETNAM

Alhamdulillah Syukur kepada allah swt kerana telah memberi peluang kepada saya berserta tiga lagi sahabat bersama isteri masing – masing telah dihantar untuk membuat usaha silaturrahim, mahabbah dan tazkirah bersama saudara – saudara islam kita di bumi Vietnam. Jemaah kami seramai empat pasang suami isteri. Saya telah di putuskan menjadi ketua @ khadam Jemaah ini. Kebiasan dalam mana-mana Jemaah sebelum keluar kemana mana Negara terutama Jemaah ke Negara jauh dan juga Jemaah suami isteri ini banyak dugaan yang allah letakkan untuk menguji sejauh mana kemampuan dan ketahanan jiwa kita dan bagaimana kaedah untuk kita selesaikan masalah tersebut. Diantara empat orang kami ini, dua orang pesara guru dan dua orang masih bekerja, aku tak perlu mohon cuti sebab dah cuti, seorang lagi perlu menunggu untuk kelulusan cuti daripda ketua pejabatnya, Alhamdulillah dua minggu sebelum bertolak baru dapat cuti. Ujian yang aku rasa begitu mencabar untuk Jemaah ini ialah apabila salah seorang daripada ahli Jemaah ini kena serangan jantung yg teruk di rumahnya sehingga dia dibawa oleh ambulan ke hospital. Dia terpaksa berada di hospital selama tiga minggu. Ini menyebabkan ahli Jemaah sudah naik risau memikirkan hal sahabat kami ini. Tarikh untuk bertolak ke Vietnam lagi tiga minggu Alhamdulillah dalam masa tiga minggu itulah kami telah mengadakan mesyuarat didalam Wad di hospital sultanah Bahiyah alor setar, Semua perkara kami selesaikan disitu diantaranya, set masak, set kitab taalim, jumlah perbelanjaan yang nak dibawa, kenderaan untuk ke Seri Petaling bagi tujuan bayan hidayat.Cuma satu sahaja yang belum diputuskan iaitu tarikh untuk bertolak ke Seri Petaling kerana ia bergantung kepada keadaan sahabat yang sakit, bila nak discharge dari wad. Alhamdulillah saudara kami ini dapat selesai rawatannya pada 20.11.15, maka pada 21 nov kami berangkat ke seri Petaling dan pada 22 Nov. kami diberi bayan hidayat di sebuah rumah di Seri Petaling bersama Jemaah ke Acheh dan Johor. Kasihan sahabat kita ni dalam keadaan badan masih lemah dan kepala masih tak stabil bersemangat untuk khuruj dijalan allah untuk mencari redza allah swt, walaupun ada dikalangan keluarganya meminta tangguh sekejap, biar sehat betul baru keluar pergi.Tapi katanya masa sudah tiba baginya untuk keluar ke jalan allah swt, kematian adalah tetapan allah swt, dimana dan bila itu adalah hak allah yang menetapkannya bukan kerja kita, kerja kita adalah untuk membuat kebaikan membina iman dan amal sendiri supaya sempurna dan mengajak orang lain juga supaya berusaha memperbaiki iman dan amal sendiri. Kami diputuskan oleh Syura Malaysia untuk berusaha selama 10 hari di kawasan Puncak Alam, Selangor. Tetapi sebelum ke PA , kami diambil selama 2 hari oleh saudara kita di Kota Damansara, disini kami berusaha di flat, rumah Zulkhairi, pasangan muda baru seorang anak masih kecil, Alhamdulillah isterinya baharu pengalaman masturat 3 hari tetapi bersemangat dan berazam untuk keluar 40 hari.. Setelah dua hari baru kami jemput ke Puncak Alam. Ramai rakan rakan disini mereka telah banyak memberi nusrah kepada kami. Rumah yang menerima kami disini, rumah pertama Iwan (Imran), rumah kedua saudara Shukri dan yang ketiga Dr. Azman pensyarah UiTM. Ketiga tiga tuan rumah ini dan juga rakan rakan lain amatlah baik dan banyak ikram jemaah kami. Saat untuk berangkat ke Vietnam telah tiba, tarikh dan masa kami akan sampai di Ho Chin Minh telah kami beritahu kepada saudara kita disan. Pada 1 disember 2014 kami menaiki pesawat MAS ke HCM, Vietnam. Kami bertolak jam 2.45 petang dan sampai di HCM jam 6ptg, Sampai disana sudah ada sahabat kita menunggu di lapangan terbang, ia telah menjemput kami dengan menaiki dua buah teksi. Orang islam disini kebanyakkannya tiada mempunyai kereta, begitu juga orang orang Vietnam kecuali orang yang betul-betul kaya dengan perniagaan. Disini kebanyakkannya menunggang motosikal, Dijalanraya dipenuhi dengan penunggang motosikal. Dari pagi di Kuala Lumpur hingga ke HCM keadaan kami teramatlah letih, jadi dalam teksi kami terbayang bagaimana rumah pertama yang kami akan duduk, selesa atau pun tidak, ditambah perut kami juga lapar, apa makanan yang menjadi rezeki kami malam ini. Setelah lebih kurang 25 minit melalaui jalanraya yang sesak dengan motosikal dan sampai disatu lorong yg kecil tetapi mempunya bangunan sepanjang jalannya dan berhenti di depan pintu sebuah hotel, bukannya rumah. Memanglah kami telah diberitahu di Vietnam kita kena tidor di hotel bukan di rumah saperti di tempat tempat lain. Malam itu ramai isteri isteri rakan seusaha di HCM datang meraikankan isteri kami didalam bilik hotel dengan membawa pelbagai jenis makanan dan buah-buahan tempatan yg begitu sedap rasanya. Oleh kerana bilik hotel kecil maka mereka terpaksa menunggu giliran di lobi hotel untuk berjumpa isteri kami. Mereka begitu berharap dapat duduk lama bersama isteri kami tetapi oleh kerana keadaan isteri kami terlalu letih disebabkan seharian dalam perjalanan maka mereka memendekkan pertemuan tersebut. Malam itu aku telah pergi ke markas HCM yang terletak berdekatan dengan hotel untuk bermesyuarat route kami selama sebulan kami di Vietnam. Keesokan pagi kami akan bertolak ke tempat yang pertama iaitu Chau Duc 300km dari HCM dengan menyewa sebuah van dengan kadar sewa 2.5 juta Dong (lebih kurang RM420). Perjalanan mengambil masa hamper lapan jam hanya sekali berhenti sahaja untuk mengisi minyak, ini kerana jalanraya dikawasan Bandar, jalannya lebar tetapi dikawasan luar Bandar jalannya kecil, had laju tidak melebihi 80km dan dalam Bandar pula 50km. Chau Duc ini sebuah Bandar di tebing sungai Mekong dimana terdapat pulau-pulau kecil didalam sungai Mekong.Pendudujnya ramai dan padat merupakan kawasan peliharaan ikan air tawar terbesar di Vet6, Penduduk Vet6 ada 100 juta orang, orang islam 70 ribu orang dan terdapat 65 buah masjid dan surau . Chau Duc adalah salah satu kawasan yang banyak orang-orang islam dari keturunan melayu champa, wajah mereka sama dengan wajah –wajah orang melayu kita. Mereka bertutur dalam Bahasa Cham dan Viet6. Bahasa Cham banyak juga mempunyai persamaan dengan bahasa melayu. Macam biasalah tempat yang kami tuju ialah hotel untuk penginapan. Setelah menyimpan beg dalam hotel, kami mula bergerak ke masjid dan wanita pula bergerak kerumah yang telah dimesyuaratkan untuk taklim taklum., Masjid pertama ialah masjid Jamiul Azhar Chau Duc, sementara wanita pula dirumah HJ Salleh, Kaedah usaha disini ialah pada siang hari selepas solat sunat israq kami akan bergerak ke masjid dan isteri kami ke rumah. Segala program wanita, orang lelaki akan mesyuarat di masjid, program yang kita buat adalah umum saperti ditempat kita, Pagi kita mulakan taklim selama 1jam setengah atau dua jam bergantung kepada masa kami sampai kerumah dari hotel, Ada hotel yang jauh dari masjid dan rumah, ada juga hotel diseberang sini dimana masjid dan rumah diseberang sana sungai mekong pergi dengan menaiki boat mengambil masa sejam. Ada tempat yang kami membonceng motosikal menyeberang sungai melalui jambatan dan juga feri dari tebing ke pulau dalam sungai Mekong. Dalam Jemaah kami aku dan seorang lagi boleh mununggang motosikal jadi kami sendiri membonceng isteri kami dari hotel kerumah taklim, yang dua lagi tidak berani menunggang kerana factor mata dan tak pernah menunggang di Malaysia, lagi pula mereka memandu sebelah kiri, berbeza dengan kita sebelah kanan,kekadang aku juga tersilap masuk jalan sebelah kanan,mereka berdua in terpaksa kena mencari 4 buah motosikal dua untuk bawa lelaki dan dua wanita untuk bawa isteri mereka. Tetapi wanita di Vet6 ini cekap dan berani menunggang motosikal. Bayan umum masturat di seluruh vet6 ini mereka mengikut tertib Thailand iaitu bayan selepas solat zohor, zohor jam 1200 tgh , Bayan pula dibuat jam 2 ptg hingga 3.00 ptg, Asar pula jam 3.10 ptg, selepas solat asar pula isteri kami ini sibuk melayan wanita wanita yang datang, Jumlah wanita yang datang setiap hari selalunya cukup banyak hingga mencapai seratus orang, habis melayan tetamu yang datang ini ahli Jemaah siap untuk solat magrib, selepas magrib sibuk pula dengan program muzakarah termasuk wanita yang ada bersama hingga isyak, selepas isyak makan malam dan selepas makan buat persiapan untuk pulang ke hotel. Tugas memasak pula kami putuskan mengikut keadaan tempat, jika dimasjid ada kemudahan tempat memasak maka kami orang lelaki akan masak jika tidak ada kemudahan maka isteri akan masak dirumah, Seboleh-bolehnya kami lelaki ingin memasak setiap hari tetapi apakan daya sesetengah masjid tiada kemudahan tempat memasak, kami kasihan untuk memutuskan isteri kami memasak kerana masa mereka begitu padat dan sebuk dengan program dan ikram wanita tempatan sehingga tiada masa untuk rehat, keadaan ini lah usaha masturat menjadi asabab hidayat tersebar keseluruh alam, inilah mujahadah usaha masturat yang mana jika kita tidak pernah merasai bagaimana mujahadahnya mereka yang keluar dijalan allah swt. Sebab itulah bila kita keluar masturat pertolongan allah datang kepada kita dengan cepat dan menjadi asbab ramai wanita dan lelaki mendapat hidayat daripada usaha ini. Dikawasan Chau Duc ini kami berusaha di empat halkah, iaitu , rumah Hj Salleh di Masjid Jamiul Azhar, halkah ke dua di rumah Hj Ghazali di Kg Pok Thon surau Al Wustho, halkah ketiga Di Pulau Ba Surau ArRahim rumah Nurri, halkah ke empat diPUlau Ba rumah Hj Yusuf, Selama 11 hari dikawasan ini bermakna setiap hari kami terpaksa berulang alik dari hotel ke masjid dan wanita pula dari hotel ke rumah. Memanglah meletihkan tetapi semua penat leleh danletih jerih ini allah gantikan dengan hidayat, memang tertib usaha agama allah swt cara nabi saw memerlukan pengorbanan diri dan harta. Jarak hotel jauh daripada masjid,ada yang kena menyeberang sungai Mekong melalui pulau pulau kecil menggunakan boat memakan masa sejam perjalan sehala. Untuk route ini kami kena bertolak keseberang sana dari hotel selepas solat subuh, setelah membuat program dirumah dan masjid kami terpaksa pulang ke hotel selepas asar kerana mengejar masa untuk solat magrib pula di hotel. Allah sahaja yang mengetahui keadaan kami, itu jika nak dibandingkan dengan pengorbanan para sahanat nabi saw tidak akan sama walaupun dengan debu yang melekat dikaki kuda para sahant r.hum. ada juga perjalanan dari hotel ke tempat kami berusaha dengan menaiki motosikal mengambil masa setengah jam, ada juga dengan menaiki beca dimana dalam satu peristiwa beca yg dinaiki oleh salah satu pasangan telah terbalik kebelakang umpama kuda liar mengangkat kedua dua kaki hadapannya mengakibatkan penunggangnya jatuh, begitulah pasangan suami isteri ini telah jatuh kedua duanya kebelakang, Alhamdulillah mereka dalam pemeliharaan akllah swt selamat, ini lah yang akan menjadi asbab hidayat untuk seluruh umat, begitu jugalah dengan bot semasa di pengkalan ada isteri kita nak terjetuh dalam sungai Mekong tapi allah selamatkan. Kami bermesyuarat penggunaan boat dan beca kami tak akan naik lagi sebagai pengangkutan. Memang pada awalnya orang tempatan cadangkan supaya kami berulang menaiki motosikal, tetapi kami yang menolak kerana ada diantara kami tidak boleh menunggang motosikal dan ada juga yang tidak biasa langsung seumur hidup menaiki motosikal kerana biasa naik kereta di Malaysia.. Usaha dikawasan sini Alhamdulillah walaupun mereka baharu dengan usaha masturat tetapi sambutan mereka amat menggalakkan, kehadiran dalam bayan mencecah 100 orang, Wanita mereka amat suka dan amat mesra sekali dengan ahlia ahlia kami , setiap kali mereka datang mereka membawa pelbagai kueh mueh dan buah-buahan. Ramai yang ingin keluar Jemaah masturat tetapi tiada orang yang berkelayakkan untuk membawa mereka keluar 3 hari, selama 11 hari kami berusaha dikawasan ini seramai 12 pasang telah keluar tunai bersama kami 3 hari, sepasang keluar 10 hari dan sepasang keluar sebulan bersama kami menjadi penterjemah kepada Jemaah kami sebab suami isteri ini boleh bertutur dalam bahasa melayu dengan fasih. Yang ajibnya setiap suami yang keluar adalah hasil ajakan isteri masing masing. Sebab itulah usaha agama dikalangan wanita amatlah penting kerana merekalah penggerak untuk suami keluar ke jalan allah swt.. Dihari kami berpindah kekawasan lain ramai orang tempatan datang lelaki dan wanita memberi selamat jalan dengan linangan air mata kerana begitu terharu dengan perpisahan kerana agama allah swt. Route yang kedua Tay Ninh lebih kurang 400km dari Chau Duc, kami menyewa van sebanyak 3.5 juta Dong, kawasannya terletak sempadan dengan Kemboja, kawasan pedalaman merupakan petempatan orang Kemboja yang lari semasa pemerintahan PolPot di Kemboja, mereka mendapat perlindungan daripada kerajaan Vet6 dengan memberi tanah untuk diusakan, Alhamdulillah dikawasan ini terdapat 12 buah kampong dimana timbalan ketua pentadbiran agama bagi 12 kampong ini mempunyai fikir risau untuk membawa masyarakat disini mentaati perintah allah swt dan sunah nabi saw. Disini tiada hotel, hotelnya ada bibandar dan jauh dari tempat kami tinggal. Dengan rasa tanggung jawab beliau telah menjadi penjamin untuk kami dengan pihal keselamatan Vet6 supaya kami dapat tinggal di masjid dan wanita dapat tinggal dirumahnya di kampong Su Yai selama 3 hari. Rumanya dihadapan masjid tempat kami tinggal. Kampong ini adalah petempatan orang orang Kemboja, pekerjaan mereka petani, mereka menanam getah, ubi kayu untuk dijadikan tepung, usaha disini amatlah baik, hidup 5 amal masjid, Usaha wanita tidak semaju di ChauDuc kerana kebanyakkan wanita disini bekerja diladang bersama suami mereka sebagai buruh lading, tetapi walaupun sebuk banyak juga daripada wanita mereka datang ke program yang dijalankan dirumah . Disini kami masak di masjid. Disini juga kita dapat 3 pasang yang ikut kita iaitu Tuan Imam masjid dan timbalan Hakim(ketua kampong) dan seorang dari HCM iaitu seorang ustaz dapat bercakap melayu merupakan syura Vet6, ia keluar 10 hari.. kwasan ini sama saperti di Kemboja, jalannya tanah merah dan berdebu, masjid yang kami tinggal itu sentiasa kena bersihkan, jika tidak lantainya berdebu dengan tanah merah. Selepas itu berpindah ke kampong lain pula menghala kesempadan Kemboja, kawasan pedalaman, nama kampong Cha Aih, tiada hotel disini jauh dipedalaman, Tuan Hakim sendiri yang mengambil tanggung jawab untuk menjadi penjamin kepada pihak keselamatan dan kami tinggal dirumah imam masjid dan ustaz disitu selama 3 hari., Disini tempat baharu, tidak ramai wanita yang datang kerana mereka bekerja diladang, masa mereka dari pagi hingga kepetang di ladang, dimasjid ini ada madrasah dimana ustaznya belajar di Terangganu. Untuk membeli barang keperluan masak kami terpaksa menaiki motosikal meredah jalan berdebu dan naik jalan bertar lebih kurang sejam perjalanan baru sampai pasar. Jadi urusan pasar kena keluar awal jika tidak kesian kpada isteri kita yang kena masak nanti lambat pula makan. Disini kami dapat mengajak 2 pasang iaitu Tuan Hakim(ketua kampong) dan ayah ustaz tuan raumah untuk ikut kami 3 hari kekampong sebelah. Rumah ketiga dikampong ini ialah kampong Than Binh dekat dengan sempadan Kemboja, Disini imam masjid menjadi penjamin kami, kami sampai hari jumaat sebelum solat jumaat, khutbah dalam bahasa mereka, dan aku disuruh untuk menjadi imam solat jumaat, apalagi aku naiklah sebab tuan syura mereka yang suruh aku menjadi imam, begitulah juga dengan masjid yang lepas lepas, kerap juga aku disuruh menjadi imam solat subuh dan isyak.. Disini ahli kami tinggal dirumah ustaz, Selama 3 hari kami berusaha dikawasn ini, penyertaan wanita setiap hari hanya dalam lingkungan belasan orang sahaja, ini kerana banyak wanita disini yang sudah berkahwin telah pergi bekerja di Arab Saudi, yang lain lain terlibat dengan usaha lading bersama dengan suami. mereka ini kebanyakkannya berkahwin dalam usia muda belasan tahun sahaja. Apabila mereka pergi ke Negara Arab anak mereka ditinggalkan bersama suami, Kemudian dalam satu jarak masa isteri isteri ini pulang kekampong mereka meminta cerai dari suami mereka dan pergi lagi ke Arab.. Kaum lelaki tidak boleh berbuat apa apa kerana suara wanita lebih didengari dikalangan kaum lelaki, Inilah yang menjadi kebimbingan mereka, tetapi bagi isteri yang suami mereka melibat diri dengan usaha agama Allah swt isteri mereka terpelihara dari perkara ini. sebab itulah apabila isteri mengajak suami untuk keluar 3 hari, tanpa banyak bicara terus sahaja mengikut keluar, Route seterusnya ialah menghala ke utara iaitu Kan Ker Ba (lo Hat ) arah ke Hanoi 300 km perjalanan dengan menyewa van 2.5 juta dong. Kawasan ini merupakan perkampongan orang islam dengan sebuah masjid dan 2 buah surau. Malam perhimpunan mingguan dibuat dimasjid untuk mengumpulkan rakan seusaha setiap malam jumaat dengan bilangan yang iktikaf tidak sampai sepuluh orang. Ketiga tiga masjid dan surau ini hidup usaha 5 amal dan mereka keluar 3 hari setiap bulan dalam jarak yang jauh beratus kilometer, kekadang mereka silang antara masjid dan surau mereka sahaja. Di sini Hj tarmizi telah memberi jaminan dan ahkia kami tinggal dirumahnya selama 6 hari semetara lelaki pula membuat usaha di masjid selama 3 hari dan surau 3 hari. . Usaha ziarah disini sama dengan tempat kita di Malaysia, nusrah orang tempatan amat menggalakkan, siang malam mereka datang, libat diri dalam program, bermesra , membawa pelbagai jenis makanan dan buah buahan, pendek kata disini mereka amatlah mesra dengan kami baik lelaki dimasjid dan juga wanita dirumah. Tetapi usaha kita dapat buat diwaktu siang hari, di sebelah malam kita habiskan masa dalam masjid, tiada khususi larut malam atau teh Tarik lewat malam, orang-orang Vetnam ini tidak kira lelaki atau pun perempuan mereka ini rajin bekerja terutama perniagaan dan perladangan. Badan mereka tidak gemuk atau boroi, menunjukkan orang yg suka bekerja.Kami pulanh ke HCM sehari sebelum pulang ke Malaysia. Pada 30 Disember kami berangkat pulang ke KL dan terus ke route seterusnya ke Puncak Alam Fasa Satu rumah Sheikh Sulaman seorang pensyarah bahagian pemakanan di UniSel, beliau ini pasangan baharu berkahwin dan pertama kali menerima Jemaah dan baharu sebulan pindah kesitu setelah berkahwin. Kesimpulan yang dapat aku buat ketika berusaha sepuluh hari di Puncak Alam dan 2 hari di Kota Damansara, amatlah meninggalkan yang baik dihati kami, walaupun tidak semeriah nusroh saperti di Vetnam tetapi ia tetap mengembirakan kami, kerana cara nusroh orang kita tidak sama dengan cara orang luar, Nusroh orang kita dia tahu cara dan gayanya, orang lelaki datang nusroh tepat pada masa dan tikanya begitu juga dengan wanitanya walaupun sedikit tetapi memahami Jemaah. Suasana di Vet6 pula merupakan suasana dan perkara baharu bagi kami, mujahadahnya, pengangkutannya, makanannya dan suasana rumahnya amatlah berbeza, kalau kat KL rumahnya nyaman tetapi disini agak mujahadah, tetapi ahli Jemaah kami sudah biasa keluar masturat 2 bln dan 40 hari banyak kali dan banyak Negara , jadi itu semua tidak jadi masalah bagi mereka. Masyarakat islam disini amat baik , lemah lembut dan cepat mesra, sementara orang bukan islam pun baik dengan orang islam, mereka hidup dengan harmoni hormat menghormati satu sama lain, makanannya pun sedap banyak buah-buahan. Memang aku berazam hendak keluar lagi di Veitnam jika Allah hantar lagi, SEmuga allah memberi hidayat kpd seluruh umat nabi saw hingga hari kiamat, mati dalam iman dan dapat selamat daripada azab allah swt. Aamiiin. MAAF GAMBAR GAMBAR YANG DIAMBIL DI VIETNAM TIDAK DAPAT DI MASUKKAN KERANAN KEBODOHAN PENULIS. HARAP MAAF

Ahad, 22 Februari 2015

TOLONG SAYA

ASSALAMUALAIKUM KPD SAHABAT SEMUA. SAYA NAK MINTA SIKIT TUNJUK AJAR DARI SAHABAT SEMUA.SOALANNYA SAYA TELAH PUN MEMBUAT CATATAN DALAM MEMO SMARTPHONE. CATATAN INI SAYA NAK PINDAHKAN KEDALAM KOTAK BLOGGER UNTUK DI JADIKAN CATATAN BLOGGER. MASALAHNYA SAYA TIDAK TAHU BAGAIMANA CARA UNTUK MEMBUATNYA. TOLONG SAYA. TERIMA KASEH

Rabu, 11 Jun 2014

PENGALAMAN HARI PERTAMA IKUT JEMAAH TABLIGH

Suatu hari dipetang khamis kami pelajar asrama sebuah sekolah di utara tanah air dibenarkan pulang kekampong untuk  cuti hujung minggu Jumaat dan sabtu. Aku menaiki bas untuk pulang ke kampong. Setelah lebih kurang 20 minit perjalanan dari sekolah untuk pulang tetiba mata aku terpandang sekumpulan orang lelaki seramai lima hingga enam orang berpakaian solat ada berkopiah  putih dan ada yang berserban, mereka berjalan berdua-duan  dan jarak antara mereka tidak terlalu dekat macam jarak antara dua saf solat, sambil menunduk pandangan kebawah mereka berjalan dari rumah ke rumah. Aku dapat melihat dengan jelas gelagat mereka  kerana bas yang aku naiki itu berhenti  untuk menurun dan mengambil penumpang  betul-betul ditempat mereka berjalan . Bila sahaja aku melihat mereka ini terus ingatan aku mengimbau kembali disuatu masa dahulu sekitar tahun 1970, dimana waktu itu aku pernah melihat pergerakan sekumpulan orang yang berjalan serupa mereka, tetapi mereka itu orang berketurunan India. Waktu itu aku masih ingat mereka ini berjalan dari rumah ke rumah memberi salam untuk berjumpa dengan orang lelaki tuan rumah, dan bercakap dengan menggunakan bahasa India yang aku tidak faham tetapi mereka menggunakan  khidmat seorang penterjemah ke bahasa melayu tetapi berbangsa india juga.. Di masjid pula selepas solat magrib salah seorang daripada mereka bangun untuk memberi ceramah sambil berdiri dalam bahasa india dan diterjemah ke bahasa melayu, yang aku ingat waktu itu dia berceramah banyak menceritakan kesah nabi dan sahabat nabi termasuk nabi yang dahulu-dahulu, waktu itu aku hanya seronok mendengar cerita-cerita nabi tetapi tidak faham akan maksud ceramahnya, diakhir ceramah yang masih aku ingat penceramah ini meminta semua yang hadzir member nama untuk empat bulan tetapi aku pun tak faham apakah maksud dan tujuan empat bulan yang diminta, ramai juga ahli jemaah yang bangun member nama dan termasuk aku sendiri bila bapa aku menyuruh bangun member i nama, kata bapaku berkat mem beri nama kepada mereka kerana mereka ini orang-orang alim. Itulah ingatan aku waktu itu tentang mereka ini, tetiba sahaja kakiku terasa bergerak dan hatiku terasa teringin turun dari bas untuk menyertai mereka, tetapi hasrat hatiku terhalang dengan pemikiranku yang menghalang aku dari turun dari bas dengan alasan aku sudah membayar tambang bas untuk pulang lagi pun aku pelajar sekolah mana da wang yang banyak, Waktu itu hatiku bertekad minggu hadapan hari khamis aku pasti akan datang ke masjid tersebut.
Alhamdulillah minggu hadapan hari khamis Allah swt telah mengkabulkan niat aku untuk datang ke malam perhimpunan di masjid itu, Aku telah pergi ke masjid tersebut selepas zohor dengan berjalan kaki bersama seorang kawan sekolahku. Sebelum asar kami sampai di masjid. Selepas solat asar dibacakan hadis fazael amal, hadis dibaca tidaklah lama dalam sepuluh minit sahaja kemudian bacaan pun tamat. Jemaah asar tidak berapa ramai, Selepas itu aku lihat orang mula datang hingga jam lebih kurang 5.30 petang  orang mula berkumpul dalam lingkungan sepuluh orang dan bukan orang kampong itu, aku difahamkan mereka ini datang dari kampong yg dberdekatan dan yang jauh hingga berbelas batu. kami dijamu minuman teh hingga pukul enam petang kami berkumpul semula didalam masjid. Setelah berkumpul seorang daripada mereka mula memberi penerangan,katanya adab ziarah, aku pun tidak tahu  ziarah itu apa dan  bagaimana, Aku mendengar  penceramah ini memberi penerangan yang begitu terperinci tentang tatacara membuat ziarah adab-adab dan kelebihan-kelebihannya, Aku mendengard dengan teliti setiap pata-patah perkataan daripadanya dan faham. Setelah selesai dia memberi penerangan dia mula bertanya kepada semua ahli jemaah yang seramai sepuluh orang itu, siapa yang hendak menjadi penunjuk jalan angkat tangan, aku terus mengangkat tangan tanda aku setuju untuk jadi penunjuk jalan, aku melihat mereka senyum kepada aku, diputuskan orang lain , selepas itu jurubicara, aku juga angkat tangan, tapi mereka putus orang lain, selepas itu amer jemaah juga ditanya dan aku juga yang mengangkat tangan untuk jadi, tetapi yang baiknya mereka tidak marah kepada aku atau memberi komen apa-apa kepada aku. Hari itu aku diputuskan duduk dalam ceramah hinggalah jemaah itu pulang. Selepas solat magrib diadakan pula ceramah penerangan hingga isyak , lepas isyak aku dan kawanku berktikaf dimasjid, makan malam pakcik-pakcik yang datang itu dengan mesranya menjamu kami makan makanan yang mereka bawa dari rumah, makan dalam talam alangkah sedapnya masakan kampong masa itu,hingga sekarang akau masih imgat pakcik-pakcik ini tetapi semuanya telah meninggal dunia, mereka buat dakwah hingga akhir hayat, daripada masa itu aku mula datang ke markas sehingga markas telah berubah tempat beberapa kali  hingga  mereka hampir meninggal, mereka masih membawa nasi dan lauk serta ulaman bersama sambal yang sama tetap mereka memanggil aku makan bersama mereka, semuga allah tempatkan roh pakcik-pakcik dalam syurga Nya.
Minggu hadapan aku dating lagi, maka kali ini aku diberi kesempatan untuk keluar ziarah yang pertama didalam sejarah hidup aku. Aku diputus sebagai makmum dalam jemaah, Maka kami berjalan dari sebuah  rumah ke sebuah rumah dan tuan-tuan rumah semuanya member respon yang baik, tiba-tiba sampai kesebuah rumah apabila penunjuk jalan member salam keluarlah seorang dalam lingkungan 40an umurnya, Dia memanggil kami naik kerumahnya, rumahnya tinggi dan kecil, jadi penunjuk jalan  menolak dengan baik. Apa lagi selepas pelawaannya ditolak terus dia melenting katanya “Hangpa ingat aku ni orang yahudi ka, rumah aku takmau naik, bawa bumbung rumah aku pun hangpa tak duduk” dia marah-marah, tetapi dengan lemah lembut juru bicara mententeramkannya dan memberi penerangan kepadanya seterusnya mengajak dia datang ke masjid.
Alhamdulillah inilah pengalaman aku keluar ziarah dan permulaan allah memberI hidayah kepadaku untuk menjalankan kerja dakwah dan Tabligh, peristiwa ini berlaku disekitar pertengahan tahun 1970an

Sabtu, 17 Mei 2014

KESAH LIMA ORANG PEMUDA KAMPONG
Bismillahirrohmanirrohim
Sudah lama tak membuka blog ini, walaupun ada keinginan untuk menulis tetapi semuanya yg berlaku adalah dengan kehendak allah, walaupun sudah dicuba beberapa kali tetapi tidak berhasil, Alhamdulillah kali ini saya cuba untuk membawa satu kesah lima orang pemuda di satu kampong nelayan yang telah berazam untuk menghidupkan usaha ditempat mereka diperkampungan nelayan disuatu tempat di negeri Kedah. Ku namakan mereka sebagai M, N, MN, R dan J. Umur mereka ini diantara 18 th dan 23 th. M daMN student di U, N bekerja sebagai pembantu warung membancuh air, J pula penjual ikan sementara R pula lepasan SPM pembantu menjual ayam di pasar basah disitu. Antara mereka M dan N telah mendapat usaha tabligh ini sekitar akhir 70an dan yang lainnya awal 80an, M masa itu sudah 2 kali keluar 4 bulan, jalan kaki dan IPB, sementara N, J dan MN baru sekali keluar 40 hari dan R pula beberapa kali 3 hari. Sejarah mereka berlima mendapat hidayah atas usaha ini berbeza tempat dan masa. M mendapat usaha di tempat dia belajar disebuah sekolah menengah pada akhir 70an, yang terletak jauh dari kampong, N pula mendapat usaha semasa beliau bekerja di sebuah kantin sekolah persendirian juga sekitar akhir 70an di Bandar yang berdekatan dengan kampong, sekolah ini milik seorang rakan seusaha, HN pula mendapat usaha di UKM setelah belajar di awal tahun 80an, sementara J dan N mereka berada di kampong dan mendapat usaha hasil daripada jemaah yang masuk berusaha ditempat kami diawal tahun 80an.
     Segalanya telah bermula di sebuah surau yang baru dibina, surau ini agak sederhana besarnya, waktu itu ramai pemuda dan remaja sekolah menengah yang menunaikan solat berjemaah disitu temasuklah lima  pemuda ini. Keadaan kampong nelayan masa itu bukanlah satu suasana yang baik, masyarakat nelayan banyak yang tidak mengerjakan solat mereka pergi ke laut waktu petang dan pulang besok paginya, sementara pemudanya pula banyak yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan menjadi kawasan hitam dadah, anak-anak tidak mendapat didikan agama yang sempurna lantaran bapa selalu tiada di rumah kerana ke laut. Lantaran memikir perkara ini 5 sahabat ini mula terbentuk fikir risau dihati mereka untuk menyelamatkan umat daripada kemerosotan yang lebih parah, langkah pertama bersama dengan  hari pembukaan  surau tersebut amalan Taalim terus dimulakan selepas solat asar. Sambutan dari ahli jemaah amat membanggakan, boleh dikatakan pada hari pertama itu semua ahli jemaah duduk mendengar bacaan kitab taalim fazilat SALAT terjemahan Hafiz Yaakub dari Pulau Pinang, yang banyak menggunakan bahasa Indonesia. Ini bermula pada tahun 1983, selepas taalim di adakan mesyuarat harian dimana boleh dikatakan semua remaja dan beberapa orang tua duduk dalam mesyuarat harian tersebut. Dalam mesyuarat dibentangkan fikir bagaimana anak anak muda yang masih belum solat dapat datang ke surau untuk solat, setiap hari dalam mesyuarat harian orang tua tua memberi pandangan siapa yang perlu jumpa dan orang muda yang belum pernah keluar 3 hari pun sama sama mengambil bahagian dalam usaha khususi pintu ke pintu, masa ini usaha dijalankan asar hingga isyak dan antara mereka ada yang memberi masa asar hingga isyrak pagi besok. Melihat sambutan dari remaja begitu baik maka 5 bersahabat ini telah melangkah satu langkah lagi kehadapan dengan menghidupkan usaha ziarah. Setelah dimesyuarat maka diputuskan ziarah dibuat selepas asar pada hari selasa. Semasa mesyuarat disentuh juga tentang usia 5 pemuda ini yang muda bagaimana untuk berjumpa dengan orang yang lebih tua dikampong itu, tetapi itu semua tidak menjadi halangan kepada mereka.  Sejarah mereka berlima dalam membuat khususi kerja tempatan  berbagai tohmahan yang mereka dapat terutama M, sebab M ini tidak bekerja tetap, pernah M semasa membuat khususi berjumpa dengan R ditempat kerjanya untuk memberitahu satu keputusan mesyuarat telah dihalau oleh tuake tempat R bekerja seperti menghalau seekor kambing sambil mengeluarkan kata kata kesat, ada juga M ini semasa keluar 4 bulan jalankaki dalam negeri dikatakan oleh orang kampong pergi meminta sedekah, dan yang paling M tak dapat lupakan ialah setelah seminggu usia pertunangannya terpaksa diputuskan pertunangan tersebut kerana dikatakan M seorang gila, tetapi M tidak pernah menjawab dan menangis kepada sesiapa pun hatta kepda keluarganya sendiri diatas tragedy ini kerana nabi saw juga dikatakan gila. Di siang hari, ibubapa M kerana malu diatas perkara ini telah keluar setiap hari untuk mencari calon isteri, jika ada yang berkenan, niat mereka, hari ini dapat calon, besuk terus kahwin. Berkahwin masa dulu tidak susah macam sekarang tak perlu mengikuti kursus,tak perlu ujian AIDS.Setiap ibubapa wanita yang dilamar suka  untuk berbesan dengan keluarga M tetapi malangnya semuanya sudah pun bertunang. Berbeza pula halnya dengan M, setiap malam beliau bangun malam menadah tangan kepada allah dengan satu permintaan “Wahai allah jika gadis ini baik untuk aku dan membantu aku dalam urusan agama aku maka jadilah dia sebagai isteri ku, jika tidak maka carilah ganti yang lebih baik dari dia” itulah rintihan M kepada Rabnya setiap malam. Mengambil masa hanya seminggu ibubapa gadis itu datang dan menghubung semula pertunangan yang sudah putus. Sementara N,J dan R mereka mempunyai pekerjaan tetap, MN pula menolong menjalankan perniagaan bapanya.
Ziarah yang pertama sekali dijalankan pada hari selasa 1983 terukir sejarah di Pekan tersebut, dimana M sebagai mutakallim, J sebagai dalil penunjuk jalan, MN sebagai amer jemaah dan R sebagai makmum di surau N memberi takrir kepada remaja yang mengambil bahagian dalam khususi setiap hari , selepas solat magrib, bayan yang pertama di adakan dimana M memberi bayan, boleh dikatakan semua jemaah duduk dalam bayan. Habis bayan taskil dibuat untuk keluar 3 hari yang pertama pada bulan tersebut, Alhamdulillah hasil usaha bulan pertama lebih kurang 20 orang telah memberi nama untuk keluar 3 hari. Akan aku cerita kemudian bagaimana 5 orang pemuda ini berusaha untuk keluar 3 hari selepas ini.
Bulan pertama mereka berusaha di morhalah mereka sudah ada 20 orang memberi nama untuk keluar. Satu masalah pula iaitu untuk menyediakan set taam sendiri untuk keluar 3 hari. 5 pemuda ini membuat keputusan dalam mesyuarat mereka iaitu setiap orang menyumbangkan apa peralatan yang mampu, taskil dibuat siapa yang bersedia menyediakan periuk, belanga, talam, pisau, cawan dan lain-lain barang, Alhamdulillah sebelum keluar 3 hari set taam yang tak berapa lengkap telah ada. Set taam ini telah dilengkapkan dari masa ke sama oleh 5 pemuda ini hasil daripada wang titik perlu sendiri, setiap orang amat menyayangi set taam ini dan amat menjaganya dengan baik, siap diguna set taam ini disimpan dirumah J.
Alhamdulillah mereka keluar 3 hari secara istiqamah setiap bulan dan jumlah yang keluar dalam lingkungan 20 rang setiap bulan. Jadi karkun dari masjid lain pula tertarik dengan jemaah ini dan suka ikut keluar bersama. Jemaah ini pada mulanya tiada orang tua-tua yang ikut keluar, segalanya berubah apabila hasil ziarah kedua yang dibuat dikawasan jiran telah menarik orang tua2 keluar 3 hari dan seterusnya keluar 40 hari. Mereka menjalankan ziarah kedua bersungguh sungguh dengan cara memberi masa dua jam setengah setiap hari ditempat gash ke2 hasil daripada mesyuarat harian mereka. Pada masa itu boleh dikatakan setiap surau atau masjid yang mereka menjalankan ziarah kedua pasti ada yang keluar tunai 3 hari, ini disebabkan follow up mereka setiap hari di tempat tersebut. Akhir sekali jumlah yang keluar 3 hari di morhalah mereka mencecah hampir 50 orang, kebanyakkan mereka adalah nelayan muda, untuk keluar 3 hari mereka kena sesuaikan dengan masa cuti nelayan. Nalayan ini akan bercuti panjang 4 atau 5 hari dalam sebulan iaitu semasa bulan mengambang pada 13,14, 15, 16,17 haribulan hijrah, ini kerana bot pukat jerut zaman itu tidak ada peralatan canggih untuk mengesan ikan, hanya menggunakan kaedah manual iaitu dengan cara memanjat tiang bot dan melihat sendiri riak ikan di permukaan laut, dengan cara ini mereka mengetahui jenis ikan dan anggaran jumlah ikan banyak atau sedikit. Tetapi bila bulan mengambang riak ikan di air ini tidak akan kelihatan. Jadi masa ini lah mereka bercuti dan mendapat wang hasil tangkapan sebulan , masa inilah mereka dapat keluar 3 hari.
Apabila jemaah 40 hari dari luar yang datang berusaha di morhallah ini, semua akan memberi nusroh, dan yang pastinya ikan segar yang baharu naik dari tangkapan di laut akan diberi kepada jemaah dengan jumlah yang banyak setiap hari mereka berada, hingga jemaah  tak habis makan.
Cara mereka keluar 3 hari pada masa itu, kebanyakkannya menaiki bas awam untuk ketempat keluar 3 hari kecuali dua atau tiga orang yang ada motosikal. Amer jemaah bergilir-gilir antara mereka semetara bayan kerap kalinya oleh M dan N,mutakallim pula ditambah dengan J dan MN, R pula dia suka jadi rahabar/dalil semasa gash. Taam pula mesti 3 orang dan yang paling pakar memasak ialah N, Orang nelayan mereka makan banyak ikan, Kuah gulai kena masak dua kali kerana sekali masak untuk 20 orang sekali makan tengahari 2 kilo ikan temenung atau pelaling kata orang Pahang. Apa tidaknya sekali jemput isi ikan sebelah ikan akan habis, hingga seorang tu dia bekerja hospital sebagai MA dan pertama kali keluar 3 hari dengan jemaah ini terkejut melihat cara mereka makan ikan, tetapi dia suka ikut jemaah ini keluar 3 hari setiap bulan walaupun dia dari morhalah yang jauh dari tempat ini. Walaupun muda  tetapi orang2 dewasa dan orang dari morhalah lain suka ikut dengan jemaah ini. Seorang bekas pengikut dari satu jemaah lain, dia istiqomah keluar 3 hari dengan jemaah ini, dan katanya “saya tak mau ikut jemaah orang lain sebab jadi payah tapi dengan hampa takpa, makan pun sedap puas makan” sebenar dia ni baran tak boleh silap sikit, tapi geng ini pandai ikram dia, sekarang dia ada 5 orang anak semuanya alim dan hafiz ada yg keluar setahun. Yang MA tadi pula kata “ aku takut tengok depa makan ikan banyak tapi seronok keluar dengan depa, lagi pun kata apa pun, depa tak marah”, sekarang dia sudah pencen dan keluar 4 bulan setiap tahun.
Begitu gigih mereka berusaha, berbagai bagai ujian mereka terima dalam usaha untuk menghidupkan usaha nabi saw, ditambah pula surau itu menjadi rebutan antara dua parti politik tanahair yang begitu taksub, hingga beberapa kali Pengerusi surau memberitahu J supaya memberitahu kawan-kawan supaya berhenti daripada menjalankan dakwah disitu, J telah membawa perkara ini didalm mesyuarat mereka, keputusan diambil supaya mereka teruskan usaha, tetapi ini M tidak puas hati dengan cara pengerusi surau membuat penilaian tentang jemaah dan ingin berjumpa dengan pengerusi sendiri, hasrat M ini dihalang oleh J, tetapi mereka pun sudah mengenali akan peeangai M, jika dia cakap hendap berjumpa pasti dia akan berjumpa kalau tidak dia tidak akan sedang duduk. Maka pada suatu hari selepas solat  M lihat tuan pengerusi ada bersolat asar maka habis sahaja doa terus M meluru  dan member salam terus bertanya tentang saranannya. Maka berlakulah soal jawab antara M dan pengerusi, memang benar katanya “ surau kita sudah pecah 3 golongan PAS, UMNO dan TABLIGH, berhentilah dakwah”. Apa yang dijawab oleh M kpda pengerusi, “Tn Haji sebelum bercakap selidik dahulu apa yang kami buat, ini tuan Hj tak pernah duduk langsung dalam program kami, cuba sekali duduk dalam Taklim selepas solat asar dengar hadis apa yang kami baca, lepas magrib duduk dalam bayan,apa yang kami cakap, baru boleh buat penilaian, INSYA ALLAH kami sekali-kali tidak akan berhenti membuat usaha ini sehingga hari kiamat”. Mendengar kata-kata M sebegitu maka Tuan pengerusi tidak memberi apa –apa respond dan terus berlalu. Pendek kata bermacam-macam lagi dugaan yang mereka dapat tetapi mereka bersabar dan membuat usaha dengan penuh kesabaran.
Masa berlalu dan usia semakin meningkat, maka setiap orang mula memikir untuk mencari pasangan hidup. Alhamdulillah yang mendahului kahwin ialah N, pasangannya asal Pahang tetapi menetap di Kedah, N bekerja bancuh air juga. Kemudian diikuti oleh M pada masa itu M masih belajar di UPM, pasangannya baharu tamat SPM, M ini mendapat ujian yang agak berat juga, apabila tamat pengajian dia tidak mendapat pekerjaan tetap hingga mendapat anak ketiga baharulah dia menjawat jawatan tetap, iaitu setelah 5 tahun tamat pengajian. Jika nak dicerita susah payah M bersama isterinya amatlah panjang dan agak sedih tetapi kecekalan dan ketabahan isterinya bersuamikan lelaki miskin yang menjadi dae kerja nabi saw sangat-sangat menuntut kepada kesabaran. Sepanjang 5 tahun itu M telah membawa isterinya keluar jemaah masturat sebanyak 2 kali 15 hari dan banyak kali 3 hari masturat . Selepas itu MN pula mengakhiri zaman bujangnya , MN ni tak banyak kesahnya sebab dia under control oleh keluarga, dia tidak lama berusaha disitu kerana berpindah ke kampong bapanya di Bandar lain. Yang tinggal J dan R, J ini jodohnya lambat, M lah yang menjadi teman dia untuk merisik,  3@4 orang juga yg dilihat tetapi tiada jodoh, akhir sekali mendapat jodoh di seberang sempadan. Sementara R pula, sepupunya seorang guru suka padanya dan akhir sekali mereka berkahwin. Kelima –lima pemuda ini telah mengakhiri zaman bujang mereka dan membawa haluan hidup baharu masing-masing.
M telah mendapat kerja sebagai guru di Bentong Pahang.
N pula tetap dengan kerjanya tukang masak hingga sekarang, Cuma sekarang ini dia berulang ke Kuala Lumpur kerja masak disana.
M dan N ini sudah banyak dah cucu. M pun sudah uzur selalu keluar masuk hospital, moga allah member afiat kepadanya untuk korban dijalan allah swt.
J sudah tak berniaga ikan lagi tetapi menjadi pemandu Teksi sendiri dan kekadang berniaga besi buruk menggunakan lori sendiri.
MN pula menjadi guru IT di sekolah
R pula menjadi tauke perniagaan ayam yang dibeli dari taukenya dahulu. Pagi hantar isteri kesekolah , tengahari pula jemput isteri pulang .

Daripada lima orang pemuda ini hanya MN dan R sahaja yang tidak keluar 4 bln. Masa ini hanya M yang diberi oleh Allah istiqomah 3 hari setiap bulan lelaki dan masturat serta 40 hari lelaki dan masturat setiap tahun, MN ada keluar 40 hari tetapi ada juga yg off kerana keuzuran, R pula setelah kahwin sekali dua keluar 40 hari, kemudian sudah tidak  keluar tapi istiqomah 3 hari dan usaha tempatan, N pula selalu berulang alik ke KL lama dah tidak keluar 40 hari, tetapi sekarang sudah berjinak semula tetapi belum lagi keluar tiga hari.
Yang paling sedih ialah J, dengan kesibukan kerja 2@3 jenis pekerjaan langsung tidak keluar, walaupun untuk nusrah jemaah.
Setelah mereka ini kahwin dan apa yang telah terjadi, usaha di Bandar ini telah disambung oleh mereka daripada generasi ke2.
Setelah lima tahun M berada di Perantauan dan pulang ke Morhalahnya, perkara pertama yang dia sedih ialah tiada lagi ziarah pertama dibuat disitu, maknanya sudah mati Cuma yang ada hanyalah amalan taklim, malu kepada Pengerusi surau yang dikatanya dahulu “akan buat usaha sehingga kiamat” tetapi sekarang usaha  sudah pun mati, Tuan pengerusi pun sudah lama meninggal dunia. Kesedihan kedua ialah tentang set taam yang mereka sayangi hasil peluh sendiri, apabila ditanya jawapannya set taam tersebut telah hilang, iaitu apabila ditanya bagaimana boleh hilang, generasi ini telah bawa untuk keluar 40 hari, tetapi semasa tamat tempuh 40 hari, mereka lawan mengharap antara sama lain untuk membawanya, akhir sekali tertinggal di stesen bas tempat mereka keluar, inilah contoh apabila tiada pengorbanan maka tiada rasa sayang padanya. M pun telah berpindah tempat baharu dan membuat usaha ditempat baharunya, R pun sudah pindah rumah sendiri N pun pindah jauh dari situ dan J pun sudah pindah maka surau itu sekarang tiada apa usaha dijalankan hingga suatu ketika dahulu apabila Pengerusinya dipegang oleh orang politik, dia telah menghalau jemaah yang masuk buat usaha di situ, tetapi akhirnya dia sendiri allah telah menghalaunya dari jawatan tersebut dengan cara yang amat memalukan melibatkan wang. Sekarang surau ini dapat menerima jemaah seperti biasa.
 Sekarang siapakah yang akan memulakan usaha disitu semula seperti 30 tahun yang lalu? Semuga allah mengampun dosa kami dan seluruh umat nabi saw kerana tidak bersungguh membuat usaha atas hidayah.

  

Ahad, 19 Ogos 2012

AIDIL FITRI

Assalamualaikum selamat hari raya adil fitri maaf zahir batin semoga kita semua mendapat rahmat dan keampunan Dari Allah swt semoga dapat berjumpa ramadhon al mubarak tahun hadapan dari Saya yg daif musa dan keluarga

Rabu, 23 Mei 2012

PENGALAMAN KELUAR 40 HARI DIKAWASAN "ORANG MAKAN ORANG"

PENGALAMAN KELUAR 40 HARI DIKAWASAN "ORANG MAKAN ORANG" PART 1

Kesah ini merupakan terbitan kedua yang ku ulangi untuk tatapanku dan sahabat sakelian semoga beroleh manfaat darinya, ASALNYA DALAM 3 PART KITA KU JADIKAN SATU
Assalamualaikum ini cerita semasa saya keluar 40 hari dikawasan orang makan orang. Masa tu saya masih student kat UPM Serdang tahun 1983. Karguzarinya begini masa tu kalau nak keluar 4B @ 40H jika tidak musim istimak yg diadakan 3 kali setahun kami akan kumpul kat masjid India markas KL . Begitulah dengan jemaah kami campur dari KL, Melaka lagi saya tak ingat ada 6 orang.Jemaah kami diputus oleh syura keluar di Medan Indonesia. Masa itu hanya orang yg kahwin sahaja yg dibenar keluar di Indonesia. Tapi Allah telah pilih saya yang masih bujang untuk keluar di sana. Bila dah bentuk jamaah dan kumpul mula bermesyuarat, perkara pertama kami mesyuarat ialah penerbangan, set taalim dan set taam. Tiket dan set Taalim kita beli kat KL, tapi set Taam beli kat Medan. Pendek cerita sampai di Markas Medan Masjid India Jalan Gajah dekat dgn Pasar, kami mesyuarat kumpul wang beli set taam. Jemaah ni semua orang dah kerja saya sahaja student ,saya bawa RMnya cukup-cukup sahaja. satu minggu kat Medan kami di hantar kesatu tempat baru, mengikut syura Medan, kami adalah jemaah pertama yang masuk kesitu. Sebelum berangkat Amer Medan karguzari tempat tersebut adalah kawasan Batak makan orang, banyak tawakkal dengan Allah. Kami bertolak pagi hari, menaiki bas menaiki bukit, jalannya langsung tidak elok dan merbahaya dipenuhi dengan gaung dan sekitar jalannya juga ada "Rampok Lompat"(perompak yang merompak bas, ia tunggu diatas pokok pada selekoh merbahaya, kemudian apabila bas tiba untuk belok bas akan perlahankan kelajuannya, perompak itu akan lompat diatas bumbung bas yang ada barang2, dibunuhnya penjaga barang dan dibuangnya barang2 ditepi jalan yag sedia menunggu kekawan perompaknya untuk mengambil barang-barang tersebut.) Perjalanan kami amatlah meletihkan tetapi dapat melihat pemandangan kejadian Allah yang cantik dimana kami melewati kawasan Batak,iaitu Kawasan Kebun Jahe, BerasTagi dan Danau Toba. Danau Toba cukup indah dimana ditengah Danau terdapat sebuah pualau yg dinamakan pulau Somasir, pemandangan airnya biru amat cantik, disitu berkumpulnya tourist seluruh dunia menikmati keindahan ciptaan Allah tetapi tidak kenal Allah pencipta keindahan itu. Bas kami penuh sesak tanpa econd tapi semuanya menjadi asbab hidayat, sampai distesyen bas kami terpaksa jalan kaki, kemudian sampai satu pos kami naik pula kuda padi yg kecil tapi pikul barang sahaja, kami kena mendaki bukit yang tinggi. cuacanya amat dingin, minyak masaknya 24jam beku, jadi kami berjalan dengan mendaki bukit dalam keadaan perut yang lapar, masa tu teringatlah perjuangan sahabat yang mendaki gunung menurun lurah dan merentasi padang pasir,hutan belantara dan meredah lautan, jadi kita punya pengorbanan sikit sahaja, itu Allah amat suka dan cinta pada sesiapa yg korbankan harta dan dirinya semata mata harap redza Alaah dan hidayah Allah untuk ummat nabi saw. Tempat yang kami kena usaha namanya PASI, kami sampai waktu malam, selesai solat kami khususi dulu, amersab putus saya dan seorang orang Melaka (nama dah lupa bekas banduan yang dah bertaubat nasuha), khususi pak polisi, disitu kami adalah jemaah pertama yg usaha disitu jadi banyaklah soalan yg bukan2, akhir sekali dia mahu halau kami balik ke Medan, saya hanya zikir sahaja, yg bercakap orang Melaka kerana ia tua dari saya, berlakulah soaljawab akhirnya dengan kehendak Allah dia benarkan kami usaha disitu selama 2 minggu, ini semua adalah dengan kehendak Allah jua, dalam keadaan letih kami pulang lagi dengan berjalan agak jauh juga dari Masjid. Malam itu tiada orang tempatan yang tahu kami ada disitu. Pagi besoknya subuh adalah seorang @ dua orang tempatan datang solat, mereka apabila melihat kami terkejut beruk ,kerana tidak kenal siapa kami, tanpa bicara kami bersalaman dengan mereka kemudian solat, lepas solat bayan subuh (jadi bayan Taaruf) lepas habis mereka pun bertanya kami, ..................................... inyaallah akan bersambung lain tahun kesah orang makan orang part 2


PENGALAMAN KELUAR 40 HARI DIKAWASAN "ORANG MAKAN ORANG" PART 2
.... Selepas solat subuh kami terus ikram 2 orang tempatan yang solat bersama kami. Kami terangkan maksud kerja dakwah nabi saw. Kami bertanya ehwal orng-orang tempatan, mereka pun mula menceritakan kepada kami ehwal mereka. Mula-mula mereka bertanya kami adakah kami pernah dengar dan tahu ada orang makan orang di Indonesia. Kami mengiyakan pertanyaan mereka. Sebenarnya puak kamilah yang makan orang, iaitu puak BATAK PAK-PAK, Puak inilah yang menghuni dikawasan Pasi yang kami nak usahakan usaha nabi saw kepada mereka. Menyambung cerita lagi kata mereka. bilangan orang Islam di Pasi ini adalah 30%, yang lainnya kristian dan tidak ada agama atau menyembah pokok atau batu atau roh. Tahap agama amat rendah samada ilmu dan juga amal agama, Ustaz tidak datang mengajar kerana sukar untuk mencari ustaz. Untuk mendapat ustaz terpaksa mencari wang yang banyak ini kerana terpaksa mendapat ustaz dari Medan, Ongkos untuk diberi pada ustaz amat tinggi mengikut demand dari ustaz itu sendiri, kemudian kena guna mobil untuk ambil dan hantar ustaz, mereka enggak mahu naik bas. Orang Pasi tidak ada wang , jadi bolehlah kita bayangkan bagaimana tahap ilmu dan amal mereka, dan betapa hari ini orang menggunakan agama untuk mencari manfaat dunia. Kami usaha selama 3 hari dimasjid ini yang menjadi masjid daerah kawasan Pasi. Hari pertama saya kena khidmat taam, bila pergi sahaja ke pasar besar Pasi , masyaallah suasana dalam pasar macam dalam kuil, kiri kanan gambar patung yang seram, matanya terbeliak, gigi siong(taring)keluar, pendek kata jika tak usaha atas agama memanglah suasana seram dimana tempat syaitan duduk disitu, tapi nabi saw telah ajar kita doa masuk pasar dan kita cuma amal saja dengan yakin. Ikan basah dak ada, cuma ada telur, ikan lengat yang tidak dibuang perut (X boleh makan), sayuran amat murah dan pisang bunga satu tandan cuma 200Rp sahaja (20 sen). selama 3 hari itu ada seorang tempatan yang berminat dengan usaha nabi saw, namanya Dermawan, dia setiap hari bersama kita, jadi amersab suruh kita semua ikramnya agar dapat ambil usaha nabi saw. Jadi kita guna dia untuk khususi seluruh rumah yang ada disitu, tetapi orang tempatan tidak berapa berminat dan mereka tidak datang ke masjid , ini disebabkan kelemahan kami juga kurang tawajjuh dan doa. hari keempat melalui dermawan ini ia cadangkan satu masjid lagi yang terletak di puncak tanah tinggi Pasi tapi kena buat perjalanan yang jauh, ia merupakan kampong kecil dimana semua penduduknya Islam dan kerja mereka menanam kopi yang terbaik diIndonesia, Kami jadi teruja dan bersemangat untuk pergi berusaha disana, jadi disinilah tempat sebenarnya kami betul-betul usaha yang mana kami memang teringat bagaimana sahabat usaha di zaman jahiliah dahulu. INSYAALLAH BERSAMBUNG LAGI DILAIN TAHUN
Dicatat oleh musa di 12:03 PG Description: http://img2.blogblog.com/img/icon18_edit_allbkg.gif 

PENGALAMAN KELUAR 40 HARI DIKAWASAN "ORANG MAKAN ORANG" PART AKHIR
Maka kami dengan perasaan yang membara bertolak dari masjid bandar Pasi ke kampong dipuncak gunung dengan berjalan kaki yang jaraknya agak jauh. Apabila sampai dikampong yang kami tujui itu yang mula2 menyambut kedatangan kami ialah sebuah gereja yang diperbuat daripada papan dan kayu, kemudian sekolah tadika mubaligh kristian kemudian baru jumpa rumah orang kampong, berjalan lagi baru jumpa masjid , juga diperbuatdaripada kayu dan papan yang agak lama.
Sampai dimasjid kami mesyuarat dan terus menghantar jemaah khususi door to door, Alhamdulillah bila sahaja jumpa orang kampong yang diajak terus datang ke masjid terus duduk dalam taklim, pada hari pertama sahaja dah suku masjid orang kampong datang, jemaah sudah jadi gelabah sebab mereka ni taknak balik rumah, makan yg dimasak hanya cukup untuk jemaah atau lebih sedikit. jadi orang khidmat tambah lagi masak makanan, semua makan tengah hari di masjid, lepas makan pun mereka juga tidak mahu pulang , rupa-rupanya mereka ini berminat dengan agama sebab apabila kita terangkan pada mereka akan kelebihan amal agama ni mereka seronok nak belajar dan beramal, kami kena korbanlah tidur buat beberapa halkah untuk mengajar asas solat seperti cara solat dan bacaan dalam solat, kebanyakkan mereka tidak tahu bersolat, yang tahu pun banyak yang salah dalam melakukan ketertiban solat dan juga dalam bacaan mereka. Halkah ini berjalan sampai asar. Lepas asar beri kelebihan dakwah dan ajak untuk keluar ziarah umumi rumah ke rumah, semua orang tempatan angkat tangan nak ikut, masyaallah hebat sungguh puak yang dahulunya makan orang kini telah mengangkat tangan dengan sungguh2 untuk buat kerja nabi saw. lepas minum petang terus buat adab ziarah cara rasul saw, lepas tu tanya siapa yang nak jadi penunjuk jalan semua angkat tangan setelah mendengar kelebihan, begitu juga dengan jurucakap dan juga ameer jemaah, semua angkat tangan. Apabila ziarah dalam kampong bermula ramailah yang diajak terus datang masjid untuk mendengar takril atau ceramah iman di masjid hinggalah kemagrib. Waktu solat magrib, masjid dah separuh lebih penuh termasuk wanita dan kanak2. antara mereka ada yg tidak solat magrib. Waktu bayan lepas magrib semuanya dudukdengar bayan, apabila taskil dibuat untuk keluar jalan allah , semua angkat tangan termasuk wanita dan kanak2. Lepas isyak semua ahli jemaah kumpulkan orang yang beri nama untuk iktilat. Malam tu kami terpaksa mentaakhirkan makan malam kerana makanan sudah tak cukup dan kita terpaksa melayan mereka yang kehausan agama, jadi kitalah kena ajar mereka. Pendek cerita kami makan malam lewat dan terus tidur, teramatlah letih satu hari tak rehat tapi seronok kerana dapat tiru macam sahabat nabi saw..

Pendek ceter besuk subuh ramai yang datang solat subuh, lepas bayan subuh pesan kepada mereka datang jam 8 pagi, sempatlah kami makan pagi, sebelum jam 8 pagi mereka dah sampai siap bawa petai, jering dan ulaman untuk jemaah makan, lepas mesyuarat kami bentuk jemaah khususi untuk pergi semua rumah-rumah dikampong tu.Kami tinggal disitu saya tak ingat berapa hari tapi lebih dari 4 hari, setiap hari kami tak pernah tidur siang kerana mengajar mereka solat. Dalam masa tu semua rumah kami tak tinggal semua kami ziarah dan jumpa penghuninya dan semua mereka datang ke masjid. 11 orang telah azam untuk keluar 40 hari di Medan. Mereka kurang wang perbelanjaan untuk keluar 40hari tapi kami mesyuareat dengan dengan cara membeli ayam, beras dan apa sahaja yang jemaah boleh guna, semua makanan yg kami beli itu pun untuk ikram mereka makan,kerana mereka bersama kami dari pagi sampai malam dan makan bersama kami. Masa khususi saya teringat sampai sekarang bila saya dan seorang tempatan khususi sebuah rumah yang jauh terpencil dari kampong, rumahnya amat kecil dan uzur, bila saya sampai dan rahbar memberi salam, saya lihat seorang lelaki separuh umur membuka pintu, setelah diterangkan saya ini bapak dari Malaysia dalam dialek batak yg saya tak faham, maka dia terus meluru pada saya dan memelok saya sambil menangis dan ia berkata "bapa selama ini tiada seorang pun yang sudi datang kerumah saya kerana kemiskinan saya tapi hari ini saya syukur kerana bapak dari Malaysia datang jumpa saya dirumah yang buruk ini" itulah kurang lebih dialognya pada saya. Saya terangkan maksud kedatangan kami, tanpa banyak soal dia terus salin pakaian terus ikut kami ke masjid, dia merupakan orang yang terakhir kami jumpa. Selama beberapa hari kami di situ hubungan kami dengan penduduk kampong rupanya dah mesra , tak kira lelaki wanita dan kanak-kanak. Mereka cukup gembira selama kami berada disitu, mereka melayan kami, berhasrat untuk memberi makan pada kami tapi mereka miskin, yang mereka mampu beri kami makan ialah Petai dan jering dan ulaman , ubi kayu itu saja tapi mereka ikhlas ikram kami.

Masa untuk kami pulang keMedan dah tiba, pada pagi hari yang kami nak berangkat ke Medan membawa jemaah tunai 40 hari keMedan seramai 11 orang menjadi kenyataan, semua penduduk datang ke masjid lelaki perempuan dan kanak2, setelah berkumpul amersab sendiri telah beri bayan hidayat dan adab perjalanan pada jemaah. Disinilah suasan sedih dan pilu menyelubungi penduduk tempatan dan ahli jemaah, semuanya menagis dan apabila amersab mula berdoa semua orang tanpa segan silu menangis berhamburan air mata sungguh2 termasuk kanak2. Apabila habis doa kami turun dari masjid untuk balik ke Medan semua penduduk berbaris untuk bersalam (wanita tidak salam dengan kami kerana amersab dah terangkan pada mereka tak boleh salam dengan lelaki bukan muhram) dengan tangisan berpanjangan. Selesai salam kami pun berjalan sehinggalah sampai ke sekolah tadika mubaligh kristian. Sampai sahaja kami disitu, kanak2 tadika dah siap berbaris menyambut dan bersalaman dengan kami sambil menangis, kami apalagi lihat saja kanak kanak tadika ini menangis terus saja menagis lagi kerana belas kasiahan pada mereka ya g haus pada agama, jadi kami doa semuga 11 orang yng ikit kami tunai 40hari akan menjadi aset untuk usaha agama disitu.

Setahun selepas itu di malam markas Masjid India Kuala Lumpur ada bayan daripada jemaah 4 bulan dari Indonesia, selepas bayan taskil dibuat dihadapan termasuklah ahli jemaah mereka, takdir Allah dihadapan saya ada seorang ahli jemaah tersebut, dia pun sebuk taskil kiri kanan depan belakang, bila ditoleh kebelakang, saya tunduk kepala kerana akan ditaskil, terkejut saya apabila dia peluk saya dan sambil menyebut nama saya "Pak musa" bila saya pandang rupanya dia adalah salah seorang dari yang 11 orang keluar 40 hari dulu, sekarang sedang keluar 4 bulan di Malaysia. Dia beri karguzari masjid tempatnya itu telah jadi morhalah yang kuat dan kerja amat maju, sebulan sekali mereka turun ke Medan untuk keluar 3hari, 11 orang dulu tu menjadi tonggak kerja disana.

Begitulah bila usaha atas agama dibuat sungguh-sungguh puak yang dahulunya tak kenal agama dan makan orang lagi, boleh jadi dae yang ikhlas pada Allah, semuga Allah terima kita dan seluruh umat nabi saw untuk buat korbanan diri dan harta atas agama Allah swt.
Dicatat oleh musa di 9:03 PG Description: http://img2.blogblog.com/img/icon18_edit_allbkg.gif 


Tahun 2011 Jun saya telah keluar selama 15 hari jemaah masturat di Aceh dimana kami berjumpa Dermawan dan seorang lagi yang mengikut bersama kami pertama kali selama 10 hari tika itu, nmanya Tengku Roji dia menjadi Syura Aceh dan orang yang banyak usaha dan korban  Markas Aceh sekarang adalah binaan datuknya, dia telah mengingat semula saya yang dah banyak sudah lupa, sudah 30 tahun

Ahad, 15 April 2012

KARGUZARI MASTURAT AUSTRALIA

Bismillahirrohmanirrohim

“Jika tuan-tuan datang ke Australia, sama saperti tuan-tuan pergi keseluruh dunia” ini adalah satu pernyataan yang pertama kami dengar apabila kami sampai di Australia. Kami sampai di Lapangan terbang Melbourne jam 8 pagi waktu Australia, kami telah di istiqbal oleh saudara kita orang Melayu dan Pakistan. Abu Bakar asal Kota Kinabalu dan Syed Zafarudin berasal dari Singapura (besuk beliau akan berangkat ke China untuk 40 hari tetapi masih sempat khidmat kami). Cuaca di sini amat sejuk walaupun musim panas kerana angin sejuk daripada kutub selatan yang dingin,suhunya adakalanya dibawah 10 darjah celcius. Tempat pertama kami dihantar adalah Preston markas awal di Melbourne selama 2 hari, masturat di rumah Abu Bakar, beliau juga akan berangkat ke China Jemaah 40h kedua selepas kami berada 2 hari dirumahnya, hebatkan pengorbanan mereka untuk agama, kebiasaan kita kalau nak keluar 40H atau 4B, 2 atau 3 hari sebelum keluar mestilah duduk kat rumah aje buat persiapan, macam-macamlah persiapannya. Teringat Dulu masa kami keluar masturat kat Phuket juga, seorang daripada orang tanggungjawab mereka telah berkhidmat kepada Jemaah kami 2 hari berturut-turut sehingga pada hari kedua dia masih lagi memasak untuk Jemaah kami diwaktu pagi hingga jam 10 pagi, lepas tu bergegas pulang kerana jam 12 tengahari penerbangannya bersama isteri ke Makkah untuk menunaikan farzu haji, hebat korbanan mereka. Berbalik kesah Australia, bila kami pertama kali solat Zohor di Masjid Preston, saya jadi hairan kerana pertamanya ramai orang datang berjemaah dan ada juga wanita. Kedua saya lihat berbagai jenis warna kulit manusia yang datang dari berbagai Negara dan bangsa, semua mereka datang sambil menyebarkan Salam, dikalangan orang Islam yang datang ke Masjid amalan Salam adalah menjadi kebiasaan bagi mereka ketika bertemu dan berpisah. Setiap masjid yang kami pergi semuanya hidup solat Jemaah 5 waktu, Jemaah terdiri daripada orang tua, dewasa dan kanak-kanak, yang paling menakjubkan saya adalah orang tua dan dewasa tidak pernah marah kepada kanak-kanak didalam masjid walaupun mereka bising dan berlari dalam masjid bahkan mereka juga bermesra dan joke dengan kanak-kanak. Setelah 2 hari di Preston baharulah kami faham tentang pernyataan diatas, bahawa di Australia semua bangsa seluruh dunia datang ke sini untuk mencari rezeki, ada diantara mereka yang mendapat kerakyatan Australia dan ada juga sebagai penduduk tetap. Disini gaji amat lumayan dan duitnya mahal.

Islam mula bertapak di Australia semenjak 160 tahun dahulu, apabila kerajaan Australia mahu membina landasan keretapi merentasi Benua Australia yang berpadang Pasir. Mereka telah membawa 10 ribu orang lelaki Afghanistan bersama unta-unta Afghanistan bagi tujuan mengangkut peralatan landasan keretapi merentasi padang pasir(semua unta yang ada di Australia sekarang adalah keturunan unta afghan). Mereka ini ada juga terdiri daripada Alim dan juga hafiz Quran , Dalam membuat landasan ini mereka telah membina masjid –masjid ditempat dimana mereka berkerja, mereka juga telah berkahwin dengan wanita-wanita tempatan termasuk wanita orang asli. Diseluruh Australia mereka telah membina 70 buah masjid yang teguh. Mereka ini beramal dengan perintah Allah bersungguh-sungguh bersama isteri-isteri mereka yang baharu memeluk islam, yang alim mengajar ilmu dan alquran kepada anak-anak mereka, tetapi kualiti ilmu tidak sama saperti yang mereka pelajari di Afghanistan, sampai kepada cucu mereka agama semakin berkurang, ada dikalangan mereka yang meninggal dunia dan meninggalkan anak dan isteri yang kurang kekuatan iman,semasa mereka hidup bersama isteri dan anak-anak dakwah tidak dijalankan, akhir sekali sampai diperingkat cucu sudah ada yang murtad mengikut agama datuk nenek sebelah ibu mereka, dan cicit mereka boleh dikatakan hampir kebanyakkannya telah bertukar agama yang tinggal hanya sebutan nama keluarga mereka saperti “Khan” dihadapannya MIcheal Khan, John Khan dan sebagainya. Sekarang daripada 70 buah masjid yang tinggal hanya 2 masjid sahaja, satu di Adelaide dan satu lagi di Alice Spring kedua-dua masjid ini adal 5 amal dakwah, di Adelaide kami buat usaha selama 4 hari di Masjid Afghanistan ini.

Description: C:\Documents and Settings\admin\My Documents\My Pictures\ausrtalia\Image055.jpg

Description: C:\Documents and Settings\admin\My Documents\My Pictures\ausrtalia\Image054.jpg

Diatas adalah masjid Afghanistan yang hidup 5 amal dan setiap bulan mereka keluarkan 2 atau 3 jemaah 3 hari setiap bulan

Semasa di Adelaide masih terdapat seorang wanita cucu mereka berumur hampir atau sudah 100 tahun yang mana anak cucunya semua telah pun kembali ke agama kristian, dan dia sendiri pun sudah lupa akan amalan islam kecuali beliau pernah melihat tasbih yang di berikan kepadanya oleh karkun kita, kami tidak sempat berjumpa dengannya kerana jauh di pedalaman dikawasan Ladang.

Usaha nabi saw di Australia bermula apabila Jemaah daripada IPB datang kesini dan mula memberi fikir dan risau nabi saw kepada pendatang arab yang amat banyak. Pendatang ini datang untuk mencari rezeki dan sebahagiannya melarikan diri dari suasana Negara mereka yang kurang aman. Mengikut mereka orang yang mula berusaha di Melbourne ialah Syeikh Mokhtar(Syura dan Amer Australia) dan abangnya Syeikh Mahmod (bapa mertua Abu Bakar KK) Mereka berdua ini mula berusaha dikalangan pendatang dan pelajar-pelajar dari seluruh dunia termasuk orang Melayu Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand.

Berbeza dengan pendatang Afghanistan, mereka datang dengan maksud yang sama untuk mencari rezeki tetapi golongan kedua ini telah menukarkan maksud mereka daripada mencari rezeki kepada usaha nabi saw dengan menjalankan usaha dakwah, kesannya agama telah tersebar, ramai orang islam kembali kepada islam, wanita sudah ramai yang menutup aurat dan banyak juga yang memakai jilbab, ramai orang Australia telah memeluk islam setiap hari dan sudah ada yang menjadi fikir man dan korban untuk agama nabi saw.

Secara ringkas saya beri karguzari usaha kami selama 2 bulan di Australia. Keputusan Nizamudin untuk Jemaah kami berusaha di Melbourne dan Sydney dua tempat yang paling maju usaha di Australia. Di Melbourne kami buat usaha di rumah orang India, Bangladesh, Pakistan, Malaysia, Indonesia,Singapura, Bosnia, Turki, Australia,Arab, Fiji, Burma. Orang India ,Bangladesh dan Pakistan yang buat usaha disini bukan macam bangla dinegara kita yang berkerja di pasaraya atau buruh, atau macam Pakistan jual karpet atau India yang kerja di restoran nasi kandar, tetapi mereka ini adalah golongan Profesional saperti Doktor, Jurutera, Saintis, Akauntan. Orang bangla lah yang paling ramai buat usaha di Australia, mana-mana markas kami pergi merekalah yang paling ramai nusroh, sama saperti nusroh mereka di Bangla, India atau Pakistan, Tidak kalah juga dengan orang Melayu, mereka nusroh kami paling banyak, Di Melbourne nama saperti, Abu Bakar, Aminudin Dandenong, Khairul Azizul Pelajar PhD bersama isterinya, Syed Zafarudin, Nurul Islam pelajar Kedoktoran, Nazri pelajar PhD, Hj Ismail, Hj Sulaiman(Jadikan garaj rumahnya sebagai surau bagi kawasannya dan hidup 5 amal dakwah), Maulana Safarudin.

Setiap rumah yang masturat kami usaha selama 2 hari, Nusrohnya amatlah hebat sekali, mereka datang dalam waktu pagi, lepas zohor pulang kecuali yang dimesyuarat kemudian datang ramai selepas asar untuk program bayan lelaki, waktu malam masih lagi ada yang belum pulang. Selama 2 hari setiap rumah mereka datang dan ada diantara mereka yang mengikut kami dari satu rumah ke rumah yang lain. Ada juga jiran tuan rumah beragama kristian yang datang melihat Jemaah dan berbual-berbual tentang maksud kedatangan kami, masa inilah peluang untuk Jemaah dakwah mereka, biasanya ada juga mereka memeluk islam(berlaku kepada Jemaah lain) Jarak rumah mereka dengan tempat masturat ada yang dekat dan ada yang jauh. Ada yang setengah jam, sejam perjalanan untuk ketempat masturat. Masjid tempat iktikaf lelaki dengan rumah masturat pula kebanyakkannya jauh ada yang 20 minit perjalanan menaiki kereta, kebanyakkannya kena menaiki kereta, untuk program kami terpaksa gunakan telipon bimbit yang dimesyuaratkan penggunaannya khas untuk kegunaan Jemaah sahaja. Nusroh makan minum ni Allhuakbar, macam-macam jenis makanan mengikut bangsa yang datang, makanan IPB biasalah kita makan, ini makanan bosnia, Turki, Arab, Afrika semua kami bedal, pendek kata kami di layan saperti VVIP

Untuk pindah tempat ke tempat lain sama lah saperti kita, mereka datang mengambil, tidak kira dekat atau jauh. Di Melbourne kami dihantar ke Adelaide jaraknya 900 km, Adelaide adalah dibawah markas Melbourne, kami buat usaha di Adelaide selama 7 hari. Perjalanan dari Melbourne ke Adelaide 900 km. Kami dihantar menaiki 3 buah kereta oleh saudara orang Bangladesh morhalah markas masjid Fawkner, tempat pertama di Murry bridge (Mari Brig) dikawasan perkelahan terkenal kawasan Sungai Murry-Darling,kalau tak salah ingatan saya dahulu semasa sekolah rendah tahun 60an ada belajar dalam Pelajaran Kejadian Alam(Geografi) tentang sungai Murry-darling sekarang dengan izin Allah dapat lihat sendiri dengan keluar di jalan Allh swt. Disepanjang perjalanan kami melalui kawasan ladang yang luas, kawasan lintasan kanggaro dan Koala Bear, kita hanya akan berjumpa pekan kecil dalam 100 km atau lebih, disini kita akan berhenti untuk kadho hajat, kami berhenti solat dan makan dikawasan rehat atau “Park”, kawasannya cantik dan bersih tandas awamnya amat bersih, terdapat berbagai jenis burung saperti kakak tua yang berbagai warna terbang bebas tanpa gangguan dari manusia.Di Adelaide kami berusaha di tiga halkah sebuah rumah setiap halkah, disini masturat tinggal di rumah Dr.Bangla, Sri lanka dan Bangla juga, 3 buah rumah, tetapi yang nusroh semua bang sa termasuk Melayu, arab, Perancis, Iugur, Aussie, Fiji dan banyak lagi saya tak ingat. Kami banyak usaha kepada student Malaysia dan juga orang Melayu yang tinggal disini. Disini kami diberi sebuah kereta bersama GPS untuk mencari alamat rumah orang Islam bagi tujuan khususi, jadi GPS itulah menjadi rahaba kami sepanjang seminggu disini pada sebelah pagi tetapi selepas asar dan malam mereka datang untuk nusroh buat gast dan sebagainya.Disini fikir man orang Malaysia Mahmod MB orang Penang, cakapnya pun masih pekat Penang sudah lebih 20 tahun di Australia. Hari ketujuh kami pulang Ke Melbourne menaiki 2 buah kereta, perjalanan 900 km dihantar oleh seorang kacukan Iugur dan Afghan dan sebuah lagi kami yang pandu sendiri, kami tidak keluar apa-apa perbelanjaan pun walaupun kami telah kumpulkan wang untuk minyak petrol tetapi mereka tak mahu mengambilnya begitu juga semasa dari Melbourne juga mereka tidak mahu menerima wang kami. Di Ade;aide kami taskil Jemaah lelaki tunai 40 hari , kembali ke Melbourne semula selama seminggu usaha taskil semula orang yang beri nama untuk keluar 40 hari dan 10 hari masturat, satu Jemaah 40 hari masturat ke china dan 10 hari tempatan dapat dikeluarkan dan beberapa orang ke India 40 hari masturat.

Route seterusnya ke Sydney,jaraknya 1000km dari Melbourne. Kami menaiki kapalterbang murah seorang AU60 dollar bersamaanRM192, masa penerbangan lebih kurang 45 minit, lapangan terbang Sydney terletak di tepi laut memang cantik tempatnya. Bandar Sydney merupakan Bandar dikawasan Pelabuhan yang indah. Usaha disini lebih maju daripada Melbourne, kami sempat menghadiri Ijtimak Sydney bersama Camberra dihadiri 2 ribu orang dibuat di masjid Rootyhill mereka mengeluarkan 23 orang 4 bulan ke IPB, 10 jemaah 40h dalam negeri, 2 jemaah 2 bulan satu ke Greek dan satu ke Indonesia dan 11 jemaah 10 hari. Di Australia Jemaah 40 hari dihantar keseluruh dunia mengikut bangsa, contohnya orang Bosnia mereka bentuk Jemaah mereka sendiri untuk keluar 40 hari di Bosnia sebab orang dari Negara tidak boleh atau susah untuk masuk, negeri Turki orand turki, Iugur oarng Iugur dan sebagainya , Keistimewaan untuk pergi keseluruh dunia hanya Allah beri kepada orang yang memegang paspot Malaysia sahaja, jadi orang Melayu kita di Australia dapat pergi keseluruh dunia dengan mudah untuk buat usaha ugama, banyak bangsa lain saperti Fiji, india ,Pakistan mereka cemburu dengan orang Malaysia kerana mudah untuk pergi seluruh dunia tetapi kita lah yang tidak tahu atau tak mahu menggunakan kelebihan ini untuk keseluruh dunia buat usaha agama nabi saw. Kami usah selama 2 minggu di Sydney dan dihantar kebeberapa halkah mereka tetapi tidak habis kerana kami diminta untuk usaha di Camberra ibu Negara Australia selama 10 hari. Disini usaha dijalankan serupa dengan di Melbourne,Jemaah kami digunakan sepenuhnya. Sydney tempatnya cantik, barang makanan dan sewa rumahnya lebih mahal, semua orang dalam keadaan sebuk mencari rezeki, tetapi bagi orang yang buat usaha agama mereka masih lagi mempunyai masa untuk nusroh Jemaah dan buat usaha tempatan, tetapi kami lihat disegi bandaraya dan kesebukan kota, Kuala Lumpur lebih sebuk lagi dengan kesesakan traffic berjam-jam, Jalan raya KL lebih baik daripada Sydney tetapi KL ramai orang asing yang pada pandangan saya kurang memepunyai pengetahuan sivik berbanding dengan orang asing di Australia yang mempunya kesedaran sivik yang tinggi dan diamalkan.

Perjalanan kami ke Camberra dari Sydney menaiki 2 buah kereta, orang Arab Mesir bertaraf OKU, hebatnya mereka orang kurang upaya pun sanggup menghantar kami sejauh 300km, Allahuakbar,( selama 2 bulan di Australia 4 orang Oku telah nusroh Jemaah kami bersama diri dan kenderaan mereka, seoarng Mesdir seorangBangla Seoarang Melayu Malaysia dan seorang Indonesia) dan bangla sebuah kereta, usaha di Camberra baru hendak bermula, fikirmannya orang bangla yang dah lama tinggal di sana ada antarannya berkahwin dengan wanita Australia cakap mereka pun saperti Australia, disini ada 2 buah masjid yang ada solat jumaat, sebuah masjid yang terdapat dikawasan Elit Embassy seluruh dunia, semua Duta Negara luar tinggal disini . Masjidnya betul-betul terletak dihadapan Pejabat Duta Malaysia, pada hari Jumaat selepas solat Jumaat kami berpeluang berjumpa dengan ramai orang Islam yang berada di Camberra dan juga Duta-duta Negara Islam termasuk saudara dari Malaysia dan Indonesia. Kawasan ini namanya Yarralumla, Di Camberra kami berusaha di 3 buah rumah , satu orang Pakistan dan sebuah lagi Bangla, usaha untuk orang Melayu disini tiada walaupun ramai orang Melayu Malaysia, Indonesia dan singapura. Camberra merupakan Bandar bebas daripada kilang, tiada sebuah kilang pun ada disini, kawasannya banyak tumbuh-tumbuhan, nama-nama tempat banyak menggunakan nama aborigin. Kami pulang ke Melbourne untuk pulang ke Malaysia, dari Sydney ke Melbourne jaraknya 700km, kami dihantar oleh orang Arab Mesir dari Sydney yang mula-mula hantar kami dari Sydney ke Camberra dan juga sanggup datang lagi dari Sydney ke Camberra untuk menghantar kami ke Melbourne . Seoarang lagi kacukan Italy dan Pakistan kelahiran England saya naik kereta nya dan sepasang lagi. 4 pasang lagi naika kereta arab.

Kesimpulannya, Jemaah perlu dihantar lagi dengan banyak ke sini, terutama orang Malaysia, kerana mengikut karguzari orang tempatan yang nusroh dan pemerhatian kami mereka amat suka dengan orang Malaysia kerana lemah lembut, senyuman, tak banyak komen, banyak ikram. Usaha disini berbeza dengan tempat kita, kena banyak berhati-hati mesti ikut mesyuarat orang tempatan, keadaan orang Islam disini jika tiada hubungan dengan masjid mereka akan jauh dari agama, pernah semasa di Melbourne saya pergi khususi orang Melayu Kelantan namanya Khalid berkahwin dengan orang Australia, tinggal di ladang bersama isterinya, jauh temaptnya perjalanan dari temapt kami di Dandenong Melbourne hampir sejam, sayang namanya pun sudah bertukar menjadi Michel, apa boleh buat kita hanya berdoa kepada Allah suatu hari nanti dia akan kembali kepada Allah. Gast atau ziarah pula tak sama dengan kita , rumah orang Islam terletak jauh dari masjid, gast kena menaiki kereta kadang-kadan satu gast jumpa sebuah rumah sahaja,dan bercakap masuk kedalam rumahnya macam disini kita buat khususi, cakap 6 sifat terperinci dan terus taskil ke masjid, pernah semasa di Adelaide saya pergi gast bersama mahmodMB berjumpa orang Johor tak sempat pulang ke masjid untuk solat magrib sebab jauh, terpaksa azan dirumahnya dan ajak dia bersama solat berjemaah dirumahnya. Orang Australia mempunyai akhlak yang baik, mereka menghormati orang lain, menjaga hak orang lain, mementingkan kebersihan, Negara mereka kata orang putih “clean and Tidy” tiada sampah dijalanan, tidak membunuh binatang, walaupun untuk dimakan, macam-macam jenis burung terdapat disini, kakak tua berbagai warna, burung-burung bayan, itek air, pendek kata bermacam-macam burung, mereka memberi makanan kepada burung-burung liar, ikan pula jika memancing tidak boleh mengambil ikan yang kurang daripada saiz yang ditetapkan dan bilangannya pun ada hadnya. Cuma mereka perlu iman sahaja yang tiada kepada mereka tetapi ada pada kita yang mesti kita bawa kepada mereka. Tiada kecurian di pasaraya, kita boleh tinggal telipon di masjid untuk beberapa hari Insyaallah tiada hilang. Tiada juga rasuah, Mereka haus kepada hidayat, pernah dsatu ketika seorang wanita Italy datang kepada saya dan menyatakan minatnya kepada Islam dan ingin meminjam sebuah AlQurana untuk rujukan, setelah berbual beberapa ketika saya minta dia tunggu untuk jumpa Imam masjid untuk meminjam Quran sebab sya orang luar tak boleh mengambilnya, oleh kerana masa lama dia pun pergi dan berjanji untuk datang bila ada masa. Insyaallah saya berazam 3 tahun akan datang untuk keluar masturat 2 bulan Negara jauh lagi, amiin.

Description: C:\Documents and Settings\admin\My Documents\My Pictures\ausrtalia\Image045.jpg

Masjid di Adelaide dikawasan ladang kuda dihadapan dan ladang gandum d sebelah belakang

Description: C:\Documents and Settings\admin\My Documents\My Pictures\ausrtalia\Image000.jpg

Masjid Preston

Description: C:\Documents and Settings\admin\My Documents\My Pictures\ausrtalia\Image002.jpg

Masjid Fawkner markas Melbourne,Cuma ada malam shabguzari sahaja, mesyuarat markas di masjid lain

Description: C:\Documents and Settings\admin\My Documents\My Pictures\ausrtalia\Image069.jpg

Di Melbourne, dulu gereja kini menjadi masjid ada 5 amal sempurna

Description: C:\Documents and Settings\admin\My Documents\My Pictures\ausrtalia\Image192.jpg

Kontena yang dijadikan musalla sementara diatas sebidang tanah yang dibeli untuk dibina masjid di Camberra