Selepas empat bulan kahwin saya berpindah ke
Di sinilah peristiwa “kehilangan” isteri berlaku. Masa itu ada jemaah 40 hari masturat campur dari banyak markas keluar di kawasan
Saya pun sambut takaza Alhamdulillah isteri pun suka keluar dan terus bersama jemaah tersebut. Dalam jemaah tersebut ada bersama Allahyarham ustaz Abdullah yg syahid kat Filipina, Allahyarham juga baru kahwin sama dengan saya. Bayan hidayat untuk saya dibuat di rumah Allahyarham Abang Zainal RTM. Saya macam biasa, isteri memakai pakaian baju kurung biasa dan kelumbung tiga segi biasa yang dipakai oleh gadis belasan tahun (memanglah masa isteri berumur 18 tahun) tidak tahu tertib. Pertama kali keluar tiga hari dirumah Allahyarham Dr Mustatafa bersama jemaah Dr Noor dari
Apabila selesai sahaja bayan hidayat jemaah akan berangkat. Sebelum itu amer jemaah telah mesyuarat untuk pasangan menaiki kenderaan. Masa keluar dari rumah, amer telah mengarah semua suami akan mengambil isteri masing-masing kat pintu keluar rumah apabila nama mereka dipanggil. Jadi saya lihat lah semua orang telah mengambil isteri masing-masing dan telah naik kereta. Nama saya pun juga dipanggil dan saya tunggu punya tunggu isteri tak keluar-keluar. Jadi saya tunggu juga tapi tak keluar juga, tuan rumah cakap semua sudah keluar, tapi mengapa saya tak Nampak isteri keluar, saya naik gelabah, tapi tunggulah juga, akhir sekali penantian berakhir apabila tuan kereta yang saya tumpang naik itu beritahu isteri saya sudah naik, bila saya lihat dibelakang memang ada dua orang bertudung lingkup berpurdah. Saya beritahunya itu bukan isteri saya, sebab isteri saya tak memakai purdah. Dia memberitahu bahawa itu adalah isteri saya. Rupa-rupanya baharulah saya tahu tertib untuk keluar masturat kena memakai purdah yang lengkap. Semua pakaian eksoseri saperti jubah, purdah, sarung tangan di hadiah oleh isteri Allahyarham Abang zainal, semuga Allah memberkati mereka. Hingga sekarang isteri saya masih ingat lagi pemberian itu. Jadi itulah pengalaman pertama dia memakai purdah. Masa itu dia tak pernah cerita pengalaman pertamanya memakai purdah, baru sekarang ketika saya sedang menulis ini dia beritahu perasaannya iaitu pening, mual nak muntah dan ada macam-macam lagi rasa tapi di tahannya juga hingga habis tempoh15 hari.
Begitulah kesahnya, Insyaallah bersambung dilain tahun dan lain cerita.
MAJULAH DAKWAH UNTUK AGAMA
bestnya, tak nak tambah baru ke cikgu...?
BalasPadamIsmadi saya nak tambah korban harta n diri aje insyaallah
BalasPadamMasyaallah!siapa tak kenal arwah hj zainal.meninggal ditempat suci malah Allah bagi nampak sikit kehebatan Allah asbab beliau.Hidupnya insyaallah sentiasa memudahkan orang.Sentiasa nak sambut takaza.
BalasPadamNenek, Alhamdulillah semuga Allah terima kita juga semuga amalan mereka menjadi ikutan kita, ini matlamat hidup kita semua mencari keredzaan Allah swt
BalasPadam