بسم الله الرحمن الرحيم
Coretan yangku tulis ini semuga ianya mendapat sedikit manfaat kepadaku dan para pembaca sekelian.
Semasa aku keluar 4 bulan dizaman student dahulu ketika berada di Nizamuddin, aku telah mendapat satu nasehat daripada seorang elders di sana, nasehatnya amat berharga dan berguna sekali bagi teruna yang akan melangsungkan perkahwinan. Nasehat ini untuk Jejaka sahaja, walaubagaimana pun si dara juga boleh membaca dan mengambil pelajaran daripanya,
Nasehatnya, para lelaki harus mempunyai empat perkara yang harus di amalkan semasa perkahwinan. Nasehat ini jika relevan buat masa ini maka amalkan jika tidak abaikan sahaja, anggapkan anda tidak membaca N3 ini. Saya ringkaskan bersama syarahannya sekali.
Pertama, Si suami mesti mempunyai amalan yang hebat melebihi amalan isterinya, Keadaan ini menyebabkan suami mempunyai kehebatan dan kewibawaannya tersendiri, menyebabkan setiap perkataan suami akan mudah sipatuhi oleh isteri, terutamanya isteri yang solehah, Jika isterinya baharu hendak berjinak-jinak dengan amalan agama maka ia akan memudahkan tarbiah yang hendak dijalankan, contohnya taalim rumah, mesyuarat harian rumah, zikir harian, bacaan Al Quran, Solat Tahajjud, Dzuha, Awwabin, dan lain-lain amalan sunnah nabi saw. Begitu juga apabila di ajak untuk keluar dakwah wanita 3 hari, 10hari atau 40 hari akan menjadi mudah.
Tetapi sekiranya amalan suami tak dapat menandingi isteri, hilanglah wibawa suami, walaupun isterinya seorang yang bertakwa, tetapi sisuami tak dapat mencetuskan suasana amalan di rumah, atau apa-apa amalan pun semua nya bergantung kepada isteri, kekadang isteri sibuk urusan rumahtangga maka akibatnya amalan rumah akan tertinggal, sebab suami tiada kekuatan amal.
Kedua, Suami mesti tegas dengan isterinya, maksudnya tegas dengan hikmah. Tegas disini diatas perintah Allah swt dan Sunnah nabi saw. Jika mereka melengah-lengahkan solat atau amalan farzu yang lain maka kita mesti bertegas dengan mereka untuk melakukannya pada masa yang ditetapkan. Jangan sekali-kali member excuse atau tolak ansur dengan amalan agama, contohnya lengah solat tidak mengapa, tak buat amalan sunnah tak mengapa atau apa-apa amalan lain semua kita tidak menegur, lama kelamaan cakapan suami sudah tidak laku dan diendahkan lagi. Tetapi bagi perkara lain saperti hiasan diri atau masak memasak atau kemas rumah tak perlulah suami marah dan tengking, apa yang perlu suami buat ialah ikramlah mereka, tolong masak dan kemas rumah dengan ini isteri lebih menghormati dan sayang dengan suami. Paling-paling rendah darjatnya kalau taknak ikram isteri janganlah marah kepada mereka, sebab suami pun malas nak buat kerja rumah.
Ketiga, Semua suami sayangkan isterinya, Kata orang tua-tua baharu kahwin semuanya cantik dan elok belaka, busuk pun jadi wangi, panau pun dikatakan bunga, indahnya zaman berbulan madu, banyaklah dugaannya untuk hidupkan agama.Waktu ini apa sahaja yang berlaku antara suami isteri indah belaka, apa yang dipinta isteri pasti akan diadakan walaupun tidak mampu oleh suami. Disinilah nasihat orang tua, Suami sayang pada isterinya tetapi jangan tunjuk yang suami itu terlalu sayang kepada isterinya. Caranya ialah apa sahaja yang dipinta oleh isteri, suami harus menilai dahulu jenis permintaan tersebut. Sekiranya permintaan itu penting dalam kehidupan seharian maka kita usahakannya, tetapi jika permintaan tersebut kurang penting buat masa itu maka kita tangguh dahulu dengan alas an yang munasabah, contohnya pakaian, jika isteri meminta dibelikan pakaian baharu, jangan terus dibeli sebab pakaiannya sudah ada, tetapi suami ingat pakaian tersebut dan warnannya, bila sampai masa yang sesuai contohnya, hari lahir, ulang tahun perkahwinan atau pun sesuatu perayaan, suami membeli dan memberi sebagai suatu hadiah kepada isterinya. Jika isteri memasak makanan walaupun tak sedap jangan complain, semuanya sedap dan makan dengan sedapnya atau lahapnya dan senyum dan terima kaseh padanya dan katakan padanya dengan ikhlas makanan yang dimasak Alhamdulillah sedap
Keempat, yang ini sensetif sedikit iaitu, jika suami ada wang jangan beritahu jumlah wang yang sebenar kepada isteri, ini merbahaya.Tujuan suami sembunyi jumlah wang ini mestilah dengan tujuan yang baik bukan nak diguna untuk kahwin satu lagi secara rahsia. Sebab wanita dengan wang ini banyak cerita yang dah kita dengar, walau bagaimana pun marilah kita lihat golongan atau jenis wanita yang ada di dunia ini
1. Golongan pertama Wanita yang menjadikan wang atau harta untuk tujuan fisabilillah dan juga membantu orang yang memerlukan tanpa memikirkan keperluan diri sendiri dan keluarga,jika ada keperluan agama mereka sanggup membelakangkan keperluan sendiri hatta sanggup melaparkan anak mereka sendiri demi untuk menjamu tetamu yang lapar. Golongan ini adalah wanitadi zaman nabi saw. Golongan ini tidak akan wujud lagi sehingga hari kiamat.
2. Golongan kedua Wanita yang menggunakan harta untuk keluarga, keperluan rumah tangga dan untuk fisabilillah dan membantu orang lain, golongan ini ada fikir agama dan fikir akhirat, golongan ini memang wujud disekeliling kita
3. Golongan wanita ketiga , pantang dengar sahaja dapat wang atau harta, terus menbuat planing dalam otaknya bagaimana nak menghabiskan wang yang bakal diterima, contohnya apabila PM umumkan kakitangan kerajaan mendapat bonus sebulan gaji pada disember, katakanlah gaji suaminya RM 3000, pada hari bajet diumumkan pada masa yang sama juga wang bonus yang bakal diterima sudah habis dibajet oleh isteri untuk keperluan rumahtangga sahaja, saperti menukar eksesori rumah . Golongan ini kurang mementingkan urusan ukhrawi dan hanya mementingkan kehidupan dan keselesaan di dunia sahaja.
Jadi suami harus menilai mana satu golongan isterinya berada, jika golongan kedua kira baiklah, isterinya akan beringat untuk keperluan akhirat. Tetapi jika jatuh golongan ketiga, penatlah nanti suami untuk targhib dan memujuknya nanti. Walaubagaimana pun apabila suami isteri ini sudah faham memahami antara satu lain dan faham akan keperluan harta yang didapati dan kemana hendak dibelanjakan, jadi isteri tahu akan harta suami adalah lebih baik. Kekadang isteri pula pandai membuat bajet keluarga daripada sisuami.
Kesimpulannya suami isteri kena wujudkan kesefahaman dan kasih sayang. Kesefahaman dan kasih sayang akan wujud bila kita libatkan diri dalam usaha agama cara nabi saw, dengan melapangkan masa dan membelanjakan harta di jalan allah swt bersama jemaah wanita , 3 hari, 10 hari atau 15 hari , 40 hari dan 2 bulan di jalan Allah.Dengan ini suami dan isteri sama-sama akan ditarbiah oleh Allah swt
Susah benor nak cari pompuan mcm tu zaman la...
BalasPadamzaman la.wanita mudah terkesan dgn persekitaraan,terkesan dgn adik berdik,sepupu dan lain.
apabila lelaki ego dan wanita juga ego,susah nk bersatu,salah seorg darinya kene turunkan ego...
p/s:semoga saya mendapat isteri yg molek ...ada fikir agama....
Assalamualaikum w.b.t tuan,
BalasPadamsungguh sy terkesan dgn pesanan2 ini..cuma bab no.4,mgkin boeh diamal konsep sharing terutama bg psngan yg keduanya bekerja..spt yg dinasihatkan, if isteri faham akan prioriti dlm pengurusan kewangan, xsalah kan isteri jd akauntan..kalau kita dahulukan urusan agama, InsyaAllah Allah akn bereskan urusan rumahtangga/dunia kta yg lain..dh mmg terbukti, Alhamdulillah!
bolehlah cikgu tolong carikan untuk saya nanti
BalasPadamAssalamualaikum cikgu,
BalasPadamsetuju sangat2 dgn nasihat cikgu terutama no 1, 2 dan 3, tapi bab yg ke4 tu....blh rahsia tapi jgn keterlaluan hingga isteri jauh hati dan merasa ia beban kpd suami, akhirnya hilang rasa hormat kpd suami...kepercayaan juga penting dlm r/tangga...
Anak Pendang Sebenarnya wanita ini permata dalam hidup lelaki tetapi lelaki tak pandai mengukirnya, mereka golongan yang dimuliakan oleh Allh dan rasul
BalasPadamCS No 4 tu memanglah sensetif sebab tu lah apa yang CS nyatakan memang betul
Ismadi Orang Limbang kan baik-baik dulu masa saya keluar kat sana masyaallah baik belaka
Norsha Apa yang Norsya nyatakan memang benar, saling mempercayai memang penting dlam rmh tangga.mungkin dalam N3 ini penerangan yang ringkas tak cukup untuk menerangkan maksudnya yang sebenar.Tetapi menjadi amalan saya, isteri saya tahu wang yang saya simpan hanya untuk kegunaan untuk keluar di Jalan Allah sahaja,cuma jumlah wang dia tidak tahu, dan dia akan tahu bila saya nak keluar 40 hari semua wang itu saya beritahu dia, sebahagian saya bawa dan sebahagian saya tinggal padanya, saya dah amal ini sejak saya kahwin hingga sekarang 27 tahun dah.ebab tu pada perenggan terakhir dari no 4 saya nyatakan "ISTERI TAHU HARATA SUAMI ADALAH LEBIH BAIK", apapun saranan CS tu adalh amat baik dan tepat
Maaf saranan "SC" tu sabenarnya "Norsha"
BalasPadamSabenarnya no 4 tu memanglah sensetif, sabenarnya penerangn yang dibuat oleh maulana tu mmg baik cuma saya yang tak pandai menerangkan kembali, dan saya dah amal, Tujuan merahsiakan wang hanya untuk keluar jalan Allah sahaja, bila sampai masa untuk keluar isteri akan dapat bahagiannya, sebab tulah bila saya memberi azam untuk keluar masturat ka atau apaka dia tahu saya ada simpan wang untuk keluar jalan Allah, dia tinggal doa sahaja.
BalasPadamWalau bagaimanapun saya memohon sepuloh jari memohon maaf kepada sahabat semua yang mungkin tersinggung dengan N3 ini semuga Allh ampunkan saya
Salam cikgu,
BalasPadamjangan susah hati, saya percaya tiada yg tersinggung dgn n3 ini, ia sungguh bermanfaat
utk yg belum kawen, baru kawen mahupun yg dh lama kawen. Sebenarnya, isteri yg faham usaha agama tidak akan melihat wang sebagai penghalang dan akan sentiasa membantu memudahkan suami mereka di jalan Allah........
ws Norsha TQ VM atas semangat yg diberi
BalasPadamtrima kasih cikgu sbb bg nasihat berguna mcm nh.. pttnye cikgu bg khutbah nikah la.. br org tau cane nk dptkan keluarga yg baek..
BalasPadamHidyatullah saya ni tak layak la
BalasPadamAssalamu'alaikum.
BalasPadamJazakallah Tuan Haji, ini baru empat pesanan pun telah beri kesan dan manfaat yang besar pada kami. Dan tentunya banyak lagi tips-tips yang berguna yang belum lagi Haji kongsikan. Siapa-siapa yang hendak berkahwin sewajarnya kena banyak mintak pesanan dan nasihat dari orang lama.
Ishak saya ni manalah ada apa pun, yg saya dengar sikit-sikit itulah yang saya tulis moga dapat manfaat bersama
BalasPadamAlhamdulillah. Cantek perkongsian ini. Semoga Allah permudahkan segala urusan kebaikan.
BalasPadamSOT TQVM melayari blog saya
BalasPadam