Ahad, 8 Mei 2011

SEORANG ISTERI YANG…………..?

Bismillahhirrohmanirrohim
Adapun kesah kali ini mengenai seorang suami yang baik bersama seorang isteri yang baik , mereka tidak mempunyai anak. Setiap hari saperti biasa apabila sisuami ini pulang dari kerja , sisuami akan memberi salam dan isteri menjawab salamnya. Hidup mereka walaupun tiada mempunyai anak tetapi bahagia. Tetapi suatu hari berlaku satu perkara yang merubah keadaan mereka, ceritanya begini.
Suatu hari apabila si suami pulang dari kerja, saperti biasa dia memberi salam, tetapi tidak dijawab oleh si isteri walaupun diulang beberapa kali dengan nada yang tinggi, ini menyebabkan timbul kemarahan kepada suami, tetapi ia bersabar. Kesabarannya mula teruji apabila ia meminta sesuatu daripada isterinya tidak diendah oleh si isteri. Kekadang apabila isteri sedang memasak atau memotong sayur sebagainya, bila dipanggil, isterinya langsung tak menyahut panggilannya, Kita boleh bayangkan bagaimana si suaminya tidak marah, bila dipanggil saja isteri tak menjawab, sebaliknya si isteri berpaling belakang memberi punggung kepada suami, dan asyik membuat kerjanya sahaja.
Suatu hari si suami telah terfikir mungkin isterinya mendapat penyakit “PEKAK”, dia menceritakan masalahnya kepada sahabatnya untuk membantu menyelesai masalahnya. Sahabatnya mencadangkan agar dia berjumpa dengan doctor bahagian telinga. Si suami telah pergi berjumpa doctor dan mendapat nasehat cara-cara bagaimana untuk menguji seseorang itu pekak atau tidak. Caranya bila isteri sedang memasak atau dalam keadaan dia pandang kebelakang, kita memanggilnya dalam suatu jarak dengan suara yang kuat tapi jangan terlalu kuat, jika dia tidak menyahut pergi ke depan lagi dan panggil lagi dengan suara yang perlahan dari yang mula, ada atau tidak sahutan, jika tiada sahutan pergi lebih hampir lagi dan panggil dengan suara yang lebih perlahan, jika tiada sahutan begitulah seterusnya hinggalah sampai betul-betul dibelakangnya dan memanggil, samada dia mendengar atau tidak, maka “SAH”lah yang sidia itu pekak. Si suami dengan gembiranya telah pulang ke rumah untuk menguji isterinya adakah betul dia pekak.
Sampai di rumah dia terus memberi salam, tiada sahutan, tanda pertama pekak, dilihat isterinya si Limah sedang memotong sayur, terus dipanggilnya dengan suara yang kuat “Limah”, tiada sahutan, tanda kedua pekak, di hampirnya lagi dan panggil “Limah” tiada jawapan, tanda ketiga pekak, lalu dia hampiri lebih dekat lagi dan panggil “Limah” tiada juga jawapan, maka dengan perasaan sedih dia berkata dalam hatinya “rupa-rupanya si Limah ini pekak”. Dia pun menghampiri isterinya dan berkata “Limah awak ini pekak ka, dari tadi saya panggil awak dan memberi salam dari luar rumah sehinggalah hampir dengan kamu, tapi kamu langsung tak menyahutnya, terukkah pekak kamu tu”. Si Limah ini bila saja mendengar suaminya mengatakan dia “Pekak” terus melenting dan marah, “Siapa yang pekak kita ka atau awak tu yang pekak, dari tadi saya dah jawab salam awak, kemudian panggil lagi dan saya menjawab panggilan awak sampai saya malas nak menjawab, apahal panggil saya begini kerap-kerap, buang tabiat ka” “betul ka awak menjawab panggilan saya selama ini”, “yalah tak jawab nanti awak marah dan dosa saya pula nanti” balas isterinya. Dengan perasaan sedih ia berkata di dalam hatinya “ Aku sangka isteri aku yang pekak, rupa-rupanya aku yang pekak”
Moral cerita ini didalam kehidupan kita berkeluarga , kekadang kita sebagai suami selalu menyalahkan isteri dan anak disebabkan keegoannya sebagai suami tidak mahu mengaku kesalahannya ,bagitulah si isteri menyalahkan suami dn anaknya, anak-anak juga bila ibubapa menegor mereka, mereka akan marah atau dendam pada ibubapa. sebab itulah ulamak yang mursyid menggalakkan kita banyak beristigfar terutamanya istigfar nabi Yunus a.s. Kelebihan orang banyak beristigfar ialah .
  1. Allah akan mengampun dosanya.
  2. Allah akan memberi rezeki kepadanya daripada punca-punca yang tidak disangka-sangka
  3. Allah akan menghilangkan masalahnya, termasuk masalah yang berlaku dalam keluarga kita
  4. Allah akan menghilangkan kesedihannya.

11 ulasan:

  1. Assalamu'alaikum,

    Semoga kita tidak menjadi suami yang ego seperti kisah di atas.

    BalasPadam
  2. salam..

    cuba panggil sayang. mesti serta merta dia jawab.hehehe

    BalasPadam
  3. Ishak, amiiiin.

    Ahlia teeetttt orang pekak ni panggil apapun dia tak dengar, tapi kalau bunyi duit jatuh ke lantai walupun wang kertas dia pasti akan dengar.

    BalasPadam
  4. Ada betulnya tu cikgu musa..

    Selalu kena tengok salah sendiri dulu..

    Doa2kan saya agar jadi suami yang baik ye...

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum Tuan Musa suka dengan entrynya...kalau macam nie tentu para2 isteri tersenyum,iyela kadang2 dek kerana keletihan membuat kerja2 rumah...tapi kami isteri2 yang taat pada suami...tetap mendahulukan suami dalam segala hal...n harap2 suami pun dapat memahami isteri ye.

    BalasPadam
  6. yeker? subhannallah.. hebat Allah

    BalasPadam
  7. Tuan Fuad, amin

    marina ali , dalam kehidupan berkeluarga mmg lah terjadi perkara ini, tapi bila ada persefahaman n tolak ansur antara suami isteri pasti kebahgian akan datang dalam kehidupan kita

    ahlia teeeettttt betul lah tuuuu

    BalasPadam
  8. salam pacik...

    saya mintak maaf, kt entry saya tulis tempoh hari...
    saya salah taip..

    sory pakcik macik...

    sory sangat sangat =(

    makcik baik.. pacik pon baik...

    maaf kan saya.....

    BalasPadam
  9. salam cikgu,
    nice sharing....good story....kena cari dan baiki kesilapan diri sendiri....

    BalasPadam
  10. ahlia teeetttt jgn lah terlalu bersedih pakcik makcik takde ape suke aje dan makcik gembira berpeluang berkenalan dgn 4 org dara yg baik n solehah, makcik dia jenis org happy go lucky tak pandai marah orang.

    Norsha story ini selalu saya bawa dalam ceramah motivasi dgn pelajar sek menengah semasa menjadi kaunselor dulu.

    BalasPadam