Isnin, 17 Januari 2011

KARGUZARI USAHA DI SRI LANKA

Assalamualaikum

Semuga pembaca semua mendapat rahmat dan keampunan daripada ALLAH swt.

Alhamdulillah berkat fikir dan doa dari orang-orang yang mempunyai fikir risau nabi saw, kami satu jemaah dari Markas Jitra 8 orang telah dihantar selama 40 hari belajar usaha agama Allah di Sri Lanka pada 19 Nov 2010 dan tangguh pada 29 Dis 2010. Pada 20 Nov kami telah mendapat bayan hidayat di Seri Petaling dan pada pagi 21 Nov kami telah berangkat ke Colombo sri Lanka dengan menaiki pesawat Air asia.

Karguzari ini saya tulis hanya untuk berkongsi pengalaman bagaimana usaha yang telah dibuat ditempat orang yang telah maju, terutama disegi pengorbanan masa dan harta dijalan Allah swt. bagaimana sifat-sifat mereka dalam melayan tetamu luar juga antara sesame mereka orang islam dan dengan orang bukan islam. Kami sampai di lapangan Terbang Colomba jam 7.30 pagi ( 10.00 pagi waktu Malaysia) perbezaan masa antara Malaysia dan Seri Lanka 2 jam 30 minit, kita lebih awal sebab terlebih dahulu mendapat cahaya matahari. Sampai disana sudah ada orang menunggu .Apabila urusan passport dan visa selesai, kami dijemput oleh orang tempatan, kami mendapat Visa selama sebulan iaitu VOA selepas itu di tambah lagi sebulan dengan bayaran Rs450 (RM14) kami ada 2 jemaah masa itu, satu lagi jemaah dari Taiping, 3 jemaah lagi datang pada 23 Nov iaitu, satu jemaah Selama, satu Trangganu dan satu Jemaah Masturat dari Ipoh 5 pasang. Semua 5 jemaah Malaysia untuk musim cuti sekolah. Disana berbeza dengan tempat kita, biasanya kita akan menjemput jemaah luar dengan kenderaan kita sendiri dan paling special jemaah masturat mesti mendapat kenderaan VIP. Disini kita kena sewa van awam untuk semua pergerakan kita dengan tambang sendiri, kebanyakkan orang Sri Lanka mereka tidak mampu membeli kenderaan kecuali peniaga-peniaga besar dan tauke-tauke sahaja, bagi saudara yang membuat usaha agama mereka menggunakan wang untuk keperluan keluarga, rumah dan belanja keluar di Jalan Allah dengan belanja besar untuk ke luar Negara. Pergerakan mereka banyak menggunakan pengangkutan awan saperti bas, three wheel (otto d India) dan keratapi. Dari lapangan terbang ke markas lebih kurang 40km jaraknya, masa perjalanan lebih kurang 2 jam dan sewa van 2400 rupee (RM75) bukan harga tetap bergantung kepada Van. Apabila sampai dekat dengan Markas d Colombo kami lihat suasana orang lelaki memakai jubah/kurta bewarna putih dan berjanggut sementara wanitanya memakai pakaian hitam berpurdah atau menutup aurat dengan menampakkan muka sahaja, tetapi bilangan wanita kurang berada dijalanan. Sampai di markas kami disambut oleh istiqbal dan diberi bilik khas untuk jemaah luar Negara, jemaah kami di tingkat 4 dan jemaah Taiping di tingkat tiga bersama jemaah dari Pakistan (7 Bulan), pintu masuk ke tempat jemaah luar dijaga oleh jemaah security sepanjang masa silih berganti. Di Markas saya lihat layanan mereka amatlah mesra dan berhikmah, makanan yang dijamu cukup menyelerakan, makanan disediakan. 4 kali sehari. Pagi, t/hari, petang dan malam. Selepas asar kami dibawa berjumpa dengan syura dan orang tanggungjawab yang sedang bermesyuarat untuk diperkenalkan. Sistem markas sama saperti Nizamudin dan seri Petaling, ada bilik amanat dan program seharian markas sama iaitu lepas subuh, Kuliah subuh, rehat, kemudian bayan hidayat sampai setengah jam sebelum zohor berhenti, waktu ini semua mereka tidor kerana sunnah khairullah, lepas zohor makan, kemudian rehat solat asar, lepas asar ada Taklim sampai hampir magrib, lepas magrib bacaan yaasin infradi dan doa istamae lepas itu program karguzari. Orang yang nak keluar di jalan Allah lebih daripada 40 hari bagi seluruh sri Lanka akan datang di Markas Colombo Islamic center. Di markas setiap hari orang yang akan keluar ke jalan allah banyak beratus orang, dan keadaan ini sepanjang tahun sama sahaja, tak sama dengan tempat kita bermusim, yang paling banyak iaitu cuti sekolah dan pada 15 syaaban setiap tahun. Istimewa di Markas Colombo semua karkun tempatan yang nak keluar di jalan Allah diberi makan percuma 5 kali sehari. Minum teh beserta biskut sebelum solat subuh, sarapan pagi selepas bayan subuh, makan t/hari , minum petang dan makan malam, bayaran tidak dikenakan untuk setiap kali makan, di markas kita Seri Petaling sekali makan untuk t/hari satu talam RM8 dan pagi RM6, perbezaan ini berlaku pun kedua-duanya ada kebaikan dari Allah swt.

Di markas kami mendapat targhib daripada elders disini yang mana nasihat-nasihat yang diberi semuanya nasihat daripada maulana Ilyas rah, maulana Yusuf rah, mufti zainal Abidin rah , maulana Said Ahmad Khan rah , maulana Inamul Hasan rah Maulana Saad, Maulana Zubir , Syeik Haji Abdul Wahab dan elders kita lain.

Selepas 2 hari kami mula keluar ke tempat yg diputuskan oleh syura mereka, bersama kami diberi 2 orang penterjemah merangkap khidmat kepada kami didalam semua masalah berkaitan dengan tempat yang kami keluar, Tempat taskil pertama kami iaitu dikawasan Slave Island di Colombo tempat banyak orang Melayu , Negombo, Chilaw, Akurana Kandy dan Matale. Di Sri Lanka jemaah luar negara tidak dibenarkan untuk masak, makanan disediakan oleh orang tempatan untuk ikram.

Slave Island dahulunya ia adalah sebuah pulau yang dikelilingi oleh sungai kecil, sekarang ia telah didirikan banyak jambatan pendek-pendek, kawsannya sekarang maju dan tanahnya mahal dan terdapat banyak banggunan kerajaan pusat pengajian dan perniagan dan kewangan. Disitu mula-mula orang Inggeris telah membawa orang India sebagai hamba, kemudian membawa pula orang Melayu dari Kepulauan Melayu sebagai pekerja terutamanya tentera dan polis. Orang Melayu telah membentuk satu rumpun bangsa di situ dengan mendirikan masjid-masjid untuk kegiatan keagamaan. Disini kami berusaha selama 6 hari, salah satunya masjid Melayu yang didirikan oleh orang Melayu lebih 200 tahun dahulu. Kawasan ini merupakan salah satu kawasan paling kuat usaha agama (rujuk dalam jadual). Bayan dan khususi kita buat dalam bahasa Melayu diterjemah dalam bahasa Tamil. Bahasa Melayunya tidak sama dengan bahasa Melayu kita, sebab mereka telah mengikut terjemahan bahasa Tamil. Sebagai contoh “Khabar baik” mereka kata “Baik Khabar”, tetapi kebanyakkan mereka sudah tidak boleh bercakap bahasa melayu lagi. Pada masa itu ada 3 jemaah foreign yang bergerak serentak.di Slave Island, Satu Jemaah India, satu jemaah kami dan satu lagi Masturat dari Ipoh, mereka nusroh diri dan harta (makanan) dengan sempurna, Hebat usaha mereka. Di sini aku berjumpa dengan jemaah masturat 40 hari yang datang di Alor Setar pada April 2010 yang mana aku nusroh mereka selama 3 hari, mereka masih mengenali aku dan nusroh jemaah kami dan memberi makan pada kami saperti masakan Malaysia.

Kemudian kami berusaha di kawasan Negombo 40km dari Colombo selama 6 hari, disini usaha sama hebat dengan Slave Island, di sini aku berjumpa dengan 3 orang ahli jemaah masturat 40hari yang pernah datang di Alor Setar pada tahun 2008 dan berusaha di rumah aku 3hari, mereka masih mengenali aku, mereka bagitu gembira dan membawa aku ke rumah mereka, selepas 6 hari kami ke Chilaw 40 km dari Negombo, di Chilaw ada juga kawasan Melayu dimana kami berusaha di satu Masjid namanya Malay Mosque., masjidnya antic dah berumur hampir 200 tahun, masjid ini sebenrnya bukan moharlah yang diputuskan mesyuarat tetapi bidan terjun kerana morhalah sebenar tidak dapat masuk kerana banjir , walaupun bagitu karkun disini tetap memberi yang terbaik kepada kami, waktu pagi kami sampai hanya 2 orang tempatan sahaja yang tahu, dan merekalah yang telah mesyuarat untuk nusroh kami memberi makan dan masa untuk khususi, lepas mesyuarat kami lihat mereka berdua ini sebuk memuat khususi karkun, dan waktu zohor ramai karkun yang datang dan memberi masa kepada kami.Lepas itu kami pulang ke markas Colombo untuk taskil kedua. Taskil kedua kami ke Akurana kanday kawasan pergunungan yang dingin, Untuk ke Akurana kami menaiki keretapi daripada Colombo ke Kandy, ia kawasan atas bukit dan sejuk dimana terdapat ladang Teh , disini ladang teh banyak juga kepunyaan orang islam. Usaha agama disini amat maju, banyak daripada mereka telah keluar 4 bulan luar Negara dan banyak daripada mereka telah datang ke Malaysia. Mereka seronok keluar di Malaysia, walaupun kita lemah dalam usaha pengeluaran jemaah tetapi nusroh yg kita beri kepada mereka sangatlah berkesan dan mereka terkesan dengan kelembutan orang-orang Melayu dan juga suasana harmoni dan keindahan Negara kita serta amalan sopan santun kita tetap menjadi ingatan mereka dan mereka suka akan datang lagi ke Malaysia. Ada diantara mereka yang telah keluar 4 bulan di Malaysia lebih daripada 2 kali dan pandai berbahasa Melayu dan boleh bercakap melayu dengan kami dan boleh menterjemah dalam bayan. Di kawasan akurana kami sempat menghadiri ijtimak mereka, Ijtimak ini hanya untuk kawasan 2 halkah dengan bilangan masjid yang terlibat 20 buah masjid sahaja, jumlah yang hadir seramai 3000 orang dan hasil yang dapat keluar 4 bulan dan 40 hari seramai 150 orang. Route terakir kami ialah di Matale, juga selama 6 hari, di sini kami usaha atas student dimana di hari akhir kami bergerak bersama 3 buah bas bersama student untuk keluar 40 hari ke markas Colombo. Sebenarnya student ini telah diusahakan oleh orang tempatan, kami Cuma hadiri jor mereka pada hari terakhir peperiksaan O Level pada hari jumaat dan pada pagi sabtu dan Ahad mereka mula berangkat ke Markas Colombo

Data yang semat saya kumpul mengenai Sri Lanka dan tempat yang kami keluar

Keseluruhan Sri Lanka

Bangsa : Singhales(bahasa Singhala), India(Tamil)

Ugama : Budha, Hindu, Islam dan Kristian (ikut susunan)

Penduduk Islam: 2 juta orang

Karkun 4 Bulan : 10 ribu orang (sumber syura Sri Lanka)

Keluar 4 Bulan setiap tahun : 8 ribu orang (sumber syura S Lanka)

Area/kawasan : 120 area seluruh Sri Lanka

Markas Area : 120 buah markas seluruh Sri lanka

Satu markas ada 2 @ 3 @ 4 @ 5 halkah sahaja

Satu halkah ada 5 @ 6 @ 7 @ 8 buah masjid sahaja

Area

Morhalah


Bil

rumah

Bil

Lelaki

baligh

% Bil

lelaki

solat

Bil

Kkun

4B

Bil

40

hari

40 H

Mas

turat

Bil

Talim

Mas

turat

Tklim

rumah

Krkn

Satu tahun

Shif

/DTI

Bil jmah 3h se bulan

1j >20 org

Slave

Island

Masjid Akbar

390

960

20

30

4p

5j

Masjid

hanafi

294

686

75%

33

40

10p

4

74

2

2

8j

Sahul

Hameed

mosque

315

715

80%

24

43

4p

1

2

5j

Negombo

Masjid

Hairath

344

571

90%

20

12

6p

2

102

4j

masjid

Muzafa

564

553

25

47

8p

2

215

5

9j

Masjid Kamachchode

130

252

90%

216 org

11

13

3p

1

53

2j

Chilaw

Masjid melayu

88

150

95%

2

15

1p

1

38

2j

Masjid hanafi india

10

162

98%

6

12

2p

1

17

rumah

dan kedai

1j

Masjid chilaw

town

127

202

90%

17

2j

Akurana

Kandy

Masjid hikmah galhina

145

320

85%

3

39

2P

1

10

1J

Masjid

Darus salam

20

49

100%

2

8

1p

1

13

1j

Masjid

Arafa

148

358

75%

10

35

6p

4

40

2j

Matale

Masjid

town

186

450

80%

12

30

4p

1

16

1

4j

Zain takia

250

kedai

225

65%

5

20

2p

1

20

2j

Masjid hanafi

R 53

Kdai 86

192

95%

3

17

2p

1

10

1j

ruangan kosong aku tak sempat tulis, harap maaf

Cara kerja dakwah di Sri Lanka

1. Mesyuarat harian selepas solat subuh bagi seluruh masjid di Sri Lanka, penyertaan bergantung kepada jumlah karkun, Kadang-kadang hampir semua duduk dalam mesyuarat, ada yang separuh jemaah solat duduk dan ada yang sedikit bergantung kepada kekuatan morhallah tersebut.

2. Lepas mesyuarat bermulanya DTI/Shif iaitu taklim setengah jam dan khususi bermula. Dalam mesyuarat dia atur shif bagi DTI, khidmat dan khususi jemaah dan sebagainya. Shif bermakna mereka membuat DTI mengikut masa mereka secara berkumpulan, ada yang melapang masa selepas subuh, ada yang selepas zohor, asar dan sebagainya. Jadi kami menunggu rahaba untuk khususi kerana di Sri Lanka khususi tanpa rahaba tidak dibenarkan sama sekali.

3. Gast/jaulah dibuat selepas magrib bagi seluruh Sri Lanka. Lepas doa solat magrib terus iklan dan selepas sunat magrib terus diberi adab gast dikawasan belakang ruang masjid. Adab pendek dan ringkas. Kerana masa antara magrib dan isyak adalah pendek sama saperti di Malaysia, lagi pula mereka semua bermazhab Syafie, lepas solat ada wirid yang perlu disempurnkan. Mutakallim bercakap pendek sahaja dan ringkas sebab rumah jauh dan masa singkat jadi kena pandai membahagikan masa. Bayan diadakan selepas solah sunat isyak, masa bayan dan taskil lebih kurang setengah jam, tetapi kebanyakkan yang datang solat isyak semuanya duduk di dalam bayan.. Jika bayan di markas area, bayan selepas sunat magrib sampai masuk waktu isyak, azan dilaungkan, bayan berhenti seketika, di Sri Lanka semua mereka menghormati azan, bila azan dilaungkan semua perbualan dihentikan termasukkanak-kanak akan diam mendengar azan dan menjawab azan.Selepas azan isya taskil bermula lebih kurang 15 atau 20 minit iqomat dan solat isyak.Kerja-kerja di Sri Lanka ini kita lihat cara kerjanya bersahaja dan mudah tetapi penuh fakir risau. Cara mereka memberi targhib yang mudah dan cara khususi yang simple hingga semua orang merasa mudah membuatnya, kita yang mendengarnya tidak rasa tertekan dan rasa senang untuk membuatnya. Sebagai contoh bila kita membuat usaha dikawasan Bandar yang semua orang sebuk dengan pekerjaan, khususi banyak dijalankan dikedai-kedai, mereka telah memberitahu kita cara untuk bercakap iaitu, beri salam dan berjabat tangan dan cakap “kami jemaah dari Malaysia , Insyaallah minta hadir dalam program gast dan bayan waktu magrib”. Sebenarnya semua yang kita khususi bukanlah karkun tetapi mereka sudah biasa dengan usaha kerana mereka sering didatangi oleh karkun tempatan dalam program khususi. Jika kita pergi buat khususi di rumah kita hanya bercakap di luar rumah kerana rumah mereka kecil tiada ruang untuk tetamu, ini pun kita bercakap pendek dan ringkas yang penting kita membuat hubungan, kemudian di masjid nanti kita akan jumpa mereka dan bercakp dengan panjang dan taskil. Usaha di kawasan luar Bandar , contoh kami pergi ke Akurana kandy, kawasan pergunungan, cuaca sejuk, kawasan ladang teh, banyak dimiliki oleh orang Islam juga, rumah mereka besar-besar macam istana, Jika khususi dapat berbual panjang dan dapat makan minum lagi. Nusroh makanan, mereka membawa kami ke rumah mereka untuk makan. Dalam route kami, hanya Slave Island sahaja kawasan Bandar yang sebuk yang lain-lain kawasan Bandar biasa dimana usaha khususi sama dengan tempat kita.

Perkara yang menkagumkan iaitu usaha keatas pelajar lepasan O Level (SPM bagi kita). Seluruh Sri Lanka ada 2 masa untuk pelajar keluar pertama bulan ogos untuk pelejar kolej dan universiti dan masa kedua untuk pelajar O Level pada akhir Disember. Mereka tamat peperiksaan O Level hari jumaat dan pada hari sabtu sudah bertolak ke Markas Colombo. Di Markas kami lihat beribu pelejar yang berusia 16 dan 17 tahun sedia untuk keluar, mereka tiba di markas siang malam, pagi dan petang hingga memenuhi markas 3 tingkat , tingkat keempat untuk forein. Boleh dikatakan semua mereka memakai seluar Jean dan T Shirt bergambar (macam-macam gambar ada), aku teringat satu bayan maulana kepada kami, dia kata biarlah mereka berlari didalam masjid dan bergurau atau bergusti jangan marah ini memang tabiat mereka, yang penting kita hendak bentuk mereka menjadi dai yang baik. Bila aku lihat keadaan pelajar dan suasana orang tanggungjawab markas melayan mereka dengan baik dan lemah lembut, membuatkan aku terkenang bagaimana hendak melayan anak-anak kita dengan lemah lembut dan kasih sayang, boleh dikatakan di semua masjid aku pergi, orang tua tidak pernah marah kepada kanak-kanak di dalam masjid.Pelajar mula keluar jemaah hari Ahad (untuk yang datang hari Sabtu) bagitulah seterusnya. Satu jemaah ada 3 atau 4 orang awam yang datang bersama dengan mereka bagi setiap morhalah dan 20 atau 25 orang pelajar. Jadi setiap jemaah pelajar keluar bersama dengan orang morhalah mereka sendiri dan setiap 10 hari orang morhalah mereka akan datang memberi nusroh sehinggalah jemaah ini tangguh. Jadi mereka betul-betul mengambil tanggungjawab keatas student sehinggalah jemaah itu tangguh. Kita disini taskil student untuk keluar, bila hantar ke markas student sahaja yang pergi, orang awam tidak ada dan serah pada markas Sri petaling.

Sri petaling tugasnya untuk selaraskan jemaah dan menghantar jemaah ke tempat yang sesuai, bukan untuk sedia orang awam untuk keluar bersama student, inilah kelamahan

saya dan kita semua.

Jemaah bertolak pulang ke Malaysia hari Selasa, selama 3 hari itu jemaah taskil dah beritahu sudah 2500 orang pelejar dah keluar dan masih banyak lagi yang ada di markas dan akan datang lagi, mungkin anggaran mereka 5 atau 6 ribu orang pelejar akan datang lagi, jumlah ini aku rasa munasabah sebab hari selasa itu pelajar yang belum di bentuk jemaah masih penuh di markas. Kata seorang ahli jemaah Pakistan yang keluar 7 bulan , usaha tempatan 2 SETENGAH JAM ATAU 8 JAM MEREKA AMAT KUAT, kami pun belum mampu buat begini dikalangan student.

Aku sarankan jika ada jemaah Sri lanka yang sedang bergerak ditempat tuan-tuan gunalah mereka dengan baik dan belajarlah usaha 5 amal dari mereka, kerana mereka yang datang kesini adalah orang yang biasa buat usaha tempatan, jika kita tidak tanya mereka, mereka tidak akan beritahu kepada kita kerana pada pandangan mereka kita ini adalah “orang lama”.

Akhir sekali jika ada kesilapan dalam karguzari ini aku mohon ampun dan maaf kepada pembaca sakelian

Khamis, 23 September 2010

LANGKAWI DI ERA SUMPAHAN MAHSURI


Bismillahirrohmanirrohim

Cerita ini sebenarnya tiada kaitan dengan lagenda Mahsuri, tetapi aku pernahlah melihat cucu-cicit Mahsuri semasa kami keluar masturat 40 hari di Phuket, Thailand dikampong tempat tinggal cucu-cicitnya termasuklah Aisyah yang kesahnya gah diperkatakan satu masa dahulu di surat khabar perdana Malaysia, telah pun berkahwin baru-baru ini. Mereka tinggal di Kamala Phuket ditepi pantai, Pantai Kamala yang terkenal juga di sini, kami ada menjemputnya ke program masturat berhampiran rumahnya, mungkin ia ada hal lain menyebabkan dia tidak dapat hadir. Di Kamala banyaklah keturunannya, ada yang ikut jemaah dakwah dan memberi nusroh pada jemaah kami. Maaf sudah lari dari tajuk asal, sebenarnya aku nak kongsi pengalaman keluar di Langkawi era sumpahan Mahsuri sebelum zaman “Langkawi Moden” sekarang.

Pada tahun 1981 ketika itu aku baharu ditahun pertama di UPM Serdang, pada cuti akhir semesta jemaah kami telah dibentuk dan telah diputuskan untuk keluar ke Perlis,dan aku sebagai “amer sab” jemaah, dalam jemaah ini akulah kira yang muda sebab yang lain ada yang final year,2nd year dan juga beberapa orang kawan aku, 1st year yang baru pertama kali keluar 40 hari, kebanyakkan kami dari kolej kediaman ke 6. Yang aku masih ingat lagi kawan-kawan aku itu, Sani bin Palil dari Banting (sepupu penyanyi Malik Ridzwan), Yahya Atan (bukan pemain Hoki), Nasir bin Ismail (sekarang jadi Penolong Pengarah LKIM Kedah), Rasid bin Chik , Trangganu (sekarang Pensyarah Maktab di T ganu), Zakaria Ansori (Guru Besar di Jitra), ini semua kawan baik aku, pengalaman taskil mereka keluar masyaallah, yang tidak boleh aku lupa, bila sahaja exam sudah tamat, wujud satu suasana balik kampong di kampus, disemarakkan lagi dengan lagu dendangan Allahyarham Sudirman, lagu “Balik Kampong” terdengar dimana-mana. Sesiapa yang mendengarnya memanglah teringat akan suasana kampong dan keluarga yang sudah lama terpisah dan keiginin untuk balik kampong memang semakin membuak-buak, jadi kita “orang lama” ini kena sibuklah buat taskil dan antara mereka yang dah siap beg nak keluar 40 hari pun dah membeli tiket nak balik, apalagi aku ambil beg tersebut dan aku ambil juga tiket yang dah dibeli itu aku jual kepada orang lain, akhirnya keluarlah juga dia, Alhamdulillah. Jadi untuk mereka yang masih belajar kat IPT atau IPTS masa hari akhir peperiksaan itulah hari yang sangat penting untuk kerja usuli, jika tidak dibuat sungguh-sungguh akhirnya kita sorang sahaja yang keluar

Jemaah kami sebenarnya lebih dari sepuloh orang. Mula-mula kami berusaha di Perlis, masa itu jika tak salah aku markasnya di Kaki Bukit. (sekarang markas baru di Beseri tempat Jor utara). Di Perlis waktu itu usaha tidaklah kuat macam sekarang. Rakan seusaha tidak ramai, kami buat usaha secara sendirilah tanpa ada orang nusroh dan sebagainya, masjid-masjid yang dimesyauaratkan kami berusaha semuanya gersang bahkan kering kontang, satu orang pun tidak datang berjemaah, 5 waktu kami sahaja yang sembahyang tiada seorang pun orang tempatan yang datang, waktu itu ugama amatlah daif, orang tidak kenal agama, tidak kenal masjid, amatlah sedih. Seingat aku ada tiga masjid yang ada jemaah 5 waktu, masjid pertama, di Kuala Perlis kawasan nelayan, di sini hidup 5 waktu tetapi jemaah wanita lebih ramai dari lelaki, masih lagi aku ingat setiap pagi selama 3 hari berturut-turut seorang nenek ahli jemaah di masjid ini telah menyediakan sarapan pagi kepada kami, katanya dia suka melihat kami anak muda keluar dakwah , kami ini bagai anak cucunya. Waktu hendak pindah ke masjid lain, nenek ini siap dah tunggu dipintu masjid untuk bersalam dengan ahli jemaah semua. Aku seorang sahaja yang tidak bersalam kerana aku keluar ikut pintu lain.

Tempat kedua ialah Kampong Kolam, berdekatan dengan Padang Besar sempadan Thailand, jika tak salah ingatan aku surau, disini ada amal, gast, taklim dan keluar 3 hari (keluar di markas), satu keluarga yang buat usaha di sini iaitu keluarga Pak Kasim dan anak-anaknya, sekarang pun masih aktif, sudah tua, awal bulan mei baru ini keluar masturat 3hari di Alor setar.

Masjid ketiga ialah Masjid Raja di Arau, usaha dibuat oleh Allahyarham cikgu Mad Isa dan Pak Syed (sekarang ada di Masjid Akar Peluru Alor Setar sudah uzur).

Pada suatu hari mesyuarat di markas, mereka telah putuskan untuk pecahkan jemaah kami menjadi dua untuk diserap dengan orang Perlis. Aku apalagi bangun menyinga membantah keputusan yang telah dibuat, kataku tiada tertib buat begitu. Akhirnya diputus jemaah kami buat usaha di langkawi, budak-budak ini memanglah seronok nak pergi Langkawi, apalagi mesyuarat sudah putus. Besok pagi kami pun bertolak dari kuala Perlis ke langkawi dengan semangat untuk berusaha lebih gigih. Sebelum pergi mereka telah memberi nama-nama masjid yang kami perlu buat usaha. Bila sampai di Langkawi, tiada siapa yang menyambut kami, bukan saperti sekarang, telepon sahaja jemaah nak datang mereka telah tunggu dengan kenderaan menjemput jemaah. Kami hanya mesyuarat bagaimana nak bergerak, bas hanya ada sebuah sahaja waktu itu iaitu Bas MARA, yang membuat perkhidmatan keseluruh langkawi. Selain itu ada juga kereta sapu. Jumlah kereta amatlah sedikit, maklumlah era sumpahan Mahsuri lagi.Langkawi masa itu banyak hutan, jalan raya hanya sedikit sahaja. Setiap masjid yang kami buat usaha adalah juga orang berjemaah tetapi wanita lebih daripa lelaki. Semasa kami berusaha disini adalah juga orang baru yang ikut kami, salah seorang ialah Che Ani, masa itu dia masih remaja, dia tinggal bersama bapanya yang telah tua dan uzur di pantai Chenang, rumah mereka pun telah uzur tetapi tanah milik mereka sendiri. Che ani dia berminat, setiap hari selepas memandikan bapanya dia akan datang kepada kami dengan berbasikal. Dia mengikut kami agak banyak hari juga hingga jemaah kami mesra dengannya. Rezki datang siapapun tidak tahu, selepas langkawi diistihar Pulau Bebas Cukai, tanah milik mereka ini telah di beli oleh LADA, Che ani telah menjadi orang senang tetapi Alhamdulillah usaha agama dia tidak tinggalkan, masih buat usaha hingga sekarang, dia adalah satunya orang yang agak lama buat usaha di Langkawi hingga sekarang.

Semasa kami berusaha di Langkawi, semua perkara yang kami lakukan , samada ke kedai untuk khidmat masak, khususi imam atau AJK masjid atau sesiapa saja semuanya berjalan kaki hinggakan nak pindah masjid lain pun berjalan kaki juga, tiada orang yang nusroh. Tetapi budak student ini seronok dan buat kerja sunggoh-sunggoh. Waktu itu masih ramai lagi orang melayu yang memelihara anjing di rumah mereka, aku pun tidak tahu apa tujuan mereka memelihara anjing. Satu perkara yang anak buah aku seronok ialah, setiap masjid yang kita pergi selama 3 hari, ramailah orang kampong yang datang pada kami dengan membawa hadiah saperti makanan dan buah-buahan (bacang,Kuanin rambutan kekadang durian) selepas itu mereka berbual pula dengan jemaah, yang tak tahannya ialah yang datang itu semuanya wanita, ada makcik, ada kakak dan ada juga awek muda, yang “muda” inilah membuatkan mereka tak tahan berada lebih lama kat Langkawi, takut tergoda. Semua masjid layanannya saperti itu, akhir sekali mereka sebulat suara nak pulang ke Kedah pula, masa itu ijtimak Penanti sudah hampir, jadi keputusannya kami pulang ke Kedah terus ke Penanti dan habiskan cillah kami di Ijtimak Penanti. Walaupun masa itu kami masih muda remaja aku sendiri sebagai ameer saab umur baru masuk 20 tahun dan yang paling tua 22 atau 23 tahun, tetapi kerja dapat dijalankan dengan baik ikut tertib dan usul saperti dalam bayan hidayah, hubungan kami amat baik dan mesra, di Perlis ada seorang baru yang keluar dengan kami waktu itu dan sehingga sekarang dia masih aktif tetapi sudah uzur kerana tua, dia jika berjumpa aku di Perlis selalu beritahu kawannya bahawa dia mula-mula kenal dan keluar tabligh dengan jemaah aku. Di Langkawi ada 3 orang tua yang ikut kami dan mereka istiqomah keluar 40 hari seleapas itu. Sekarang ketiga-tiga mereka sudah meninggal dunia.

Sekarang semuanya menjadi kenangan, aku sering teringat akan mereka, waktu itu kebanyakkan mereka baharu pertama kali keluar 40 hari, pengalaman mereka hanya “satu hari setengah” yang sudah keluar beberapa kali, bayangkan bagaimana waktu itu aku seorang sahaja yang sudah keluar 4 bulan, tanpa ada orang awam dengan kami. Aku pun pertama kali jadi Ameer saab,jadi teruklah sedikit (banyaklah) fikiran dan tenaga digunakan untuk ikram mereka sehingga cukup 40 hari.Sebab itulah sampai sekarang aku masih ingat pada mereka semua. Masa yang selalu aku ingat kepada kawan-kawan lama yang sama-sama berusaha keluar di jalan Allah ialah semasa aku terlantar di hospital (kerap masuk hospital dalam setahun 4 atau 5 kali, sekali masuk seminggu lamanya), masa ini aku sering teringat pada mereka.Ingatan ini menyebabkan air mataku mengalir seorangan. Idea untuk menulis ini pun aku dapat semasa aku berada dalam wad hospital Sultanah Bahiyah A.Setar.

Sekarang Rasyid sebagai Pensyarah di Maktab Perguruan di Trangganu, Zakaria, guru Besar di Jitra, ada azam mahu keluar semula, Naser timbalan Pengarah LKIM Kedah , ada azam mahu keluar semula tetapi sudah lumpoh sebelah badan, Mustafa aku berjumpa dia di Yala Thailand sudah beristeri tiga (Madu Tiga) dia taskil aku untuk tambah satu lagi, aku cakap pada dia lain tahun boleh kawin sekarang tak boleh, yang lain aku tak pernah jumpa sampai sekarang. Alangkah seronoknya aku sekiranya Allah swt mempertemukan aku semula dengan mereka di dunia ini.

Selasa, 14 September 2010

MASTURAT : “KENA KIDNAP”


Bismillahirrohmanirrohim

Peristiwa ini berlaku semasa aku keluar masturat 40 hari pada tahun 1991 . waktu itu aku ada 3 orang anak, yang paling kecil berusia setahun enam bulan, namanya Muhammad Anas. Jemaah kami diputuskan oleh syura Malaysia ke India, jemaah kami dibentuk di ijtimak Dengkil bulan November 1991. Pada masa itu jarang-jaranglah markas di seluruh Malaysia yang dapat mengeluarkan jemaah masturat sempurna 40 hari, tidak saperti sekarang, sudah ada halkah yang dapat mengeluarkan jemaah masturatnya sendiri bahkan ada juga dari morhalah yang sudah dapat keluarkan jemaah 40 hari masturat, ini semua kurniaan Allah swt.

Jadi sebelum keluar isteriku selalu bertanya dengan siapa kita akan keluar nanti, pada masa itu dengan siapa kita akan keluar pun kita tidak tahu, bagaimana ehwal mereka, kuat ikram ke, laser ke(orang ini hatinya selalu baik), lemah lembut ke atau buat tak kesah ke ape-ape lagi le yang kita tidak kenal. Sebenarnya isteri aku dari dulu sampailah sekarang dia tak kesah keluar masturat dengan sesiapa sahaja , dia boleh sesuaikan diri dan tak pernah mengambil hati apa yang orang lain cakap. Pertanyaan isteriku itu bukanlah apa Cuma nanti bila berjumpa yang sorang cakap “ayaq”, sorang lagi cakap “makang ikang” sorang lagi cakap “makee ikee” sorang lagi “apo kono”.

Jemaah kami hanya 4 pasang sahaja, sepasang dari Jengka Pahang, sepasang dari kuala Lumpur, sepasang dari PD Negeri Sembilan dan aku dari Alor Setar. Bayan hidayat di rumah Dr. Azizudin di Kuala Lumpur iaitu kawan aku semasa sama-sama belajar kat UPM dulu. Sebelum ke India kami disuruh keluar 3 hari dulu di sini supaya dapat berkenalan antara satu sama lain menjadi jelekit, jadi rumah yang diputuskan di Paya Jaras kalau tak salah ingatan aku tuan rumah namanya Awang Musa. Semasa keluar 3 hari di Paya Jaras, para-para isteri kami telah berkenalan antara mereka, bertanya khabar, tinggal dimana dan asal usul mereka setiap orang. Dengan takdir Allah, rupa-rupanya mereka berempat ini datang serumpun, semuanya orang Kedah, waaah apa lagi ngam habislah, terus cakap loghat pi mai pi mai tang tu la.

Sebelum aku cerita tentang “kidnap” di India, baik aku cerita dahulu kesah lucu yang berlaku di Paya Jaras. Hari itu aku ditugaskan untuk khidmat taam bersama seorang orang tempatan. Kami masak dirumahnya kerana isteri serta anak-anaknya semua berada di rumah mastaurat. Menunya kari, “Kari istimewa” iaitu kari daging arnab peliharaan sahabat yang khidmat dengan aku, semua arnab disembelih tak tinggal seekor pun. Daging arnab dipotong kecil-kecil sehingga sesiapa pun tak dapat beza samada daging arnab atau ayam, rasanya memang seakan rasa ayam. Kami berdua merahsiakan hal sebenar, sesiapa yang tanya, katakan daging ayam. Setelah siap masak, kari dibahagi dua, sebahagian untuk lelaki dan sebahagian untuk masturat. Apalagi perut sudah lapar dan dihidang pula kari istimewa, masyaallah mereka makan begitu selera sambil memuji kepandaian orang lelaki memasak ( Tahu tak apaaa). Selepas solat asar aku menghantar pula minuman petang kepada masturat, melalui isteri aku dia memberitahu “kari ayam” yang aku masak itu cukup sedap dan mereka semua memujinya, (kembang juga lah aku waktu itu) Hanya isteri aku sorang sahaja yang tidak makan kerana dia tidak memakan daging ayam, untuknya aku sediakan ikan, maklumlah isteri kesayangan. Rahsia daging arnab itu tersimpan sampai ke malam. Tetapi akhirnya rahsia ini terbongkar juga apabila anak lelakinya yang berusia 4 tahun pulang ke rumah dan dia lihat arnabnya semua dah habis kena sembelih. Waktu malam anak ini pulang semula ke rumah masturat dan dia beritahu kepada emaknya dihadapan semua jemaah “ emak, abah dah sembelih semua arnab saya untuk buat kari”, dengar sahaja perkataan kari, baru tersedar yang mereka dah makan kari arnab bukannya kari ayam, apalagi bila mereka semua terbayang yang wajah arnab itu seakan-akan rupa kucing atau tikus, semuanya naik loya dan mula muntah-muntah, kecuali isteri aku sahaja yang tidak makan. Apa lagi marah lah mereka kepada kami berdua, yang sedap dah jadi tak sedaplah, malam itu taam kena masak lauk lainlah sebab kari dah tak laku lagi .

Dipendek cerita jemaah kami bertolak dari Kuala Lumpur naik pesawat Air Lanka, route kami diputus oleh hadraji rah.iaitu Madras, Banglore dan Nizamuddin. Peristiwa kena “kidnap” ini berlaku di kawasan Nizamudin, ceritanya begini….

Di madras dan banglore kami keluar di rumah orang lama-lama antaranya Prof Abdul Rahman, Frof kadir Fasha, dan rumah Maulana. Nusrohnya amat baik dan banyaklah isteri kami dapat belajar daripada “purana satee” (org lama),makanan yang diikram pun begitu hebat, hari-hari nasi briani, kari kambing , kekadang daging burung dan ayam, daging lembu tak ada. Isteri aku tidak makan ayam,kambing dan burung. Tetapi semasa di Malaysia dia ada masak sambal kering ikan bilis untuk dibawa bekal, itulah makanannya selama beberapa hari, kesihaaaan isteri aku udahlah badannya kecil bertambah kuruslah dia tetapi semakin cantik.

Jadi semasa keluar di sebuah rumah di kawasan Nizamudin kami orang lelaki minta supaya isteri kami memasak untuk kami, tentunyalah menunya kari ikan permintaan kami ditunaikan. Pagi itu kami berempat pun naik outo ke pasar besar untuk mencari ikan dan bahan-bahan masakan. Di pasar, macam-macam jenis ikan besar ada dan harganya agak murah. Kami membeli agak banyak supaya dapat makan dengan "puas" sebab sudah lama tidak merasa kari ikan.

Setelah bahan mentah diserah kepada isteri kami, mereka mula mesyuarat untuk masak kari, setelah siap menyediakan kari yang paling istimewa untuk kami para suami, semua mereka merasa puas hati dengan harapan bila kami makan nanti tentunya kami akan memuji “pandai sungguh” mereka memasak. (Biasalah kalau isteri kita masak, kita kena puji, besuk dia akan masak lagi, samalah juga kalau suami kita masak, kita kena puji banyak-banyak katakan sedap walaupun tidak sedap dan suruh semua anak-anak sama-sama memuji ayah mereka, besuk tentu dia mahu memasak lagi, nanti macam-macam menu dia masak)

Kami di masjid, bila sudah habis solat zohor maka tibalah masanya untuk menikmati makanan tengahari, kami semua tunggu tuan rumah membawa makanan masakan isteri kami, kami semuanya menunggu dengan tidak sabar untuk menikmati kari ikan, aku pula sentiasa teringat akan keenakan ikan yang dibeli tadi, aku memang suka makan ikan berbanding daging sebab aku tinggal ditepi laut selalunya memakan ikan segar yang baru naik dari laut rasanya amat enak.

Setelah makanan dihidangkan, semua kami terkedu kerana hajat nak makan kari ikan tetapi yang dihidangkan adalah kari daging yang banyak minyak. Tetapi kami tunggu juga kalau-kalau kari ikan sampai lewat, tetapi impian kami masuk angin keluar asap daaaaaaa…. Tunggu punya tunggu tak sampai juga, jadi dengan perasaan sedih dan hiba kami pun bedallah makanan yang dihidang kepada kami tanpa komplain apa-apa. Tetapi didalam hati kami dok ingat apalah isteri kami ini tak ingat kat kami ka, tak kesihan kat kami kaaa, makan sorang-sorang ,tapi tak apa keluar di jalan Allah belajar usaha atas iman yakin dengan Allah rezeki dari Allah, nama kami tidak ada pada ikan tersebut. Habislah cerita tentang kari ikan itu.

Bila sampai waktu petang selepas bayan masturat, sampailah masa mulakhad berjumpa dengan isteri masing-masing. Wah bila aku jumpa sahaja isteri aku, dia senyum lebar sambil bertanya, “hari ini makan nasi banyak dak, sedap dak rasa gulai yang kami masak tadi, puas dak makan.” Aku menjawab “Gulai apa?, mana ada gulai ikan, yang ada gulai daging India yang berminyak ada la, makan pun tak selera” mendengar jawapan aku isteri aku terkejut beruk dan berkata “Tadi kami telah memberi kepada tuan rumah untuk dihantar ke masjid gulai, ikannya banyak, biar puas makan, depa hantar tang mana tak sampai” . Rupa-rupanya semua isteri kami telah bertanya kepada suami masing-masing dengan soalan yang sama, “sedap tak kari tadi” Semuanya hairan kemana perginya kari ikan tersebut, rupa-rupanya kari ikan kami telah menjadi “MANGSA KIDNAP” oleh orang yang tidak diketahui.

Cerita benar ini aku tulis hanya untuk mereka yang suka baca sahaja, jika ada orang yang tidak gemar jangan marah yee.

Selamat hari Raya maaf zahir Batin

Sabtu, 11 September 2010

Ramadhan

ASSALAMUALAIKUM

Saya ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua, sudah lebih sebulan tak layan blog kerana ia turut berpuasa. Kita sama berdoa semoga Allah panjang usia kita agar dapat bertemu Ramadhan 1432 akan datang. Ulamak berkata jika dalam bulan ramadhan kita dapat menambah amalan kita, disegi ibadat sunat, tadarus Alquran, zikrullah, istigfar , korban harta dan diri di jalan Allah, banyak memberi masa untuk dakwah ugama Allah, maka Allah swt akan memberi kekuatan kepada kita untuk beramal dengan perkara tersebut dengan lebih istiqomah untuk sebelas bulan seterusnya. Begitu juga sifat ikram kita akan bertambah jika kita selalu memberi makan kepada orang lain ketika berbuka puasa, juga merasa simpati terhadap musibah yang menimpa orang lain di seluruh dunia dan menghulur bantuan sedaya yang ada kepada semua orang.

Semuga Allah swt terima semua amalan kita dan niat dan azam kita yang baik.Ameeen.

Selasa, 3 Ogos 2010

Alhamdulillah Ramadhon mai lagi

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHON AL MUBARAK

Sempena Ramadhon ini marilah kita sama –sama menghayati satu hadith nabi saw mengenai bab ini yang dipetik daripada Kitab Fabzilat ramadhon Maulana Mohammad Zakariyya rah.

Mafhum Hadith nabi saw

Haszrat salman r.a. berkata bahawa Rasulullah saw telah bersabda kepada kami pada hari terakhir dari bulan Syaaban.

“ Wahai manusia, telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi diberkati. Satu bulan yang mana dalam bulan itu terdapat satu malam (lailatulqadar) yang lebih baik daripada seribu bulan. Satu bulan yang Allah swt. Menjadikan puasa pada siang hari sebagai satu amalan Fardzu dan berdiri pada malam hari (berterawih) sebagai satu amalan sunat. Sesiapa yang cuba menghampiri Allah pada bulan itu dengan mana-mana amalan sunat maka seumpama seseorang yang telah menunaikan satu farzu pada bulan-bulan yang lain dan sesiapa yang menunaikan satu amalan farzu pada bulan ini adalah seumpama seseorang yang menunaikan 70 amalan fardzu pada bulan-bulan lain.

Bulan ini adalan bulan Kesabaran dan ganjaran bagi Kesabaran adalah Syurga. Bulan ini adalah bulan simpati, bulan yang ditambahkan rezeki kepada orang-orang yang beriman. Sesiapa yang memberi seseorang yang berpuasa untuk berbuka, maka pemberiannya itu merupakan pengampunan untuk dosa-dosanya dan kelepasan dirinya dari neraka dan dia mendapat ganjaran puasa orang tersebut tanpa mengurangkan sedikit pun daripada ganjarannya. Para sahabat r.hum lalu berkata “ Bukanlah setiap daripada kami mempunyai sesuatu untuk diberi kepada orang yang berpuasa untuk berbuka puasa”. Maka rasulullah saw bersabda “Allah swt memberikan pahala itu kepada sesiapa sahaja yang memberikan walaupun sebiji tamar atau seteguk air ataupun sesisip susu kepada orang yang sedang berpuasa untuk berbuka”

Bulan itu adalah satu bulan yang pada awalnya merupakan Rahmat, pada pertengahannya merupakan keampunan dan pada akhirnya merupakan kelepasan daripada api neraka. Sesiapa yang meringankan bebanan hamba-hambanya (pekerja-pekerjanya) pada bulan itu maka dia akan diampunkan oleh Allah swt. Dan akan dilepaskan daripada azab api neraka.

Perbanyakkanlah empat perkara didalam bulan ini. Dua perkara yang kamu dapat meredakan tuhan kamu dan dua perkara lagi yang tidak boleh tidak, kamu perlukan. Adapun dua perkara yang kamu dapat meredakan tuhan kamu dengannya adalah:

1. Penyaksian bahawa tiada tuhan selaian daripada Allah (Lailahaillallah)

2. Kamu memohon istiqhfar daripadanya

Manakala dua perkara yang tidak boleh tidak kamu perlukan ialah

1. Memohon syurga daripada Allah swt

2. Meminta perlindungan daripada api neraka

Sesiapa yang memberi minum kepada mana-mana orang yang berpuasa, maka Allah swt akan memberinya minum daripada telagaku (pada hari kiamat), dengan sekali minum, dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk kedalam syurga.”

Hadith riwayat Ibnu Khuzaimah