Bismillahirrohmanirrohim
Cerita ini sebenarnya tiada kaitan dengan lagenda Mahsuri, tetapi aku pernahlah melihat cucu-cicit Mahsuri semasa kami keluar masturat 40 hari di Phuket, Thailand dikampong tempat tinggal cucu-cicitnya termasuklah Aisyah yang kesahnya gah diperkatakan satu masa dahulu di surat khabar perdana Malaysia, telah pun berkahwin baru-baru ini. Mereka tinggal di Kamala Phuket ditepi pantai, Pantai Kamala yang terkenal juga di sini, kami ada menjemputnya ke program masturat berhampiran rumahnya, mungkin ia ada hal lain menyebabkan dia tidak dapat hadir. Di Kamala banyaklah keturunannya, ada yang ikut jemaah dakwah dan memberi nusroh pada jemaah kami. Maaf sudah lari dari tajuk asal, sebenarnya aku nak kongsi pengalaman keluar di Langkawi era sumpahan Mahsuri sebelum zaman “Langkawi Moden” sekarang.
Pada tahun 1981 ketika itu aku baharu ditahun pertama di UPM Serdang, pada cuti akhir semesta jemaah kami telah dibentuk dan telah diputuskan untuk keluar ke Perlis,dan aku sebagai “amer sab” jemaah, dalam jemaah ini akulah kira yang muda sebab yang lain ada yang final year,2nd year dan juga beberapa orang kawan aku, 1st year yang baru pertama kali keluar 40 hari, kebanyakkan kami dari kolej kediaman ke 6. Yang aku masih ingat lagi kawan-kawan aku itu, Sani bin Palil dari Banting (sepupu penyanyi Malik Ridzwan), Yahya Atan (bukan pemain Hoki), Nasir bin Ismail (sekarang jadi Penolong Pengarah LKIM Kedah), Rasid bin Chik , Trangganu (sekarang Pensyarah Maktab di T ganu), Zakaria Ansori (Guru Besar di Jitra), ini semua kawan baik aku, pengalaman taskil mereka keluar masyaallah, yang tidak boleh aku lupa, bila sahaja exam sudah tamat, wujud satu suasana balik kampong di kampus, disemarakkan lagi dengan lagu dendangan Allahyarham Sudirman, lagu “Balik Kampong” terdengar dimana-mana. Sesiapa yang mendengarnya memanglah teringat akan suasana kampong dan keluarga yang sudah lama terpisah dan keiginin untuk balik kampong memang semakin membuak-buak, jadi kita “orang lama” ini kena sibuklah buat taskil dan antara mereka yang dah siap beg nak keluar 40 hari pun dah membeli tiket nak balik, apalagi aku ambil beg tersebut dan aku ambil juga tiket yang dah dibeli itu aku jual kepada orang lain, akhirnya keluarlah juga dia, Alhamdulillah. Jadi untuk mereka yang masih belajar kat IPT atau IPTS masa hari akhir peperiksaan itulah hari yang sangat penting untuk kerja usuli, jika tidak dibuat sungguh-sungguh akhirnya kita sorang sahaja yang keluar
Jemaah kami sebenarnya lebih dari sepuloh orang. Mula-mula kami berusaha di Perlis, masa itu jika tak salah aku markasnya di Kaki Bukit. (sekarang markas baru di Beseri tempat Jor utara). Di Perlis waktu itu usaha tidaklah kuat macam sekarang. Rakan seusaha tidak ramai, kami buat usaha secara sendirilah tanpa ada orang nusroh dan sebagainya, masjid-masjid yang dimesyauaratkan kami berusaha semuanya gersang bahkan kering kontang, satu orang pun tidak datang berjemaah, 5 waktu kami sahaja yang sembahyang tiada seorang pun orang tempatan yang datang, waktu itu ugama amatlah daif, orang tidak kenal agama, tidak kenal masjid, amatlah sedih. Seingat aku ada tiga masjid yang ada jemaah 5 waktu, masjid pertama, di Kuala Perlis kawasan nelayan, di sini hidup 5 waktu tetapi jemaah wanita lebih ramai dari lelaki, masih lagi aku ingat setiap pagi selama 3 hari berturut-turut seorang nenek ahli jemaah di masjid ini telah menyediakan sarapan pagi kepada kami, katanya dia suka melihat kami anak muda keluar dakwah , kami ini bagai anak cucunya. Waktu hendak pindah ke masjid lain, nenek ini siap dah tunggu dipintu masjid untuk bersalam dengan ahli jemaah semua. Aku seorang sahaja yang tidak bersalam kerana aku keluar ikut pintu lain.
Tempat kedua ialah Kampong Kolam, berdekatan dengan Padang Besar sempadan Thailand, jika tak salah ingatan aku surau, disini ada amal, gast, taklim dan keluar 3 hari (keluar di markas), satu keluarga yang buat usaha di sini iaitu keluarga Pak Kasim dan anak-anaknya, sekarang pun masih aktif, sudah tua, awal bulan mei baru ini keluar masturat 3hari di Alor setar.
Masjid ketiga ialah Masjid Raja di Arau, usaha dibuat oleh Allahyarham cikgu Mad Isa dan Pak Syed (sekarang ada di Masjid Akar Peluru Alor Setar sudah uzur).
Sekarang Rasyid sebagai Pensyarah di Maktab Perguruan di Trangganu, Zakaria, guru Besar di Jitra, ada azam mahu keluar semula, Naser timbalan Pengarah LKIM Kedah , ada azam mahu keluar semula tetapi sudah lumpoh sebelah badan, Mustafa aku berjumpa dia di Yala Thailand sudah beristeri tiga (Madu Tiga) dia taskil aku untuk tambah satu lagi, aku cakap pada dia lain tahun boleh kawin sekarang tak boleh, yang lain aku tak pernah jumpa sampai sekarang. Alangkah seronoknya aku sekiranya Allah swt mempertemukan aku semula dengan mereka di dunia ini.
Salam,apa khabar tuan blog,harap dlm keadaan sihat dan ceria,maaf kerana lama tidak mengomen di sini kerana baru balik tashkil...doa kan sy..(jemput baca entry terbaru sy di blog sy..)
BalasPadamalhamdulillah eaya dah baca anta punya cerita, pengalaman yg menarik begini elok kita karguzari semuga orang lain dapat jasbah, saya pyn baru keluaq hospital, lani dok mana Pendang ka mana
BalasPadamAslmkm Wbt.
BalasPadamSaya tumpang menjemput disini ye tuan Musa.
Dengan penuh rasa kesyukuran kami mengundang tuan/puan/cik sekeluarga untuk ke Majlis Walimah kami, Ishak & Umu 18 & 26 Dis 2010. Bertempat di Gemas N9 dan Lachang Pahang. Mohon doakan kami juga. Jemput datang ye. Jazakumullah.
Saudara ishak saya ucapkan terima kaseh atas jemputan, saya doakan semoga allah berkati pernikahan saudara dan mendapat zuriat yg soleh solehah, Dulu saya pernah mengajar kat Felda sertik Karak, Pahang dan biasa keluar 3 hari Lancang, serta kenal dengan ramai juga rakan seusaha disana, mungkin saya kenal bapa mertua anta kat lancang.
BalasPadamSalam ziarah, eid mubarak saya ucapkan pada tuan blog dan keluarga...
BalasPadam