Jumaat, 12 Februari 2010

SAHABAT YANG PALING DICEMBURUI

H147 Muntakhab Alhadith
Dari Abu Umamah r.a meriwayatkan bahawa baginda saw bersabda,. Sesungguhnya sahabatku yang palingku cemburui ialah, seorang mukmin yang ringan bebananya yakni tiada tanggungan yang banyak dunia dan keluarganya, memperolehi bahagian yang besar dalam sembahyang sunat, beribadat dengan baik terhadap tuhannya, sentiasa mentaati Allah (sebagaimana secara zahir) walaupun dalam keadaan bersunyi, seorang yang bergaul dengan orang ramai, tetapi tidak menuding jari kepadanya yakni tidak menunjukkan kemahsyurannya, mencukupi dengan rezeki yang diperolehinya dan bersabar dengan apa yang ada. Kemudian Rasullullah saw memetik jarinya (sebagaimana orang memberi syarat sesuatu kerja yang cepat untuk dilakukan) Kemudian beliu bersabda. orang itu mudah kematiannya, amat kurang orang yang meratapinya dan sedikit harta peninggalanya .(H.R Termizi )


ulasan saya

Itulah sifat yang dicemburui yang patut setiap daripada kita memilikinya. Tetapi sifat ini tidak akan datang dalam diri kita dengan hanya membaca atau mendengar sahaja tanpa membuat sesuatu usaha. Jadi usaha perlu dibuat untuk mendapat qualiti iman dan amal seperti ini. Caranya tak lain tak bukan adalah hanya cara usaha yang ditunjukkan oleh nabi saw iaitu dengan mengorbankan apa yang kita kasih dan sayang yang ada pada kita dijalan Allah swt, iaitu diri dan harta kita. Selagi usaha agama yang kita buat tidak ikut cara nabi saw dan hanya mengikut cara kita sendiri selagi itulah iman dan amal agama tidak akan datang dalam diri kita, keluarga dan umat ini. Ingatlah apa sahaja yang datang dari nabi saw. datang daripada Allah swt kalaulah perbuatan kita tidak mengikut cara nabi saw maka semuanya akan tertolak dan kita tidak akan mendapat ganjaran dan pertolongan Allah swt. Wallahu a`lam

Tiada ulasan:

Catat Komen