Selasa, 22 Jun 2010

Satu karkuzari dari Seberang


Bismillahirrohmanirrohim

Saya baru pulang dari jemaah masturat 15 hari Surabaya Indonesia. Satu karkuzari yang ringkas.

Satu jemaah masturat 3 hari telah dibentuk untuk keluar dalam kawasan berdekatan. Seorang dari ahli jemaah sebelum keluar dari rumah, mereka menunggu sehingga anak lereka dalam usia lingkungan 2 tahun tidur supaya dia tidak menangis semasa ditinggalkan, setelah anaknya tidur dia pun keluar bersama suaminya, pintu rumah dikunci dan anak kunci diletakkan pada pintu kemudian mereka meninggalkan pesan kepada jiran sebelah rumah untuk mengambil anak mereka setelah anak terjaga dari tidur, kerana jiran tersebut telah bersedia untuk menjaga anak itu selama 3 hari semasa mereka keluar jemaah masturat.

Dipendekkan cerita setelah habis tiga hari mereka pun pulang ke rumah, alangkah terkejutnya mereka apabila mereka melihat anak kunci masih ada ditempat yang mereka tinggalkan dahulu. Dengan perasaan resah dan suspen tentang anak mereka lalu menyelak tingkap cermin nako dan melihat anak mereka seolah-olah sedang bermain sambil ketawa dengan seseorang, tetapi dia hanya berseorangan diri sahaja. Kemudian mereka bertanya kepada jiran. Dengan perasaan bersalah dan meminta maaf kerana dia langsung terlupa yang dia kena menjaga anak tersebut selama 3 hari. Maknanya selama 3 hari itu dia langsung tidak menjenguk anak tersebut dan tidak tahu siapa yang menjaga dan memberi ia makan. Tapi itulah kehendak Allah pada hambanya .

Sesungguhnya Allah memelihara anak kita lebih baik dari kita yang menjaganya. Wallahuaklam

8 ulasan:

  1. subhanallah,
    Allah Maha Kuasa...

    BalasPadam
  2. اللَّهُ الصَّمَدُ

    BalasPadam
  3. Kpd Tuan2 semua sebab itu untuk keluar ke jalan Allah jangan kita bimbang diatas apa yang kita tinggal dirumah (keluarga dan harta), Allah adalah penjaganya, ayuh marilah kita berjihad dijalan allah samada dengan membuat persiapan ataupun tanpa persiapan, lihatlah khazanah allah swt. jangan lihat kemampuan diri.

    BalasPadam