Ahad, 17 April 2011

Assalamualaikum

Dalam coretan ini aku ingin berkongsi pengalamanku sebagai kaunselor pada tahun 90an dahulu, waktu itu klienku adalah pelajar-pelajar dari tingkatan satu hingga tingkatan 5, ada juga dikalangan guru-guru yang datang padaku untuk mendapat khidmat kaunseling. Bagi pelajar masalah yang dihadapi bergantung pda tingkatan dan jantina. Pelajar lelaki selalunya masalah ponteng, merokok dan kekadang bergaduh, kebanyakkan mereka dati golongan pelajar yng kurang menyerlah dalam pelajaran. Kedudukan sekolah terletak dikawasan nelayan dan juga sawah. Masalah ponteng dan merokok adalah sinonim dengan anak nelayan walaupun lain-lain kategoti ada juga yang menghisap rokok. Bagi pelajar cemerlang bertsnysksn cara pintar belajar atau “smart learning”, sebabnya kaunselor memang mahir dalam bidang “smart learning” . masalah kedua bagi pelajar cemerlang dan tak cemerlang adalah “CINTA” , mengakibatkan timbulnya masalah social saperti duduk berdua-duaan hingga berlaku sumbang, hingga ada yg melahirkan anak.

TAHUKAH ANDA SEMUA INI BERLAKU KERANA AKAN-ANAK INI TIDAK DIAJAR SOLAT DAN TIDAK DISURUH MENGERJAKAN SOLAT KERANA MEREKA ( YAKNI IBU BAPA) SENDIRI TIDAK PERNAH MENGERJAKAN SOLAT.

Ini salah siapa, salah akulah kerana mereka adalah muridku yg perluku bimbing.

Sebenarnya kesah yang aku nak paparkan dalam N3 ini adalah kesah menarik

Tentang pengalaman sesi kaunseling bersama seorang ustazah yang kukira memanglah cantik dan sudah pastilah tiada masalah dengan suami yang sukakan kecantikan. Ustazah ini datang dari daerah lain, bukan mengajar di sekolah ku.

Semasa dia masuk bilikku, aku jadi terkejut kerana aku baru saja kenal dia semasa kami sama2 berkursus. Aku sangka dia sengaja datang untuk bertanya khabar saja tetapi rupanya untuk mendapatkan khidmat kaunseling dari ku. Pendek cerita aku pelawanya duduk dan sesi pun bermula.dalam kepala hotak aku tertanya-tanya apa masalah wanita yang cantik ini datang padaku,”Saya datang nak mintak nasehat dari ustaz (sbb saya berkopiah dan berjanggut)”Pendek cerita, sebelum sesi berjalan aku telah memberitahu syarat launseling, Kalau ustazah nak mencari penyelesaian, jika saya Tanya ceritalah dengan iklas dan jujur, segala perbincangan kita ini adalah menjadi rahsia, ia mengiayakan. Saya pun mula bertanya soalan-soalan cepu mas yang dia dengan rela menceritakan tanpa segan atau malu padaku tentang masalahnya, dia mula menceritakan masalah, mula-mula keadaannya tenang lama-kelamaan nadanya telah berubah, dia mula menangis perlahan memudian terisak-isak kerana dek sedih mengenangkan nasib diri. Aku dari mula dia bercerita hanya diam sekadar mengata “ya”, “ok” “teruskan””ya saya dengar” mata pula memerhati pada wajah ayunya, memerhatikan setiap perubahan memek mukanya. Dalam kaunseling perubahan memek muka dan juga bergerakan badan amat penting untuk menunjukkan kebenaran nya. Sebab bahasa badan atau nonverbal tidak boleh menipu sebagaimana lidah menipu, dalam kaunseling satu kemahiran yang penting adalah kemahiran mendengar dan kita mesti suka mendengar klien bercakap tanpa mencelah atau memotong cakap klien.

Aku hanya diam membiarkan sahaja dia menangis melayan perasaannya, sambil menangis ia mengangkat kain tudungnya bagi mengesat air mata yang mengalir keluar. Selesai menangis dia menyambung lagi ceritanya hingga tamat. Setelah mendengar ceritanya aku membuat refleksi terhadap masalahnya. Sebenarnya masalah mereka adalah dingin dengan pasangan setelah mempunyai 2 orang anak, mereka berkahwin atas dasar cinta semasa belajar di Al Azhar Mesir.. Sisuami seorang Pegawai Agama di satu daerah , sejak kebelakangan ini selalu pulang lewat malam kekadang pagi baru pulang. Akibatnya siisteri berasa curiga dan juga tidak mendapat layanan batin. Memanglah siisteri ini tahu kerja suaminya menangkap orang berkhalwat tetapi bukanlah setiap malam, alasan ini dijadikan suaminya untuk dia memenuhi hobinya iaitu memancing ikan.

Jadi masalah si isteri adalah bagaimana untuk menambat hati suami agar si suami tinggal di rumah bersama keluarga dan hanya keluar rumah apabila ada kerja sahaja. Ini merupakan satu challenge yang sukar buatku, kerana dihadapanku seorang yang mempunyai ilmu keluaraan AlAzhar yang sememangnya masyarakat kita mengagong-agongkan golongan ini sementara suaminya pula seorang pegawai agama yang terlalu masak dengan masalah rumah tangga, sementara aku pula insan kerdil yang cetek atau tidak tahu dalam hal-hal hukum hakam agama ini. Dalam kepala otak aku tercari-cari apakah kaedah yang nak aku guna bagi masalah ini. Hatiku tawajuh kepada Allah meminta ilham dan inilah perbicaraanku dengannya.“Alhamdulillah Allah swt telah kurniakan pada ustazah dengan rupa paras yang cantik, kemudian kurniakan pula ilmu yang dapat dekatkan diri dengan Allah dan memberi manfaat kepada orang lain, kemudian dijodohkan pula dengan suami yang bergelar ustaz dan penjadi Pegawai Agama daerah yang semua masyarakat kenal kerana kegiatan keagamaan dalam daerah, saya pula bukanlah reti apa sangat tentang agama ini untuk bagi nasehat, tetapi walau bagaimana pun marilah sama-sama kita doa moga Allah memberi jalan petunjuk kepada kita bagi selesai masalah” aku diam seketika melihat reaksinya, kemudia aku sambung lagi, “ Saya rasa kalau saya nasehat ustazah tentang agama ante lebih tahu dari saya, lani saya nak tanya bagaimana ante makan bersama keluarga “

Dia menjawab “setiap hari kami makan t/hari masing-masing ditempat kerja, anak makan di nursery sementara makan malam, kami beli kat kedai, hujung minggu pula kadang-kadang masak dan kadang-kadang beli, makan pula tidak sekali, kerap kali kami tiga beranak sahaja yang makan”

Aku bertanya: “ Soalan ini sengaja saya nak tanya sebab saya yakin ustazah selalu

buat, selalu dak ustazah doa untuk suami terutama dalam tahajjud

ditengah malam kalau boleh biaq dia dengar doa kita”

Ustazah : “Tak pernah” ,

Aku : “Bacaan hadis didalam rumah ada dak dibaca”

Ustazah : “Dak, tak baca”

Memanglah aku dak agak, kali ini aku akan bertanya soalan lebih peribadi lagi, aku agak pasti dia akan menjawab dengan jujur, sebab sebelum ini dia telah memberi jawapan yang tak sensor

Aku : “ Maaf ustazah soalan ini agak peribadi kalau ante cerita dengan

jujur akan memudahkan kita berbincang” aku mengingatnya kembali,

takut-takut dia malu bercerita. “Selalunya bila suami pulang apa yang dia

buat”

Ustazah : “Selalu dia pulang lewat malam, saya letih walaupun saya sedar dia balik

tapi saya buat-buat tak sedar. Kadang-kadang dia pegang saya tapi saya

buat tak layan, tidoq pun tak beraleh kat dia, geram walaupun nafsu tu

nak juga tapi nak ajaq dia sikit bagi dia hargai kita, kalau nak, biaq cara

yang betui”

Aku : Dia tak marah ka

Ustazah : “ Biaq pi, sebab dia tau dia balik lambat, orang pun mengantuk nak layan dia”

Aku : “Oh ya”. Aku dok pikiaq bagaimana caranya untuk nasehat, sebab cara

agama tak boleh kerana mereka lebih pandai dari aku, jadi aku dok pikiaq cara saikologi sambil dalam hati dok minta ilham kat Allah , tetiba Allah ilham padaku satu cara, tapi kena bawa perumpamaan dulu baru straight to the point.

Aku : “ saya nak tanya ustazah, seorang suami kalau dia lapar untuk makan

t/hari, dalam keadaan dia sendiri ambil pinggan, cedok nasi, cedok

kuah,lauk dan apa-apa lagi yang ada kemudian dia sendiri mengambil

minuman dan makan bersendirian tanpa isteri menemaninya sedangkan

isterinya ada dan melihat semua itu, suaminya kenyang dak makan tanpa

isteri dia teman”

Ustazah : “Dia kenyang”

Aku “ Agak ustazahlah dia makan tu dia berasa seronok dak, makan sorang-

sorang, cedok nasi,lauk kuah sendiri , ayaq pun ambil sendiri, bini dok

tengok saja tak layan”

Ustazah : “ Tentulah dia tak seronok dan marah”

Aku : “ Seorang suami lagi bila sampai masa makan, si isteri hidang dengan

elok, kemudian mai jemput suami dan iring suami duduk depan

hidangan kemudian ambil air dan membasuh tangan suaminya

kemudian makan bersama, dia kenyang dak dan dia seronok dak”

Ustazah : “tentulah suami seronok, tentulah kenyang sebab layanan baguih”

Aku : “kalau semua isteri layan suami macam ni tentu suami akan sentiasa

ingat kat isteri di rumah, betui dak ustazah”

Ustazah : “Betui”

Sekarang aku nak tanya ustazah ni straight to the point, harap-harap dia beri kerjasama denganku.

Aku : “ Maaf ustazah saya nak tanya, dalam hubungan suami isteri sapa yang

mula dulu,” dalam kaunseling tidak boleh malu untuk bertanya soalan

sebegini dan juga untuk menjawabnya.

Ustazah : “ Suami lah mula dulu minta, kalau saya larat, ok lah, kalau tak larat off lah”

Aku : “ Ustazah tak pernah mula dulu”

Ustazah : “ Dak”

Aku : “Ustazah faham dak perumpamaan yang saya buat tadi”

Ustazah : “Kurang faham”

Aku : “ Macamnilah, ustazah untuk keharmonian rumahtangga, isteri memain peranan penting disamping peranan suami. Tengok macam laki yang makan,isteri tak layan banding dengan suami yang isterinya layan. Macam tulah juga kita, suami kita ada hak untuk disayangi dan isteri juga ada hak keatas suami untuk disayangi., ustazah faham dak “

Ustazah : “Insyaallah faham”

Aku : “ Nasehat saya,Setiap masa buangkanlah rasa marah kita pada suami,

dia adalah suami kita, syurga kita , sekali-sekali kitalah yang

memulakan dahulu, belai dia dengan manja saperti kita baru kahwin

dulu, kenangkan saat-saat gembira masa kita berbulan madu dahulu.

Insyaallah kalau ustazah buat bagini selalu,macam orang kata buat

manja, suami tak akan kemana pasti dia selalu gembira dan akan

berada di rumah selalu kalau tidak ada apa kerja kat luaq,

tak payah jampi pakai bomoh, buat benda haram”

Ustazah : “Insyallah saya akan cuba buat”

Aku : “Satu lagi, masaklah makanan sendiri sekerap yang mampu dan selalu

makan bersama”

Dalam hati aku Cuma mengharap mereka jadi baik sahaja. Masa berlalu, sudah beberapa tahun , lama tak jumpa, taqdir Allah suatu hari aku singgah di satu masjid untuk solat asar, selepas solat aku keluar dari masjid tetiba aku lihat sebuah kereta berhenti berhampiran dengan aku, rupanya ustazah tersebut bersama suami dan anak-anaknya turun dari kereta dan bila melihat aku terus dia menyapa aku dan memeperkenalkan kepada suaminya.. Selepas itu sempat juga ustazah berkata kepada aku “terima kaseh, kerana nasehat cikgu amat mujarab, saya amat bahagia”

Moral cerita benar ini adalah supaya kita sama-sama mengharungi kehidupan berumah tangga dalam suasana kasih sayang dan bahagia penuh barakah saperti kehidupan nabi saw dan para sahabat r.hum.

Kalau suami nak makan, hidanglah. Kalau perlu kita yang tanya, kita tanyalah jangan malu, ini tidak si suami aje yang terhegeh hegeh minta hidangan, kekadang hidangan pun tak seberapa tak lengkap, ala kadar aje, lepas batuk di tangga, yang teruk lagi langsung tak mahu, mula lah si suami terkebil-kebil, tidor tak mahu lena sebab perut masuk angin. Untuk itu lah suami isteri kena buat pengorbana atas agama allah swt supaya kita dikurniakan allah kesabaran dan hikmah dalam melayari kehidupan berkeluarga ini.

17 ulasan:

  1. Assalamualaikum.
    Amiiiin ya Allah..moga2 ana juga dpt jdi yg trbaik utk suami.

    Nk tanya, ckgu dulu kat MMAS kan?
    Taktau la ana sempat ka dak dgn ckgu.
    Ataupun masa tu ana kat MMputeri...

    Mmg beza betuilah,
    kefahaman agama tu akan dtg bila kita susah pyh buat pengorbanan atas agama, insyaAllah. Mudah2an Allah bg taufiq utk kita guna harta, diri & masa kita smua utk agamaNya. Amiin.

    BalasPadam
  2. assalamualaikum,

    Kisah yg perlu jadi pedoman dan iktibar kpd kita semua, mudah-mudahan.

    BalasPadam
  3. masyaAllah
    mmg romantik le hj musa.

    BalasPadam
  4. tu aku tak mau jadik kaunseling tu..sb nak jaga mata huhuhu...dari mata turun ke hati...dari hati jumpa tok kadi kuang kuang kuang...

    BalasPadam
  5. Ws untuk aliaazuan saya mengajar kat MMAS tahun 1986.di Banat dan Banin. Saya mengajar matematik dan guru tingkatan di Banat sehingga 1990 bertukar ke Felda Sertik Pahang, murid terakhir di MMAS ialah Munna Izzah anak Ust Fadzil Noor presiden pas, ante sempat dak jadi murid saya, masa iru ada dua orang pelajar yang keluaq 3h masturat dgn saya yg mana mereka ikut tokwan depa, yg syok depa tak tau yg ahlia musa isteri saya, nak habih tahun baru depa tau.

    Ziarah76 bolehlah buet pedoman kalau nak.

    Ibnu Mutalib ada banyak lagi cite yg romantik tapi tak boleh buat pedoman langsung, yang syok lagi satu sesi saya buat untuk anak lelaki seorang guru perempuan janda,selama setahun saya bimbing dia alhamdulillah dia lekat solat berjemaah, akhir sekali saya jadi mangsa... saya cool saja sbb cikgu ini baik dgn isteri dan anak2 saya,bila dia pindah sekolah baru kawan rapatnya habaq dia berkenan kat saya, berkenan tang mana taktaula

    BalasPadam
  6. akuhuduh, saya jadi kaunselor sebab saya tak hansem tapi manisnya ada, jadi pompuan tak ngorat saya, tapi anta hansem jadi org pompuan akan ngorat anta hehehehe

    BalasPadam
  7. kisah penuh dgn keajaiban...patut tuan ziarah76 suh cheegu tulis balik blog,,,ini la rahsianya...

    bukan apa??/pasai karkun nie cakap depa ayat manis2...sebab tu org berkenan...

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum tuan..

    Allahuakhbar.... banyak betul nasihat dalam cerita ini buat saya lebih sedia dalam menghadapi asam garam rumah tangga ...
    Terkadang tu kita x tahu perkara yang selalu kita buat penting sebenarnya dalam rumahtangga. Bila dah baca kisah ni...baru lah tahu ia sangat2 penting. Jazakallah sudi berkongsi :)

    BalasPadam
  9. Salam.
    Cikgu,
    Allahu akbar..mmg x smpat merasa lgsg nk kutip ilmu dgn cikgu masa tu.. Masa ckgu berenti tu ana baru klas i'dadi (prsdiaan), budak2 lg..& ckgu tak mngajar kat klas kami. tp rasa2nya ana ingat..ckgu muda lg masa tu kan. Kak Muna Izzah tu kira senior ana la tu, skali ngan kak soflida dyiauddin. Tp ana sgt rapat dgn ustzh adilah, slalu dia ajak ana ngan 2,3 org kwan mkn2 kat umah dia (asbab slalu pi khidmat kemas rmh dia...(^_^). Dia kan bujang & seorang yg sibuk. Err..mgkin cikgu sempat dgn Ustat Eds kot...

    suami ana org Benta, kg Chat..skmpung la dgn Pak chu..tp skrg pakchu dh dduk bentong.

    BalasPadam
  10. Ws Allhuakbar subhanallah kita banyak persamaanlah gitu, tahun 1990 saya guru kelas ingdadi d kelas Munna Izzah sempat sebulan tapi amat baik dgn mereka, Soflida pula abangnya murid saya, usdz adila skrg sudah kembali ke rakmatullah, PakCu pula sahabat baik saya kami satu morhalah kat bentong dab selalu ke rumah ayahnya nanti sambung saya nak p masjid

    BalasPadam
  11. Assalamu'alaikum. Tn Haji Musa, Jazakallah atas nasihat yang amat berguna ni. Patutla saya tengok dua tiga hari kebelakangan ni ahlia saya makin mantap seni mengikram suaminya. Rupanya di sini dengan Tn Haji dia berguru. Banyak lagi kami kena belajar hikmah dari org berpengalaman macam Tn Haji.

    Ustzh Aliaazuan, suami orang kampung chat rupanya. Kawan-kawan saya ramai di situ. Antaranya ckg Yusuf, Hj Sulaiman, abg Nazar, Imam Masko Kg Peruang, Ust Jabar bilal masjid Benta. Lain-lain yang made in Benta tapi sekarang dah berhijrah selain Pakcu Zali adalah Abang Apang, pegawai Pusat Serenti dengan Abang Badar, pegawai tmn negara. Patutla ustazah joss, suami made in Benta rupanya. Markaz Jerantut masih segar dengan kisah-kisah di zaman kegemilangan mereka.

    BalasPadam
  12. Ws Untuk Ishak suami isteri(macam panggilan kad kahwin pula) suatu perkara jika kita melihat disudut positif maka hasilnya kebaikan, begitulah sebaliknya, macam peristiwa perjanjian hudaibiah nabi saw lihat kebaikan maka natijahnya kebaikan.

    Anakpendang, anta carilah cepat..... nanti nyesal lambat.......

    Aliaazuan, sambungan ... Ust Eds sempatlah saya ngajar dia bersama isterinya juga, tapi isterinya sampai tingkatan 3 pindah ke Kolej Islam.
    Isteri saya mmg baik sangatlah dgn makcu
    masa tu saya x dak sedara mara d Felda Sertik Bentong, rupanya hubungan sedara melalui usaha agama adalah lebih kasih sayang lagi, saperti keadaan persaudaraan Ansar dgn Muhajirin, lani pun kami masih berhubung.Saya rasa ante ni mungkin pelajar saya juga kot

    BalasPadam
  13. Cikgu,
    Betui apa yg ckgu ckp. Ukhwah dia sgt lain, Pakcu dh byk kali ajak pi jln umah dia, tp kami x smpai2 lg.
    Cikgu, ana mmg tak sempat jd anak murid ckgu..bljr maths masa awal2 msuk MM dulu dgn teacher fathiah, eh bkn, kakaknya.. Yg guru lelaki pulak, sorang je ajar ana masa thn prtama tu, Ustz Abdullah..Ana ni kira dah junior bbrapa thn (muda drp kakMuna Izzah). Ustz Eds pulak, dia dh kuar MM byk thn dah, baru la ana masuk ngaji situ. Hehe.. insyaAllah nnti blk kedah nnti, ana mntk suami kenal2 ngan ckgu ya.

    Ustz Ishak,
    Sbnrnya suami dpt usaha agama kat Seremban, dulu2 dia keje kat sana. Ustz Hmbali (alorstari) ikram. Tp smua krkun2 yg ustz sbut tu, suami sgt kenal. Slalu bila blk kg.chat, baru la diaorg jmpa. Haisy, mana ada joss, baru nk bljr sikit2 ni..

    BalasPadam
  14. Aliaazuan ustHambali tu sekampong dgn saya d Kuala Kedah dan ada hubungan keluarga juga. Kampong Budu rumah ayahmak Pakcu kami tidoq sana malam2 dengar suara hariamau. Arwah Hj Rasul kata selalu dengar rimau waktu malam

    BalasPadam
  15. TeacherFathiah anaknya Fazilizahan yg sulong muridsaya masa ting 3, sama dgn Ilham anak ust Ismail Khamis, Adilah anak angkat ustzh Adilah,Faridah Hj Ahmad selalu ceramah bab keluarga dalam radio Kedah FM, saya kalau ttg MMAS mmg saya teruja betul teringat murid2 yg baik dan amat menghormati guru2, kalau jumpa bekas pelajarMMAS beritahulah blog saya

    BalasPadam
  16. salam...
    Wah..sama la kita ckgu, tringat smpai skrg. Blk ni rasa cam nk pi jmpa ustzh Rokiah, ustzh bashiroh, Ustzh Nawal dll. Mmg ana member dgn ustzh yg garang2 ni. Hehhe.

    InsyaAllah. nnti ana tengok2 n smpai2kn blog ckgu, pi mana la hbs budk2 MM ni.. :-)

    Wassalam.

    BalasPadam
  17. Salam
    Menarik dan banyak pengajaran.... Isteri jangan amik lewa benda2 cenggitu..... Syukran cikgu atas perkongsian berguna ni.

    BalasPadam