ASSALAMUALAIKUM
Saya ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua, sudah lebih sebulan tak layan blog kerana ia turut berpuasa. Kita sama berdoa semoga Allah panjang usia kita agar dapat bertemu Ramadhan 1432 akan datang. Ulamak berkata jika dalam bulan ramadhan kita dapat menambah amalan kita, disegi ibadat sunat, tadarus Alquran, zikrullah, istigfar , korban harta dan diri di jalan Allah, banyak memberi masa untuk dakwah ugama Allah, maka Allah swt akan memberi kekuatan kepada kita untuk beramal dengan perkara tersebut dengan lebih istiqomah untuk sebelas bulan seterusnya. Begitu juga sifat ikram kita akan bertambah jika kita selalu memberi makan kepada orang lain ketika berbuka puasa, juga merasa simpati terhadap musibah yang menimpa orang lain di seluruh dunia dan menghulur bantuan sedaya yang ada kepada semua orang.
Semuga Allah swt terima semua amalan kita dan niat dan azam kita yang baik.Ameeen.
selamat hari raya cikgu, maaf zahir dan batin dari saya dan keluarga..
BalasPadamselamat hari raya tuan haji, maaf zahir dan batin dari saya dan keluarga..
BalasPadamUtk sahabatku Ismadi n Ziarah76 sama-sama bermaafan zahir n batin
BalasPadam