Bismillahirrohmanirrohim
Peristiwa ini berlaku semasa aku keluar masturat 40 hari pada tahun 1991 . waktu itu aku ada 3 orang anak, yang paling kecil berusia setahun enam bulan, namanya Muhammad Anas. Jemaah kami diputuskan oleh syura
Jadi sebelum keluar isteriku selalu bertanya dengan siapa kita akan keluar nanti, pada masa itu dengan siapa kita akan keluar pun kita tidak tahu, bagaimana ehwal mereka, kuat ikram ke, laser ke(orang ini hatinya selalu baik), lemah lembut ke atau buat tak kesah ke ape-ape lagi le yang kita tidak kenal. Sebenarnya isteri aku dari dulu sampailah sekarang dia tak kesah keluar masturat dengan sesiapa sahaja , dia boleh sesuaikan diri dan tak pernah mengambil hati apa yang orang lain cakap. Pertanyaan isteriku itu bukanlah apa Cuma nanti bila berjumpa yang sorang cakap “ayaq”, sorang lagi cakap “makang ikang” sorang lagi cakap “makee ikee” sorang lagi “apo kono”.
Jemaah kami hanya 4 pasang sahaja, sepasang dari Jengka Pahang, sepasang dari kuala Lumpur, sepasang dari PD Negeri Sembilan dan aku dari Alor Setar. Bayan hidayat di rumah Dr. Azizudin di Kuala Lumpur iaitu kawan aku semasa sama-sama belajar kat UPM dulu. Sebelum ke
Sebelum aku cerita tentang “kidnap” di India, baik aku cerita dahulu kesah lucu yang berlaku di Paya Jaras. Hari itu aku ditugaskan untuk khidmat taam bersama seorang orang tempatan. Kami masak dirumahnya kerana isteri serta anak-anaknya semua berada di rumah mastaurat. Menunya kari, “Kari istimewa” iaitu kari daging arnab peliharaan sahabat yang khidmat dengan aku, semua arnab disembelih tak tinggal seekor pun. Daging arnab dipotong kecil-kecil sehingga sesiapa pun tak dapat beza samada daging arnab atau ayam, rasanya memang seakan rasa ayam. Kami berdua merahsiakan hal sebenar, sesiapa yang tanya, katakan daging ayam. Setelah siap masak, kari dibahagi dua, sebahagian untuk lelaki dan sebahagian untuk masturat. Apalagi perut sudah lapar dan dihidang pula kari istimewa, masyaallah mereka makan begitu selera sambil memuji kepandaian orang lelaki memasak ( Tahu tak apaaa). Selepas solat asar aku menghantar pula minuman petang kepada masturat, melalui isteri aku dia memberitahu “kari ayam” yang aku masak itu cukup sedap dan mereka semua memujinya, (kembang juga lah aku waktu itu) Hanya isteri aku sorang sahaja yang tidak makan kerana dia tidak memakan daging ayam, untuknya aku sediakan ikan, maklumlah isteri kesayangan. Rahsia daging arnab itu tersimpan sampai ke malam. Tetapi akhirnya rahsia ini terbongkar juga apabila anak lelakinya yang berusia 4 tahun pulang ke rumah dan dia lihat arnabnya semua dah habis kena sembelih. Waktu malam anak ini pulang semula ke rumah masturat dan dia beritahu kepada emaknya dihadapan semua jemaah “ emak, abah dah sembelih semua arnab saya untuk buat kari”, dengar sahaja perkataan kari, baru tersedar yang mereka dah makan kari arnab bukannya kari ayam, apalagi bila mereka semua terbayang yang wajah arnab itu seakan-akan rupa kucing atau tikus, semuanya naik loya dan mula muntah-muntah, kecuali isteri aku sahaja yang tidak makan. Apa lagi marah lah mereka kepada kami berdua, yang sedap dah jadi tak sedaplah, malam itu taam kena masak lauk lainlah sebab kari dah tak laku lagi .
Dipendek cerita jemaah kami bertolak dari
Jadi semasa keluar di sebuah rumah di kawasan Nizamudin kami orang lelaki minta supaya isteri kami memasak untuk kami, tentunyalah menunya kari ikan permintaan kami ditunaikan. Pagi itu kami berempat pun naik outo ke pasar besar untuk mencari ikan dan bahan-bahan masakan. Di pasar, macam-macam jenis ikan besar ada dan harganya agak murah. Kami membeli agak banyak supaya dapat makan dengan "puas" sebab sudah lama tidak merasa kari ikan.
Setelah bahan mentah diserah kepada isteri kami, mereka mula mesyuarat untuk masak kari, setelah siap menyediakan kari yang paling istimewa untuk kami para suami, semua mereka merasa puas hati dengan harapan bila kami makan nanti tentunya kami akan memuji “pandai sungguh” mereka memasak. (Biasalah kalau isteri kita masak, kita kena puji, besuk dia akan masak lagi, samalah juga kalau suami kita masak, kita kena puji banyak-banyak katakan sedap walaupun tidak sedap dan suruh semua anak-anak sama-sama memuji ayah mereka, besuk tentu dia mahu memasak lagi, nanti macam-macam menu dia masak)
Kami di masjid, bila sudah habis solat zohor maka tibalah masanya untuk menikmati makanan tengahari, kami semua tunggu tuan rumah membawa makanan masakan isteri kami, kami semuanya menunggu dengan tidak sabar untuk menikmati kari ikan, aku pula sentiasa teringat akan keenakan ikan yang dibeli tadi, aku memang suka makan ikan berbanding daging sebab aku tinggal ditepi laut selalunya memakan ikan segar yang baru naik dari laut rasanya amat enak.
Setelah makanan dihidangkan, semua kami terkedu kerana hajat nak makan kari ikan tetapi yang dihidangkan adalah kari daging yang banyak minyak. Tetapi kami tunggu juga kalau-kalau kari ikan sampai lewat, tetapi impian kami masuk angin keluar asap daaaaaaa…. Tunggu punya tunggu tak sampai juga, jadi dengan perasaan sedih dan hiba kami pun bedallah makanan yang dihidang kepada kami tanpa komplain apa-apa. Tetapi didalam hati kami dok ingat apalah isteri kami ini tak ingat kat kami ka, tak kesihan kat kami kaaa, makan sorang-sorang ,tapi tak apa keluar di jalan Allah belajar usaha atas iman yakin dengan Allah rezeki dari Allah, nama kami tidak ada pada ikan tersebut. Habislah cerita tentang kari ikan itu.
Bila sampai waktu petang selepas bayan masturat, sampailah masa mulakhad berjumpa dengan isteri masing-masing. Wah bila aku jumpa sahaja isteri aku, dia senyum lebar sambil bertanya, “hari ini makan nasi banyak dak, sedap dak rasa gulai yang kami masak tadi, puas dak makan.” Aku menjawab “Gulai apa?, mana ada gulai ikan, yang ada gulai daging
Cerita benar ini aku tulis hanya untuk mereka yang suka baca sahaja, jika ada orang yang tidak gemar jangan marah yee.
Selamat hari Raya maaf zahir Batin
Assalammuailkom ustaz...tergelak ana membaca N3 kali ini. Kesihan jemaah lelaki yang menanti kari ikan. Sedih rasanya bila masakan isteri tak dapat di sempurnakan, tetapi ada mahluk lain yang sempurnakan. Allhamdullah semoga ia menjadi sumber hidayat. Jemaah sentiasa diuji ALlah. Allah mahu lihat keimanan hambaNya. Allahhuakbar....
BalasPadamW,salam.
untuk musafir islam cerita ini terjadi mmg perkara biasa dan mmg pernah berlaku, t kaseh kerana melayari N3 saya.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamsalam..
BalasPadammacam nie pon ader jgk kaa? pelik2..
sedap sgt kot kari tuu.. smpai org tak tahan nk makan.
Z@i memang sedapla kari kola
BalasPadam