Ahad, 10 Julai 2011

KEMATIAN YANG DICEMBURUI

Bismillahirrohmanirrohim

Peristiwa berlaku baharu lebih kurang sebulan yang lalu. Satu jemaah 4 bulan daripada seri Petaling yang bergerak di Sungai Petani dan Jitra. Semasa jemaah ini berusaha di Sungai Petani, disatu morhalah, selepas solat isyak, orang tempatan telah membawa seorang ahli jemaah untuk khususi seorang kawannya seorang polis. Bila sampai dirumah kawannya satelah diperkenalkan maka dia terus mulakan dakwahnya. Perkataan yang mula-mula keluar daripada mulutnya ialah “Allah,Allah, Allah” sebanyak 3 kali terus rebah ke lantai, suasana menjadi heboh, polis dan ambulan dipanggil untuk untuk membuat pemeriksaan. Alangkah sedihnya mereka , beliu telah pun syahid semasa rebah tadi, jenazahnya telah dibawa ke hospital Sungai Petani dan di simpan dalam rumah manyat didalam peti sejuk. Pagi besoknya jenazahnya dikeluar daripada peti sejuk untuk bedah siasat. Cerita daripada pegawai bedah siasat, dia belum pernah berjumpa manyat yang telah dimasukan kedalam peti sejuk apabila dikeluarkan darahnya tidak beku. Jenazah ini darahnya tidak membeku begitu jugalah dengan tangan dan kakinya tidak kaku sebaliknya dapat dibengkokkan. Keadaan wajah dan badannya lembut saperti orang sedang tidur. Subhanallah sabenarnya orang syahid mereka ini tidak mati tetapi hidup disi Allah. Satelah siap diurus, jenazahnya telah dituntut oleh keluarganya, satelah disembahyangkan di markas Sungai Petani, jenazah telah dibawa pulang ke kampongnya di Jeram, Sungai Besar Selangor. Sebelum ini beliau ada mewasiatkan(kata ahli jemaahnya) jika dia meninggal dunia, simpan sahaja tempat dimana dia meninggal tetapi takdirnya dia dikebumi dikampongnya.Pemuda ini berumur dalam 30an belum berkahwin dan memberi masa 4 bulan setiap tahun di Jalan Allah. Amalan biasanya semasa khuruj ialah suka menyusun kasut ditangga masjid dengan rapi. Semuga Allah mengurniakan syahid juga kepada saya.

13 ulasan:

  1. mashaAllah,jemaah nie dari sg petani tu ka cikgu...

    BalasPadam
  2. mashaallah....

    memang cemburu pon.

    jeram di kuala selangor tuan. sungai besar di sabak bernam.

    BalasPadam
  3. Allah.... Allah... Allah.... Ya Allah.....

    BalasPadam
  4. Assalamu'alaikum.

    Meninggal semasa sedang keluar di jalan Allah dan sedang sampaikan dakwah.. Membuatkan para pembaca tergamam seketika.. Apa yang pasti Beliau dah selamat, menghadap Tuhan yang memuliakannya. Bagaimana pula nasib kesudahan kita nanti? Oh Allah..

    BalasPadam
  5. salam, masha allah kematian yg cemburui..semoga allah swt cucuri ruhnya dan semoga allah swt jadikan hamba allah ini sebagai asbab hidayah keseluruh alam..amenn..

    BalasPadam
  6. MashaAllah...SubhanaAllah, berbahagialah mereka2 yang terpilih untuk syahid dijalanNya....

    BalasPadam
  7. ruginya tadak org kawen ngan dia...mungkinrupa tadak..harta pun tadak..

    cikgu..lama tak dgar citer...bubu ada lagi tu

    BalasPadam
  8. mdh2an trus dpt ainul mardhiah Insya Allah.

    BalasPadam
  9. subhanallah,,kematian yg dicemburui...

    BalasPadam
  10. subhanallah, sungguh cemburu.

    hari tu, 3H di kola kedah, satu malam, bila bangun nak ambik wuduk tengok2 rupa-rupanya semua kasut sudah tersusun rapi...
    terkedu saya tengok camtu...
    entah wali mana punya amalan susun kasut tengah2 malam....

    BalasPadam
  11. waalaikum salam untuk semua,terima kasih kerana tuan/puan sudi membaca tulisan saya, jemaah itu sekarang sedang bergerak dikawasan kuala Kedah tempat saya, mereka akan habis 4 bulan pada 30 Julai nanti.
    maaflah ye Jeram Kuala Selangor bukan Sg Besar,tak tahu dan tak perasan pula
    Akuhuduh bubu tu simpan dulu insyaallah saya akan ambil nanti
    Ziarah76 amalan susun kasut ini besar kewaliannya tapi jangan bagi orang nampak

    BalasPadam