Selasa, 26 April 2011

SIKOLOGI WANITA

Assalamualaikum warohmatullohiwabarokatuh

Selamat bertemu kembali dalam N3 kali ini, semoga sahabat-sahabat sakalian dalam keadaan sejahtera dan mendapat lindungan dan rahmat Allah swt selalu. Kali saya akan berkongsi pengalaman dengan sahabat semua mengenai satu tajuk yang pernah saya belajar duhulu semasa muda ketika masih menjadi pelajar, iaitu pelajaran Sikologi . Semoga dengan tersiarnya N3 ini moga-moga ia akan memberi sedikit sebanyak manfaat kepada kita semua. Sebelum saya panjangkan bicara ini, jika terdapat apa-apa kekurangan atau “sesuatu” yang menimbulkan ketidaksedapan atau ketidakpuasan hati, saya memohon ampun maaf dari hujung rambut hingga ke hujung jari.

Tajuk ini telah dikupas dengan panjang lebar oleh Pensyarah tetapi kupasannya memang banyak yang saya dah lupa, tetapi isinya masih saya ingat hingga sekarang . Kata pensyarah tersebut tajuk ini telah dibuat kajian oleh seorang ahli sikologi Mesir, kajiannya hanya keatas kaum wanita sahaja. Kesimpulannya isi penting atau hasil kajian akan saya tulis mengikut yang asal tetapi kupasanya adalah daripada saya sendiri atau apa-apa yang masih saya ingat.

Kata ahli sikologi Mesir ini tahap kehidupan wanita bermula daripada ia lahir ke dunia hingga ia menjadi kanak-kanak, remaja, dewasa hingga tua terbahagi kepada beberapa fasa umur berdasarkan kelakuan dan perubahan tingkah laku, bagi saya apa yang saya hendak katakan semua fasa-fasa ini kemungkinan ada terdapat kepada kita atau pun tidak ada, kerana ia hanya satu kajian.

Fasa pertama

SEJAK LAHIR HINGGA KEUSIA 7 TAHUN

Pada usia ini kanak-kanak perempuan sifatnya adalah suka berdamping atau bergantung dengan ibubapa mereka atau orang yang menjaga mereka berbanding dengan anak lelaki. Jika kita bersiar-siar anak perempuan suka berpegangan tangan dengan ibubapa atau orang dewasa , tetapi anak lelaki suka lepas bebas berjalan dan berlari tidak mahu dipegang, Pada usia ini anak perempuan mudah diajar dan tidak nakal, mereka suka membuat pekerjaan meniru perbuatan emak mereka.

Fasa kedua

DARI UMUR 8 TAHUN HINGGA 17 TAHUN

Peringkat umur ini kanak-kanak perempuan mempunyai satu sifat semula jadi iaitu “ingin mendapat perhatian orang lain”. Jika kita teliti diperingkat awal umur 8 hingga 12 tahun mereka sudah mula pandai bersiap diri atau bersolek menggunakan alat solek ibu atau kakak mereka, mereka sudah pandai memilih pakaian yang sesuai, masa ini kekadang pakaian yang kita cadangkan atau kita beli mereka tidak suka memakai kerana pada fikiran mereka tidak mendatangkan tarikan orang lain kepada mereka terutamanya oleh kaum lelaki, mereka suka dipuji. Mereka tidak lagi bermain dengan kanak-kanak dibawah umur mereka, bahan bacaan mereka selain daripada buku pelajar adalah majalah tentang wanita. Bila sahaja umur mereka mencecah 13 tahun mula masuk alam remaja maka sifat-sifat ini semakin menebal.waktu ini lah mereka mula mencari pasangan lelaki, samada ibubapa sedar atau tidak anak-anak ini sudah ada perasaan terhadap lelaki. Mereka akan membuat hubungan melalui media yang mudah, sekarang ada bermacam macam alat komunikasi yang canggih yang ibubapa telah sediakan, saperti internet dan alat kelui, Peringkat umur ini juga mereka akan menggunakan alat solek lebih kerap lagi dan yang berjenama supaya dapat menunjukkan kepada rakan sebaya (peer group), tuntutan untuk mendapatkan pakaian dan alat solek berjenama inilah menyebabkan remaja terjerumus dalam masalah social yang dahsyat. Lebih teruk lagi jika remaja ini belajar di sekolah berasrama, mereka ini akan terikut-ikut dengan trend peer group mereka, iaitu cara make-up dan pakaian berjenama yang biasa dipakai oleh anak orang kaya menjadi ikutan, yang miskin pun yang datang dari kampong juga tidak terlepas daripada sifat ini, mereka ini (anak miskin) berlagak saperti anak orang kaya juga, Peringkat umur ini juga sifat malu kepada “kekurangan” yang ada kepada mereka amatlah tebal. Sebolehnya mereka tidak mahu menunjukkan “kekurangan” ini kepada orang lain walau pun teman sebiliknya, jika boleh bohong, mereka akan berbohong bagi menutup kekurangan mereka. Jika anak orang kaya datang menjemput anak mereka menaiki kereta mewah, bagi remaja yang”kekurangan” ini mereka malu jika dijemput oleh ibubapa mereka menaiki kereta lama, dan kalau moto kapcai atau bas lagi lah mereka malu bahkan dilarang pula supaya jangan datang dan biarlah mereka pulang sendiri, nanti malu jika diketahui mereka ini “kekurangan”. Bagi remaja yang tinggal dirumah pula, masa mereka banyak dihabiskan untuk melaram di depan cermin, lihat wajah , lihat jerawat dan bermacam-macam lagi yang dilihatnya dan berangn-agan mejadi dirinya sempurna, agar semua lelaki suka padanya.Pada tahap umur ini remaja perempuaan tidak memilih lelaki yang akan menjadi pasangan kekasih mereka atau “cinta monyat” asalkan lelaki tersebut ada duit atau dapat menolong menangani masalah mereka apa saja. Peringkat ini ibubapa harus peka dengan perubahan anak-anak.

Fasa ke tiga

DARI UMUR 18 HINGGA 27 TAHUN

Fasa ini wanita sudah sampai tahap kematangan, mereka sudah pandai memilih dan membezakan pasangan mereka. Peringkat ini mereka berada di pusat pengajian tinggi dan memasuki alam pekerjaan dan alam perkahwinan. Sewaktu mereka berada di IPT dan juga di alam pekerjaan, mereka mempunyai “keegoan” sendiri, cara make-up dan berpakaian mereka serta tingkah laku mereka sudah berubah sejak mereka masuk IPT keegoan ini bertambah bila bila dialam pekerjaan. Tahap ini jika ada lelaki yang suka kepada mereka, mereka akan memilih yang sesuai dengan kedudukan mereka, Peringkat umur ini mereka sukar untuk menerima arahan-arahan, terutama arahan datang dari orang yang jawatannya sama dengannya walaupun lebih senior daripadanya, kekadang arahan ketua pun masih mereka memberontak. Peringkat umur ini dalam kontek rumah tangga mereka akan cuba mengungguli suami mereka, walaupun mereka sedar, suami adalah ketua tetapi dalam amalan seharian, mereka cuba menguasai pemikiran suami untuk membuat keputusan mengikut kehendak mereka. Jadi secara harmoninya mereka tidak membantah suami tetapi mentaati suami dan mengikut segala keputusan suami, tetapi setiap keputusan itu dibuat setelah mereka “menggodam” fikiran suami mereka. Lagi pula pada usia ini suami sangatlah sayaaaaaaaaaaaaag isterinya, apa yang isteri mereka cakap dan buat adalah untuk mereka para suami.

Fasa ke empat

DARI UMUR 27 TAHUN HINGGA 37 TAHUN

Tahap ini dikenali sebagai fasa “bimbang” tentang Fisiologi mereka.

Pada peringkat ini kaum wanita kebanyakkanya sudah mempunyai beberapa orang anak. Keadaan ini menyebabkan bentuk badan mereka berubah kepada kegemukan. Tahap ini dikatakan mereka kembali melihat cermin kali kedua. Bagi yang berwang mereka akan menghabiskan wang untuk kembali mencantikkan wajah dan bentuk tubuh badan mereka. Peringkat ini mereka takut sekiranya suami mereka “dingin” dengan keadaan mereka dan mencari yang lain. Mereka juga takut sekiranya kawan-kawan sekerja akan menegur mereka “awak gemuklah” atau pun jika mereka berkerjaya bersama orang ramai, mereka menjadi malu dengan keadaan tersebut. Jika kita lihat cara pakaian wanita ditahap umur ini, semuanya cantik dan mahal serta berjenama mengalahkan wanita difasa ketiga, mereka juga suka dipuji, saperti “cantiklah hari ini” ‘mahalnya beg tangan ni, dimana beli” atau “sukalah saya lihat awak hari ini”. Masakan mereka pun , mereka akan memasak makanan yang berjenama, yang jarang dimasak waktu muda dulu, tujuannya untuk mendapat perhatian suami Jadi pada tahap ini para suami mesti selalulah memuji isteri, tentang pakainnya, bentuk badannya juga masakannya. Puji aje apa keadaan pun kerana kebaikan dan kebahgian itu akan datang kepada kita juga, JANGAN tidak puji kerana ia merbahaya.

Fasa ke lima

BERUMUR ANTARA 37 HINGGA 47 TAHUN

Peringkat ini dipanggil zaman “BERLETER” . Lelaki pun ada yang suka berleter, tetapi ianya sinonim dengan kaum Hawa. Berleter ini tak perlu di pelajari , apabila sampai masa dan umurnya dengan sendiri ia datang. Pantang silap sikit dengan kehendaknya maka ia akan bereleter, masalah yang sering dileter ialah, anak-anak dan suami membuat sepah barang dalam rumah, makan tak pandai basuh pinggan, leter anak dan suami bangun tidor lewat, pakaian kotor, suami balik jauh malam. Ada leteran isteri yang mendatang marah kepada suami dan ada juga leteran yang menjadi hiburan kepada sisuami. Kebanyakan leteran kepada anak kemudian menjadi panjang akhir sekali disabit kepada suaminya, contohnya “…….. kamu semua sama saperti ayah kamu juga, bukan nak tegor anak-anak”. Ini jenis suami baca surat khabar kemudian bersepah disitu tak kemas. Ada suami suka akan leteran isterinya apabila melihat muncung mulut isteri kesayangannya leter pada anak mereka. Perangai leter ini akan hilang bila ia tamat usia leter. Jadi si suami apabila isterinya sampai umur ini dan mula bereleter, kena fahamlah bahawa ini adalah zaman berleternya, janganlah marah pada mereka, sayangilah isteri kita kerana dia pembantu kita untuk masuk syurga Allah swt . Sebab isterilah amalan kita menjadi berlipat ganda sebanyak 70 kali ganda daripada orang tak kahwin

Fasa ke enam

BERUMUR 47 TAHUN KE ATAS

Peringkat umur ini dipanggil peringkat sensitive atau perasa, suka diam diri jika ada masalah yang datang, peringkat ini suda ada menantu dan banyak orang cucu, Banyaklah perkara yang selalu mendatangkan sensetifnya, kebanyakkannya dari anak menantunya lah, disebabkan perkataan yang dikeluarkan atau layanan kepadanya. Diperingkat ini mereka perlu banyak diikram atau dilayan dengan baik, jika tidak mereka suka tinggal dirumah mereka sendiri berseorangan walaupun sudah ketiadaan suami.

Itulah 6 fasa bagi kaum wanita, bagi saya kaum lelaki pula, mereka akan berusaha mendapat keselesaan atau kekayaan atau apa sahaja keuntungan dunia ini baik disegi jasmani, harta atau pangkat hanya sampai umur 40 tahun. Pada tahap umur 40 tahun kebanyak orang lelaki sudah mencapai tahap yang establish dalam kehidupan mereka berkeluarga . Selepas umur 40 tahun mereka sudah tak kisah lagi tentang fisiologi tubuh badan mereka, gemuk ka, perut boroi ka depa tak kesah yang pentingnya mereka berusaha atas satu perkara sahaja iaitu menjadi “kuat”, sebabnya kalau harta banyak pun, pangkat tinggi pun tapi tak “kuat” dah tak jadi apa.

6 ulasan:

  1. slm,sy di india tahun lepas,berpeluang belajar ilmu berkaitan wanita pd seorg ustaz dari thailand,dahsyat ilmu yg dia bagi pd sy...
    tp syg la,sy lmbt lagi nk praktikknnya..hahahhaha
    yg xtahan tu,masa senaman tu la,riuh rendah di nizhamuddin..
    lagi satu,teknik malam pertma dan bagaimana untuk menceriakan isteri juga sy pelajari...hahhahahahah
    rezeki Allah nk bagi jumpa org mcm nie...saya sapu jela...hahhhaahh

    p/s: minta pandangan sikit cikgu pd posting terbaru saya...hhhheeeee....

    BalasPadam
  2. Menarik untuk dibaca.. terima kasih cikgu.. (",)

    BalasPadam
  3. salam cikgu,
    salam ziarah....baru berkenalan dgn blog cikgu, byk ilmu dapat, ermm......baru tahu hidup wanita ni ada fasa-fasanya, heh, saya di fasa keempat...kena bersiapsedia ke fasa seterusnya ni nampaknya...

    BalasPadam
  4. assalam,
    membaca fasa ke 4 membuat saya tersenyum sendiri. ada benarnya tulisan cikgu. wanita di fasa ini akn melakukan apa saja utk memenangi hati suami :)

    BalasPadam
  5. terima kasih tn hj musa,

    dah cakap awal2 dulu, memang berbaloi kalau cg menulis semula blog, byk ilmu, pengalaman dpt dikongsi.

    BalasPadam
  6. Ws minta maaf pd semua kerana lambat membalas kpd sahabat semua, ini kerana sebuk dapat cucu baru kemudian pula keluaq 3h masturat d rumah blogger akuhuduh di Taiping, adalah juga blogger yg nusroh penuh selama 3h iaitu Zai dan Hanaan musleemin.

    Anak Pendang...semua yg anta belajaq senaman tu semua dah ada kat saya, anta amal lah ia kerana memang ada power punya, baguih punya

    Fuad terima kaseh kerana berkongsi dgn saya

    Norsha salam perkenalan semoga berkekalan

    Ummu fatimah, isteri saya dah melalui semua fasa diatas sekarang ada dalam fasa terakhir

    Ziarah76 saya bukan ada apa2 tapi kalau anta doa
    kebaikan saya amin saja

    BalasPadam