Ahad, 25 September 2011

KESAH KHADIJAH R.HA DAN INGATAN NABI TERHADAPNYA

بسم الله الرحمن الرحيم

Kasih Rasulullah s.a.w terhadap Khadijah begitu mendalam. Baginda sentiasa
menyebut kebaikan Khadijah hatta selepas kewafatannya hingga dicemburui
Aisyah. Kata Aisyah:

Belum pernah aku cemburu terhadap isteri-isteri Rasulullah s.a.w sebagaimana
aku cemburu terhadap Khadijah walhal aku tidak pernah melihatnya.Tetapi
Rasulullah selalu menyebut-nyebut namanya, bahkan adakala menyembelih
kambing lalu diberikan kepada sahabat-sahabat Khadijah. Bahkan aku pernah
berkata ; bukan kah Khadijah itu seorang wanita tua? Bukankah Allah telah
memberimu penganti yang lebih baik, isteri yang lebih muda dan baik darinya?
Rasulullah s.a.w menjawab; Tidak! Demi Allah! Dia tidak memberikan seorang
pengganti yg lebih baik darinya. Khadijah telah beriman kepadaku disaat orang
lain mengingkariku. Dia membenarkan aku ketika orang lain mendustakanku.
Khadijah membantuku dengan menginfakkan seluruh hartanya ketika orang lain
menahan harta dariku dan Allah mengurniakan beberapa zuriatku dari rahimnya
yang tidak diberikan oleh isteri-isteri yang lain " [H.R. Ahmad]

Kewafatan Khadijah meninggalkan kesedihan yang begitu mendalam di jiwa
nabi hingga tahun tersebut dikenali dengan tahun kesedihan. Sekalipun selepas
kewafatannya, nabi selalu mengenang saat-saat indah bersama Khadijah r.h.a.
Mulianya Khadijah hingga Allah mengirim salam kepadanya dan menjanjikan
sebuah istana di syurga.

Di saat-saat akhir kewafatannya, ketika dipangkuan nabi, masih sempat beliau
meminta nabi menggunakan tulang belulangnya untuk agama Allah. Inilah bukti
kecintaan yg tidak berbelah bagi.

Kesah ini sering ku dengar dari bayan-bayan orang lama-lama, bila sahaja ku dengar pastinya air mataku akan mengalir keluar tanpa disedari, sesungguhnya kesah mereka dapat menimbulkan keinsafan pada diri dan menaikkan semangat ingin beramal untuk mengikut jejak langkah mereka.

Oleh itu ku seru pada diriku dan juga kepada para suami dan isteri sekalian

Jika jadi seorang suami, jadilah suami yang selalu mengenangkan kebaikan , ketaatan dan kasih sayang isteri kepada kita, walaupun mereka sudah tiada lagi di dunia, inikan pula mereka berada disisi kita, kenangkanlah keikhlasan mereka kepada kita. Balaslah segala bentuk khidmat ikhlas dan manja mereka dengan doa dan kasih sayang dari kita. Janganlah berkasar dengan mereka, mereka adalah dari kaum yang lemah kekuatan fizikalnya dan halus dalam jiwanya dan cepat terasa hatinya dan mudah dibentuk jiwanya. Teladanilah nabi saw begitu berlemah lembut dengan isterinya.

,Jika kita seorang isteri pula, jadilah isteri yang selalu diingati akan kebaikan kita oleh suami kasih sayang , khidmat ikhlas dan tutur kata yang lemah lembut dan menjadi penolong dalam urusan ketaatan kepada agama sentiasa menjadi ingatan suami kita. Isteri yang baik untuk suami yang baik, jadilah kita isteri yang paling baik bagi suami kita. Jangan jadi diri kita suatu bebanan kepada suami, iaitu melalui percakapan kita yang selalu mengguris hatinya, akhlak dan tingkah laku yang tidak disenanginya atau apa sahaja yang tidak digemari oleh suami kita.

Untuk itulah suami dan isteri sama-sama kena berusaha membawa amalan agama cara nabi saw didalam rumah tangga kita, sebab itulah penting para suami kena membawa isteri-isteri dalam usaha dakwah bersama untuk belajar usaha nabi saw. Permulaannya 3 hari kemudian 10 hari dan 40 hari dan 2 bulan di Jalan Allah saw untuk belajar kehidupan sunnah nabi saw

Semuga aku dan isterku dapat beramal. Amiiiin.

5 ulasan:

  1. .....kesetiaan, penghargaan , bimbingan dan bahagia yg berkekalan.....itulah yg sering didambakan oleh si isteri....

    BalasPadam
  2. T_T...

    Benar Tuan Musa.. Benar..

    Tempat jatuh lagi dikenang..
    Inikan pula isteri yang baik.. (",)

    Ya Allah, jadikanlah kami suami/isteri yang baik..
    Dan jadikanlah isteri/suami kami, isteri/suami yang baik..

    BalasPadam
  3. Norsha, ante benar semoga ante dapat apa yg di hajati tu

    Fuad, Ameeen

    BalasPadam
  4. Salam,apa khabar saudara/saudari,artikel yg menarik,saya jemput saudara supaya memberikan koementar/pandangan terhadap artikel yg di tulis oleh saya...harap memberikan komentar/pandangan yang tidak beremosi…hahahah

    BalasPadam
  5. Amin.... Moga kita dapat suami/isteri yang soleh/solehah INSYA ALLAH


    Doakan ana..

    BalasPadam