Isnin, 8 Mac 2010

PONTIANAK

Assalamualaikum, kepada semua tuan/puan saya nak berkongsi maklumat dengan semua, semuga Allah merahmati kita semua. Kami jemaah wanita 7 pasang telah di mesyuarat keluar kat Pontianak Kalimantan pada 4 Jun ini. Penerbangan Air Asia dan MAS tidak ada laluan di situ. Jadi bagaimana cara untuk pergi ke Pontianak, untuk pengetahuan semua jemaah kami semuanya veteran umur 50tahun keatas. Jadi haraplah tuan/puan yang biasa pergi atau tahu caranya tolonglah beri ulasan disini. semuga pertolongan berupa maklumat ini dapat memudahkan kami dan mendapat rahmat dan ganjaran dari Allah swt

16 ulasan:

  1. Asalamualaikum Tuan.
    Jangan risau Tuan.Semua hal akan diuruskan di Sri Petaling.Moga Allah pandang pengorbanan Tuan dan Ahliah Tuan Insyaallah

    BalasPadam
  2. Nenek,t.kaseh. Jemaah kami telah reroute oleh syura Malaysia ke Surabaya

    BalasPadam
  3. ya allah..aishah boleh pulak ingatkan ini pasal pontianak yang hantu tu.

    selamat tuan~

    BalasPadam
  4. Aishah t.kaseh sebenarnya hantu memang banyak dimana-mana ada (Mafhum hadis, Solat umpama kepala pada badan), jadi orang tak solat tu xdak kepala, tu lah hantu.Kami Masturat 15H x jadi gi Pontianak, sbb kami lemah iman, banyak dah uzor. umur kita antara 50 - 70 th. x larat nak mujahadah naik bas lama dari Kucing ke Pontianak.

    BalasPadam
  5. semoga setiap langkah tuan atas dunia dihitung dengan kabaikan..doakan satu hari nanti aishah juga dipilih untuk jadi sayap yang membantu


    ;)

    BalasPadam
  6. Semuga allah pilih aisyah dan anak2 cucu hingga hari kiamat, saya senang panggil aisyah sebab anak dara saya juga nama aisyah (dulu dia belajar hafizoh, sekarang kerja menjahit n ngajar budak ngaji kat rumah, dah banyak orang minang tapi x mahu )

    BalasPadam
  7. (amin)

    yeke..sebaya aishah tak? aishah 23...teringin belajar menjahit..segannya..tak pandai menjahit..mengaji pun belum lancar..masih banyak perlu belajar..

    BalasPadam
  8. Aisyah anak saya lahir 1987 skrang umurnya 23 th sebaya dgb Aisyah lah juga, Dia belajar menjahit di Giat Mara setelah tamat kelas Hafizoh, sekarang dia sebuk menjahit tempahan orang lain, saya belikannya 2 mesin yang mahal satu untuk jahitan dan satu lagi utk jahit tepi. Kalau Aisyah minat bolehlah belajar di Giat Mara selama 6 bulan sahaja dan mendapat elaun bulanan RM200 sebulan, semuga berjaya

    BalasPadam
  9. eh..sam la lahir..seronoknya..siap dapat mesin jahit. cemburu aishah ;)

    rasanya ka5t seremban ni ada giat mara jugak..sampaikan salam saya untuk aisyah ye tuan..

    BalasPadam
  10. Insyaallah, tapi saya tengok gambar kecil aisyah sedang pegang M-16 tu macam anggota ROTU (PELAPES)kat Universiti aje, teringat masa saya kat U dulu tahun 1981 duduk asrama ROTU hari2 dakwah mereka pergi Masjid India KL markas dakwah

    BalasPadam
  11. heee ;) itu waktu jadi komander kesatria di uitm dulu..

    sebelum ni letak gambar nampak mata je..orang duk puji mata..tukar la letak gambar ni..biar ganas sikit ;)

    wahh...dah lama ya buat usaha..*kagum*

    semoga allah mudahkan segala urusan hambanya yang membantu agamaNya

    BalasPadam
  12. Biasa lah manusia memuji tu, macam Rabiatun Adwiyah, Hassan Basri puji matanya, lalu dia cungkil matanya n beri pada Hassan Basri., sebenarnya yang lain cantik juga tetapi oleh kerana mata sahaja yg nampak (bhg lain bertudung) itu sebab lah dia orang puji mata aisyah tu, ini juga nikmat allah.

    Alhamdulillah Allah telah memberi hidayah pada saya buat kerja agama masa saya sekolah menengah lagi sekitar akhir tahun 70an,msa remaja saya gunakan utk agama(semoga diterima Allah) Alhamdulillah Allah telah ambil saya untuk keluar khuruj setiap tahun x pernah stop, 4B 40H dan Masturat, Syukur nikmat kurnian Allah swt pd kita

    BalasPadam
  13. Salam,err...pakcik punye anak tu dulu blaja' madrasah mana?kot2 la saya kenai..

    BalasPadam
  14. Ws , untuk marisa minta maaf sebab lambat membals sebenarnya pakcik baru keluar hospital dari 16.4.2010, anak saya 3 orang, lelaki madrasah lorong alif, 2 perempuan. Kakak Asma bt Musa dan adik Aisyah bt Musa belajar kat madrasah Ustazah Azizah kat Jitra kemudian sambung belajar kat Ustaz maulana Mohamad abd Kadir, di Alor Setar, bila habis Asma mengajar kat madrasah tersebut dan bila kahwin terus berhenti mengajar, Marisa belajar kat mana nanti boleh pakcik khabar kat mereka.boleh masuk Facebook pakcik Musa bin Saad

    BalasPadam
  15. salam,
    pakcik masuk hospital sakit apa??

    semoga allah kurniakan sihat yang bermanfaat

    BalasPadam
  16. Pakcik mula dapat anemia, lama kelamaan jantung bengkak, peparu masuk air, gula dalam darah , darah tinggi n gastrik. Tapi pakcik syukur pada Allah kerana ini semua anugerah Allah pada pakcik, orang yang banyak dosa macam pakcik sewajarnya Allah anugerah sakit untuk mendapat pengampunan Allah, mudah-mudahan pakcik mendapat kerezaanAllah.

    BalasPadam