بسم الله الرحمن الرحيم
Coretan yangku tulis ini semuga ianya mendapat sedikit manfaat kepadaku dan para pembaca sekelian.
Semasa aku keluar 4 bulan dizaman student dahulu ketika berada di Nizamuddin, aku telah mendapat satu nasehat daripada seorang elders di sana, nasehatnya amat berharga dan berguna sekali bagi teruna yang akan melangsungkan perkahwinan. Nasehat ini untuk Jejaka sahaja, walaubagaimana pun si dara juga boleh membaca dan mengambil pelajaran daripanya,
Nasehatnya, para lelaki harus mempunyai empat perkara yang harus di amalkan semasa perkahwinan. Nasehat ini jika relevan buat masa ini maka amalkan jika tidak abaikan sahaja, anggapkan anda tidak membaca N3 ini. Saya ringkaskan bersama syarahannya sekali.
Pertama, Si suami mesti mempunyai amalan yang hebat melebihi amalan isterinya, Keadaan ini menyebabkan suami mempunyai kehebatan dan kewibawaannya tersendiri, menyebabkan setiap perkataan suami akan mudah sipatuhi oleh isteri, terutamanya isteri yang solehah, Jika isterinya baharu hendak berjinak-jinak dengan amalan agama maka ia akan memudahkan tarbiah yang hendak dijalankan, contohnya taalim rumah, mesyuarat harian rumah, zikir harian, bacaan Al Quran, Solat Tahajjud, Dzuha, Awwabin, dan lain-lain amalan sunnah nabi saw. Begitu juga apabila di ajak untuk keluar dakwah wanita 3 hari, 10hari atau 40 hari akan menjadi mudah.
Tetapi sekiranya amalan suami tak dapat menandingi isteri, hilanglah wibawa suami, walaupun isterinya seorang yang bertakwa, tetapi sisuami tak dapat mencetuskan suasana amalan di rumah, atau apa-apa amalan pun semua nya bergantung kepada isteri, kekadang isteri sibuk urusan rumahtangga maka akibatnya amalan rumah akan tertinggal, sebab suami tiada kekuatan amal.
Kedua, Suami mesti tegas dengan isterinya, maksudnya tegas dengan hikmah. Tegas disini diatas perintah Allah swt dan Sunnah nabi saw. Jika mereka melengah-lengahkan solat atau amalan farzu yang lain maka kita mesti bertegas dengan mereka untuk melakukannya pada masa yang ditetapkan. Jangan sekali-kali member excuse atau tolak ansur dengan amalan agama, contohnya lengah solat tidak mengapa, tak buat amalan sunnah tak mengapa atau apa-apa amalan lain semua kita tidak menegur, lama kelamaan cakapan suami sudah tidak laku dan diendahkan lagi. Tetapi bagi perkara lain saperti hiasan diri atau masak memasak atau kemas rumah tak perlulah suami marah dan tengking, apa yang perlu suami buat ialah ikramlah mereka, tolong masak dan kemas rumah dengan ini isteri lebih menghormati dan sayang dengan suami. Paling-paling rendah darjatnya kalau taknak ikram isteri janganlah marah kepada mereka, sebab suami pun malas nak buat kerja rumah.
Ketiga, Semua suami sayangkan isterinya, Kata orang tua-tua baharu kahwin semuanya cantik dan elok belaka, busuk pun jadi wangi, panau pun dikatakan bunga, indahnya zaman berbulan madu, banyaklah dugaannya untuk hidupkan agama.Waktu ini apa sahaja yang berlaku antara suami isteri indah belaka, apa yang dipinta isteri pasti akan diadakan walaupun tidak mampu oleh suami. Disinilah nasihat orang tua, Suami sayang pada isterinya tetapi jangan tunjuk yang suami itu terlalu sayang kepada isterinya. Caranya ialah apa sahaja yang dipinta oleh isteri, suami harus menilai dahulu jenis permintaan tersebut. Sekiranya permintaan itu penting dalam kehidupan seharian maka kita usahakannya, tetapi jika permintaan tersebut kurang penting buat masa itu maka kita tangguh dahulu dengan alas an yang munasabah, contohnya pakaian, jika isteri meminta dibelikan pakaian baharu, jangan terus dibeli sebab pakaiannya sudah ada, tetapi suami ingat pakaian tersebut dan warnannya, bila sampai masa yang sesuai contohnya, hari lahir, ulang tahun perkahwinan atau pun sesuatu perayaan, suami membeli dan memberi sebagai suatu hadiah kepada isterinya. Jika isteri memasak makanan walaupun tak sedap jangan complain, semuanya sedap dan makan dengan sedapnya atau lahapnya dan senyum dan terima kaseh padanya dan katakan padanya dengan ikhlas makanan yang dimasak Alhamdulillah sedap
Keempat, yang ini sensetif sedikit iaitu, jika suami ada wang jangan beritahu jumlah wang yang sebenar kepada isteri, ini merbahaya.Tujuan suami sembunyi jumlah wang ini mestilah dengan tujuan yang baik bukan nak diguna untuk kahwin satu lagi secara rahsia. Sebab wanita dengan wang ini banyak cerita yang dah kita dengar, walau bagaimana pun marilah kita lihat golongan atau jenis wanita yang ada di dunia ini
1. Golongan pertama Wanita yang menjadikan wang atau harta untuk tujuan fisabilillah dan juga membantu orang yang memerlukan tanpa memikirkan keperluan diri sendiri dan keluarga,jika ada keperluan agama mereka sanggup membelakangkan keperluan sendiri hatta sanggup melaparkan anak mereka sendiri demi untuk menjamu tetamu yang lapar. Golongan ini adalah wanitadi zaman nabi saw. Golongan ini tidak akan wujud lagi sehingga hari kiamat.
2. Golongan kedua Wanita yang menggunakan harta untuk keluarga, keperluan rumah tangga dan untuk fisabilillah dan membantu orang lain, golongan ini ada fikir agama dan fikir akhirat, golongan ini memang wujud disekeliling kita
3. Golongan wanita ketiga , pantang dengar sahaja dapat wang atau harta, terus menbuat planing dalam otaknya bagaimana nak menghabiskan wang yang bakal diterima, contohnya apabila PM umumkan kakitangan kerajaan mendapat bonus sebulan gaji pada disember, katakanlah gaji suaminya RM 3000, pada hari bajet diumumkan pada masa yang sama juga wang bonus yang bakal diterima sudah habis dibajet oleh isteri untuk keperluan rumahtangga sahaja, saperti menukar eksesori rumah . Golongan ini kurang mementingkan urusan ukhrawi dan hanya mementingkan kehidupan dan keselesaan di dunia sahaja.
Jadi suami harus menilai mana satu golongan isterinya berada, jika golongan kedua kira baiklah, isterinya akan beringat untuk keperluan akhirat. Tetapi jika jatuh golongan ketiga, penatlah nanti suami untuk targhib dan memujuknya nanti. Walaubagaimana pun apabila suami isteri ini sudah faham memahami antara satu lain dan faham akan keperluan harta yang didapati dan kemana hendak dibelanjakan, jadi isteri tahu akan harta suami adalah lebih baik. Kekadang isteri pula pandai membuat bajet keluarga daripada sisuami.
Kesimpulannya suami isteri kena wujudkan kesefahaman dan kasih sayang. Kesefahaman dan kasih sayang akan wujud bila kita libatkan diri dalam usaha agama cara nabi saw, dengan melapangkan masa dan membelanjakan harta di jalan allah swt bersama jemaah wanita , 3 hari, 10 hari atau 15 hari , 40 hari dan 2 bulan di jalan Allah.Dengan ini suami dan isteri sama-sama akan ditarbiah oleh Allah swt